Sunday, January 30, 2011

Ada Aku Kesah....!!! 4

Panjang la pula orang beratur dekat gerai mamak ni. Bisik hati Niki dengan mood yang masih terkesan dengan 'adventure' pagi tadi. 

"Macam biasa,roti kosong kuah dal sama sambal. Nescafe kurang manis." Jawap Niki tegas atas pertanyaan mamak sebentar tadi. Wajah Niki kelihatan tegang dengan perasaan jengkel terhadap suasana yang serba serbi di rasakan tidak kena. Segala-galanya di rasakan negatif.

Akhbar Metro di selak sambil mengunyah roti canai perlahan-lahan. Tiada berita yang menarik selain dari masalah dalaman negara. Berita jenayah,membuang anak seperti membuang anak anjing ditepi jalan,segala-galanya amat memualkan! Sesekali nescafe di teguk membasahi tekak yang sedari awal pagi tidak minum setitis air. Nescafe terasa kelat memasuki tekaknya.

Jam menunjukkan 9 pagi. Niki menoleh ke kiri kanan kalau-kalau rakan sekerjanya Wan azerul muncul untuk bersarapan bersama. Sementelah sebentar tadi Wan menghantar pesanan ringkas pada telefon genggamnya  untuk bersarapan bersama. Eeemm.. Mungkin Wan tersangkut dengan kesesakan jalanraya. Kalau Wan tak datang,aku nak turun ke bawah and have my ciggy. Kalau tak, lagi bad mood aku di buatnya. Itulah routine Niki setiap pagi. Rokok adalah satu kudapan yang penting setelah menjamah makanan pagi.

"Ki! kau jangan gerak lagi.Aku nak beli sarapan dulu. Lagipun baru pukul 9 pagi relaks ar.. Sempat lagi kalau sekejap lagi kau pergi merokok" Tegur Wan yang tiba-tiba sudah berada di tepi meja sambil meletakkan beg galas Samsonitenya pada kerusi di meja Foodcourt di tingkat 2 Suria KLCC. Niki hanya menganggukkan kepala sambil meneruskan pembacaan suratkhabar Metro yang hampir keseluruhan cerita sudah di telaahnya.

Wan bersarapan dengan makanan kegemarannya mee hoon bersama sambal, telur goreng dan nescafe yang letaknya di tengah-tengah foodcourt. Makanannya sedap namun harganya sangat mahal berbanding harga biasa di luar sana. Ini semua gara-gara pihak KLCC yang meletakkan sewa yang terlalu tinggi,menyebabkan harga makanan turut menerima tempias dari kenaikan harga sewa gerai! Insane!

"Kau dari tadi aku tengok muka masam je kenapa?" Tanya Wan sambil mengunyah mee hoonnya dengan penuh berselera.

Dengan senyuman yang seakan-akan terpaksa, Niki menceritakan setiap inci peristiwa yang baru di lalui pada pagi tadi. Wan memecah kesunyian foodcourt dengan gelak yang membuatkan dia hampir tersedak dengan mee hoon yang memenuhi mulutnya. Cepat-cepat Wan meneguk nescafenya untuk memberi laluan mee hoon yang tersangkut pada kerongkongnya.

"Wak enaaaa.. oleh pula kau bantai gelak kat aku?? Kau tak tahu yang aku jadi hangen satu badan ni pasal cerita bodoh pagi tadi la ni!" Cebik Niki dengan telatah Wan yang seakan tidak simpati dengan cerita yang baru sahaja Niki khabarkan tadi.


"Bukan apa Niki,aku rasa kelakar dengan cerita kau. Kesian pun ada. pagi-pagi dah kene macam-macam. Kalau aku pun mengamok!" Jawap Wan dengan muka selamba sambil mengepal tangan seolah-olah ingin menumbuk seseorang.

"Wei,aku nak gerak dulu la..It smoking time!" Bingkas dan pantas Niki mengatur langkah meninggalkan Wan yang masih lagi menikmati sarapan paginya. 

 Kadang-kadang hati kecil kami sering mengeluh. Memikir sampai bilakah kami harus menghadap benda dan melakukan kerja yang sama setiap hari. Adakah sehinga ke tua harus melakukannya. Meyusun,menjual dan mengemaskan barang kemas dan juga jam di butik setiap hari.. Eeemmmmm.. Capek!

Sedar tak sedar,jam dah pun menunjukkan 4 petang. Patutlah perut aku menyanyikan lagu keroncong version Metallica!!!! Apa aku nak makan?? Dah naik bosan dengan menu yang sama baik di foodcourt ataupun rangkaian makanan segera yang ada di KLCC. Emm.. Baik aku order makanan kat Isetan staff foodcourt. Murah dan menyelerakan.


"Wan,aku nak pergi break. Aku dah order makanan dari Isetan foodcourt. Duit aku letak kat dalam drawer ni. Thank you bro" Niki meninggalkan pesanan buat Wan. Laju sahaja Niki melangkah sambil menjinjing beg telekung untuk menuju ke surau yang terletak berhadapan Pejabat Pos di aras paling bawah KLCC.

Telefon genggamnya berbunyi:

Fendi: 
kita orang free petang ni. So aku ambil kau dekat tempat biasa. Tapi kemungkinan jalan sesak sikit la..      Kalau lambat mak beruang jangan marah kita orang ok? ;p


Niki membalas:
Kalau kau orang lambat sampai,macam biasa ar.. aku balik rumah terus! Siapa lagi follow?

Fendi:
Geng yang sama semalam Kau,aku,Meng,Rizal dengan Icha..

Niki membalas: 
Si gemok tu pun ikut sekali ke?Kita nak pergi mana ye?

Fendi:
Kita orang tunggu mak beruang bagi arahan je.. Mana-mana pun kita orang ikut je..


Niki membalas:
Kalau macam tu,let me think and i'll let you guys know later..


Fendi:
Ok! roger and out! ;))


Seusai mengerjakan solat,Niki berjalan agak pantas untuk memastikan dia mempunyai masa yang mencukupi untuk menjamu selera di dalam kedai.. 

Berkepul-kepul asap yang keluar masuk dari bibir Niki.. Makanan tadi sungguh menyelerakan lebih-lebih lagi perut terlalu lapar. Selepas makan pekena pula dengan sebatang rokok Salem menthol benar-benar mengujakan perasaan! hehehehe.. 

Masa terus berlalu,namun keadaan butik berserta jalan cerita tetap sama. Tiada perkara yang mencabar minda yang boleh di lakukan di butik. 

"Niki,cepat kau makan?" Soal Wan yang sedang sibuk menyusun tali leher yang baru di lihat oleh pelanggan barangkali.

"Aku macam biasalah bro. Mana suka makan tergegeh-gegeh. Lagipun kalau aku makan ikut protokol jawapnya aku punchcard confirm lambat" Terang Niki tersengih sambil mencalit pemerah bibir agar tidak kelihatan pucat. maklumlah bekerja dalam retail line,segala-galanya mesti di ambil kira. Jika tidak,sudah tentu bakal mendapat teguran dari manager ataupun customer lodge a complain!

Tapi hakikat yang sebenarnya Niki memang liat untuk memakai make up yang akan membuatkan dia terasa seperti seorang pelakon opera cina tahun 50an. Lagipun kesan dari pengunaan make up yang berlebihan telah memberi kesan sampingan yang mengakibatkan kulit wajahnya yang pernah bersih satu ketika dulu berubah menjadi kulit yang bermasalah. Itulah natijah pengunaan bahan make up terlalu lama dan kerap. jadinya Niki kerap mendapat teguran dari pengurus butiknya akan sikap Niki yang tidak gemar bersolek! Aaaaaah.. Ada aku kesah???!


"Waaaah.. Sedar tak sedar kau dah nak balik Niki. Bestlah kau dapat berehat dengan secukupnya. Aku lagi tiga hari baru dapat 'morning shift' letih dah badan aku ni" Keluh Hidayah yang berdiri menyandar di kaunter barang kemas sambil wajahnya di hadapkan pada sebuah cermin besar dengan membetulkan anak rambut yang menutupi matanya. Hidayah adalah nama pemilik tubuh ramping lagi mulus kulitnya serta bermata galak. Nama itu amat sesuai dengan orangnya. Pandai betul orangtuanya memilih nama.

"Ala babe,aku dah 2 hari full shift lepas tu malam semalam dengan kelmarin aku noon shift.. lagi masak dari kau tau.. Balik ni mana aku ada rehat secukupnya. Kawan-kawan aku ajak pi lepak,sat lagi dia orang nak fetch aku. Ntah mana dia orang nak pergi aku pun tatau! Jangan hantar akuk balik lambat sudah. Nanti tak pasal Cik Kiah memekak" Jelas Niki panjang lebar pada Hidayah yang masih ralit membelek rambut dengan sesekali membetulkan make upnya.

Niki menoleh kepada Wan pabila namanya di panggil. Wan menyelak satu mukasurat ke satu muka surat lain akhbar the Star berdekatan dengan pantry.

"Fendi and the gang ke babe?"

"Yeeelah! siapa lagi? lagipun itu je geng yang aku selesa nak keluar sama. Yang lain-lain bussy dengan life masing-masing. Ada yang sudah berumahtangga sah sah tak mahu keluar malam lagi,maklumlah kaki dah kena gari tu!"Gelak Niki kuat hingga mendapat teguran dari pengurus butik yang sibuk dengan paperwork dari pagi tadi hinggalah ke santak petang.

"Dah tu,cepatlah salin baju. Dah pukul 6.30 wei. Kalau kau tak nak mari sini tukar shift dengan aku." Usik Wan dengan gelak kecil tercetus dari bibirnya

"Bro,kalau kau boleh tukar shift dengan aku dah lama aku bagi kau balik awal la.." Hakikatnya Niki dan Wan memang tak boleh tukar shift lansung! Kerana bekerja di butik yang segala-galanya di bawah selengaraan pihak pengurusan principle. Makanya setiap individu di dalam butik sudah di berikan tanggungjawab masing-masing. Niki dan Wan mempunyai tanggungjawab yang berbeza jadi mereka berdua tidak boleh menukar shift apatah lagi menukar tarikh cuti suka sama suka.


Niki hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk menukar persalinan. Niki mengucapkan selamat tinggal pada teman-teman yang masih meneruskan pekerjaan masing-masing. Sebaik sahaja hampir menuju ke pintu utama yang terletak dia antara butik Tiffany dan butik Louis Vuitton,telefon genggamnya berbunyi nyaring.

Pesanan ringkas dari Meng:

Mak beruang mana kau?? Aku dengan Fendi berkemungkinan besar datang lambat. Just in case aku dengan Fendi datang lamabt kau tunggu je la kat situ..



Niki membalas:
Ok! Tapi kalau lambat sangat, aku cadangkan kita semua berkumpul dekat Restoran Pelita kat KLCC je. Lagipun nak gerak kemana-mana time sekarang ni memang confirm tak dapek nak nolong!


Meng:
Ok! see you at Pelita. And i will inform the rest of them. Babai mak beruang!


Bangang punya budak! Satu hari nanti ada juga yang kena sepak laju-laju dengan aku ni..


Jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan ke jam 6.45 petang. Niki memyalakan rokok Salem Mentholnya sambil menyedut asap karbon dioksida dalam-dalam. Di hembus gas karbon perlahan-lahan. Setelah rokok tersebut hanya tinggal separuh saja lagi,cepat-cepat Niki memadamkan baranya lalu memulakan langkah kecilnya untuk menuju ke Pelita Jalan Ampang.


Sepanjang perjalannya ke sana,otaknya ligat memikirkan tentang butik yang merisaukan benak Niki dan juga pihak pengurusan. Segala-galanya berpunca dari hasil jualan yang semakin hari semakin berkurangan berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Aaaaarrghhh!!!


























Thursday, January 27, 2011

Ada Aku Kesah!!! 3

Ceeeeeeeeeeeeeeh.. Kerja dengan Ancasa Hotel. Patutlah boleh dapat discount. Tapi bagus juga! dapat kita orang menjimatkan kos perbelanjaan. Congak Niki kalau pergi tanpa belanjawan yang mengikut budget mahu mati sekor-sekor. Bagus mok!


Gelas masing-masing sudah pun kering kontang. Niki pula masih tidak putus-putus membakar satu batang ke satu batang rokok Salem Mentholnya. Sesekali Meng dan Fendi meminta rokok dari Niki. Tekak semakin kering,perbualan sudah hilang kerancakkannya sedar tak sedar jam sudah pun menunjukkan jam 12.30 pagi.


"Wei, aku nak kena gerak la. Esok aku kerja shift pagi, kalau aku tak tidur mahu rabak biji mata aku esok!" Ujar Niki sambil tangannya meyelongkar beg besarnya untuk mengambil wang membayar bil dua gelas Milo Dinosaur yang di teguknya.


Dengan jelingan mata yang sinis Fendi menyengih sambil sikunya di pangku dengan lutut kanan yang menjadi tabiatnya jika dia kurang senang dengan sesuatu perkara yang tidak sedondon dengan hatinya. Niki pula sedari tadi asyik menguap di tambah pula dengan kehabisan topik untuk di jadikan bahan cerita.


