Sunday, May 27, 2012

Seindah Semalam M/S: 16 0156pm 25052012

MUKASURAT ENAMBELAS

Doris Day- Que sera sera


    Ish.. Malasnya nak pergi kerja. Hari-hari dok menghadap benda dan muka yang sama! Ni tak boleh jadi macam ni. Aku kena buat sesuatu, apakata aku cari kerja lain? Aku dah muak dengan kerja office yang nyata sekali tak sesuai dengan jiwa aku. Tapi kerja apa yang aku nak cari? Hah,itu persoalan yang sendiri kena jawap. Monolog Liza dengan dirinya sendiri di dalam bilik mandi.

    Dengan pantas Liza menyegerakan kekemasan dirinya. Dengan langkah sedikit sopan berbanding hari selalu,Liza menghadap rezekinya di meja makan dengan adab sopan seperti wanita melayu terakhir. Di suap cekodok gula merah ke dalam mulut lalu mengunyah dengan perlahan, air nescafe di hirup berhemah. Apa sebenarnya yang sudah terjadi? jeng..jeng..jeng...

    "Hah, tu kenapa lagi nak termenung? Mati laki ke?!" Jerkah Cik Kiah menyebabkan Liza terperanjat beruk. Di biarkan bebelan Cik Kiah berlalu begitu sahaja. Malas nak di layan,lagi di layan lagi panjang cerita.

    "Oklah,orang nak pergi kerja dulu" Katanya sepatah lalu melangkah keluar dengan kaki kanan sambil memikirkan rancangan yang seterusnya mengenai cerita jalan hidupnya yang akan datang.

    Di pertengahan jalan menuju ke tempat kerja,Liza bertembung dengan Siti yang kebetulan tersebut terpaksa berjalan kaki kerana ayahnya ke pengkalan tentera seawal pagi kerana tugas khas.

    "Dari belakang tadi aku tengok kau jalan menunduk je. Kau ni ok ke tak? Lain macam pula aku tengok kau hari ini. Macam buang tebiat" Tanya Siti dengan nada risau. Siti tahuLiza selalunya ceria. Kalau ada masalah sekalipun,dia tetap dengan lagak selamba. Kali ni jelas sangat masalah yang di tanggung seakan berat.

    "Aku ok je.. Hari ini bapa kau kena pergi pengkalan tentera awal ya?" Soal Liza mengalihkan topik perbincangan.

    "Kau dah tahu lagi nak tanyakan? Kau jangan nak tukar topik pula. Ni mesti ada kena mengena dengan sesi temuduga kat ITM Shah Alam semalam" Tebak Siti yakin dengan soalan cepu emasnya.

    Malas pula aku nak jawap soalan kau ni Siti. Eeemmm....

    "Eeemm.. Memang tepat soalan kau tu! nah, ambil dua posen ni pi main jauh-jauh!" Usik Liza lalu tergelak

    "Wey,aku tanya serious ni. Kau jawap main-main pula!" Tempelak Siti yang beria-ia inginkan jawapan. Liza mengekik melihatkan giginya yang tersusun lurus.

    "Memang betul ada kena mengena pasal temuduga semalam. Lepas je sesi soal jawap dan melukis,aku dapat rasakan satu perasaan yang tak best" Jelas nak Liza membuka rahsia hatinya yang tersimpan hampir 24jam sejak semalam.

    "Rasa yang macamana?" Soal Siti ingin tahu

    "Alah, rasa macam bila kau menangis nakkan sesuatu,lepas tu mak kau janji yang dia akan belikan. Kau pun excited bagai nak rak. Tapi tunggu punya tunggu,sampai ke sudah kau tak dapat. Hah,perasaan macam tulah yang aku rasa semalam lepas sesi temuduga" Jelas Liza dengan nada yang lemah selemah jiwanya sekarang yang malas lagi mahu bekerja di Kodak.

    "Sebenarnya apa yang dah jadi masa sesi temuduga semalam?" Soal Siti beria-ia ingin tahu.

    "Tak adalah kes orang mati kena bunuh semalam,cuma benda yang aku tak suka  benar-benar dah menghantui aku" Keluh Liza lalu mengeluarkan kad pekerjanya lali di swipe ke kotak kedatangan pekerja di dinding sebelah kirinya. Siti terkial-kial mencari kadnya di dalam tas tangannya.

    "Kau ni,hari-hari mesti menggelupur nak cari kad.Cuba kau letak elok-elok dalam wallet or kat tempat berzip dalam handbag kau boleh tak?" Ngomel Liza yang hampir setiap hari melihatkan perlakuan yang berulang dari Siti. Naik jelak di buatnya!

    "Ok,kau jangan nak lari topik. Aku nak tahu apa yang jadi semalam" Bebel Siti yang tetap memaksa Liza supaya menceritakan perkara yang sebenar. Hatinya di garu-garu untuk mengorek cerita dari mulut Liza.

    "Laa.. Aku ingat bila dah masuk dalam pejabat cerita dah habis.. Rupanya tetap jugaaaaaa!"

    "Tak adalah,dah pagi-pagi muka kau dah macam orang mati laki! Sebagai teman baik,dah tentu aku nak tahu. Kot aku boleh bagi pandangan yang melegakan hati kau" Jelas Siti yang sudah pun mengambil tempat untuk memulakan tugasnya yang masih lagi belum habis sejak semalam. Sebelum memulakan tugas,sempat lagi dia melihat cermin kecil yang di ambil dari lacinya bagi memastikan goresan lipstick masih lagi kekal cantik di bibirnya.

    "Kalau tak guna phrase "mati laki" tak boleh ke? Pagi tadi Cik Kiah pun guna perkataan yang sama. Hish! Laki belum ada,macamana nak mati!" Bidas Liza yang suka mula panas hati. Dahlah didesak perkara yang tak mahu di ingat,lepas tu cakap pula ayat yang sama Cik Kiah pakai! Tension!!!

    "Oklah.. Aku minta maaf. Kau tu yang buat aku hilang sabar. Dok main tarik tali  pasal hal temuduga semalam,mana aku tak buat lawak bodoh.Janganlah marah ya" Pujuk Siti lembut. Menggendur sedikit kemarahan Liza.

    "Oklah aku bagitahu. Selagi aku tak bagitahu,selagi tu kau akan desak dan nanti kerja aku tak siap. Semalam sebelum temuduga,semua yang hadir disuruh melukis. Dan yang paling best,kena sketches botol Seven-up,sebiji kelapa muda dengan sebiji gelas. Masa tu juga aku dapat rasakan yang aku tak mungkin dapat diterima masuk ITM! so,puashati kau dengan penerangan aku?"

    "La.. Pasal tu ke kau buat muka sedih? kau pun pandai-pandai je cakap kau tak ada peluang. Orang yang temuduga tu cakap sendiri yang kau tak diterima masuk?" Jolok Siti untuk lebih tahu kedudukan cerita yang sebenar.

    "Memanglah dia orang tak cakap. Kalau cakap dah tentu aku maki baik punya!" Balas Liza atas statement bengong teman baiknya.

    "Hehehe.. Janganlah marah Cik Liza oi!" Gelak Siti suka. Walaupun mulutnya becok dengan soal jawap,namun tangannya pantas menekan keyboard data entry. Hebat kau Siti! Bisik Liza di dalam hatinya yang sesekali mengerling ke arah Siti.

    Hati Liza berbolak-balik samada ingin menceritakan perasaannya yang gundah gulana ataupun tidak. kalau tak dicerita,terasa membebankan. Kalau dicerita, takut ceritanya akan bertebaran di pejabat. Lalu membuka pintu simpati para sahabatnya. Liza paling benci rasa simpati. Huh!

    "Dari riak muka kau,walaupun kadang-kadang aku meluat nak tengok jerawat manis kau tu.. Aku dapat mengagak ada beban yang kau simpan dalam hati. Cuba kau yakin dengan aku dan ceritakan hal yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban kat bahu kau tu" Nasihat Siti dengan air muka yang ikhlas.

    Liza tahu Siti ikhlas.

    "Eeemm.. Bila aku kena buat sketches, masa tu aku tahu peluang aku tipis. Tapi aku gagahkan juga melukis sampai siap. Lepas tu, bila nama aku di panggil datang balik semangat aku. Sebab aku dah sediakan semua paperwork base dengan hasil lukisan dan clothes drawing aku masa pameran busana muslim kat sekolah. Memang time tu aku excited gila! So sesi interview berjalan lancar. Siap dua orang interviewer tu commented lukisan busana muslim aku hebat" Jelas Liza panjang lebar lalu menarik nafas dalam-dalam lalu di lepaskan perlahan.

