Monday, June 11, 2012

Seindah Semalam M/S: 19 1147am 07062012

MUKASURAT SEMBILANBELAS

Ella-Rama-rama

    Uuuurrrggghhhh.. Tinggal lagi satu hari in few hours before going for my interview tomorrow. Suspen!! Hehehe..

    Terbayang bagaimana sesi temuduga akan berlangsung esok. Mesti macam-macam soalan yang bakal di tanya. Sekolah mana? Dulu kerja apa? Kenapa tak nak melanjutkan pelajaran? Adakah akan bekerja lama dalam bidang jualan? Dan macam-macam lagilah. Tapi yang paling membuatkan aku gelisah adalah untuk mencari kawan baru yang sama kepala dan yang tidak gelabah poyo. Itu yang paling sukar kalau nak dibandingkan dengan sesi temuduga.

    Rasanya peluang untuk mendapat pekerjaan di shopping kompleks Tangs di Starhill Bukit Bintang tidak lah sukar. Ini disebabkan ianya shopping kompleks baru yang memerlukan seberapa ramai pekerja yang boleh. So,chances untuk dapat pekerjaan adalah 110%!

    "WEI! Ni kenapa termenung?! Teringat kat boyfriend ke?" Terjah kak Wati yang entah dari mana pula muncul secara tiba-tiba di belakang Liza.

    "Kus semangat.. Nasib baik saya tak sempat nak melatah. Kalau tak,tak pasal akak dah kena silat dengan saya!" Bentak Liza yang sedang belajar dari melatah dengan perkataan yang bukan-bukan. Nampak sangat kurang manis sebagai anak dara yang sopan. Eeer.. Sopan ke? Hahahaha...

    "Ala Liza janganlah ambil hati ya? Akak tengok sejak dua tiga hari ni Liza macam senyap je. Ni akak nak tanya,macamana dengan ITM? Ada berita?" Tebak kak Wati dengan senyuman manis di bibir merahnya yang mungil. Sesuai benar color merah dengan kulit putih gebu kak Wati. kadang-kadang ada sedikit rasa cemburu dalam hati kecil Liza dengan kecomelan kak Wati yang serba serbi sederhana. Seolah-olah kak Wati tidak tahu yang dia adalah seorang wanita yang manis dan cantik. Bertuah!

    "Saya senyap? Biar benar kak Wati oi.. Kan mulut saya tetap aktif macam biasa. Ni akak dapat khabar angin dari siapa ni. Dalam pejabat ni ada paparazzi ke? Heheheh" Gelak Liza besar.

    "Eh,budak ni. Akak cakap betul-betul dia ingat main-main pula! Kau ingat,kau tu artis nak ada paparazzi nak korek cerita kau tu?!" Bentak kak Wati sambil mencekak pinggangnya yang memang ramping bagaikan kerengga. Cuma sayangnya kak Wati termasuk dalam kategori katek. Kalau tinggi.. kompem boleh jadi top model Malaysia! Sumpah!

    "Saya macam biasa jelah kak. Mana ada apa-apa perubahan pun"

    "Nampak sangat muka menipu. Akak dengar kau nak cari kerja sabtu ni. Betul ke?" Tebak kak Wati lagi. Kali ini air mukanya serius tanpa segaris senyuman dibibir.

    "Eeeemm.. kalau akak dah dengar,maknanya betullah tu. Siapa yang bagitahu akak?" Soal Liza merenung wajah kak Wati menantikan jawapan.

    "Siapa yang bagitahu akak tu tak penting,yang pentingnya.. kau dah fikir masak-masak? Ni kira berpatah arang langsung dengan Kodak?" Soal kak wati yang mengambil berat perihal Liza yang sudah di anggap seperti adiknya sendiri. Sementelah kak Wati sendiri anak bungsu dari 5 orang adik-beradik. Sayang kak Wati!! Ngeeee...

    "Buat kali yang ke lapan juta.. Saya dah fikir masak-masak sampai naik hangus yang saya tetap dengan keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perjalanan dan cerita baru dalam hidup saya yang singkat ni. Pasal ITM? Saya tak dapat sebarang jawapan. So,saya anggap yang rezeki tidak memihak pada saya dan saya reda. Saya harap jawapan saya ni memuaskan hati akak. Dan saya harap sesiapa yang nak tahu pasal keputusan saya ni,akak tolonglah explainkan ya. Tak larat dah saya nak cakap berulangkali" Balas Liza dengn jawapan yang panjang lebar. Memang benar Liza dah muak menjawap soalan yang sering ditanya oleh teman-temannya yang lain.