"Alamak,rileks la Ki,aku dengan Meng dah lama tak jumpa kau. Lagipun malam masih siang lagi, nanti dalam pukul 1.30 pagi aku hantarlah kau balik. Rumah kau pun bukan jauh mana pun!" Bangkang Fendi dengan ideanya yang ingin pulang awal.


"Aku bekerja bro,tapi untuk hari ini aku bagi pengeculian. Tapi untuk hari-hari lain tarak!" Balas Niki menyeka airmata yang galak mengalir akibat menguap yang tidak berhenti sedari pukul 11.45 malam. Di gosok-gosok anak mata hingga terasa pedih.


"Fendi,aku rasa baik kita hantar je Niki balik. Dari tadi aku tengok dia asyik menguap lepas tu gosok mata. nanti tak pasal ada pulak yang rabun biji mata!" Cadang Rizal yang tiba-tiba meyampuk,lagaknya ibarat seorang hero tamil  buncit yang ingin menyelamatkan heroine dari di tindas. Poyoooooooooooooo...


Dengan pantas Niki menoleh ke arah Rizal yang tersengih menunjukkan barisan gigi yang taklah secantik mana pun.. Ditambah pula dengan kumis yang ibarat hidup segan,mati tak mahu! nyibuk jelah kau ni..


Meng mengangkat kening dan bahu memandang ke arah Fendi yang sudah pun membuat muka kurang senang atas cadangan Rizal. Niki hanya terkulat-kulat menghadapi suasana yang agak kurang menyenangkan.


"It's ok Rizal,mata aku boleh tahan.Belum nak rabun lagi. Fendi,nanti kau hantar aku balik jam 1.30 pagi. Kalau tak cik Kiah bising" Niki memberikan jalan penyelesaian agar suasana tidak menjadi tegang.


Di kala hening pagi yang kian melarut,tidak menunjukkan manusia-manusia yang ada di sekitar Bandar Seri Permaisuri akan pulang ke rumah untuk diulit mimpi ataupun merehatkan badan yaang seharian penat mencari rezeki. Kelihatan anak-anak remaja serta pemuda-pemudi awal 20 an masih galak bergelak ketawa bagai mahu keluar anak tekak. Ish! Mak bapak dia orang tak tahu ke yang anak masing-masing tidak ada di rumah????


Inilah natijahnya pembangunan  yang terlampau pesat sehingga mengadai maruah bangsa yang semakin jauh dari akar berumbikan agama. Pegangan hidup semakin hari semakin rapuh,sana-sini pelbagai cerita sedih yang menjadikan manusia sudah lali hingga tidak menakutkan hati-hati manusia lagi. Cerita jenayah di dada akhbar atau televisyen ibarat satu kisah filem yang enak dibuat kudapan tatkala bersantai!!!!! Nauzubillah....

Tepat jam 1.30 pagi Niki mula mengambil beg yang di letakkan di atas ribaanya. Sebaik bil minuman selesai di bayar. Niki terpisat-pisat mengosok mata sambil menguap panjang. Icha kelihatan menahan mengantuk  dengan kelopak mata di kebilkan agar tidak terlena.

"Wei,next time kita patut buat lagi outing macam ni sekurang-kurangnya tak la bosan tak pun nanti ada pula orang yang menghilangkan diri lepas tu 8 tahun kemudian jumpa balik!" Perli Niki pada Fendi yang ralit membetulkan kacamata yang melurut sedikit ke batang hidungnya. dengan muka yang sedikit terkejut Fendi menjegilkan matanya tepat ke wajah niki yang amat keletihan. Mana tak letihnya. Sudahlah bekerja dari pukul 9.30 pagi hingga ke jam 10 malam,kemudian lepak hingga jam 1.30 pagi. Jawapnya lebamlah nak bangun pagi dan memulakan tugas semula seawal jam 9.30 pagi dan waktu kerja tamat 6.30 petang.


"Aku macam biasa, ok je. Kau roger aku dulu kalau aku ada kerja tak dapatlah kita lepak. Tapi kalau esok lepak petang ok jugakan?" Sengih Fendi dengan bahunya di angkat. Punat remote kereta di tekan masing-masing mengambil kedudukan yang sama seperti sebelumnya.


"Cantiklah tu,esok aku shift pagi. Macam biasa,aku habis kerja pukul 6.30 petang. Kalau boleh kau janganlah datang lambat. Penat berdiri macam pak guard lama-lama doowhh.." Setuju Niki di atas pelawaan yang spontan itu.


Berdesup Fendi memandu keretanya menuju ke Cheras Flat Sri Johor. Itu adalah kediaman yang telah Niki diami sejak berusia 7 tahun sehingg menginjak dewasa. Suasana sunyi sepi di kiri kanan flat menunjukkan semua kejiranan sedang enak memeluk bantal busuk masing-masing. Aku juga yang lebam biji mata!


Sebaik sahaja Niki turun,sekali lagi dia mengingatkan Fendi tentang temujanji esok. Icha,Meng dan Rizal mengucapkan selamat dan melambai ke arah Niki. Kereta Fendi hanya bergerak sebaik sahaja Niki menjejakkan kakinya ke dalam rumah.


Ya Allah letihnya badan aku. Kejap lagi nak kena bangun pukul 6 pagi la pula! wah! aku cuma akan tidur 4 jam je .. Aduh,masak la aku esok. ngomel Niki di dalam hatinya yang sudah tidak sabar lagi untuk mlelapkan matanya yang semain kuyu. Cepat-cepat Niki mencuci mukanya yang masih terpalit sisa make up yang menepek di wajahnya.


Kring..kring..kring!!!


Seraya terdengar bunyi jam loceng dari handphonenya dengan pantas Niki bangkit untuk mengejutkan dua orang anak bujangnya dan bersiap untuk ke sekolah pada sesi pagi. routine ini acapkali membuatkan Niki berasa capek memegang dua jawatan sekaligus. Menjadi ibu dan menjadi kuli pada masa yang sama. Tetapi tuntutan menjadi ibu tunggal memaksa Niki meneruskan routine yang memenatkan tanpa pilihan!

"Ammirul! Daniel! Cepat sikit pakai kasut tu.. Dah dekat pukul 6.20! nanti kalau kau orang tertinggal bas,jangan berangan nak suruh aku hantar pergi sekolah ok?" Tegas Niki dengan suara meninggi. Niki sendiri tidak menyukai sikap di yang terlalu tegas dengan anak-anaknya kerana Niki sedar sikap itulah yang akan menjauhkan anak-anak dari dirinya. Namun apakan daya,kepenatan bekerja membentuk dirinya menjadi sebegitu rupa. aaahhh...

Selesai solat subuh kelihatan cik Kiah memakai anak tudung dan melangkah dengan cepat untuk menyusul cucu-cucunya. Selagi cik Kiah tidak melihat cucu-cucunya menaiki bas sekolah,selagi itulah hatinya tidak tenang. Kalau dah nenek,tetaplah seperti seorang ibu walaupun mereka hanyalah cucu beliau.eeeemmm.. Kalaulah mak aku tak ada ,rasanya hidup aku akan menjadi bertambah serabut!

Arrgh.. malas aku nak make up,hari-hari tempek muka macam badut. Lantaklah apa orang nak kata . Bukan mereka yang bagi anak-anak aku makan pun! Bisik hati Niki sambil membuat mimik muka meluat pada cermin di hadapannya. Persetankan semua!

Secalit pemerah bibir yang merah pekat klasik menghiasi bibir mungil Niki (mungil ke??) ngeeeee..


Langkah kaki diseret perlahan menuju ke stesen LRT Cheras. Niki selalu memastikan yang dia akan berada di stesen sebelum pukul 8 pagi. Jika tidak,dia pasti akan sampai ke KLCC dalam pukul 9 pagi. Jawapnya kebulurlah aku tak sarapan pagi!

Blueeeekkk! Ya ampun.. Busuknya badan mamat sebelah aku ni. Kau ni tak mandi pagi ke?? Tu baru badan kau yang busuk,aku yakin dan pasti mulut kau mesti bau longkang tersumbat! Malanglah siapa jadi bini kau wei!


Ni kalau ikutkan hati aku nak aje aku sepak kaki mamat ni agar berdiri jauh dari aku. Tapi apakan daya,dah sah-sah train ni sempit dengan manusia yang sibuk nak ke tempat kerja. Aduh! dia ni berdiri pula kat belakang aku! dah la tu bernafas kat tengkuk aku! gerutu Niki yang amat menyampah dengan situasi yang sedang dia lalui pada ketika itu.


Semakin Niki cuba melarikan diri,semakin hampir dia di belakang Niki. Sesekali terasa hembusan nafasnya yang sangat busuk menusuk ke lubang hidung Niki yang kembang kempis menahan bau busuk tersebut.

Cepatlah train ni sampai ke Masjid Jamek.. aku dah nak pengsan ni!!!! Doa Niki yang sedari tadi menahan nafas.

Sebaik sahaja train berhenti di Masjid Jamek,Niki hampir melompat untuk keluar dari perut train. Di tariknya nafas sedalam mungkin tak ubah seperti ikan yang hampir kelemasan air!

Fuuh... Sakit jantung aku kalau hari-hari aku jumpa makhluk macam ni. Huh,aku rasa mangkuk tu mesti tak banyak kawan. Poor that guy..

Menggeleng kepala Niki melihatkan suasana yang sama seperti hari-hari yang lain. Permandangan kelihatan seperti segerombolan kambing berpusu-pusu ingin keluar dari kandang. Emmmm.. apa yang terlihat pada binatang atau alam sekitar memang berkait dengan kehidupan bernama manusia. Jadinya antara manusia dan alam memang berkaitan antara satu sama lain


Begitulah halnya dengan mamat busuk tadi,tidakkah ia kelihatan dan berbau menyerupai kambing ataupun longkang DBKL?? hahahahahah..

Niki mempunyai satu hobi iaitu memerhatikan keadaan sekeliling sambil mengambil iktibar atau melakukan rumusan atau kesimpulan yang membawa kepada perkaitan dengan alam..

Nak turun eskalator pun nak berebut ke?? YaAllah buruk perangai betul orang-orang tua ni. Agak-agaklah wei! jerit Niki di dalam hati saja. Kalau menjerit kuat-kuat mahu ada yang mati sakit jantung pagi-pagi. Selepas itu akan menjadi tajuk berita Harian Metro,baru ada akai!!

Perjalanan untuk menaiki train Putra ke KLCC di lakukan dengan langkah yang sepantas mungkin. Sememangnya itu adalah perkara biasa buat Niki. Jika ada yang menghalang perjalanan,dengan tidak segan silu Niki akan berkata,"Excuse me,stand on your left and allow people to walk down the escalator on your right Thank you!!"

Sesuai dengan muka kau! jeling Niki dengan langkah kaki yang pantas. Semuanya gara-gara ingin mendapatkan train  yang tepat mengikut waktu. Agar perutnya dapat diisi sebelum sesi pekerjaan di mulakan.


Mak kau! Ramainya orang. Kau orang tak reti nak blah awal ke? Menyusahkan orang betullah.. Berterusan Niki mengomel sepanjang menunggu.


Nasib baik aku beli suratkhabar Metro,kalau tak lagi moody aku di buatnya. Kelihatan beberapa orang guard berkeliaran bagi memastikan semua penumpang beratur mengikut peraturan sebelum train sampai. Jika tidak,ada pula yang sengaja memotong barisan macam LRT tu bapak dengan atok dia yang punya.


Sekali lagi,perasaan di perlakukan sebegini tak ubah seperti pegembala kambing bersama dengan kambing-kambingnya yang berkeliaran tanpa peraturan,lalu tuan kambing akan menjerit bah! bah! lalu kambing-kambing itu pun akan berada dalam barisan untuk masuk ke dalam kandang! Wakakakakaak.. Aku pun termasuklah sekali dalam kumpulan kambing-kambing tersebut.. Emmmmmmm.. Budus!

Adoyai! ni dah nak masuk kali ketiga train asyik penuh je. Hanginlah ni, Tak kira.. Lepas ni ak tolak je. Siapa yang tak reti nak masuk dalam aku pijak je kaki kau orang!


Sebaik sahaja pintu train terbuka,Niki meluru masuk dengan muka selamba badak dengan menolak penumpang yang sengaja tidak mahu masuk ke dalam. Perlahan namun keras penolakkan badan niki bagi menyuruh bedol-bedol itu masuk ke dalam.


Sebaik sahaja sampai ke stesen Kg.Baru para penumpang mula berlumba-lumba unu keluar. Keadaan sedikit melegakan dan tidak perlu lagi berlaga bahu dengan penumpang lain. Rimas!


Keadaan yang sedikit lengang membolehkan Niki bersandar berdekatan dengan pintu LRT. Tiba-tiba,suasana sedikit berubah dengan suara-suara penumpang dan bahasa badan yang menunjukkan ada sesuatu yang menggangu mereka.


"Celaka! Woit! Siapa yang tak berak seminggu ni?? Agak-agak la wei.. BODOH!!" Tempik Niki dengan muka selamba. Yang lain-lain hanya menundukkan wajah masing-masing Ada pula yang mengomel dalam nada yang kurang jelas menunjukkan mereka kurang senang dengan bau kentut tahap loji kumbahan najis yang sangat bangkai!

Masalah betullah masyarakat sekarang,dah tahu tak selesa dengan bau kentut telur tembelang boleh lagi mendiamkan diri. SENGAL!