    "So? Apa masalahnya sekarang?" Soal Siti dengan wajah hairan

    "Tapi.. Bila dia orang tengok sketches aku.. Ada nada berat di situ. Dia orang kelihatan tidak tertarik. Komen pun tak banyak.. So dari situ aku yakin yang peluang untuk melanjutkan dalam bidang yang aku suka amat tipis. Setakat lukis design baju,aku memang tak ada masalah. Tapi bila  bab sketch? Memang aku tak sebagus mana" Liza berterus terang dengan apa yang bergolak di dalam hatinya. Terasa seperti satu beban sudah terlerai dari bahunya. Lega...

    "Kau dengar sini baik-baik ya. Pasang telinga dan buka hati dengan apa yang aku nak cakap ni. Samada kau dapat atau tidak melanjutkan pelajaran,bukan ketentuan dari kita semuanya ketentuan Allah belaka. Kalau tak ada rezeki,maknanya Allah dah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kau nak.So yakinlah pada takdir Allah" Ceramah Siti dengan penuh semangat. Terasa seperti satu pintu harapan sudah terbuka buat Liza. Tersenyum dia dengan kata-kata semangat kawan baiknya. Alhamdulilah..

    Tiba-tiba..

    "Sorry ya akak mencelah. Akak tak dapat menahan mulut dari nak bercakap. Dari tadi akak dengan perbualan kau orang berdua. Dan akak sangat bersetuju 800% dengan apa yang Siti cakapkan tadi. Bila kita reda dengan ketentuan Allah dan yakin,pahala dah tentu dapat. Dan lagi,satu penggembaraan hebat akan bermula. Betul tak?" Sampuk kak Wati yang rajin menadah telinga.

    "BETUL!!" Serentak Liza dan Siti menjawap. Kedua-duanya tergelak dengan kebiulan sendiri.. Hehehe..
   


Wednesday, May 23, 2012

Seindah Semalam M/S: 15 1216pm 23052012

MUKASURAT LIMABELAS

   R.Azmi- Memikat Hati

 Lagu ini adalah salah satu lagu kegemaran En.kamarodin atau lebih di kenali sebagai En.Abah

    Pergh.. Bukan main cantiknya aku! Puji Liza dengan apa yang terpampang di hadapan cermin di bilik Cik Kiah.. Berbaju kebaya sutera longgar color biru kilat siap di gandingkan pula dengan kain yang sama berbelah di tengah. Terkial-kial aku mengeledah laci baju bilik Cik Kiah dengan niat suci murni hendak mencari tudung yang sama warna untuk aku matchkan dengan kebaya biru aku.

    Hah! Jumpa pun.. Payahnya aku nak cari. Ni kejap lagi bisinglah Cik Kiah tengok aku geledah laci baju dia. Baik aku kemas elok-elok. Yang bahagian bawah podok je,cuma kemas di bahagian atas. Orangtua tu bukan perasan pun! Hehehehe..

    Sehari sebelum kejadian di atas, Siti bertanya mengenai persiapan yang telah di persiapkan untuk temuduga pengambilan pelajar baru dalam jurusan senireka di ITM Shah Alam esok iaitu hari Sabtu.

   "Dah settle semua barang untuk kau bawa ke Shah Alam esok?" Soal Siti ketika lunch tengahari semalam. Waduh! hidangan di pinggan Siti membuatkan Liza kecur. Gila tak meleleh air liur.. Nasi panas, kailan ikan masin, paprik daging di tambah pula dengan sirap bandung yang sangat berlemak! Manakala Liza hanya nasi goreng ikan masin bersama ABC..(Air Batu Campur)

    "Barang-barang yang patut di bawa semua dah settle.. Tapi satu je masalah aku, dia orang nak suruh melukis. Tapi jenis macamana? Dia orang tak bagi tau. Aku kalau dapat sketch,memang malas sangat nak buat sebab aku tak suka sketches!"  Balas liza dengan mata menerawang ke ruang makan di gerai simpang masuk di Taman Tenaga cheras. Hari ini hanya Liza dan Siti sahaja yang makan tengahari bersama. Yang lain-lain kebanyakannya mengambil cuti tahunan. So,kira aman sesi makan tengahari kami.

    "Alah, kalau sketch pun apa salahnya? Kau boleh melukis. So lukis jelah.. Mana tahu kot ada rezeki kau, Kalau nak suruh aku lukis orang.. jawapnya jadi orang lidi! Hahahah..!" Gelak Siti beria-ia. Sewel ke apa kawan aku ni?!

     "Kau cakap senanglah. Yang nak melukis tu aku,bukan kau! Masalahnya bila sketch dengan masa yang singkat,aku akan rasa kelam kabut. Lepas tu mulalah aku buat silap,bila dah silap mulalah aku tergegeh-gegeh" Terang Liza panjang lebar. Liza memang tidak suka sketches,itu akan membuatkan dia menjadi gemuruh. Sketch memerlukan ketelitian dan ketelusan dalam melukis. Dan hasilnya mestilah sama dengan gambaran asal yang di jadikan bahan kerja. I hate sketch!!!!!

    "Eeemm.. aku doakan semoga dapat melukis yang senang sudah.. Macam-macam lagilah yang dia orang minta. Hasil lukisan masa zaman sekolah plus apa-apa hasil lukisan yang pernah masuk pertandingan or terlibat dengan mana-mana- pameran. Nasib baik aku still simpan lagi hasil lukisan masa sekolah. Ikutkan hati memang nak buang sebab dah tinggalkan alam persekolahan. Nak simpan pun nak buat apa? Menyemak!" Ngomel Liza yang mula menumpukan pandangan di kaca television di gerai tersebut.

     Tak habis-habis berita bunuh,rompakan,rogol etc.. Cubalah cari berita yang positif yang tak mengganggu minda. Ni tak.. Asyik-asyik berita negatif. Macamana rakyat nak maju! Otak kita tak habis-habis di momokkan dengan isu-isu yang membuatkan hati jadi tidak tenteram.

    "Aku tahu kau boleh, lagipun semangat kau lebih kuat berbanding dengan aku" Tiba-tiba Siti bersuara. Sayu pula aku dengar nada si Siti ni.

    "Kau ok ke Siti?"

    "Aku oklah. Cuma aku agak terkilan sebab tak dapat nak sambung belajar. Hati aku teringin juga nak mencapai cita-cita. Tapi macam kau jugalah,aku masih ada adik-adik yang bersekolah.Sebagai anak sulung suka tak suka kenalah aku beralah" Gumam Siti dengan wajah yang sedikit muram. Dalam kononnya bersedih,laju jugalah dia menyumbatkan makanan. Sesekali di telan air sirap bandungnya bagi mengelakkan tercekik. Ish, makan tu elok-eloklah Siti oi...

    "Entahlah Siti,dalam kes aku ni aku susah nak cakap. Belum tentu aku dapat apa yang aku nak. Kita bukannya tahu apa takdir yang telah di tentukan ke atas kitakan? Kalau semua orang boleh baca apa yang ada dalam takdir,semua urusan dunia akan menjadi senang!" Khutbah Liza beria-ia dan penuh semangat.Sesekali mulutnya terjuih,ada masa pula kedua-dua tangannya kekiri dan kekanan.Lagak pemidato, tersengih Siti di buatnya.

    "Eeemm.. Kalau kau tak terpilih untuk belajar ataupun kau memang takdapat nak sambung belajar,apa kau nak buat? Sambung kerja kat Kodak atau cari kerja lain?" Tebak Siti yang baru sahaja mencuci tangannya. Di hirup air sirap bandungnya yang hanya tinggal ais.

    "Soalan kau tu aku dah ada jawapannya. Kalau tak dapat nak sambung belajar,aku ingat nak cari kerja lain. Tak sanggup aku nak kerja kat Kodak sampai ke tua. Aku ada  plan aku sendiri dan aku tahu apa yang aku nak" Jawap Liza dengan senyuman yang menjadi bertambah manis bila di serikan dengan jerawat manis. Hahahaha!

    "Kongsilah sikit plan jahat kau tu..Heheheh" Usik Siti nakal. Tetap dengan perangai keanak-anakkan sepertimana yang aku kenal semasa darjah satu di sekolah Pasar Pudu (2)

    "Plan aku senang je. Aku ingat nak cari kerja kat mana-mana shopping kompleks,gaji lagi lebih dari kerja kat pejabat. Kurang sikitlah dosa aku dari kerja kat pejabat,kalau tak asyiklah nak anyam ketupat. Sebab aku tengok ramai yang kerja kat shopping kompleks sibuk je. Sampai tak ada masa nak duduk apatah lagi nak berborak!" Liza mersungguh-sungguh menceritakan plannya andai kata tidak dapat meneruskan cita-citanya. Di betulkan tudungnya yang senget ditiup angin yang sudah mula menunjukkan ciri-ciri nak hujan lebat di tengahari.
   