    "Oklah. Akak harap kau benar-benar yakin dengan keputusan yang kau buat. Sebab keputusan yang kau buat ni akan mengubah keseluruhan perjalanan yang akan kau tempuhi nanti. Ianya akan menjadi satu cerita yang hebat atau yang menyedihkan bergantung dengan apa yang bakal ditakdirkan untuk kau nanti. Nasihat akak,pilih jalan hidup yang terbaik agar tidak berakhir dengan airmata" Nasihat kak Wati ikhlas. Jelas terpancar kejujuran kata-kata kak Wati melalui anak matanya yang berkaca walau tidak mengalirkan airmata. Eeeemmm... Sedihnya!!!!

    "Jutaan terima kasih saya ucapkan pada kak Wati atas nasihat yang sungguh bermakna tu. Saya akan sentiasa ingat nasihat akak. Ish.. Skema pula ayat saya macam ucapan yang berhormat!" Gelak Liza yang turut disambut dengan tawa kak Wati.

    "Piiiiigidah tangheci!!!"

    Alunan lagu di dalam pejabat semakin lama semakin mendayu-dayu pula.. Ish,sedih pula hati aku mendengarnya. Wahai juruhebah tolonglah pasang lagu rancak sikit!!! Grrrrr...

     "Liza,aku sedihlah" Tiba-tiba suara Saiful menerjah kecuping telinga Liza yang dook melayan perasaan sambil membuat kerja-kerja yang sepatutnya. Liza menoleh kebelakang menjeling kearah Saiful.

    "Yang kau tiba-tiba berdiri kat belakang aku lepas tu mengeluh sedih ni kenapa? Mati bini ke?"

    "Banyaklah kau punya bini.. Aku sedih sebab tak lama lagi aku akan kehilangan kau. Pilu woooor.." Nada suara Saiful ikhlas ditambah pula dengan air muka sedih yang tidak dibuat-buat.

    "Eh.. Kau jangan nak nangis kat sini. Kejap lagi payah pula aku nak balik. BANJIR!!!" Ujar Liza melawak dengan Saiful yang merening merah wajahnya di sakat begitu.

    "Banyaklah kau aku nak nangis.. Tapi adalah sikit air hingus nak keluar ni"

    "Aku tengok kau ni ada bakat jadi pelakon. Sebab lakonan kau meyakinkan aku! Hehehe.." Usik Liza lagi. Hakikatnya Liza pun turut merasakan perkara yang sama terhadap semua rakan-rakan di tempat kerja. Walaupun baru beberapa bulan bekerja,namun kemesraan yang terjalin mebuatkan hati ini terasa berat untuk melepaskan kenangan yang sudah terkumpul kemas.

    "Kau ni cubalah sesekali serius sikit. Bila aku tak buat lawak,kau pula tergegeh-gegeh nak berlawak!" Melenting Saiful dengan keletah Liza yang tidak serius.

    Hakikatnya Liza bukan seorang pelawak apatah lagi ada keinginan untuk membuatkan orang ketawa. Acapkali ramai yang tersalah sangka tatkala Liza memperkatakan pendapatnya dengan riak wajah serius dengan atur ayat selamba,orang akan ingat ianya lawak kerana kata-katanya akan disambut dengan hilai tawa. Dari situlah timbulnya istilah Liza kaki melawak. Aku bukannya pelawaklah wei!!!!

    "Aku tak pernah pun nak jadi pelawak macam kau. Setiap kali aku bercakap,aku serius. Kau je yang ingat aku main-main. Contoh,kalau aku cakap aku menyampah dengan kau.. tu serius dan langsung tak ada unsur lawak kat situ!" Balas Liza dengan riak marah. Terserlah melalui peluh yang merenik didahinya. Saiful menundukkan wajahnya sambil buat-buat membetulkan baju.

    Dikancingnya hujung lengan bajunya yang terbuka. Di seluk pula poket belakang kiri lalu sikat berkeladak di bawa keluar di sisir rambutnya yang mengurai. Poket kiri bajunya pula di seluk lalu mengambil getah hitam tebal buat mengikat rambutnya yang mengerbang bagai puntianak itu.

    "Alah,Liza kau ni betul-betul buat aku tak faham. Aku rasa inilah kali pertama aku tak dapat nak memahami perempuan bernama Liza. Dalam serius kau ada penyebab orang ketawa. Dalam tawa kau ada ketegasan! Itu yang rasa sukar nak menebak apa sebenarnya yang ada dalam hati kau" Ngomel Saiful yang mendadak menjadi seorang lelaki gentle yang mengungkapkan kata-kata berfalsafah.

    "Sebenarnya apa yang kau nak ni? Dari tadi merepek je. Straight to the point please"

    "Kau tak faham ke apa aku cakap tadi? Fius ko tercabut ke? Susah benar nak faham apa yang aku cakap?!" Marah Saiful dengan sikap bodoh-bodoh alang Liza.