Silap besarlah kalau aku ada. Mulut aku ni tak ada insurans! eeeemmm.. Apalah malangnya nasib aku,Naik Putra LRT ada kambing busuk. Naik Star LRT ada loji kumbahan najis pecah! Suwey.. Keluh hati Niki dengan rasa marah yang meluap-luap.














































Tuesday, January 25, 2011

Ada Aku Kesah....!!!! 2

"Eeeeeerr.. Ye ke???" Tiba-tiba Niki buat suara seakan-akan ceria.. Nasib baik aku tak kantoi! Kalaulah aku bercakap lebih-lebih tadi dah tentu Rizal akan ingat aku ni jenis yang suka mengadu domba. Fuuuuuh.. Selamat!


Niki menjadi sangat excited apabila Milo Dinosaurnya sampai  dengan taburan milo memenuhi permukaan gelasnya. Sedangkan yang lain-lain tidak se-excited Niki. Dihirup minumannya dengan penuh kenikmatan yang tidak terhingga. Topik demi topik di bualkan sehingga masuk ke tahap sengal yang tak hengat! Sesekali Niki menjatuhkan pandangannya arah Rizal dan Icha yang kelihatan berbual sesama sendiri dan sesekali di sampuk oleh Meng@botak! heheheheeh...


Sedang rancak Niki dan Fendi berbual,Niki terasa seolah-olah dia di perhatikan seseorang. Di toleh ke sebelah kirinya barulah dia perasan yang Rizal dok ralit memerhatikan Niki berborak dengan Fendi.


Pehal pula budak gemuk ni dok perhatikan aku? Poyoooooo! Rimas betul bila ada orang dok pandang-pandang ni. Muka aku comot ke? or dia nak mintak Milo Dinosaur aku? Boleh.. Boleh blah! Niki menjelingkan matanya seakan-akan meluat.




Separuh berbisik Niki bertanyakan sesuatu kepada Fendi..


"Si gemok ni sepupu Zel ke? Uish.. Jauh panggang dari api. Saiz does matter u know.." Sengih Niki atas pertanyaannya sendiri.


Fendi hanya menganggukkan kepalanya. Sambil menghirup minuman yang Niki kurang pasti apa jenisnya. Kalau nak di bayangkan muka dan bentuk badan Rizal memang tak ada iras langsung dengan Zel yang putih melepak dan bentuk badan yang lagi slim dari Rizal yang gebu itu. Semakin lama aku tenung Rizal,semakin meluat pula aku rasa. Sementelah Rizal tak habis-habis merenung aku macam nak makan! Muka macam nak minta penampor free..


Dengan tidak semena-mena...


"Wei! apa kata kalau kita buat 'cuti-cuti Malaysia'? Tapi janganlah kita pergi tempat jauh,kita pergi tempat yang tak perlu budget besar. Aku cadangkan kita pergi somewhere yang ada beach and full with activity? amacam? cantik tak idea aku? Cuba bagi cadangan pulau mana yang patut kita pergi?" Jelas Niki mengenai idea percutian Malaysia yang sememangnya di perlukan setelah sekian lama bekerja tanpa mendapat rehat yang secukupnya. Niki sangat berharap agar impiannya untuk ke pulau akan menjadi kenyataan.


"Eh.. Bagus juga cadangan kau tu.. Pergi Pulau Pangkor pun macam best je.. Tapi aku dah pernah pergi Pangkor. Pulau Langkawi pula macam tak best. Tempat shopping banyak la.. Lagipun kalau aku dengan Meng pergi Langkawi,confirm kita orang asyik mabuk je. Liquor kat sana murah giler!" Gelak Fendi atas penerangannya yang tidak membina langsung. Niki,Icha,Rizal dan Meng tergelak mengenai kenyataan Fendi tentang gelagat dia dan Meng.


Kelihatan beberapa pengunjung yang turut sama menikmati supper di kopitiam tersebut kelihatan terganggu lalu memandang ke arah meja yang hangat bergelak ketawa dengan nada volume bercampur pitching berterabur. Terutama sekali picthing Rizal yang tinggi tak hengat dunia!


"Kalau dah macam tu apa kata kita pergi kat satu pulau yang aku ada baca dalam Metro,entah apa namanya.. bunyi macam something Lang. aku tengok macam best je" Cadang Niki beria-ia


"U mean Lang Tengah? Kalau kau orang nak,aku boleh tanyakan cost. pasal Ancasa ada hotel dekat sana." Beritahu Rizal tiba-tiba. Ish,tetap juga nak menyibuk si gemok ni..


Meng dan Fendi menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Rizal. Manakala Icha memberitahu yang dia tidak boleh berjanji untuk dapat turut serta memandangkan dia bekerja dan perlu mendapatkan kelulusan dari majikannya.


"Aku setuju kalau semua orang agree to go to Lang Tengah as long as it below budget. Kalau mahal tak dapatlah aku nak join. Kau orang pun tahu yang aku ni jobless,kalau ada project masuk baru aku boleh join. Kena dengan tarikh aku free,memang tak ada masalah." Ujar Fendi sambil menyedut rokok Dunhillnya dalam-dalam.


"Aku kau taulah masih belajar lagi,ni pun mengharap duit bapa aku. Kalau dapat,aku pun tak ada masalah nak join kau orang pergi Lang Tengah." Balas Meng walaupun pandangannya tidak di minta. Untuk Meng,dimana ada Fendi disitulah Meng akan berada. Dah macam adik-beradik lain mak,lain bapak!


"Fendi,kau rasa kalau kita ajak Shah dia boleh join tak?" Soal Niki mengenai seorang lagi ahli kumpulan yang selalu tidak dapat lepak bersama memandangkan kakinya di ikat dengan invinsible chain.


Tiba-tiba suasana pecah dengan hilai tawa Fendi dan Meng..


"Niki,kau pun tahu yang Shah mana boleh nak join kita pergi jauh-jauh. Nak lepak mamak pun dia mengelupur. Inikan pula nak pergi Lang Tengah!" Balas Fendi yang masih lagi larut dalam hilai tawanya.


"As if u don't know Shah!" Sampuk pula si Meng yang dok tersengih sambil membetulkan kacamatanya.


"Shah yang mana ni Fendi?" Soal Rizal yang sedikit blur dengan apa yang Niki,Fendi dan Meng bualkan


"Kalau aku cakap kau bukan kenal pun. Because u never meet with him yet. Saiz dia sama je dengan kau. Cume Shah tinggi lagi dari kau"  Sambil menyalakan api rokok yang entah kali yang keberapa.


Niki turut menyalakan rokoknya buat kali yang ke lima. Semakin lama kami lepak,semakin lajulah rokok di bakar! Kalau macam ni mati cepatlah aku wei...


"A'ah laaaa.. Dia kan selalu kena chain?? Sebelum dia datang nak lepak,dari jauh kita dah boleh dengar bunyi chain! Nak buat macamana,dia sayangkan isteri dan rumahtangga dia. Lainlah macam kita yang bujang trang tang tang.." Setuju Niki dengan penjelasan diri sendiri.


Fendi mencadangkan bahawa dia dan Meng akan cuba mengajak Shah untuk turut serta dalam percutian ke Pulau Lang Tengah. namun dia tidak berjanji yang Shah akan dapat turut serta jika keadaan tidak mengizinkan. Dalam bab itu memang kami amat memahami. Itu memang perkara biasa buat kami,namun atas dasar persahabatan tetap mempelawa walaupun bayangannya amat sukar untuk di lihat jika aktiviti tersebut di buat luar dari Kuala Lumpur.


"By the way aku ingat nak ajak dua orang kawan perempuan aku. Niki,kau memang tak kenal dengan dia orang. Aku kenal dia orang through FB nama Alyssa and Sofia. Kau mesti boleh click dengan dia orang pasal sama-sama sengal macam kau juga!" Terang Fendi dengan wajah yang ceria tatkala menjelaskan tentang dua orang kawan wanitanya.


"Kalau dah sama-sama sengal macam aku,tak jadi masalah bro. Aku ok je!" Balas niki sambil menghirup Milo Dinosaurnya yang kian cair akibat di biarkan lama dan terlalu leka berborak dan menghisap rokok.


"I can tell u that u can easily like this 2 ladies. Dua-duanya sama je macam perangai kau.. Cuma dia orang ni pun agak susah juga nak keluar malam and lepak lama-lama" Balas Meng menyambung penerangan Fendi sebentar tadi. Nampaknya Fendi dan Meng sudah mengenali mereka berdua agak lama. Mungkin masa 12 bulan membuatkan mereka mengenali ramai kawan yang aku sendiri kurang pasti siapakah mereka. Namun,kawan mereka adalah kawan aku juga. Seperti halnya dengan Rizal dan Icha yang amat baru aku kenali tak sampai 1 jam pun. Bisik Niki di dalam hati kecilnya.


"Nanti aku bawa kau lepak and get to know this 2 ladies ok?" Cadang Fendi sambil mulutnya mengunyah ais yang di kais dari gelas yang sudah pun kosong airnya.

Niki bertanyakan pada Rizal tentang bagaimana dia boleh dapatkan harga murah jika pergi ke Lang Tengah.


"Ni macamana kau boleh dapatkan harga murah kat Lang Tengah wei?"


"Aku ni kerja dengan Ancasa Hotel and Resort,so dapatlah harga murah berbanding pengunjung biasa." Terang Rizal yang masih merenung Niki dengan satu pandangan yang sangat menjengkelkan Niki.

Monday, January 24, 2011

Ada Aku Kesah!!! (Pengenalan)

Truuuut..Truuut.. Truuut!!! aaaaaaarggh.. Missed call la pula. Siapa pula petang-petang call aku kat tempat kerja ni.. Nama pula tak ada dalam senarai contact aku. Lantak kau la. Nanti pandai-pandai la call aku balik. Gumal hati Niki dengan bibir yang di cebikkan.


Selang 2 minit kemudian ,telefon genggam aku berbunyi lagi. Dengan rasa malas Niki menekan punat berbual.


"Hello, Siapa ni?" Soal Niki dengan nada agak kasar ingin tahu.


"Akulah Fendi,ni aku nak ajak kau keluar lepas habis kerja malam ni. Kau tak ada buat apa-apa lepas habis kerjakan?" Soal lelaki yang bernama Fendi di corong telefon yang entah dimana gamaknya




"Laaaaaa.. Hidup lagi engkau!!! Ingatkan dah selamat!" Perli Niki pada kawannya yang sudah hampir setahun tidak mendengar khabar berita. Tup-tup telefon mengajak dia keluar.


"Ish,kau ni kalau tak kenakan aku memang tak bolehkan. Aku saja nak ajak kau keluar sebab lama tak jumpa dengan mak beruang kita orang". Aaaaah.. Mak Beruang satu gelaran yang sudah lama aku tak dengar di cuping telinganya.Ini semua gara-gara Niki suka memanggil sekumpulan kawan-kawannya yang semuanya sihat-sihat belaka dengan nama beruang.. eeeerr..Mereka seperti beruang sihat yang membesar bagai johan! hehehehe..


"Hari ni aku habis kerja pukul 10 malam. Kalau kau nak ambil, tunggu aku kat tempat biasa depan butik Louis Vuitton sharp! tergegeh,aku balik terus" Tegas Niki
 
"Wokeh! kitaorang akan datang tepat pukul 10 malam! Ok mak beruang see u tonight!"


Alamak! lupa pula aku nak tanya kemana nak lepak malam ni. Kalau jauh memang aku malas nak lepak.


Masa berlalu sewaktu bekerja agak kurang terasa kerana melayan kerenah pelanggan yang bermacam ragam sangat melelahkan sehingga kadang-kadang baru nak menyuap makanan,pelanggan dah mula masuk dengan pelbagai pertanyaan yang sengal!


Barangan kedai sudah pun di masukkan ke dalam peti besi di dalam pejabat butik. Niki sudah pun lockedkan pintu safe.,manakala masing-masing sudah pun menyalin pakaian. Sementara menunggu Door Master punch card untuk semua orang yang bekerja. Kelihatan Niki serta rakan-rakan lain sibuk melayan FaceBook ataupun bersms dengan telefon genggam masing-masing.


Bunyi pesanan ringkas dari telefon Niki sudah mula berbunyi..


From: Meng


Mak beruang! kita orang dah sampai.. Nanti kau dah keluar sms kita orang. 


Niki hanya membaca sekali lalu.. Semua sudah pun bersedia untuk pulang. Aku melangkah sambil mendial number telefon Meng.


"Mana kau orang? Aku tak nampak pun?" Ngomel Niki yang sedikit keletihan. Matanya meliar mencari kelibat kereta Fendi.


"Ni hah,kita orang ada kat depan kau la..."Jawab Meng dengan tangan di lambai ke arah Niki. Aku senyum lebar melihatkan teman-teman yang sudah lama tidak aku temui. Hampir 12 bulan mengikut pengiraan Gregorian kalendar.. emmmm..


Semakin hampir aku dengan pintu kereta Satria biru aku semakin pelik kerana melihatkan kelibat orang-orang yang tidak aku kenali di dalam perut kereta. Seorang lelaki yang sangat sehat@gemuk dan seorang anak dara sunti di bahagian tempat duduk belakang. Manakala yang gemuk duduk di bahagian tempat duduk bersebelahan Fendi yang bertindak sebagai pemandu.