    "Habis tu,kau tak kecewa ke kalau tak dapat jadi pereka fesyen?" Tebak Siti lagi. Dia tahu yang Liza sangat-sangat ingin menjadi seorang pereka fesyen yang terkemuka kerana itulah yang di idamkan semenjak kecil. Tidak dapat apa yang di inginkan akan memberi rasa kecewa yang mendalam di hati Liza.

    "Aku kena belajar menerima hakikat atas sesuatu yang terjadi Siti. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih kalau tak dapat menggengam ijazah yang aku idamkan. Tapi aku yakin Allah sudah menyediakan sesuatu yang lebih hebat jika aku gagal untuk terus berjalan menyusur cita-cita" ujar Liza dengan nada yang kian mendatar. Entah mengapa dia seperti dapat rasakan yang harapan hanya kan tinggal harapan

    "Sebab tulah kenapa aku cakap kau mampu untuk menelan apa juga pahit manis dalam hidup kalau nak dibandingkan dengan aku" Balas Siti dengan senyuman yang manis menguntum.Nak pula bibir comelnya di calit dengan lipstick merah muda tampak lagi manis.

    "Sebenarnya,tak kira siapa pun kita tetap kena telan takdir yang telah di tetapkan buat kita. Allah tak pernah kejam,yang kejam cuma kita je yang selalu menyalahkan takdir Allah. Cuba kita tengok pada hikmah atas peristiwa yang kita alami,dah tentu kita akan bersyukur" Tambah Liza yang sentiasa reda dengan apa sahaja yang bakal atau telah terjadi. Sebrutal mana pun Liza, dia amat berpegang teguh dengan prinsip hidup dalam islam.

    Setelah membayar,masing-masing mengangkat punggung yang terasa berat akibat kekenyangan. Hujan sudah mula renyai-renyai. Nasib baik mereka sempat sampai ke deretan rumah kedai yang menempatkan pejabat Kodak di hujung bangunan yang sama.

    "Liza! kau dah siap ke belum? Abah kau dah nak keluar ni" Jerit Cik Kiah tak ubah bagai komanderangkatan tentera yang nak pencen. Liza dari dalam biliknya hanya mengelengkan kepalanya.

    "Orang dah siap,sabarlah sikit. Temuduga tu start pukul 9.30pagi kot. Ni baru pukul 6pagi" Bebel Liza yang sibuk membetulkan kedudukan tudung birunya.

    "Yelah,tapi jangan buat orang tunggu kita. Biar kita yang tunggu orang. Dan kau kena ingat sikit,bas tak akan tunggu kau! Lainlah kalau abah kau tu tuan punya bas" Tegas Cik Kiah yang sudah pun berdiri di muka pintu biliknya. Ish.. Tak menyabar betullah!

    "Cepat sikit Liza,abah nak keluar dah ni. Lagipun bas dari perhentian bas Klang ke Shah Alam satu jam satu je" En.Kamarodin sudah mula bersuara. kalau dah En.Abah bersuara,lebih baik aku siap cepat. Dicapainya sandal dan beg hitam besar yang berisi dengan hasil lukisan untuk di tunjukkan kepada penemuduga nanti.

    So,berjalanlah dua beranak pada jam 6.30minit pagi menuju ke perhentian bas di kawasan perumahan awam DBKL untuk menuju ke perhentian bas Klang dan dari situ meneruskan pula perjalanan ke ITM Shah Alam.
   
 

Sunday, May 20, 2012

Seindah Semalam M/S: 14 0145pm 20052012

MUKASURAT EMPATBELAS



 Frank Sinatra- Come Fly With Me
Lagu ini amat bermakna buat diri aku. You left something for me to always remember you Abah sentiasa memainkan beberapa keping kaset berbahasa inggeris tatkala aku menginjak belasan tahun. Dan salah satu lagu yang sentiasa di putarkan adalah lagu ini. So abah you're the best eventhough we don't know each other well.. You seldom home and be a father to all of us.. But you always have one special place in my heart!!


    Pintu gate rumah di tolak perlahan-lahan bagi mengelakkan Cik Kiah perasan. Tapi akhirnya...(Gila tak perasan,dah tentu Cik Kiah ada di rumah. Kemana pula dia nak melepak malam-malamkaaaaaaan..) Heheheh...

    "Hah! baru sekarang nak balik? Tak reti nak telefon rumah bagitau nak balik lambat? Kat office kau line telefon dah kena potong ke? Lainkali kalau nak balik lambat dan tak nak bagitau, pergi tidur rumah kawan kau!" Itu dia AK47 sedang memuntahkan peluru tanpa henti. Rasa nak gelak pun ada,nak marah pun ada.  Boleh kata macam-macam perasaan aku ada. Tak jawap nanti kata aku kurang ajar,di jawap nanti di katakan aku melawan. Habis tu macamana???!

    Nak jawap ke tak? Nak jawap ke tak nak? Berbolak -balik hati ni... Haish!

    "Orang lupalah nak telefon tadi. Bukan pergi mana pun tadi minum kat Taman Tenaga dengan kawan-kawan. Siti pun ada sama tadi" Jawap Liza dengan nada suara yang tenang. Terus dia berlalu dari ruang tamu menuju ke bilik. Tuala di capai, dia ingin segera membersihkan batang tubuh yang berlengas dan menunaikan qada solat maghrib dan isyak.

    "Habis tu, jari kau cacat tak reti nak telefon? zaman sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku. Janganlah menyusahkan orang yang kat rumah nak fikir yang bukan-bukan. Nanti tahu-tahu dah masuk suratkhabar!" Bebel cik Kiah,suara cik Kiah tak perlu pakai loud speaker sebab sangat JELAS dan LANTANG!

    Ish, aku dah masuk bilik air pun Cik Kiah nak bercakap lagi? Haish.. sudah-sudahlah tuuuuu.. Mulut aku ni gatal je nak menjawap. Lagi di jawap lagi menjadi-jadi pula sidang perbincangan ni nanti. Kalau ada ramai penonton, tak apalah. Ni dua beranak je kot! Adik perempuan aku pergi masjid agaknya,tak nampak pun kat rumah. Yang bongsu dengan yang nombor tujuh entah kemana menghilang. Yang tu tak pula nak jadi issue,mungkin sebab mereka lelaki. Eeeeemmm....

   "Yelah.. yelah..Lainkali, di masa akan datang nak pergi mana-mana nanti orang call. Nak pergi toilet pun nanti orang call juga" Usik Liza untuk mematikan topik perbincangan dari bertambah hangat.

    "Kalau setakat nak kencing berak kau call aku,mahu makan penyepaklah jawapnya!" Jerit cik Kiah di dapur. liza hanya menyengeh dan tergelak kecil sambil menyarungkan telekungnya.. Cik Kiah.. Cik Kiah.. Macam-macam!

    Seusai solat,Liza menyelongkar di dapur untuk melihat apakah hidangan hebat malam ini. Wah! ada sambal goreng ikan bilis rangup, telur masin dan sup sayur campur dengan fishball!! Sluuuurrrp!!

    "Huh! Pandai pula kau cari makanan kat dapur ya.. Nak tolong masak jauh sekali!" Perli Cik Kiah dengan jelingan maut beliau. Liza apa lagi? senyum lebar jelah...

    "Ala mak.. Bilalah orang nak ada masa ke dapur. Bukan ke orang kerja.. Tolong makan pun dah kira ok. Penat-penat Cik Kiah masak,nanti membazir je tak ada orang nak makan!" Usik Liza dengan ketawa yang galak. Dengan tidak semena-mena Liza tersedak melalui hidungnya. Habis meja bersepah dengan butiran nasi yang tersembur melalui mulut. Airmata pila bergenang di pelupuk matanya. Segera di capai gelas berisi air panas mati bagi menghilangkan kepedihan di anak tekaknya.

    "Hah, Itulah akibatnya melawan cakap orangtua. Tu baru tersedak, cuba kalau tercekik? Terus masuk HUKM!" Balas Cik Kiah yang mengomel tanpa belas ikhsan. Ish,orangtua ni mendoakan yang bukan-bukan pula. Kalau aku mati,menangis pula!

    Alhamdulilah kenyang sudah.. Buurrrp!

    Meja makan dan dapur di pastikan kemas,kalau tidak.. jawapnya kena sembur lagi! hehehe..

    Buku yang terletak di sudut kepala bantal di capai, tajuk buku? "Hidup sesudah mati" buku ini tak pernah dapat di habiskan bacaannya entah kenapa Liza pun kurang pasti. Hanya satu sahaja yang dapat di fikirkan sebagai jawapan. Mungkin buku itu mengingatkan kita tentang mati dan betapa perlunya membuat sebanyak mungkin kebaikan sebagai saham akhirat dan menjauhi perbuatan buruk yang membangkitkan kemarahan syaitan laknat yang menyebabkan pembacaan sentiasa tertangguh.