Eeeeer.. Sebenarnya memang patut pun yang gemuk itu duduk di bahagian depan,jika dia duduk di bahagian belakang nescaya keadaan akan menjadi bertambah sempit dan tidak seimbang! Hahaahahahaah....


Niki seperti biasa,akan menjadi sukarelawan untuk membecokkan mulut seolah-olah dia sudah kenal lama dengan orang yang baru beberapa saat di kenali. Mereka di perkenalkan oleh Fendi dengan nama Rizal Zaidi manakala anak dara sunti itu sebagai Nuricha Aurora John. Seorang gadis mualaf baru memeluk islam kira-kira 3 tahun yang lalu.


Aku pula di perkenalkan oleh Meng dengan nama mak beruang..


"Aku sepak ko Meng,nama aku Niki laaa.." Tempik Niki dengan lontaran vokal yang nyaring.


"Ni kita nak lepak mana bro?" Soal Niki tatkala suasana kian reda. Sesekali Niki membetulkan anak rambut yang melurut ke alis matanya.


"Cuba kau bagi cadangan,aku tak kisah mana-mana pun boleh. Kalau boleh tak payah kita lepak jauh sangat. dekat Bandar Sri Permaisuri ada tak tempat lepak yang best?" Soal Fendi meminta pendapat Niki yang lebih tahu tentang area yang di maksudkannya.


"Aku cadangkan kita lepak dekat Kopitiam PapaRich sebelah QBistro. Makanan kat situ best juga. Cuma harga ada sikit lebeh la.." Cadang Niki dengan lengok bahasa seperti mamak mapley.


"Aku ok je mak beruang! Meng pun ikut je.. Yang lain-lain aku rasa dia orang tak kisah." Kenyataan Fendi di iakan sahaja oleh Rizal dan Icha.


"A'ah,kami ikut je. Kita orang pun saja je nak melepak. Pasal Fendi yang cadangkan kita orang semua lepak dengan u pasal dah lama dia tak bertemu muka dengan mak beruang dia orang!" Balas Rizal yang menyampuk walaupun tidak di minta pandangan beliau.


 "Bro,aku lebih selesa kalau kita beraku engkau je.. I,u sangat tak sesuwey!" Selamba sahaja Niki menjelaskan tentang penggunaan kata ganti diri yang sesuai dengan karakter beliau.


Fendi memandu dengan kelajuan yang sangat tidak sesuai dengan keadaan jalan yang sedikit sangkut di sekitar Bukit Bintang. Fendi memang di kenali suatu ketika dahulu pada zaman muda remaja sebagai seorang pemandu berani mati di sekitar Taman Tun Dr.Ismail di mana di situlah beliau di besarkan dan menjadi along besar di kawasan tersebut. Ah! siapa tak kenal Fendi.


Niki masih kekal dengan mulut becoknya hinnga hampir tidak kedengaran suara orang lain melainkan suaranya sahaja.


"Budak ni dari tadi tak habis-habis membebel. sakit jiwa aku di buatnya" Gumam Rizal di dalam hati dan beliau hanya mampu diam seribu bahasa.


"Yang kau tiba-tiba hilang lepas itu tiba-tiba muncul je kenapa? Mana kau pergi selama hampir 12 bulan ni?"


"Ala,kau tahulah aku ni kan sentiasa sibuk dengan macam-macam benda yang aku buat. Rumah aku yang kat Taman Tun dah ada buyer. Ni aku masih lagi kena uruskan banyak benda termasuk urusan dengan pihak bank. Ni pun nasib baik pak cik aku yang dato tu tolong aku settlekan dengan bank. Kalau tak,lagi lama lah baru boleh settle" Terang Fendi panjang lebar tentang kehilangan beliau selama 12 bulan tersebut. Tangan Fendi pantas memotong kenderaan yang jaraknya terlalu dekat dengan bontot kereta di hadapan.


"Woit! aku belum nak mati lagi la.. Aku masih nak kahwin lagi wei!" Jerit Niki lantang


""Ala,rileks la.. aku kan cekap memandu kereta? You got to trust me"


Perjalanan sudah sampai ke destinasi yang di tuju. Fendi memakirkan kereta berdekatan dengan Kopitiam PapaRich. Niki keluar dan terus menuju ke meja makan yang masih belum berpenghuni lagi. Aku segera meminta pelayan mengambilkan kerusi lebih memandangkan korum lebih dari kerusi yang ada.


Niki memesan air Milo Dinasaur manakala yang lain meminta air yang biasa di minta di kedai mamak. Dari satu topik ke satu topik niki dan yang lain-lain bualkan hingga melalut kepada kisah yang tidak mahu aku ungkitkan. Namun dah nak dijadikan cerita Niki pun bertanya pada Fendi.


"Zel apa cerita? Senyap macam ok je. Lagipun Zel and Arez dah deleted aku from FB. Aku tak kisah pun dia orang buang aku. Lagipun kau pun dah tahu kisah yang sebenarnya berlaku right?" Soal Niki atas kenyataan yang baru di ungkapkan sebentar tadi. Suasana menjadi hening secara tiba-tiba. Cepat-cepat Fendi memulihkan keadaan dengan cerita yang amat mengejutkan sarafnya.


"By the way,aku lupa nak cakap yang Rizal Zaidi ni cousin Zel"


Niki terkedu sebentar. Ish! nasib baik aku tak mengumpat lebih-lebih. Kalau tak.. Tak pasal-pasal jadi issue panas yang lagi panas dari filem panas!!! fuuuuh.. PANAS! Niki terus tersenggih bagaikan kerang rebus.

Andai Mampu ku Ulang Semula... Sesungguhnya Aku Merindui Zaman Itu

Pagi yang hening dan amat gelap itu benar-benar membangkitkan selera makan aku. Pagi lebih kurang jam 6.15 pagi abah dah mula mengesa aku bersiap cepat. Nampaknya abah ingin menghantar aku dengan menaiki pengangkutan awam yang ketika itu lebih di kenali dengan nama Tong Fong nombor 124. Bas itu kelihatan sedikit uzur dengan keadaan tingkap yang separuhnya boleh di turunkan ke bawah manakala lagi separuh tersangkut! Hehehe...


Bas Tong Fong hanya berhenti bersebelahan dengan Balai Bomba Jalan Pasar Pudu yang berhadapan dengan Pejabat Pos Pasar Pudu. Makanya aku dan abah harus berjalan kaki untuk menuju ke sekolah yang terletak di Jalan Pasar Pudu. Kerana itulah sekolah aku pun di beri nama Sekolah Rendah Jalan Pasar Pudu 2 Kuala Lumpur.


Walaupun nama sekolah aku tidaklah seglamor mana-mana sekolah di Kuala Lumpur,namun sekolah ini telah melahirkan ramai insan-insan yang berkaliber dan yang mampu membanggakan sekolah tersebut! (eeer.. aku tak termasuk dalam senarai kot!) :p


Memang sangat meletihkan apabila pagi-pagi dah buat excercise kaki. Namun di sebabkan abah yang menghantar aku ke sekolah,penat sikit pun aku tak terasa. Sebab aku sayang abah! Abah menghantar aku hingga ke dalam sekolah. Sebelum abah pergi,aku menghulurkan tangan untuk mintak duit! hahahaha.. Abah memberi dalam jumlah yang agak memberangsangkan. Maklumlah pada tahun 80'an dapat seringgit kira dah tahap mewah. Macam-macam boleh beli!


Ku cium tangan abah sambil mengucapkan terima kasih. Abah jarang nak tersenyum bila ada anak-anak senyum pada dia. Abah memang tipikal melayu! Tapi aku tetap sayang pada abah.


Bayang abah kian menjauh,aku melihat keadaan sekeliling sebaik sahaja aku meletakkan beg sekolah di tempat perhimpunan sekolah. Masih sunyi lagi dan tidak ramai pelajar yang kelihatan. Jam sudah menunjukkan jam 6.45 pagi. Keadaan di kala itu amat berbeza dengan zaman sekarang dimana 6.45 pagi hari sudah kian cerah. Sedangkan pada zaman aku waktu seperti itu suasana masih lagi gelap gelita.


Aaaaahh.. Aku menghirup nafas sedalam mungkin bau nasi lemak yang datangnya dari kantin sekolah. Bergegas aku mendapatkan bau tersebut dengan harapan dapat menikmati rasa di kala suasana masih lagi lengang.


"Pak cik! nasi lemak satu saya nak sambal lebih!" Pinta aku sambil kecur air liur pabila melihatkan pak cik kantin meyenduk nasi yang panas berasap sambil bau lemaknya mencucuk hidung yang tidak tersumbat. Itu belum lagi bau itu bercampur dengan timun basah,kacang goreng,ikan bilis dan yang paling penting bau sambal tumis special! Juling mata aku melihatkan sambal tumis membasahi nasi lemak aku.. Yummmmmeh!


Cepat-cepat aku bayar 20sen. Aku memilih tempat duduk yang berdekatan dengan rumput yang di basahi embun pagi. Dah memang menjadi tabiat aku bila saja ingin makan nasi lemak,bahagian itulah yang akan aku cari.. Kerana makan nasi lemak panas sambil menghirup bau rumput segar amat menyelerakan! Orang kata aku pelik,namun itulah yang menaikkan selera bagi budak perempuan yang berumur 8 tahun ketika itu.


Pinggan pertama sudah beres tapi aku beratur sekali lagi kali ini di belakang seorang pelajar lelaki untuk membeli nasi lemak lagi! Hahahahaah.. masa itu aku masih ingat lagi yang aku sangat buruk lantak! Lagipun bukan selalunya aku dapat duit banyak. Setelah puas aku makan nasi lemak enak, aku pun berehat sementara menunggu waktu perhimpunan.


Loceng berbunyi nyaring menandakan perhimpunan bakal bermula. Sewaktu sedang menyanyikan lagu NegaraKu,perut aku mula memulas bagai nak giler. Rasa seperti ingin membuang,tapi aku paranoid dengan toilet sekolah yang sangat busuk di tambahkan lagi dengan lipas yang pada masa itu bermaharajalela di dalam tandas! Aku memang ada tabiat takut nak masuk ke dalam tandas terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah. Itulah satu-satunya masalah yang menyusahkan aku.


Aku tahan rasa sakit perut aku dengan harapan aku tidak perlu mengunjung tandas yang amat aku benci.Kesakitan melarat hingga ke dalam kelas. Tapi aku buat muka selamba seolah-olah macam tiada apa-apa yang berlaku. Kelas bahasa Inggeris telah pun selesai. Disambung pula dengan kelas Bahasa Melayu,inilah kelas yang aku nanti-nantikan kerana guru kesayangan aku mengajar. Nama guru aku adalah Cikgu Ariffin. Sangat garang dan di takuti oleh semua pelajar sekolah dari tahun 1 hinggalah ke tahun 6,semuanya gerun dengan Cikgu Ariffin!


Setelah mengucapkan selamat pada Cikgu arrifin,kami semua di minta berkumpul mengelilingi cikgu kerana cikgu ingin menerangkan sesuatu berkenaan subjek yang ingin di ajar.


'Baiklah semua pelajar mari berkumpul berdekatan dengan cikgu!" Laung cikgu kuat.


"YaAllah! perut aku semakin memulas ni! Matilah aku.. Apapun terjadi aku tetap tak mahu pergi ke tandas" Getus hati aku tatkala itu.


Dalam sibuk cikgu memberi penerangan,terdapat dua orang pelajar lelaki yang sedang leka bercakap seolah-olah merekalah cikgu yang sedang mengajar! Kalau aku tak silap namanya Saiful. Dia ni memang muka macam penyangak selalu kena denda dengan cikgu manakala yang lagi seorang aku tak ingat.


Sedang cikgu sibuk memberi pengajaran,aku semakin sibuk dengan menahan sakit perut dan menahan diri dari terkentut. Aku yakin jika aku terkentut pastinya bau sangat terbaik kerana dah hampir seminggu aku tidak membuang!


Tiba-tiba cikgu Ariffin menjerit...


"Ni siapa yang lepaskan Kemenyan Hantu dalam kelas?"


Kelas menjadi gemuruh dengan pertanyaan dan jeritan pelajar. Ada yang hampir nak termuntah manakala cikgu Ariffin menutup hidung dengan jarinya.


"Baik mengaku siapa yang kentut bau macam setahun tak berak!!!!" Bentak cikgu Ariffin meminta kepastian. Ada sebahagian para pelajar bertanya sesama mereka apa kemenyan hantu? Sebahagiannya menjawap, kemenyan hatu tu bau kentut busuk laaaa....


Aku hanya membatukan diri. Kerana tidak mahu dimarahi oleh guru kesayangan aku. Lalu aku pun buat-buat menoleh seolah-olah mencari siapa yang kentut  busuk itu.


"Kamu! ni mesti kamu yang kentut bau macam telur tembelang!" Jerkah cikgu Ariffin menundingkan jari ke arah Saiful. Budak itu hanya mampu terkebil-kebil apabila di tuduh cikgu.