    Syaitan akan sentiasa mengoda anak adam agar menjauhi buku-buku agama berbentuk ilmiah agar memudahkan syaitan melakukan kerja-kerja terkutuk untuk memesongkan iman orang seperti aku! Cuba kalau membaca novel cinta yang menghanyutkan perasaan? Sudah pasti berbuku-buku aku boleh baca. Haish...

    Bunyi langsir bilik di selak seseorang,malas Liza nak menjengah memastikan siapakah orang itu. Tahu-tahu terdengar lontaran vokal suara yang biasa kedengaran.

    
   "Itulah kerja kau! Makan,baring lepas tu baca buku! Dah tak ada kerja lain yang kau boleh buat?! Ni kain yang berlambak-lambak ni bila kau nak lipat?!" Ujarnya dengan hujung jari dan hujung mulut terarah ke longokkan kain di hujung kepala katil aku.

   "Laaa.. Kan orang selalu lipat hari Sabtu? Letihlah nak lipat time hari bekerja. Nanti Sabtu ni orang lipat,susun dengan gosok baju sekali" Jelas Liza yang masih memegang buku dengan mata tetap membaca bait-bait ayat yang di tulis.

    "Ada saja alasan kaukan?!" Lenting Cik Kiah mencekak pinggangnya yang tak ramping

    Eeemmm.. apa-apa jelah Cik Kiah oi.. Malas nak memanjangkan cerita. Lagi panjang,lagi banyaklah dosa yang terkumpul. Kalau dosa terkumpul boleh bagi aku menang hadiah ke Bali tak apalah juga! Hahahah.. Sengal!

    Leka betul Liza membaca buku tahu-tahu dah masuk jam 11malam. Bila membaca buku bab agama ni kita kenalah berhati-hati dan membaca dengan pemahaman yang betul. Bukan apa,syaitan laknat ni ada di mana-mana bagi memesongkan pemikiran kita. Sebab itulah kita di mestikan mempelajari agama dengan berguru bagi mengelakkan kita dari berguru dengan syaitan tanpa kita sedari. Wallahualam..

    Eh.. dengar macam suara abah je. Bila masa orangtua ni balik? Eeemm.. Inilah masa yang terbaik untuk aku tanyakan abah pasal nak sambung belajar. Mudah-mudahan ada harapan.. Bisik Liza di dalam hati dengan harapan yang menggunung.

    Liza tahu masa yang sesuai untuk dia tanyakan soalan adalah setelah abah selesai mandi dan makan. Time itulah yang sesuai...

    Diselaknya langsir bilik lalu mengintai suasana di ruang tamu yang kecil itu. Adik aku yang nombor lapan dan nombor tujuh dah pengsan. Manakala adik aku yang perempuan pula dah lama berlayar jam 9 tadi. So.. This is it!

    "Abah, Pagi tadi orang pergi sekolah ambil result SPM. Ni yang nak tanya abah,orang lulus dapat pangkat dua. Ingat nak sambung belajar" Terang Liza dengan sekali nafas. Bukan takut,tapi seakan-akan dapat merasakan rejection dari abah. Perasaan itulah yang sentiasa  mengganggu minda. Menjangkakan yang buruk sebelum mendapat keputusan yang pasti. Aku bencikan perasaan ini!!!
   
    "Eeem.. kau nak belajar apa kalau sambung belajar?" Soal abah memandang tepat ke anak mata Liza. Wajah abah nampak keletihan namun tidak nampak tua. Mungkin sebab abah berjambang lebat dah rambut masih lagi lebat kalau nak di bandingkan dengan bapa-bapa yang sebaya dengan abah. Tapi renungan mata abahlah yang membuatkan kami adik-beradik jadi kecut perut. Aura abah kadang-kadang menakutkan!

    "Orang ingat nak ambil jurusan seni ataupun jurusan senireka fesyen" Jawap Liza memandang ke arah abah yang masih memegang dan membaca akbar Berita Harian.

    "Nanti abah tengok dulu.. Tapi kalau tak silap abah ITM (nama lama sebelum di tukar kepada UiTM) ada pengambilan pelajar minggu depan hari jumaat. Apakata kau minta cuti?" Cadang abahnya memberi sedikit harapan kepada Liza. Namun perasaan seperti "TAK MUNGKIN KAU DAPAT TERUSKAN CITA-CITA KAU!" terngiang-ngiang di kotak mindanya.

    Bukan sengaja berfikiran negatif,tapi setahu aku tak pernah ada sesuatu yang aku inginkan atau idamkan dapat menjadi kenyataan. Sebab itu aku tidak dapat membuang perasaan "Yang aku tak akan dapat" dari hati. Atau kadang-kadang sudah hampir mendapatkan apa yang aku nak,namun cancel di beberapa saat yang terakhir sebelum apa yang aku nak berada di dalam genggaman! huhuhu..
 

Saturday, May 19, 2012

Seindah Semalam M/S: 13 0240pm 19052012


MUKASURAT TIGABELAS


  

    "Lagu ini aku tujukan khas buat teman baik di zaman kanak-kanak dan di zaman remaja.. Siti Masruniwati. Aku tak tahu dimana dan bagaimana untuk berhubung bagi kita sesekali mengimbas kenangan lalu. Hanya lagu ini yang mampu mengingatkan aku pada kau.. Pada zaman kita, lagu ini yang paling famous"

    Sesi jamming tadi memang best! Tak sangka sungguh yang dia orang ni memang reti main alat muzik. Aku ingatkan 'kencing' je. Cuma bila masuk bab vokal tu yang tak boleh blah. Hancus! Lagu yang di mainkan,kebetulan pula memang lagu yang aku suka dan tengah hangat di mainkan di corong radio dan sentiasa menjadi alunan suara-suara sumbang di pejabat. Dendangan Slam "Nur Kasih"

    Lagu tersebut tidak ada kena mengena dengan aku. Maksudnya tiada sebarang kaitan dengan perjalanan hidup atau kisah cinta. Cuma aku tertarik dengan lirik dan susunan lagu garapan Saari Amri. Sebaik habis tempoh masa menyewa tempat jamming,masing-masing singgah ke gerai yang berhadapan tempat jamming untuk membasahkan tekak. Jam pula menunjukkan hampir ke pukul 8malam.

    "Relakslah Liza, baru nak masuk pukul 8 je kot!" Kata abang Ipin yang dari tadi memerhatikan Liza yang seperti tak senang duduk. Kejap-kejap di betulkan beg selempangnya, sekejap pula duk tengok jam di pergelangan Siti dan kejapan pula duk mengoyangkan kedua-dua kakinya yang tak rasa senang duduk. Rimas!
   
    "Alah bang, macam tak tahu pula kenapa si Liza jadi macam tu. Dia tengah risau nanti masuk waktu 'curfew'.. Tak pasal,ada yang tak dapat masuk rumah nanti. Tadi Liza bagitahu yang dia lupa nak telefon cik Kiah pasal nak lepak jamming" Terang Siti yang berlagak bagaikan PA kepada Liza. Di hirupnya sirap limau ais dengan penuh selera. Maklumlah tekak kering,dah tu free!

    "hah,tau takpeeeeeeeeeeeeeeee..!" Balas Liza gelisah

    "Oklah,kalau susah-susah sangat aku hantar kau balik nak?" Jawap Saiful menghulurkan bantuan. Abang Ipin hanya menyengeh sambil mengocak milo ais yang masih berbaki separuh gelas.

    "Kang aku cakap kau sewel,merajuk pula. kalau aku cakap bangang,nanti nangis mengadu kat mak kau pula. Cuba kau bagitahu aku macamana kau nak hantar aku balik? Kau nak buat "TATU" macam angkatan tentera Malaysia ke? Kau,aku,Siti dengan abang Ipin?" Ngomel Liza panjang lebar di sambut dengan hilai tawa abang Ipin dan Siti. Manakala Saiful mencuka kemaluan.

    "Ish,yelah.. Lepas minum ni kita pakat ramai-ramai gerak ya wahai permaisuri" Ujar Saiful mengalah.dia tahu kalau bertekak dengan Liza sampai ke sudah tak akan ada penamat cerita. So, tutup jelah buku!

    Perjalanan pulang terasa memenatkan. nasib baik balik berteman, kalau tak berteman mahu rasanya dia menahan teksi untuk pulang. Sepanjang perjalanan yang jaraknya lebih kurang 1km pelbagai cerita yang di borakkan antara Liza dan Siti. Dari satu topik ke topik yang lain.

    "Tadi pandai pula Si saiful tu main gitar. Aku ingatkan dia tu cuma tahu buat lawak bodoh dengan mencandu je" Ujar Liza dengan nada sedikit mencungap kesan dari berjalan kaki. sesekali Liza menyepak anak-anak batu yang terdapat di tepi jalan sepanjang berjalan kaki.

    "Tulah Liza, omputeh ada cakap 'Don't judge a book by it's cover' Saiful tu berbakat. Cuma aku rasa pergaulan yang menjebakkan diri dia dengan benda-benda yang tak senonoh. Nak salahkan mak bapak pun tak boleh,pasal dah besar panjang dan boleh fikir pakai otak sendiri" Khutbah Siti panjang lebar di rembang malam yang dah nak masuk waktu Isyak.

    "Aku pun baru tahu hari ni,tergamam jugalah aku tengok cara dia 'goreng' gitar tadi. Rupa-rupanya berbakat jugalah mamat tu" Balas Liza dengan suara yang antara dengar dengan tak. Letih sangatlah gamaknya tu!

    Azan Isyak kedengaran jelas dari masjid Az-Zubair, Masing-masing diam sebagai tanda memberi laluan serta menghormati laungan yang mengesa umatnya mengerjakan solat dan bersegera menyembah Allah. Kelihatan beberapa puntung kaum lelaki berjalan menuju ke masjid kebanyakkannya warga tua belaka. Entah di mana dan kemana perginya warga muda aku pun tak tahu!

    "Banyak lagi ke kerja yang kau nak kena 'catch up'? Aku asyik tengok abang Mat dok suruh kau cepat siapkan kerja. Macam tak reti pula orang tua tu yang kau cuma ada dua tangan je!" Gerutu Liza geram bila mengenangkan peristiwa petang tadi. Ada ke patut abang Mat marah Siti sebab tak dapat nak habiskan kerjanya hari ini. Dahlah bagi kerja last minute, Siti pula dengan rela hati,menjadi bidan terjun kena cuci tahi orang lain dah kira baik! Sengal..

    "Esok tengahari aku rasa dah boleh submit kat abang Mat. Memang tengahari tadi dia marah-marah kat aku,lepas tu petang sebelum kita nak balik dia ada minta maaf. Dia tahu yang itu bukannya bidang kerja aku,tapi terpaksa juga aku buat sebab dia dah kena maki dengan En.Rosli. Itu yang dia jadi meroyan, aku pun dah maafkan dia" Terang Siti atas peristiwa 'cerekarama' petang tadi.

    "Kalau kena kat aku.. Memang kenalah abang Mat. Aku tak peduli,sebab kita ni manusia darah sama merah. So hormatlah sikit jangan nak main terjah ikutkan hati. Ibarat ikut hati.. Mati!" Sambung Liza membengkeng perbuatan abang Mat. Manakala Siti yang lemah lembut hanya reda je. Memang bagus sikap reda,tapi kalau dah sampai menjatuhkan maruah depan orang ramai,bagus sangat ke perangai tu!

    Liza ni pula jenis panas baran, tapi barannya bertempat. Bukan nak marah orang sesuka hati kalau tak bersebab. Sebelum nak marah,lebih baik tanya dulu kalau betul salah oarang yang nak di marah kira finelah. Kalau tak? Kan dah kes aniaya!

    "Oklah.. Kita cakap pasal kau pula, Ni kau result dah keluar kau nak sambung kerja or nak belajar? Kalau kerja,rugi rasanya tak sambung belajar. Kalau akulah,aku sambung belajar. Ni kalau tak pasal aku dapat pangkat 3 tak adanya aku nak kerja" Hujah Siti tenang. Siti bukan jenis emosi seperti Liza. Dia lebih suka bertenang dan sabar menghadapi situasi yang mencabar.

    "Ikutkan hati dengan niat suci murni,aku nak sambung belajar kejar cita-cita aku. Tapi bila mengenangkan situasi aku dengan adik-adik yang masih lagi bersekolah,aku tak sure lagi"

    "Kau dah bawa berbincang dengan Cik Kiah? Mana tahu Cik Kiah boleh bagi idea yang bernas" Tebak Siti dengan senyum yang melerek. Ntah apasal dia menyegeh Liza pun tak tahu. Diangkat kedua-dua bahu sebagai tanda tidak pasti.

    "Tengahari tadi aku ada tanya Cik Kiah,tapi dia suruh aku tanya dengan bahagian finance. Bapak akulahkan.. Tu yang ingat malam nanti kalau bapa aku balik,aku nak tanya dia" Jelas Liza yang mula memperlahankan langkah bagi menyeberang jalan yang berhadapan dengan gerai nyonya yang menjual pelbagai jenis jajan.

    "Eloklah tu,tanya jangan tak tanya. Mana tahu bapa kau ada jalan yang terbaik"

    Liza menanggukkan kepalanya bersetuju dengan pendapat Siti. Dia akan tetap tanyakan soalan cepu emas kepada bapanya. Kalau boleh ingin dia capai cita-citanya seperti mana anak orang lain.

    "Oklah Siti, kita anyam ketupat lagi esok ya. Assalamualaikum!" Di lambainya Siti yang mula menyambung langkah menuju ke bloknya yang tidak jauh dari gerai nyonya tempat mereka berhenti sebentar tadi.

Thursday, May 17, 2012

Seindah Semalam M/S: 12 1152am 18052012

MUKASURAT DUABELAS

Sayang-sayang si buah kepayang,
Dipetik dijual ditepi jalan,
Disana ku rindu,disini ku sayang,
Entahkan mana menjadi pilihan.


    "JOM BALIK!" Laung Ane penuh kegirangan bagai kanak-kanak Ribena yang sihat bagai johan.. Buruk betul perangai orangtua ni. Gerutu Liza di dalam hati. Siap angkat kedua-dua tangan macam zaman sekolah! Ish..

    "Sukanya Ane, ini hari hari istimewa ke Ane?" Soal Saiful mengemaskan mejanya yang berselerak dengan beraneka sampah penuh warna-warni. Betul-betul nampak seperti tong sampah besar!

    "Mestilah hari ni hari istimewa, Lu orang tarak taukah ini hari Khamis malam Jumaatlah.. Heheheh"

    "Wah, Ane pun tau pasal hari Khamis malam Jumaatkah?" Gelak Saiful sambil mengenyitkan mata kirinya. Di cucuk pula pinggang abang Ipin yang masih lagi terhegeh-hegeh cuba menghabiskan data entry beliau.

    "Oh, b***t kau! Ish, apa main cucuk-cucuk ni. Tengok,aku dah salah key in ni!" Marah abang Ipin lalu menjeling ganas pada Saiful yang tergelak kesukaan.

    "Ayo Saiful, lu jangan kacau Ipinlah. Dia tengah buat kerja bersungguh-sungguh tu. Bukan macam lu, cukup masa je sudah mau angkat kaki jalan" Nasihat Ane ikhlas.

    "Habis tu Ane,kalau tak angkat kaki jalan.. Ane mau saya mengengsot ke?" Jawap Saiful berselang seli dengan ketawa besar. Gelak dengan lawak sendiri! Budus..

    "Siapa-siapa lawan cakap dengan lu mesti kalah punya. Lu mesti mau menang punya. Ada seorang juga yang lu mesti kalah, itu perempuan" Ane menunjukkan hujung jari kanannya ke arah Liza yang sememangnya dari tadi duk rajin menjadi telinga lintah. Sekilas itu jugalah Liza menoleh kearah Ane, nak tahu juga siapakah gerangan perempuan tersebut.

    Jari Ane tepat menunjuk ke arah Liza. Memang sahlah aku! dah tak ada orang lain lagi kat meja ni. Sepantas kilat Liza menundingkan jari telunjuk kanannya ke hidung sendiri.

    "Apa pasal Ane tunjuk saya?"

    "Dengan Liza saja dia kalah. Dia mana berani mau cakap lebih kalau Liza sudah muka mulut. Serupa itu popcorn bila tengah masak. Banyak bunyi!" Ane pula yang tergelak dengan lawak bodoh sendiri. Sekor-sekor ada masalah mental yang tersendiri. Liza mengelengkan kepalanya. Malas nak layan orang sewel ni. Penat!

    Dikemasnya meja yang masih terdapat sedikit sampah hasil dari kerja mengoyakkan kertas yang bertimbun tadi. Di angkatnya beg selempang dari laci. Selang dua meja Siti sudah melambai untuk jalan balik bersaing. Siti dan Liza tinggal di kawasan perumahan DBKL yang sama. Cuma selang tiga blok dari rumahnya.