"Mana ada cikgu. Saya tak kentut busuk macam tu lah cikgu" Pertahan Saiful atas tuduhan yang sememangnya tidak berasas. Namun aku tidak mampu membela Saiful dengan mengaku bau kentut itu datangnya dari aku! nak mati??!

Saiful amat mudah menjadi mangsa keadaan di sebabkan perangai nakal yang suka mengusik dan mencari pasal dengan pelajar yang lain sementelah pula muka Saiful memang package macam penyangak Sarip Dol Kampung Dusun!

Semua pelajar termasuk aku hanya mampu menundukkan wajah dari bertentang dengan kemarahan cikgu Ariffin yang terkenal di sekolah dengan kegarangannya.


"Saiful! kemari kamu. Baik kamu mengaku yang kamu tadi sudah lepaskan kemenyan hantu dalam kelas" Tegas cikgu Ariffin sekali lagi. Namun Saiful mengelengkan kepalanya sambil melangkah ke hadapan cikgu.


"Hulurkan tapak tangan kamu. Zraaaaaap!!" bunyi pembaris kayu panjang mengenai tapak tangan Saiful. Aku dapat melihat bahu Saiful terjungkit menahan libasan pembaris ke tapak tangannya. Aku hanya terdiam seribu bahasa melihatkan budak nakal dalam kelas di pukul atas kesalahan yang tidak di lakukannya.


"Kamu semua duduk. Pening kepala saya dengan bau kemenyan hantu tadi!" 


Saiful ku lihat menahan sakit di tapak tangan,namun sebaik sahaja cikgu Ariffin keluar dari kelas aku dengar dia memberikan amaran kepada semua rakan -rakan di kelas.


"Kalau aku tahu siapa yang kentut tadi dan yang menyebabkan tapak tangan aku kena pukul tanpa sebab,SIAPLAH AKU KERJAKAN ORANG TU!!!!!"


Dalam hati kau.. Sampai mati pun kau tak akan tahu.. Cuma sesekali aku rasa bersalah pada Saiful. Namun dosa sebelum akil baligh tidak di kira yang membuatkan aku boleh bernafas lega. Hhahahahaahahahahah!!!







Persahabatan

Emmmmmm.. Bila saja lidah,minda atau benak kita teringatkan perkataan "Sahabat" pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah kenangan lepas yang tidak akan kembali lagi. Tidak kiralah samada kenangan itu pahit ataupun manis.

Sebagai insan yang mempunyai perasaan,pastinya kita tidak mahu mengingatkan perkara yang menyakitkan hati atau yang meruntun perasaan. Tetapi sebaik mana pun kita cuba menutup ketat balang kenangan untuk tidak mahu mengingatinya namun "kenangan" itu tetap juga ingin menyinggah!!


Tidak kiralah apa jenis kenangan pun yang pastinya jika kenangan itu mengharukan kita berusaha untuk tidak mahu mengintainya.

Namun.. kita tetap tidak dapat lari dari mengingatinya! so cliche!!!!! Bagaimana?? Senang sahaja. Katakan kita mempunyai kawan yang sedang dalam dilema atau mempunyai masalah dengan teman lelaki.. Semakin kita dengar sob story yang di ceritakan,semakin kita rasa ianya seperti beliau sedang menceritakan semula cerita yang pernah kita alami satu ketika dahulu. Dejavu! Cuma watak dan nama dalam cerita tersebut telah di olah dengan cara yang berbeza.


Lagi lama kita mendengar cerita tersebut,semakin panas punggung di buatnya. Disebabkan kita telah mengalaminya terlebih dahulu,makanya kita menganggap bahawa masalah ini sangat mudah di selesaikan semudah yang telah kita tempuhi. Sedangkan hakikatnya kita menangani kisah sedih sendiri lagi teruk dari yang di alami oleh teman kita!!! Heheeheheh..

Sebagai seorang teman yang baik,kita akan cuba menyelesaikan masalah teman kita sebaik mungkin dengan meletakkan diri sendiri dalam watak sedih yang telah di ceritakan oleh teman kita. Seperti kata orang-orang tua, "Ibarat menarik rambut dalam tepung..Rambut tak putus,tepung tak berselerak". Setiap orang ada cara yang tersendiri dalam membantu meringankan beban teman. Namun ada juga yang mengambil kesempatan dengan agenda yang terselindung. Adakah anda bahagia melihatkan keruntuhan sesuatu perhubungan? Emmm.. Tepuk dada tanyalah iman..

Tidak kurang juga yang bertepuk tangan dalam senyap dengan musibah yang yang menimpa kita. Itu belum kira tak menang tangan melayan orang yang mengata belakang kita. Gamaknya kenyang tembolok mereka dapat makan daging saudara sendiri!!!

Ya,itu adalah harga sebuah hakikat yang tidak akan berubah sampai bila-bila masa pun. Cuma apa yang mampu kita buat adalah menadah tanang dengan ikhlas agar suatu hari nanti Allah membuka hati mereka agar berasa lebih sensitif dengan dugaan yang di alami oleh teman-teman yang di timp dugaan dan musibah sebagai ujian dari yang di atas.

Apa yang pasti,dunia ini bulat dan bukannya segi empat,Jadi hari ini hari kita.. esok hari tersebut tetap akan singgah dalam hidup kalian yang suka mentertawakan nasib malang orang lain.. Allah Maha Adil..



Sunday, January 23, 2011

TakdirMu Sungguh Indah 10

Sudah tiada cinta di hati ini..Jangan aku dipersalahkan kerana aku telah melakukan segalanya demi kasih sayang.Namun usahaku di campak sesuka hatimu..Luka ini tidak bisa pulih.Hanya DIA yang lebih mengetahui...


"Jadinya mak,bukan semuanya salah Liza.Memang Liza bukanlah isteri solehah tapi sekurang-kurangnya

Liza dah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga kami.Tapi nampaknya masalah ini tidak dapat diselamatkan lagi.Bila mak buat tuduhan melulu,sedih hati ni.Bukan Liza yang curang".Liza mengumpulkan semangat membalas kata-kata ibunya yang menuduh Liza tidak pandai menjaga rumahtangga yang belum pun masuk 3 tahun.

Puan Miskiah menyeka airmata yang mula bergenang di tubir mata.Esakan kecil mengiringi deraian airmata ibu tua itu.Liza sayu melihatkan kesedihan ibunya.Ibu mana yang tidak sedih apabila anaknya diperlakukan seperti itu? wanita mana yang inginkan perceraian?


Walaupun perkahwinan ini bukan di bina atas dasar cinta sepertimana suami isteri yang lain,namun Liza cuba membina rasa cinta yang tulus ikhlas demi sebuah perkahwinan dan demi anak.Rasa cinta,kasih dan sayang dipupuk sedikit demi sedikit.


Mengapa Liza masih meneruskan juga perkahwinan walaupun bukan atas dasar cinta? Ini semua gara-gara sikap Rizal yang keras kepala dan sanggup melakukan apa saja jika kehendaknya tidak di penuhi.Oleh Kerana tidak mahu di persalahkan jika perkara tidak baik berlaku kepada Rizal,maka perkahwinan mereka tetap di teruskan!


"Kalau sudah macam tu ceritanya,kau buatlah apa yang patut.Mak rasa nak nasihatkan pun dah tak guna.Cuma mak harap Rizal bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak dia.Patutlah masa Rizal datang tengok Ammirul,mak nampak seorang perempuan cina duduk dlam kereta." Tutur ibunya mengeleng kepala.


"Biarlah mak.Apa pun yang dia buat,Liza dah tak nk ambil tahu lagi.Sekarang ni..yang memeningkan kepala ialah duit.Rizal cakap dia tak ada duit buat operation bulan depan." Matanya leka memerhatikan Ammirul yang sedang leka bermain kereta sambil membuat mimik bunyi kereta lumba.


Masa kian berlalu.. Hanya tinggal lagi 2 minggu untuk Liza menghadirkan diri ke HUKM untuk melakukan pembedahan. Cuti pun sudah di pohon,segala perkara yang berkaitan dengan kelahiran telah selesai di uruskan.


Dia telah sampai ke tempat kerja awal dan bersarapan di food court tingkat 4 seperti biasanya.Ketika sedang menunggu teman-teman yang lain untuk membuka butik,Liza merasakan perutnya memulas-mulas.Bergegas Liza ke tandas.namun itu tiada kena mengena dengan niat untuk membuang hajat.


Arrrgh... kenapa ni? sakit macam nak membuang tapi tak pula nak membuang walaupun dah ke tandas...


Dengan dahi yang berpeluh,Liza mendapatkan temannya yang sudah bersedia untuk membuka pintu butik.


"Liza,are you okey? yo look pale." tanya Hayley sambil melangkah masuk ke dalam butik.


"I'm not to sure myself.my stomach in pain,when i want to pastmotion..there's nothing!" keluh Liza


"Nak beranak kot!" Gurau Hayley lagi.


"Another 2 weeks lagi daaaa.." balas Liza yang takut dengan kemungkinan bersalin awal dari tarikh yang sebenarnya.


Selesai menyusun barang-barang peragaan,Liza memberitahu Hayley yang dia ingin mengambil waktu rehat pada pukul satu.Semuanya semata-mata ingin membeli makanan kegemarannya di jalan Imbi belakang Starhill. Nasi putih bersama ayam masak kicap special!


Siti telah pun menunggu betul-betul di perhentian bas berhadapan dengan Starhill.


"Mak buyung! cepat sikit jalan tu.." Senggih Siti yang bergegas mendapatkan Liza yang kian sarat namun tetap ingin berjalan semata-mata untuk mendapatkan makanan kegemarannya.


"Siti,aku rasa tak sedap hati and tak sedap badanlah.Perut aku dari pagi tadi asyik memulas macam nak berak.Tapi bila ke toilet apa pun tak ada! tak akanlah aku dah nak beranak kot." Ujar Liza yang kian resah dengan situasi yang sedang dia lalui.


Siti menjungkitkan keningnya..


"Aku rasa mungkin kau dah tiba masa nak beranak la..Kau jangan beranak kat tengah jalan sudah!" Suara Siti berbunyi cemas.


"Alah..Kau jangan merepek boleh tak? Aku nak cepat tapau makanan kegemaran aku ni" Bebel Liza menepis tanggapan yang mengusarkan hatinya.Kaki di hayun pantas menuju ke jalan Imbi.


Sampai sahaja kebutik,Liza menjadi lelah dan sakit perutnya kian terasa setiap 10minit.Liza dapat merasakan cecair yang kepanasan keluar di bahagian ari-arinya.


Namun Liza mengambil sikap sambil lewa dengan apa yang dia rasakan.Di buang perasaan takut menghadapi kelahiran di saat ini.Liza tidak bersedia untuk beranak di saat bapa pada anak ini tiada di sisi.Bukan kerana mengharapkan kehadiran Rizal,tetapi lebih kepada inginkan seseorang untuk berada berdekatannya ketika kelahiran. Ibuny tak mungkin akan hadir kerana menjaga anak orang yang dititipkan kerumah ibunya.


"Niki,since after lunch aku tengok muka kau pucat and kau asyik menekan-nekan perut.Kau dah nak beranak ni.." Hayley menyuarakan kebimbangannya terhadap kondisi LIza.


"Hayley! I can't move right now! I'm totally in pain!" Raung Liza yang sedang kesakitan.


  I always look to YOU..YOU the only one and only i look upon when i'm down..Thank you for all the test that make me even stronger than yesterday..YOU only test you servant accordingly... ;)

TakdirMu Sungguh Indah 9

Wajah Rizal benar-benar berbeza.Kelihatan kemerah-merahan,sembab dan serinya..TIADA! Rizal mengelak dari dipandang oleh Liza.Sekejap-sekejap Rizal melarikan wajahnya dari pandangan LIza.

Ya Allah degup jantungku semakin berkencang kuat..Adakah telahan aku ini benar??? Andai benar,aku reda dengan ketentuanMu.Mungkin inilah jalan yang terbaik buat kami berdua juga yang terbaik buat anak-anak kami.Lagipun perkahwinan kami sudah berpintal hingga tidak mungkin dapat dirungkai.Jika dapat dirungkai pun,tak mungkin aku akan meneruskannya.


Selepas membersihkan diri,Rizal menjenguk Ammirul yang lena di bilik sebelah.Liza bersila di atas lantai dan membelakangkan Rizal yang sudah pun melabuhkan punggung ke atas kerusi plastik berdekatan akuarium di ruang tamu.


Posisi Liza tidak berubah.Ternyata Rizal amat memahami bahasa badan LIza.Itu tandanya Liza sangat marah dan membenci Rizal.Lebih-lebih lagi semua pesanan ringkasnya tidak pernah berbalas.


"Mi,you sihat?"Buka bicara Rizal dengan nada antara dengar dan tidak.


"As you can see now,i masih hidup and masih bernafas lagi." Perli Liza yang terasa mual untuk bercakap dengan Rizal.Semakin lama,perasaan benci semakin meluap-luap di hati Liza.


"Errmmm..." Balas Rizal yang dapat menghidu apa yang dirasakan Liza tatkala ini.Rizal tahu yang dia tidak boleh menyalahkan Liza.Kerana semuanya berpunca dari dirinya sendiri.Jalan keluar yang di cari akhirnya memakan diri sendiri.Pada mulanya,Rizal hanya suka-suka berkawan dengan Winnie,namun gadis itu akhirnya tersangkut dengn sikap Rizal yang sememangnya ringan tulang jika sesiapa pun meminta tolong.Kebaikannya di salah ertikan.