    "OK! aku tengah mengemas meja ni. Tunggu sekejap ya"

    "Oit, Liza kau jangan lupa yang kita ada temujanji lepas kerja ni!" Ingat Saiful dengan mencekakkan pinggangnya yang tidak ramping.

    "Bila masa aku ada date dengan kau samdol?"

    "Eh.. Eh.. buat-buat lupa pula. Kan kita nak pergi jamming nanti?" Jawap abang Ipin mewakili Saiful mengingatkan Liza. Dia menoleh kearah Siti yang menepuk dahinya bila di ingatkan tentang sesi jamming selepas waktu kerja.

    "Yelah Liza, kita dah janji dengan dia orang masa Tea break tadi. So, nak tak nak kita kena pergi juga. dah janji punya pasal" Jawap Siti yang berjalan ke arah Liza lalu menghenyakkan punggungnya di sebelah kerusi Liza.

    "Adoiyai.. Jawapnya nak kena tunggu abang Ipin habiskan kerja baru boleh geraklah jawapnya" Sungut Liza melepaskan keluhan. Ish, jadi macam orang bodoh duduk berempat dalam pejabat ni.

    "Sabar itu separuh dari iman, lagi sikit je lagi abang nak habiskan kerja ni. Dalam 5minit kita dah boleh cha alif but" Ujar abang Ipin dengan nada orang bersalah. Siti dan Liza mengangguk mengiyakan sahaja. Malas nak cakap banyak kerana hari ini kerja yang dilakukan terasa banyak dari hari biasa. Apatah lagi abang mat sudah menetapkan satu tarikh di mana semua kerja perlu disiapkan dan di filemkan mengikut tarikh yang sudah di berikan. Itu yang membuatkan mereka berasa letih.

    Tapi memandangkan janji sudah terikat, mahu atau tidak janji perlu di tunaikan. Sesekali Liza melihat jam tangan Siti.

    "Abag Ipin! lagi berapa minit ni? Ni dah lebih dari 5minit" Jerit Liza ke arah abang Ipin yang kelihatan sedang mengemaskan mejanya.

    "Dah habis pun, ni abang nak kemaskan meja. Kejap ya"

    "Si samdol tu mana bang?" Soal Liza sambil menjengah ke partition yang menempatkan beberapa buah meja yang di asingkan mengikut tugasan masing-masing yang berlainan di antara satu partition dengan partition yang lain.

    "Entah, tadi ada sebelah abang. Mungkin dia ada kat luar kot, menghisap rokok" Tebak abang Ipin bila di tanya lalu menyelak blinding di belakangnya. Abang Ipin memberikan isyarat kepada seseorang yang berada diluar. Mungkin Saiful yang berada di luar. Entah bila dia keluar aku pun tak tahu.

    Alunan lagu dari radio yang terpasang memainkan satu lagi lagu yang menyedapkan corong telinga yang mendengar.

Ukays: Disana menanti disini menunggu

    Sedih pula bila mendengarkan bait-bait lagu dendangan Ukays. Susah-susah sangat kahwin je dua-dua kalau dah tak tahu mana satu nak pilih. Yang penting poket tu mesti penuh,kalau tak dah aniaya anak dara orang!

    Alunan lagu yang mendayu benar-benar melekakan membuai perasaan. Abang Ipin tiba-tiba berhenti dari mengemaskan mejanya ketika lagu ini di dendangkan. Airmukanya serta-merta bertukar menjadi seperti sedih. Kenapa pula orangtua ni? Macam tangkap syahdu je..

    "Abang ok ke?" Soal Liza perlahan, abang Ipin hanya tersenyum lalu mengangkat ibu jari sebagai tanda yang dia ok. Eeemm.. nampak sangat menipu!

    "Kenapa muka abang tiba-tiba macam sedih je? Lagu ni ada kena mengena dengan abang Ipin ke?" Soal Siti yang turut menyedari perubahan wajah abang Ipin. Kedua-dua anak dara tersebut mengangkat punggung apabila melihatkan meja abang Ipin sudah kelihatan kemas dan abang Ipin sudah mula mengambil topi keledar dan kunci motor dari laci beliau.

    "JOM!" Ajak abang Ipin yang menguntumkan senyum tawar. Tadi bukan main bersemangat, ni tetiba je jadi jiwa kacau. lantak kaulah abang ipin. Nak share cerita sedih, aku ok je. Tak nak share pun tak jadi hal. Bukan adik beradik aku pun!! Ngeeeeeeeeeeeeee..



   

Seindah Semalam M/S: 11 0838pm 16052012

    "TEA TIME!" Jerit abang Ipin sekuat hati. Suasana di dalam pejabat terus bertukar menjadi hingar-bingar. Yang perempuan sibuk membuka laci mengambil dompet masing-masing,ada pula yang mengeluarkan lipstick touch up bibir. Manakala yang lelakinya membuka dompet menjengok berapa ringgit lagi yang tinggal untuk di buat belanja minum petang.Haish.. Macam-macam ada..

    Aku? Kan aku dah melantak di rumah tadi? Hehehe.. Kenyang gila!

    Makanya, aku just ikut mereka-mereka semua ke gerai makan.Melantaklah kau orang semua sampai membusung. Aku pula,cukuplah sekadar memesan nescafe ais kaw.. Perut terlalu kenyang sampai rasa nak berjalan pun malas. Tapi kalau tak join sekali, terkontang-kanting pula aku kat dalam pejabat seorang diri. Tak naklah!

    "Liza! Cepatlah, yang dok termenung lagi tu kenapa? Mana jerawat tak tumbuh lagi banyak. Suka bebenor berangannya!" Lenting kak Wati di sambut gelak ketawa oleh Siti. Lentingan kak Wati menyedarkan Liza dari lamunan pendeknya. Kalau tak di jerit, lagi panjang lamunan Liza nanti. Liza memang kaki berangan.

    "Yelah, sekejap.. Nak ambil ongkos ni ha.." Balasnya dengan mengeluarkan rm5 dari dompetnya. Diletakkan semula dompet ke dalam beg selempangnya. Satu tabiat Liza, dia memang tak suka nak bawa wallet seperti mana-mana perempuan normal yang lain. Berdandan dengan memakai make up? Huh,jauh sekali. Tu yang membuatkan dia memikir kenapa jerawat tetap ada walaupun dia bukan kaki make up.. Eeemmm..

    "Ni kita pergi gerai makcik dekat depan tukan?" Tanya Liza dengaan menunjukkan tempat tersebut dengan hujung bibirnya. Gerai yang di maksudkan Liza adalah salah satu gerai yang sudah lama bertapak di simpang masuk berhadapan dengan stesen minyak Petronas di Taman Tenaga Cheras. Kalau ikutkan hatinya malas nak minum di gerai tersebut. Bukan apa,jarak antara pejabat dan gerai bukannya dekat.

    "Gerai mana lagi nak pergi Liza oi.. Situ jelah yang paling dekatnya pun" Jawap Siti sambil membetulkan tudungnya di cermin gelap pintu masuk pejabat. Dari pintu masuk pejabat kelihatan pekerja lelaki sudah jauh maju ke depan berselang seli dengan dekahan ketawa yang entah apa yang kelakarnya.

    "Tea break ni, akak belanja Liza ya. Bersempena dengan kejayaan SPM Liza" Kata kak Wati bersama senyuman manis melirik di bibirnya yang di gores dengan lipstick berwarna pink terang.

    "Alah kak.. Tak bestlah macam tu. Saya sanggup tunggu akak belanja hujung bulan ni. Dapatlah saya order makanan yang best sikit. Hehehe.." Gelak Liza mengekek. Di sikunya  lengan kiri Siti yang turut menolong gelak bersama.

    "Amboi! bagi betis nak peha pula"

    "Mana ada akak bagi betis kat saya? Tak nampak pun!" Usik Liza dengan ketawa besar sambil buat-buat mencari di kiri dan kanannya.

    "Ewah-ewah, buat lawak pula dia ni. Akak sekeh kepala kau baru ada akai!" Balas kak Wati mengepal tangan kanannya seolah-olah ingin menyekeh kepala Liza. Dia mengelak seolah-olah takut kak Wati terlepas tangan dan menyekeh kepalanya betul-betul.

    Serentak ketiga-tiga mereka ketawa besar. Liza cepat-cepat menutup mulutnya yang menganga besar. Airmata mengalir dari kedua-dua kelopak matanya. Dilapnya dengan hujung tudung hitam Siti. Kaki mereka semakin laju apabila semakin menghampiri gerai yang di tuju. Saiful melambai kearah mereka  meminta mereka duduk semeja.

     "Liza! yang kau lap mata dengan tudung aku apa hal?"

     "Eh,ya ke? Aku ingatkan tudung aku tadi. Heheheh" Gurau Liza yang masih lagi menebal perangai keanak-anakkannya. Seolah-olah masih tidak puas melalui zaman kecil. Perangai itu jugalah yang membuatkan Liza di sukai dan di sayangi oleh teman-temannya.

    "Dari jauh aku tengok bukan main suka lagi kau ya Liza?" Tegur Saiful sambil menarik kerusi buat di duduki oleh Liza. Tindakan Saiful mendapat tepukan dan siulan oleh teman-teman yang lain di situ. Malu sekejap Liza di buatnya.

    "Wey! Aku boleh tarik kerusi sendirilah. Aku nak gelak ke.. Nak menangis ke.. Aku punya pasallah!"

    "Liza, kau janganlah marah si Saiful tu. Menangis kejap lagi banjir KL wor.. Payah pula abang nak balik naik motor nanti" Usik abang Ipin yang menyengeh bagai kerang busuk. Di sumbatnya vade yang tinggal suku ke dalam mulut. Terkial-kial abang Ipin mengunyah, dicapainya gelas teh tarik lalu di teguk laju.

    "Hah, kan dah tercekik.. Tulah,lainkali makan je jangan bercakap. Nasib baik sempat minum,kalau tak terpaksalah si Saiful bagi CPR kat abang" usik Liza mengekek

    "Mintak selisih! Abang rela tercekik dari bagi Si Saiful buat CPR kat abang. Boleh koma dibuatnya dengan bau mulut si Saiful ni!" Bidas abang Ipin dengan menunjukkan muka loya. Hahahahah!

    "Wah! bang, hina sangat ke saya ni?" Soal Saiful dengan nada merajuk.

   "Hina tu taklah sangat. Tapi bau mulut kau tu tak tahan abang nak hidu!" Balas abang Ipin dengan muka selamba badak.

    "Yelah, saya sedar siapa diri saya ni. Nah, sekarang saya dah sumbat mulut dengan Hacks. Kira mulut tadak bau lagi. Amacam? ok tak?"

    "Hahahaah! Korang dua orang ni memang sengal!" Jawap Liza sambil di sambut gelak tawa dari teman-teman yang duduk semeja dengan mereka. Alunan lagu Zamani Slam mengambil alih suasana. Yang lelaki dok sibuk menyanyi sambil mengetuk-getuk meja mengikut rentak lagu. Manakala yang perempuan 'menganyam ketupat' sesama sendiri.


Slam Zamani "Nur Kasih"

    Lagu Slam dikala ini sedang hangat menjadi siulan muda mudi yang hangat di lamun cinta. Yang tidak di lamun cinta pula hanya sekadar melayan dengan harapan dapat mengubati hati yang kosong tanpa teman istimewa.. Eeerrr.. samalah dengan aku! Uwaaaaaaaaaaaaa...

    "Saiful, lepas kerja kita jamming nak tak?" Cadang abang ipin dengan semangat kesukanan yang tinggi. Soalan abang Ipin di sambut dengan kenyitan mata kanan Saiful sebagai tanda setuju.

    "Kita jamming kat tempat biasa?"

    "Yelah, tak naklah pergi jauh sangat. Dekat sini sudah" Jawap abang Ipin lalu menepuk bahu Liza. Terperanjat budak tu di buatnya. Hampir tersedak dia dengan air nescafe ais yang baru je nak lalu ke anak tekak.

    "Apa ni abang Ipin? Buatnya saya tersedak, tak pasal tersembur ke muka Saiful ni hah" Marah Liza lalu mencapai tisu mengelap mulutnya yang terdapat lelehan air  nescafe aisnya.

    "Sorry, abang tak sengaja. Abang ingat nak ajak Liza join kita orang sekali lepas kerja pergi jamming"

    "Kalau jauh saya tak nak ikut. Kalau dekat area sini boleh juga saya join sekejap. Lama-lama memang tak bolehlah. nanti menjerit cik Kiah" Terang Liza panjang lebar. Jawapan Liza di sambut dengan anggukan tanda faham dari abang Ipin dan Saiful. Kebanyakkan teman-teman Liza sudah memahami undang-undang yang sudah di tetapkan oleh cik Kiah. Mereka pun sudah faham siapa dia cik Kiah. Iaitu ibu merangkap pengurus peribadi Liza.

   

Monday, May 14, 2012

Seindah Semalam M/S: 10 0927pm 14052012

MUKASURAT SEPULUH


Lempeng di cicah bersama kelapa,
Cekodok pula di cicah gula,
Senyuman kalian tiadakan ku lupa,
Dengan harapan bertemu semula.


    Kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah sesudah memberikan salam kepada tuan rumah merangkap ibu aku iaitu Cik Kiah. Kulihat kiri dan kanan, tidak nampak kelibat Cik Kiah yang selalunya sibuk berligar di ruang tamu dengan mulut machine gun AK47 beliau.

    "Mana pula perginya orangtua ni? Tak akan merayap join JKK 'mesyuarat tingkap' kot.." Bisik Liza di dalam hatinya. Setahu Liza, Cik Kiah memang tak join group ahli mesyuarat tingkap. Seboleh-bolehnya cik Kiah akan cuba menjauhi kumpulan haram ini melainkan jikalau terpaksa. Macamana tak jadi 'paksa rela' kalau JKK mesyuarat tingkap ni kerap menebeng didepan rumahkan? tak akan cik Kiah nak halau..Yang penting.. Di manakah cik Kiah berada sekarang?

    Tangan kanan Liza menopang dagu dengan melemparkan pandangan kosong ke halaman rumah yang sebenarnya tak ada rupa seperti laman rumah. Ianya hanyalah tanah sekangkang kera yang di letakkan beberapa buah pasu yang sudah lama mati tidak berbunga.

    "Hah! Apa yang kau menungkan? Tunggu orang datang meminang?" Sergah cik Kiah sekuat hati seraya melepaskan tepukan keras ke bahu kanannya yang sedang menopang dagu. Terlepas topangan tangannya dari dagu. Liza terperanjat bukan kepalang.

    "Oh mak kau! p*****k!" Latah Liza dengan jeritan yang kuat

    "Wah.. Wah.. Cantiknya bahasa. Macamana nak ada laki kalau mulut bercakap tak ada insurance?"

    "Dah mak main sergah tak bagi salam, mana orang tak terperanjat?! Agak-agaklah kalau nak gurau pun" Bengkeng Liza dengan nada yang tinggi sambil menjuihkan mulutnya.

    "Cuba kalau melatah tu sebut perkataan lain selain dari perkataan tuuuut tu tak boleh?" Balas cik Kiah yang turut melemparkan lontaran vokal old timer yang tinggi.

    "Mana ada orang yang melatah sempat nak fikir perkataan lain mak oi! Apa yang terlintas, itulah yang di sebut. Yang mak tu.. ntah datang dari mana terus je main sergah. Cuba kalau orang ni penghidap sakit jantung.. dah tak pasal mati sia-sia" Bebel Liza yang tidak mahu mengaku kalah dalam sesi debat dan beradu suara siapa yang melontarkan vokal paling high volume.

    "Kalau kau mati, aku tanam je. Habis cerita!"

    "Mananya nak habis cerita. nak kena interview dalam kubur dulu ar.." Bidas Liza yang masih lagi menjawap kata-kata cik Kiah. Memang budak tak makan saman!

    "Argh.. Suka hati kaulah Liza oi! Ni, aku nak tahu keputusan kau.. Lulus atau nak tunggu rombongan meminang?" Perli cik Kiah yang inginkan kepastian tentang keputusan SPMnya

    "Kalau lulus,boleh ke nak sambung belajar? Kalau gagal.. Ingat nak cari kerja lain" Jawap Liza bermain kata dengan cik Kiah yang kelihatan sudah mula hilang sabar.

    "Beritahu jelah apa keputusannya. Sibuk pula tanya benda lain. Kalau nak tahu sama ada sambung belajar ataupun terus bekerja,itu kau kena tanya sendiri dengan abah bukannya tanya aku" Tegas cik Kiah yang sudah mula angkat kaki menuju ke dapur. Tangan beliau sibuk mencari bahan-bahan untuk di buat masak tengahari. Entah apalah menu hari ini ya.. Perut tiba-tiba menjadi lapar..

    Keletang-keletung bunyi peralatan yang di perbuat dari besi berlaga..

    "Orang lulus dapat aggregat 25 pangkat dua. Hajat dalam otak nak sambung belajar. Tapi memandangkan kemampuan kurang.. mengatasi keinginan, jawapnya orang kena bekerjalah" Perlahan sahaja nada suara Liza berbanding dari awalnya. Ada satu keinginan yang meluap bila memikirkan niat mencapai cita-cita. Namun dia sedar ianya sekadar angan-angan di pingiran hatinya sahaja. Eeeeeemmm...