Ahhhh..! aku tak perduli pada apa pun penjelasan Rizal.Hati ni terlalu remuk! tak mungkin aku akan berpatah balik pada jalan nekad yang aku sendiri telah pilih...


You break my heart over and over again. Even though u promised me you wouldn't..it hurts me!

"Sekarang ni,i nak u jangan berdolak-dalih lagi dengan soalan i..I bagi you amaran,kali ni you pukul i lagi...I tak akan teragak-agak seret you ke muka pengadilan!" tegas Liza bernada amaran. Matanya hanya tertumpu ke dinding putih kosong.Nada suara Liza bergetar menahan sebak...


Rizal hanya mengganggukkan kepalanya..


"Rizal,i nak tau.. You 'minum' ke tadi?"


"No,i'm not." Ringkas sahaja jawapan Rizal yang hanya berseluar pendek tidak berbaju.Wajahnya menunduk memandang lantai sambil kakinya menguis-guis kosong.Nada suara Rizal benar-benar sebak...


"Rizal,you don't lie to me..I know you since we both 19.i tau baik buruk you like the back of my hand! You ingat i'm gonna buy it? Be honest with me Rizal.You know why i ask you this right? Jawapan you menjadi penentu pada ikatan perkahwinan kita.Kalau you menipu,maknanya kita akan hidup bergelumang dgn dosa! I tanya you sekali lagi,you minum atau tidak???" Soal Liza dengan nada yang bertambah tegas.Liza semakin meluat melihatkan Rizal yang seakan-akan berdolak-dalih dengan alasn yng di cipta!


Apa yang di tanya oleh Liza adalah kerana, Sebelum mereka melayarkan bahtera pada malam pertama Liza telah meletakkan syarat dengan Rizal meletakkan tangan kanannya keatas Al-Quran sebagai saksi sumpah Rizal..


"I bersumpah atas nama Allah jika i minum arak walau setitis dan jika i berzina dengan wanita lain selain isteri i maka jatuh talak satu" Sumpah itu di ucapkan sebanyak 3 kali.Haya Liza,Rizal,Al-Quran dan para malaikat yang menjadi saksi di dalam sumpah yang telah di lafazkan...


Kerana itulah mengapa Liza benar-benar ingin tahu agar dia dan Rizal tidak bergelumang dalam dosa ciptaan sendiri..


Tiba-tiba suasana pada dinihari ini menjadi sunyi sepi yang seakan-akan malaikat lalu. Dengusan dan keluh panjang Rizal memecah suasana.


"Ya,i minum tadi" Jawap Rizal antara dengar tak dengar.


"Second question, you dah intercourse dengan that bitch??? Getaran pada suara Liza semakin terasa.Di seka airmata agar tidak tumpah.Namun airmata tetap juga mengalir deras...


"Yes i did.But...but..She can't compete with you.You still the best! while she's like a log!" Jawap Rizal tanpa ada perasaan bersalah,malu ataupun memikirkan perasaan Liza di kala ini...Sebaknya!


"You taukan apa akibat dari perbuatan you right? It means,you and me no longer husband and wife anymore.And basically i sekarang dalam edah perempuan mengandung dan sebaik sahaja anak ini lahir we gotta go mahkamah syariah and register our divorce." Tenang Liza menuturkan kata-katanya tanpa lagi rasa sebak yang di tahan.Hatinya berasa sangat lega dengan jawapan yang telah menentukan persoalan rumahtangga yang memeningkan kepalanya


"Tapi..lepas kita daftarkan penceraian, i nak kita rujuk balik eh.."


"Hahahaahahahahah!" Liza tergelak memanaskan suasana pagi yang tadinya sejuk.Rizal menjeling tajam pada Liza yang tergelak keras.


Kau jangan berangan aku akan berpatah balik sedangkan aku telah membulatkan hati untuk hidup sendiri dan membesarkan anak-anak aku dengan bantuan ahli keluarga aku! Gila... aku nak terima kau balik????!! tak ada beban batu di galas? Argh! tak mungkin!!!!


Tetapi kata-kata itu hanya bermain di akal mindanya sahaja.Gila aku nak luahkan?? tak pasal-pasal kena makan pelempang or tak pun dia akan merumitkan lagi proses memaklumkan perceraian kami...


  Hell yeah..I'm survivin bebeh.. ;p

"Rial,i lagi sebulan lagi dah nak bersalin.I langsung tak menyimpan duit langsung.So i need you to gimme some money for the operation.At least RM 1000 plus the baby stuffs i langsung tak beli lagi" jujur Liza yang agak seriau memikirkannya.


"i cuba usahakannya.Sekarang ni i masih mencari kerja semenjak i dah berhenti kerja kat KLCC."


You kena ingat Rizal,yang anak dah bertambah lagi satu.Tanggungjawab semakin bertambah,so you tak boleh sambil lewa dalam bab-bab finance!"


Hanya keluhan yang terdengar dari Rizal.Liza mengelengkan kepala kerana hidup bukanlah satu keluhan bahkan satu medan untuk terus berusaha selagi terdaya.. keluhan tidak akan mengubah hidup atau takdir.


Liza telah memikir terkehadapan dalam hal ini.Jadi awal-awal lagi Liza sudah memberitahu bahagian finance meminta bayaran gaji secara advance sebagai pernsediaan menghadapi kelahiran pada bila-bila masa pada bulan yang akan datang.Kerana Liza tahu yang Rizal tidak mampu menyediakan keperluan dalam masa yang semakin suntuk.Lebih-lebih lagi,Rizal tidak bekerja!


Nasib baik Liza ada menabung sedikit walaupun tak sebanyak mana.Selain beban mengenai kelahiran yang akan datang,Liza turut pening kepala memikirkan rumah yang di beli sudah hampir siap dalam masa 3 bulan lagi...Ah! mana aku nak cari duit???????!!!!


Semua ini terasa memberat di bahu Liza.Perceraian yang akan berlaku dan rumah Di Ukay Perdana yang semakin siap! Liza juga terpaksa memberitahu ibu dan ahli keluarga yang lain mengenai konflik rumahtangga yang menda jiwa.Pasti aku akan dileter oleh emak! Arrrrgggghhhhhhh...


Indeed! i'm wiser and much stronger from the day you let me go....But the day you let me go,is the joyous moment i ever felt! Thank you... ;p

TakdirMu Sungguh Indah 8


Liza menghempaskan punggungnya di bibir tilam sejurus saja selesai membersihkan tubuhnya.Kepenatan di tempat kerja amat terasa di waktu malam. Fikiran Liza sangat serabut sehingga dirasakan akalnya tidak mampu berfikiran waras!

Ya Allah,mengapa besar benar ujianMu terhadap hambaMu yang terlalu jahil ini? Sudah masuk minggu kedua semenjak kali terakhir aku bertemu suamiku.Hidup atau matikah dia? Kandungan aku sudah menjangkau 8bulan,namun satu sen pun aku tidak simpan apatah lagi menyediakan persiapan menyambut kelahiran anak kedua aku ini..Bisik hati Liza sambil mengusap perutnya yang semakin membonjol sederhana besarnya.Walaupun kelazimannya diusia kandungan sebegini,perut nya sepatutnya lebih besar dari yang dialami Liza.

Arrrghh...! Mungkin inilah natijah yang harus Liza telan kerana kesalahan adalah berpunca dari Liza. Tabiat merokok Liza semakin menjadi-jadi semenjak perkahwinannya di landa badai ketika kandungannya mencecah usia 5bulan. Liza bukan tidak pernah berhenti merokok,tetapi akal serabut membuatkan akal nya tidak dapat memberi isyarat yang sepatutnya di fikiran seorang ibu yang mengandung!


Ya! Aku tahu yang aku tidak sepatutnya bersikap mementingkan diri sendiri,tanpa bertimbangrasa ke atas satu nyawa yang bergantung hidup pada aku! Tapi aku buntu! Buntu dalam mencari jalan keluar dari kemelut yang kian melilit pemikiran dan jiwa aku! Selera makan pun turut hilang..Berat badan serta berat kandungan benar-benar adalah yang tidak sepatutnya aku miliki bagi ibu yang bakal menyambut kehadiran orang baru..Keluh hati Liza yang semakin tenggelam didalam dunia khayalan bersalut rasa bersalah yang tidak bertepi terhadap anak didalam kandungannya itu.


"Mami benar-benar bersalah sayang,Mami buntu! Mami tidak tahu jalan mana yang terbaik untuk mami pilih.Mami masih sayangkan rumahtangga dan keluarga kita.Tapi hati mami tidak dapat memaafkan apa yang telah dilakukan oleh abah kamu.Hati mami kuat mengatakan yang abah telah terlalu jauh dari kita dan telah terlalu jauh dari jalan yang diredai Allah." Tutur Liza pada bayi di dalam kandungannya seolah-olah bayi itu mengerti apa yang dilalui Liza.


Dari hanya berkata-kata,mata Liza semakin berkaca.Di tahan iarmata agar tidak tumpah namun gagal.Dari esakkan kecil,menjadi kuat.Liza terus menangis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.Terhenggut-henggut bahu Liza melayan perasaannya.


Tanpa disedari,si kecil Ammirul telah berdiri di mika pintu biliknya.


"Mami,kenapa mami nangis? Mami ingatkan abah macam Eyul ingat kat abah ye?"Soal anak kecil itu sambil mengusap mata serta pipi Liza yang berhamburan dengan airmata syahdunya.Pilu!


Liza seperti baru tersedar dari dunia lamunannya..Digenggam jejari Ammirul erat-erat seperti tidak mahu di lepaskan.Di kucup jejari mungil Ammirul sebagai tanda kasih dan sayang yang tidak bertepi.


Ammirul tidak tahu apa yang terbuku didalam hati mami sayang..Ammirul terlalu kecil untuk memahaminya..Bisik hati Liza sambil mengelus rambut lebat lagi kerinting anaknya itu.


"Okey,Eyul keluar dulu ye..Mami nak pakai baju dulu.Lepas Eyul habis tengok pokeamon,Mami bacakan buku kat dalam bilik Eyul sebelum tidur okey?" Tegas Liza sambil menunjukkan isyrat okey dengan jarinya.


Ammirul hanya menggangukkan kepalanya dengan botol susu tergantung di mulut.Liza tertawa kecil.


Sedang Liza asyik membacakan buku buat Ammirul,tiba-tiba Liza terdengar manga pintu dibuka dari luar.Dada Liza berdegup pantas segera Liza dan Ammirul saling berpelukan.Kedua beranak tersebut hanya mematikan diri tanpa ada keberanian untuk meninjau ke ruang tamu.


"Eyul! Eyul! Abah dah balik!" Jerit satu suara yang sangat masing-masing kenali.Bingkas Ammirul mendapatkan suara yang terlalu di rinduinya. Walaupun Liza turut merindui suara itu,namun ego dan kemarahan hati membataskan diri dari mendekati lelaki itu.


Kenapa engkau pulang jika sekadar menganggap ini sebagai rumah tumpangan? Dan setelah itu,engkau menghilangkan diri semula? Hari ini,aku mahukan jawapan pasti tentang rumahtangga yang seaka-akan tidak dapat di selamatkan lagi. Aku tidak mahu terkapai-kapai seolah-olah diri ini tak ubah seperti tunggul! Hati ini sudah tidak mampu untuk terus mendengar cerita-cerita hina tentang Rizal dan Winnie lagi! Bentak hati Liza yang kelihatan marah dan perasaan itu tidak dapat di bendung lagi.


Setelah hampir setengah jam Liza membiarkan Ammirul di ulit oleh Rizal,Segera dia memanggil anak itu untuk menyambung tidurnya yang terganggu dengan kehadiran Rizal sebentar tadi.Anak itu akur dengan permintaan ibunya dan berbaring di atas tilam yang bersarung dengan cadar dari karakter kartun kegemarannya "Thomas and friends".


Ammirul kelihatan lena dan tidur dengan senyunman terukir dibibir walaupun putin susunya hampir jatuh dari bibir mungilnya..Seraya itu,Rizal melangkah ke dalam bilik anaknya dan merenung wajah Ammirul serta wajah Liza yang terpandangkan wajah suaminya.Liza memberikan isyarat agar Rizal mendekatinya.Perlahan saja suara Liza kerana dia tidak mahu mengganggu lena anaknya.Lagipun,Liza tidak mahu menaikkan kemarahan Rizal yang terlalu panas baran.Silap langkah Liza akan menjadi mangsa seperti biasa yang telah di laluinya dulu.


"Rizal,i nak tanya you something and i want an honest answer from you." Bisik Liza perlahan sambil mengalihkan Ammirul yang terlena di pangkuannya.Liza menjarakkan dirinya dari Ammirul agar tidurnya nyenyak.


"Apa yang you nak tanya?" Acuh tak acuh suara Rizal bertanya sambil mata dan jarinya tertumpu pada telefon gengganm yang sedari tadi menjadi mainan Rizal.