    "Bab yang itu, kau kena bawa berbincang dengan abah. Tengok nanti apa yang dia cakap. Kalau abah tak mampu, mak rasa lebih baik kau bekerja sambil belajar. Kau capailah cita-cita kau, mana tahu boleh jadi pereka fesyen yang terkenal.." Gurau cik Kiah dengan nada yang sebenarnya cuba mengembirakan hatinya sendiri.

    "Tengoklah nanti.." Jawap Liza malas lalu mencapai kain batiknya menuju ke bilik mandi.

    Di bersihkan tubuh badannya agar bersih sebersihnya. Dari dalam bilik mandi sudah terbau sambal goreng ikan bilis,sayur kangkung goreng belacan berbaur dengan haruman nasi yang baru dimasak. Terbayangkan hidangan ringkas tetapi menyelerakan membangkit rasa lapar yang semakin membuak-buak. Kecur air liur di buatnya. Cepat-cepat Liza mengeringkan badannya.

     "Fuyooooh! hidangan yang enak ni. Nak terkeluar air liur orang" Usik Liza sambil mengayakan lagak seperti chef menyedut aroma masakan dalam-dalam dengan mata tertutup. Cik Kiah menyengih melihatkan perangai anak daranya yang tiga suku masak.

    "Tu jangan nak curi makan ya. Pergilah pakai baju lepas tu dah boleh makan. Kau bukan nak pergi sekarangkan?" Soal cik Kiah dengan tangannya cermat menyudip sayur kangkung goreng belacan ke dalam mangkuk kaca berwarna coklat. Manakala sambal goreng ikan bilis sudah pun terhidang di atas meja bersama ulam timun jepun. Waaaaaaah! Sedaaaaaapnyaaaaaaaaaaaaa...

    "Yelah, orang nak pakai bajulah ni. Masuk kerja lepas zohor, sebelum tu nak kasi perut kenyang sampai buncit.Lepas solat baru kasi pecah lemak dengan berjalan kaki ke tempat kerja" Terang Liza separuh menjerit dari dalam bilik. Terkial-kial dia nak memakai baju kurung yang kadangkala rimas rasanya. Bukannya tak biasa pakai, tapi Liza merasakan pakaian sebegitu hanya melambatkan pergerakannya yang sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan pantas. Liza lebih senang dengan jeans dan t-shirt. Eeeemmm...
   
    Seusai mengenyangkan temboloknya, Liza menyandar lalu dicapainya remote control. Dari satu channel ke satu channel di tekannya, namun tidak ada satu pun siaran yang menarik hati. Alangkah bestnya kalau ada berpuluh siaran yang boleh aku pilih...(Dimasa ini,masih belum wujud channel Astro or Hypp tv). Dicapainya suratkhabar Berita Harian, di selak dari satu mukasurat ke mukasurat yang lain.. Eeemm.. tak ada berita yang menyelerakan asyik-asyik pasal politik,pembunuhan dan gosip artis yang memualkan.

    "MAK! orang nak pergi dah ni" Laung Liza dari luar pintu pagar. Sandal di sarungkan,jangan haraplah Liza nak pakai kasut yang bertumit. Pernah dia mencuba kasut Siti yang tumitnya dalam 2cm tinggi,itupun dia rasa amat menyakitkan tumit kakinya. Apatah lagi untuk dipakai berjalan berjam-jam?! Alamatnya balik rumah merangkak!

    "hah,kejap aku kat dapur ni"

    Liza menyalami tangan cik Kiah. Dan seperti biasa cik Kiah akan memberi pesanan penaja.

    "Jalan tu elok-elok, buat kerja elok-elok, berjalan tu baca apa yang patut,tengok kereta.. Blah.. blah..blah.." Itu pesanan tajaan cik Kiah yang sama setiap hari. Kalau tak dengar, boring pula. Bila dengar rasa macam aku ni budak kecil lagi.. Haish.. Cik Kiah.. cik Kiah.......
   
    Bismillahirahmanirrahim.. Pintu hadapan office di buka perlahan dengan langkah kanan memulakan langkah masuk. Kad pekerja dimasukkan dan di geserkan di bahagian kanan,ditekannya nombor pekerja. Sebelum itu Liza mengintai suasana di dalam pejabat melalui cermin kaca paras matanya. Eeeemm.. Sibuk seperti biasa.

    Kejap lagi Mesti seekor-seekor tanya pasal result aku. Malas betul nak kena interview!

   "Liza! Macamana dengan result SPM? Lulus?" Soal kak Wati separuh menjerit. Seluruh teman sepejabat menoleh ke arahnya dengan pandangan mengharapkan jawapan. Liza hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda bahawa dia lulus SPM.

    Beberapa teman bertepuk tangan gembira. Ada yang menjerit mengucapkan tahniah. Ada pula yang menjerit kesukaan. Gembira rasanya di sambut begitu, rasa seperti wirawati pulang dari menabur bakti untuk negara pula! heheheh..

    "Tak jadilah nak hantar rombongan meminang kau Liza!" Jerit Saiful dari meja belakang. Kata-katanya di sambut dengan hilai tawa dari Razak, abang ipin dan Fuad.

    Sewel!

    "Tak ada maknanya aku nak kahwin. Aku muda lagi kot!" Tingkah Liza menjuih mencebik bibir.

    "So,Liza seperti yang dijanjikan jangan lupa belanja abang Mat" Celah suara abang Mat yang ntah dari mana muncul,tiba-tiba sudah ada di belakang Liza. Terperanjat Liza di buatnya. Segera dia mengurut dadanya dan beristighfar.

    "Abang Mat ni! lainkali bagilah salam. Ni buat saya terkejut ajelah" Ngomel Liza mencuka.

    "Tahniah Liza!" Ucap abang Ipin huluran tangannya di sambut Liza kemas.

    "Abang Mat, PEMBETULAN. Saya tak pernah berjanji apa-apa pasal nak belanja makan kalau lulus. Abang Mat yang pandai-pandai sendiri. So abang Mat bila nak belanja saya ni?" Usik Liza memulangkan paku buah keras pada abang Mat dengan senyum lebar. Dari kejauhan, abang Mat menjelirkan lidah dengan kedua-dua tangannya dia angkat ke atas tanda menyerah kalah.

    Di henyakkan punggung keatas kerusi ,beg selempangnya di campakkan ke dalam laci yang jelas kelihatan buruk. Dah sepatutnya di buangkan ke dalam lori sampah DBKL.

    Routine tetap berjalan sperti biasa walaupun dia sepatutnya berasa gembira. Tapi entahlah kenapa tidak ada rasa gembira seperti orang lain.

    Aku sepatutnya menjerit HOORAY! Tak terkeluar dari anak tekak nak menjerit girang. Haiiishhhhh...

    Liza yang sedang melayan perasaan sambil membuat kerja, di sapa oleh Saiful yang sentiasa menyibuk walaupun kerja masih menimbun di atas mejanya.

    "Aku baru je ingat nak hantar rombongan meminang kalau kau gagal,nampaknya terpaksalah aku postpone!" Ujarnya dengan nada yang sengaja dibuat-buat sedih.

    "Wak lu! Kau ingat kalau kau hantar aku nak terima? Aku belum kemaruk nak kahwin laagi ok. Banyak benda dan perkara dalam hidup yang masih belum aku terokai"

    "Alah, kau ni.. Aku nak bergurau senda pun tak boleh. Dahlah masuk kerja pagi-pagi kau tak ada. Ni kira aku nak balas dendamlah pasal tak dapat nak mengusik kau pagi tadi" Bebel Saiful dengan jari telunjuk menguis-guis getah yang berselerak di atas permukaan meja.

    "Nak gurau pun tengok topiklah bro.  Kau ni tak ada kerja ke? Dah habis? Kalau tak habis lagi pergi blah. Menyemak je kat meja aku" Tegur Liza yang terkial-kial nak menghabiskan kepingan kertas yang terasa seperti tak berganjak dari dikoyak.

    "Kerja aku ada lagi, saja nak singgah kat meja kau untuk bergurau senda"

    "Apakata kau bergurau senda dengan En.Rosli, mesti dia suka" Balas Liza mengenakan Saiful yang mula mencukakan wajahnya yang kacak. Heheheh.. Padan muka kau!

    "EHEM.. ni dah habis kerja ke?!" Sergah En.Rosli yang baru sahaja keluar dari bilik pemprosesan filem. Liza dan Saiful masing-masing terkejut beruk di buatnya. Dengan perlahan Saiful berjalan menuju ke mujanya semula. Liza menoleh ke arah Saiful lalu menunjukkan ibu jari tangan kanannya sambil menjelirkan lidah.

    PADAN MUKA!