Hati Liza berdoa sebanyak mungkin agar soalannya nanti tidak menjadi penyebab baran Rizal bangkit.Hati Liza tatkala itu sangat kecut.Tetapi di kuatkan semangatnya kerana Liza ingin merungkai pintalan yang semakin hari semakin meregut ketenteraman hidupnya secara zahir dan batin.


"Emmm..Betul atau tidak yang you mempunyai hubungan dengan Winnie? I bertanya kerana i dah tak sanggup mendengar umpatan orang pasal you.Hati i sakit.And i think that i don't deserve this sort of thing from you nor anyone." Nerhati-hati Liza menuturkan kata-katanya.


Bagaikan sahutan halilintar Rizal bertempik kuat..


"I mana ada hubungan apa-apa dengan Winnie! She just my friend! Yang you nak percaya dengan cakap-cakap orang kenapa? U nak kena tampar ke???!!!"


"I cuma bertanya.Janganlah you jerit-jerit,Ammirulkan tidur.." Balas Liza yang masih bernada rendah kerana tidak guna Liza meninggikan suara kerana Liza tahu akubat yang akan diterimanya jika Liza melakukan yang sebaliknya.


"Boleh tak you jangan tanya soalan bodoh??? Buat yang pertama dan terakhir kalinya..I DENGAN WINNIE TIDAK ADA APA-APA H-U-B-U-N-G-G-A-N! FAHAM TAAAKK???!" Jerit Rizal yang sudah mula menggila..


"Okey,kalau betul you tidak ada hubungan,kenapa ada orang nampak you dekat Hotel First World di Genting? Rizal,you and me bukan baru dalam dunia retail.Semua orang kenal you and me." Balas Liza yang semakin berani tanpa memperdulikan natijah yang bakal menantinya. Secara tiba-tiba Liza mendapat semangat untuk melawan kata-kata Rizal.


Dari muka pintu,Rizal meluru lalu memberikan satu tamparan kuat ke pipi cengkung Liza! Ini membuatkan wajah Liza berpusing ke belakang. Sekaligus membangkitkan Ammirul dari lenanya.Anak yang terpisat-pisat itu terkejut melihatkan kejadian itu lalu memeluk pinggang dam menyembamkan wajah kecil itu ke dada ibunya yang sedang menahan kesakitan akibat tamparan kuat dan membuatkan mata Liza berpinar-pinar.


Liza dan anak itu menangis sambil berpelukkan antara satu sama lain..Rizal terus menggila.Dicapainya frying pan yang telah dipatahkannya dan menujah pemegang yang telah patah itu ke muka Liza.Namun Rizal tidak meneruskan niatnya kerana Ammirul merayu pada ayahnya.


"ABAH! JANGAN! KASIHAN MAMI!"


Rizal tidak memperdulikan rayuan Ammirul.Disentap tangan Liza agar wanita itu berdiri untuk di bawa ke bilik kelamin mereka. Liza berjalan dalam keadaan terhoyong-hayang dan secara tiba-tiba Liza terjatuh ke atas lantai.Liza menepis pegangan tangan Rizal yang mencengkam kuat pergelangan tangan Liza.Rizal melepaskan tangan Liza.Liza cuba memasuki bilik anaknya,namun dengan pantas Rizal menyentap rambut Liza yang masih terduduk di atas lantai lalu diheret ibu muda itu dari bilik Ammirul ke bilik kelamin mereka!


Rambut Liza bertaburan di atas lantai bilik mereka. Peritnya tidak terkata! Ammirul segera berlari mendapatkan ibunya yang menahan kesakitan akibat tamparan yang kuat beserta kesakitan akibat di heret dengan ditarik rambutnya.Kegilaan Rizal semakin menjadi-jadi sementelah Liza tidak mampu dan tidak ingin melawan kerana mengenangkan kandungannya.Jika Liza ingin berlari keluar,memang masa tidak akan berpihak padanya.Kerana pintu pagar telah berkunci dari luar.Dan bagaimana pula dengan Ammirul??



Rizal menolak Liza ke atas tilam.Liza tidak mampu dan tidak mahu merayu agar Rizal menghentikan perbuatan kejamnya itu.Kerana Liza tahu bahawa itu akan hanya menaikkan api kemarahan Rizal yang sedang mengila.Ammirul terus memeluk ibunya yang terbaring lesu di atas tilam.


Rizal yang semakin kemarahan kerana pertanyaannya tidak dijawap oleh Liza..


"U NAK TANYA LAGI SOALAN BODOH KE?????? INI PENGAJARAN UNTUK YOU YANG SIBUk-SIBUK NAK TANYA PADA PERKARA YANG I CAKaP I TAK BUAT!!!!"


Dengan pantas Rizal membuka cangkuk tali pinggangnya dan di tarik keluar dari seluar jeansnya.Tanpa belas kasihan,Rizal melibas kepala tali pinggangnya ke badan Liza yang mengereng sambil memeluk erat Ammirul.


Ya Allah! Sakitnya!!!!! Astaghfirullahalazim... Raung Liza tanpa suara yang mampu keluar dari anak tekak.



WE'RE NEVER MEANT TO BE TOGETHER BUT YOU WOULDN'T LISTEN WHEN I TOLD YOU SO!


But thank you for the beautiful gifts given to me..(My angels)

TakdirMu Sungguh Indah 6

"Truut..Truut.." Bunyi pesanan ringkas pada telefon genggam Liza.

Dengan rasa malas Liza menekan punat untuk membaca sms.


"Mi,malam ni you what shift? Kalau awal, i nak singgah rumah emak and teman you ambil Ammirul.So,you jangan balik lambat okey?" Ringkas saja pesanan dari Rizal.


Mimpi apa orang tua ni nak jemput Ammirul? Dahlah lama tak muncul,tiba-tiba je..Gerutu hati Liza yang sedikit termengah-mengah memandangkan kandungannya yang sudah masuk 7 bulan.Rizal pula sudah genap 2 bulan menghilangkan diri tanpa khabar berita.Apatah lagi nafkah zahir dan batin!


"Arrrrggghhhhhh!"


Pesanan ringkas Rizal di biarkan tanpansebarang jawapan.Tak kuasa aku nak layan!.


"Okey Celina,Hayley bye! See both of you tomorrow.Same time and pace!" Gelak Liza sambil melambaikan tangan pada teman-teman satu tempat kerja.


"Mak buyung! jalan elok-elok,kalau jatuh bangun sendiri! Pesan Hayley yang sempat memberikan pesanan penaja sebelum memasuki perut kereta proton Iswara yang dipandu oleh suaminya.


"Chooooi! Touch wood!" Jerit Liza seraya berkata


"Bangang betul statement engkau Hayley oi..."


Hari ini,Liza merasakan perjalanan pulang menjadi satu acara yang merungsingkan hati.Jika benar Rizal akan menemaninya mengambil Ammirul yang di letakkan di bawah pengawasan ibunya Liza tidak tahu apakah reaksinya.


I hate you Rizal! Jerit hati kecilnya yang semakin tenggelam dek api kemarahan dan di sulami kerinduan yang mencengkam sanubarinya.


Setelah penat berdiri di dalam perut LRT,Liza terpaksa pula berjalan kaki sejauh 2 KM untuk sampai ke rymah ibunya.Semakin dekat untuk sampai ke rumah semakin perlahan langkah kakinya yang tidak pasti apakah reaksinya terhadap suami yang amat dirinduinya selama 2 bulan ini.


"Emmmmm..." Keluhnya dalam.


Sebaik sahaja Liza menolak pintu pagar rumah ibinya,Liza terdengar suara riang anaknya si Ammirul berlarian mendapatkannya yang kepenatan berjalan kaki sambil berteriak kegembiraan yang terdengar di suaranya.


"Mami!Mami! abah dah balik.Abah cakap hari ni abah balik rumah hantar mami,Eyul dengan baby dalam perut tu" Tingkah Ammirul bernada girang.Tangan mungil itu memimpin Liza masuk ke rumah dan mengarahkan ibunya duduk di sofa.


Ammirul berlari anak bagi mendapatkan ayahnya sambil menunjukkan baju kartun kegemarannya Pokeamon.


"Abah,cantik tak baju Eyul? Mami yang belikan untuk Eyul dekat pasar malam hari tu.Eyul yang pilih tau!"


"Cantik! Nanti balik rumah,abah pasangkan cd kartun Pokeamon ye.." Balas Rizal sambil mengusap dan memeluk anak kesayangannya itu.Di ciumnya pipi anak itu bertalu-talu.


Liza cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah televisyen yang langsung tidak menarik minatnya untuk menonton isi kandungan cerita tersebut.Kerana sesungguhnya akal dan hatinya rasa tersayat dengan adegan yang mengusik hati.Ammirul membalas ciuman ayahnya dengan mencium pipi ayahnya bertubi-tubi.Benar-benar anak itu merindui ayahnya!


Sebaik sahaja Liza membasahkan tekaknya dengan segelas air suam,Liza mengesa anaknya memakai selipar untuk pulang ke rumah sewanya yang terletak kira-kira 1 KM dari rumah ibunya.


"Mak,Liza balik dulu ye.." Ujar Liza setelah memberikan salam pada ibunya.


"Mami,kenapa mami jalan jauh-jauh ni? Bagi Eyul tangan mami tu.Abah pegang tangan Eyul sebelah kiri,Mami pula pegang tangan Eyul sebelah kanan.Lepas tu Eyul angkat kaki, mami dengan abah tarik tangan Eyul tinggi-tinggi ye.." Pinta Ammirul dengan kegirangan yang sangat jelas pada wajah mungilnya yang lebih dari hari-hari biasa.


"Okey!" Serentak di sahut kedua ibubapanya.


Sebaik sahaja sampai di rumah,


"Abah,malam ni Eyul nak tidur dengan mami dan abah ye?" Pohon Ammirul sambil mengenggam kedua tapak tangan yang di tekapkan ke dadanya merayu.


Soalan Ammirul tidak diendahkan oleh Rizal.Pantas dia mengalihkan topik ke cerita lain.


"Abah pasangkan kartun Pokeamon Eyul kat komputer ye.."


"Rizal,you nak keluar balik ke? You tahukan yang Ammirul rindu sangat kat you.Kenapa you buat kami macam ni? Selama 2 bulan you tak balik,i dengan Ammirul dah mula adjust our life without you.Sekarang you hilang lagi and only god knows bila pula you nak balik!" Bentak Liza dengan nada yang di perlahankan agar tidak di dengari Ammirul.


Tiada jawapan yang keluar dari mulut Rizal melainkan keluhan.Telefon genggamnya berbunyi.Dengan pantas di jawap oleh Rizal.


"Okey,sekejap lagi i sampai rumah you.I tengah pasangkan cd untuk my son.Okey,okey..sekejap lagi ye.." Balas Rizal lembut terhadap pemanggil di hujung corong telefon.


"That woman? I knew it.Like i told both of you earlier,let me go after i give birth of my second son.And don't worry i won't disturb anyone of you" tegur Liza yang semakin mual dengan lakonan dua orang yang pernah hadir sebagai kawan dan suami.


Rizal mendengus kasar seraya melemparkan jelingan yang seakan-akan mengancam Liza yang tahu akan sikap panas baran Rizal.


"You jangan mulakan..We'll discuss it later.When? I'm not to sure of it myself!"


Ammirul berjalan ke ruang tamu dikala Rizal sedang mengikat tali kasut sportnya..


"Abah,abah nak pergi mana? Abah nak keluar tinggalkan Eyul dengan mami ye..Nanti Eyul mesti rindu dekat abah.Tiap-tiap malam Eyul selalu bangun sebab rindu kat abah.Bila Eyul nangis,mami pun nangis sama.Sebab tu Eyul masuk hospital hari tu.Abah janganlah keluar.Nanti Eyul nak tidur dengan siapa?" Rayu Ammirul pada ayahnya yang sudah pun berdiri di muka pintu.Pantas sahaja Rizal menghempas daun pintu kuat.


Tangisan Ammirul sudah mula memenuhi ruang tamu dan menambah kacau jiwa Liza..



For you my sons..I won't stop climbing to see you both success in your life! Whatever the result is..Mami will be proud of the both of you!!! ;p


Love,

Mami

TakdirMu Sungguh Indah 5

Jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 2 tengahari.Kebetulan hari ini iaitu hari Selasa Liza bercuti dan telah pun berjanji untuk makan tengahari bersama teman baiknya Siti Noreha yang bekerja di salah satu butik terkemuka di Starhill Bukit Bintang.

"Kau nak makan apa lunch ni? Nanti aku ajak makan kat mamak kau bagi aku macam-macam alasan!" Tanya Siti yang telah bersiap sedia untuk makan tengahari.


"Makcik! Aku bukannya tak suka makan kat mamak,tapi time mengandung ni tekak aku loya nak telan masakan mamak!" Bantah Liza yang meninggikan sedikit suara yang tidak berpuas hati dengan dakwaan Siti.


"Hah,cepat sikit jalan tu mak buyung.Habis tu kita nak makan kat mana ni?"


"Eemm..Tekak aku tiba-tiba teringin nak makan pan mee kat Sungai Wang la..Tapikan aku tak tahu kenapa hati terasa sangat berdebar-debar..Perasaan ni memang aku tak suka! Seolah-olah aku akan berhadapan dengan sesuatu yang aku tak suka.eeeeiii..Berdebar semacam!" Dakwa Liza sambil menunjukkan reaksi seram.


Siti tergelak kecil melihatkan reaksi mak buyung yang mengelabah semacam..


"Kau ni,ada-ada jelah!"


"Boleh tak jangan merepek yang bukan-bukan?Itu semua mainan perasaan kau otak kau sekarang ni dah 3 suku! Ni lah penangan hasil buatan orang." Balas Siti sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah perut Liza yang sedang membusung 6bulan.


Siti Noreha adalah satu-satunya teman yang paling di sayangi dan dipercayai dengan sepenuh jiwa dan raga Liza.Dan hanya Siti yang amat memahami jiwa dan sikap seorang Liza.Terlalu memahami! Sehinggakan jika Liza menipu sekalipun,Siti akan dapat menghidunya walau sejauh mana pun Liza berada.


"No Siti,i can sense it. Semakin dekat kita dengan Sg.Wang,semakin laju debaran hati aku ni" Getus Liza menguatkan dakwaan hatinya.


Masing-masing memanjangkan langkah menuju ke tingkat empat Sg.Wang sementelah Siti hanya mempunyai masa hanya 1jam untuk waktu berehat. Liza pula bercuti dan keluar menemui Siti untuk menenangkan hati yang semakin hari semakin gundah!


Sesekali di dalam perjalanan,masing-masing disapa oleh teman-teman yang sama aliran pekerjaan.Kelihatan senyuman dan teguran mereka seakan-akan simpati yang dihulurkan buat Liza.


Persetankan! Aku tidak inginkan simpati kalian.Aku mampu hidup tanpa suami andaikata kami tiada jodoh.


Hati Liza terasa meluat dan jengkel dengan renungan mereka.Ini kerana hampir separuh dari teman-temannya mengetahui apa yang sedang berlaku. Kisahnya telah di jadikan satu drama di dalam dunia retail!


Sebaik sahaja Siti dan Liza keluar dari perut lif,Liza pantas melangkah hingga hampir berlanggar dengan pengunjung yang sedang menikmati makanan di ruang makan terbuka yang sempit di food court di tingkat empat.


Siti! cepatlah berjalan tu! Aku yang mengandung ke kau??! Aku dah tak sabar nak makan pan mee ni. Kecur air liur aku ah.."


"Wey! mak buyung! cubalah jangan gelojoh.Tak larinya pan mee kau tu! kau jangan cari pasal dekat sini.Tak pasal-pasal kau terberanak kat sini nanti.Dapat pula anak nama Mohd Sg.Wang! Hahahahaha.." Gurau Siti yang terkocoh-kocoh mengejar langkah besar Liza.


"Bodohnyalah statement kau tu! HA..HA..HA..Tak kelakar langsung!" Gelak Liza yang sengaja dibuat-buat bagi menutup debaran hati yang semakin kencang sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke food court tertutup di tingkat empat.


Dengan tidak di sangka, matanya terarah ke sepasang batang tubuh yang amat di kenalinya.Degupan jantungnya teramat laju hingga membuatkan Liza hampir sesak nafas. Airmata bertakung tanpa di pinta.


Ya Allah,Sesungguhnya Engkau maha mengetahui di atas segala sesuatu yang tidak di ketahui oleh hambaMu ini.Akhirnya Engkau bukakan hijab yang selama ini aku mendengarnya dari orang lain tentang suamiku. Kuatkanlah langkah kaki ini yang semakin longlai aku rasakan. Janganlah Engkau lemahkan tubuh ini di hadapan hambaMu yang sedang bergembira di atas kedukaan aku Ya Allah..Doa Liza di dalam hatinya.


Kelihatan insan yang bergelar suami kepada Liza leka bergelak ketawa dengan satu lagi insan yang amat di kenali.Selama ini,penafian demi penafian disumbatkan ke anak telinga Liza.Dan selama itulah Liza menelan segala penafian dari dua insan yang pernah menjadi kepercayaan Liza.Segala persoalan dan rayuan insan bernama Liza telah di makbulkan Allah


ALHAMDULILAH....!


Dengan nada teragak-agak Siti bertanya..


"Liza,kau nampak apa yang aku nampak? Itukan Rizal suami kau? dengan si wani? wa..wa.." Teka Siti sambil mengaru kepala cuba mengingatkan nama perempuan yang duduk bersama Rizal.


"Winnie Lau How Fung" airmata tertumpah tanpa dapat di empung lagi. Cepat-cepat Liza mengelap airmata di pipi mungilnya


"Jom,kita pergi makan kat tempat lain?" Cadang Siti yang tidak mahu melihat hati kawannya terguris lagi.Cepat-cepat ditariknya lengan Liza.


"TAK! Aku tetap mahu makan di sini.Lagipun dia orang dah sedar dengan kehadiran kita. Kau nak aku tunjukkan pada dia orang yang aku wanita yang lemah? Dan tak mampu menghadapi adegan ini? Tak mungkin Siti!" Bantah Liza yang sudah mulai terasa batang tubuhnya mengigil akibat menahan amarah yang teramat sangat.


Liza tahu yang mereka telah menyedari kehadiran Siti dan Liza. Tanpa rasa bersalah mereka kelihatan sedang bergembira menikmati makanan dengan hilaian tawa yang menghiris ulu hati Liza.


Sedarkah Rizal yang hari ini merupakan kali pertama Liz amelihatkan wajah suaminya setelah hampir sebulan tiada mendengar khabar berita?Langsung tiada sekelumit pun rasa ingin tahu keadaan isterinya yang sedang sarat mengandungkan anaknya?? Mana nilai perikemanusiaan seorang insan bernama suami??? Tahukah Rizal yang anak sulungnya Ammirul amat merindui pelukan manja ayahnya???


Ammirul adalah kesayangan Rizal dan Rizal adalah kesayangan Ammirul..Liza sangat bingung bagaimana seorang ayah yang penyayang sanggup melupakan dan melukakan hati insan-insan yang pernah bertakhta di hatinya????


Di suapkan makanan kegemaranya kedalam mulut perlahan-lahan sambil mindanya berputar pada kisah yang pernah terasa indah di jiwanya. Liza tidak mampu menyeka lagi airmata yang berjuraian jatuh ke pipi.


"How could you do this to us? To your own flesh and blood? What have we done to you to deserve this?" Getus hati Liza yang kelihatan bingung.


Di lap airmata di pipinya secara kasar. Siti menenangkan hati temannya yang tersayat pilu.


"Sabarlah Liza.Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang bersabar dengan musibah yang menimpa. Ini semua ujian dari Allah.Orang yang di uji adalah orang yang di sayangi Allah.Kalau Allah tak uji,bermakna Allah akan membiarkan kita terus bergelumang dengan dosa. Jadi,kau kena bersabar dan kuatkan semangat demi untuk anak kau dan anak yang bakal lahir tidak lama lagi ni" Pujuk Siti yang kelihatan mengelap airmatanya.



"WHEN YOU TELL ME THAT YOU LOVE ME" (Diana Ross)


I dedicated this song to my two beautiful angels:


Ammirul Luqman Shah and Ammirul Daniel Shah

TakdirMu Sungguh Indah 4

Rentetan perjalanan cerita aku tidak sama dengan setiap individu yang pernah aku kenali mahupun manusia yang pernah singgah barang sebentar dalam hidupku. Manusia memiliki sifat fizikal yang sama tetapi akal yang berbeza-beza dalam cara berfikir. Begitu jugalah dengan jalan cerita setiap manusia yang hampir sama cuma nama watak,tempat kejadian dan masa yang berlainan...

"Mak,Liza dengan Rizal akan bercerai sebaik sahaja anak kedua kami lahir. Sekarang ni pun,Liza dalam edah perempuan mengandung." Terang Liza satu persatu dengan tutur kata yang perlahan. Liza meneguk nescafe buat membasahkan tekak yang seakan perit dengan kebenaran yang menyakitkan hati. Di seka airmata yang mula menakung di tubir mata. Nafas ditarik sedalam mungkin dan dilepaskan perlahan.


"YA ALLAH! engkau dah fikir masak-masak ke Liza? Mak tak sampai hati nak tengok Ammirul yang rapat dengan ayah dia kehilangan kasih sayang seorang ayah" Riak seorang ibu bergelar nenek yang sarat dengan empangan kasih sayang..


"Mak,ini bukan lagi persoalan untuk berfikir masak-masak.Masalah ini dah tiba pada penghujungnya.Ini jalan yang terbaik buat kami berdua. Liza tau natijah yang akan Liza dan anak-anak bakal terima,tapi inilah kenyataan yang terpaksa Liza telan mak.." Airmata yang sedari tadi di tahan-tahan,akhirnya mengalir jua tanpa di pinta..


Ya Allah dugaan apakah ini? Aku tidak mahu menangis lagi! Airmata..betapa murahnya nilaimu tatkala ini???????


"Masih ada jalan penyelesaian untuk semua kemelut ini.Kamu berdua masih terlalu muda dan membuat keputusan terlalu terburu-buru! Jangan hanya memikirkan diri sendiri.Fikirkan tentang Ammirul dan anak yang bakal lahir tak lama lagi ni." Tutur ibu Liza yang tersandar di sofa yang kian lapuk di mamah usia.Ibu tua itu menghapuskan airmata yang mengalir dengan tapak tangan yang jelas berkedut seiring dengan kerja keras ibu itu sebagai surirumah sepenuh masa.Wajah tua itu merenung tajam ke wajah sugul Liza.


"Mak,Liza faham apa maksud mak.Tapi perhubungan kami memang tidak mungkin dapat di selamatkan lagi dan Liza tidak mahu menyelamatkan hubungan kami.Memang Liza akan berasa bersalah seumur hidup terhadap anak-anak kami tetapi inilah jalan yang terbaik! Dan keputusan ini bukan dibuat berdasarkan nafsu tetapi hanya ini jalan keluar yang Liza nampak." Jawap Liza sambil mengendurkan emosi yang kian menghilangkan kesabaran seorang wanita yang sedang sarat mengandung 9 bulan.


Sesekali anak di dalam perut ini bergerak setiap kali Liza di selimuti emosi yang tidak tertahan.


Adakah anak ini cuba memujuk hati yang kian hari kian lara? Atau adakah anak ini memarahi aku atas keputusan yang aku ambil? Maafkan mami sayang.. Hati dan perasaan ini sudah terlalu terluka.Tidak mungkin akan berpaling semula. Mami akan bina hidup kita yang baru walaupun bukanlah yang terbaik,tetapi yang mami terdaya sempurnakan.


"Mustahil engkau tidak mahu menyelamatkan rumahtangga yang di bina atas dasar cinta ini??? Mak bukan hendak mengungkit,tapi mak pernah nasihatkan engkau supaya menangguhkan perkahwinan dan capai cita-cita,tetapi engkau yang degil! sekarang? Nak bercerai! Tau tak.bergegar tiang Arasy"


"Tau mak.Mak..pernah tak Liza bercerita perkara buruk tentang Rizal sepanjang perkahwinan kami pada mak? Tak pernahkan? Selama ini segala masalah rumahtangga Liza telan seorang.Kerana menjaga maruah seorang suami dan tidak mahu mengaibkan dia" Balas Liza dengan sedu-sedan yang membuatkan butiran ayat tersangkut-sangkut. Airmata mengalir deras tanpa mampu diseka.


"Mak faham. Mungkin sikap engkau yang menyebabkan semua ini terjadi! Engkau tu degil! keras kepala! Kalau boleh,engkau nak semua orang dengar cakap engkau je! Perangai tak ubah macam arwah abah engkau!" Dengus ibunya yang yakin bahawa Liza lah penyebab keruntuhan rumahtangga yang berusia tidak sampai 3 tahun dalam umur yang sangat muda hanya 24 tahun.


"Mak,arwah abah dah tak ada jangan ungkit. Mak sedar tak? apa pun perangai seseorang anak,ianya berdasarkan acuan ibu bapa. Jangan di ungkit perkara yang dah pun berlalu.Mak kena sedar,2 perkara dalam hidup manusia yang tak boleh di ubah adalah ajal dan jodoh! Ianya dah tertulis sebelum roh di tiup ke dalam jasad mak." Teresak-esak Liza mengenangkan ibu sendiri menyalahkan anak tanpa usul periksa yang benar.


Aduhai hati,bersabarlah dengan ujian ini.Aku berasa tidak berdaya dengan semua ini Ya Allah..Mengapa tidak Engkau tarik nyawa ini??? Biarkan aku hilang dari muka bumi yang penuh dengan ujian yang rasanya tidak terpikul dek bahu yang kian memberat!


"Habis tu? Apa masalah kamu berdua ni? Setau mak,kamu berdua bukan main lagi macam belangkas! sampai makan pun bersuap-suap.Alih-alih hari ni engkau cakap nak bercerai!"


"Mak,kami bukan nak bercerai.Tapi kami dah bercerai. Liza sekarang dalam edah perempuan mengandung.Pengesahan lafaz talak hanya boleh di putuskan selepas Liza bersalin" Terang Liza satu persatu demi memahamkan ibu tua yang kian kalut dengan masalah anaknya yang sedang sarat mengandung hampir 9 bulan ini.


"Apa????! engkau berdua sudah bercerai??? Bila? Macamana???!!!" Jerit ibunya nyaring dengan mata membulat ke arah LIza.