    "Macamana aku nak faham.. Kalau kau selalu sangat buat lawak bodoh. Even kalau kau serius pun,aku tetap akan ingat kau merepek tanpa tujuan atau makna dol!"

    "Macam aku cakap awal tadi,aku sedih sebab akan kehilangan kawan yang boleh aku buat bergurau. Lepas ni dah tak dengarlah orang melatah dan maki hamun aku. Bila agaknya kau nak berambus?"

    "Kalau aku dapat kerja yang aku cari,apalagi aku berambuslah. Lagipun aku tak perlu nak bagi notis sebulan macam kau orang. Since aku partimer,notis aku 24 jam je. Lepas tu? Aku MERDEKA!" Jerit Liza sambil mendepangkan kedua-dua tangannya. Terperanjat si Saiful dengan reaksi Liza. Heheheh..

    Terus Liza termalu sendiri apabila tingkahnya mendapat perhatian keseluruhan rakan pejabatnya. hanya sengih kerang busuk yang mampu Liza lemparkan buat mereka yang sudah pun tahu apa pokok pangkal cerita Liza dan Saiful.Perlahan-lahan Liza menurukan kedua tangan yang di depang lalu duduk dengan perlahan ke tempat duduknya. Hehehe..

    "Hah.. Kan dah termalu sendiri.Melihatkan kau happy,aku pun happy sama demi melihat semangat kau. Aku dengan hati yang ikhlas namun berat,nak ucapkan good luck for tomorrow interview. Hope you get the job"

Tuesday, June 5, 2012

Seindah Semalam M/S: 18 0605pm 04062012

MUKASURAT LAPANBELAS

Natasha Beddingfield- Unwritten

    Selalunya sebelum masuk ke bilik mandi, sudah terbayang perjalanan ke pejabat yang membosankan apatah lagi membayangkan kerja yang sama di lakukan berulangkali,lagi menambahkan kebosanan dan menyampah untuk bekerja. Namun hari ini perasaan Liza berlainan dari hari-hari biasa. Setelah bersiap,Liza tidak bersarapan di rumah seperti biasa. Dia keluar lebih awal dengan niat untuk bersarapan roti canai di gerai yang biasa dikunjungi oleh kawan-kawannya.

    Di labuhkan punggungnya di atas kerusi plastik merah yang lusuh. Nampak sangat tuan gerai tak pernah cuci entah berapa tahun agaknya? Eemm..

    Pesanan sarapan pagi sudah terletak di atas mejanya. Di hirup air nescafe ais dengan satu perasaan nyaman.Namun rasa tenang itu tidak kekal lama,dari kejauhan kelibat Saiful dan kak Wati kelihatan melambai kearahnya. Aduhai... Pagi-pagi dah buat aku rasa tension! Baru je nak rasa tenang dan happy..

    "Assalamualaikum Liza" Sapa kak Wati dengan lemparan senyuman manis. Liza membalas salam dan senyuman kak Wati. Manakala Saiful lebih suka menyengih bagai lala busuk!

    "Yang kau ni menyengih kenapa? Menang loteri?"

    "Apa pula.. Senyumkan satu sedekah? Ibadah tuuuu.." Jawap Saiful dengan bibir dijuihkan serta-merta mematikan senyuman dan kata-kata sinis Liza. Terkedu Liza dibuatnya, inilah kali pertama Liza tidak mampu untuk menjawap kata-kata Saiful. Ngeeeeeee...

    "Selalunya Liza breakfast kat rumah. Apa mimpi makan kat sini?" Soal kak Wati yang tahu Liza tak akan bersarapan diluar memandangkan Cik Kiah selalunya menyediakan sarapan pagi buat anak-anaknya.

    "Saya teringin nak makan roti canai.. Itu yang saya keluar pagi-pagi makan kat sini"

    "Eh,bukan pasal nak bersarapan dengan aku ke?" Usik Saiful yang sengaja mencari nahas di pagi hari. Kak Wati mengelengkan kepalanya dengan bibir dijuihkan ke arah Saiful.

    "Tolonglah jangan perasan!! Hilang selera aku bersarapan dengan kau! Aku lagi rela makan seorang dari makan dengan kau!" Balas Liza yang meninggikan suara menunjukkan kejengkelannya terhadap Saiful yang di anggap mematikan selera makannya. mengekeh Saiful melihat telatah Liza..

    "Sudah.. Jangan nak bertekak. Saiful,bagilah Si Liza makan dengan tenang. Kau dah order makanan ke belum? Cepat kita makan,cepat kita masuk kerja. Kalau tak bising lagi abang Mat sebab kau selalu masuk kerja lambat!" tegur kak Wati yang tahu Saiful setiap hari asyik masuk kerja lambat walau sudah berkali-kali menerima teguran dari abang Mat. Jangan cakap teguran,surat warning pun dah acapkali di campak namun semua itu tidak pernah meninggalkan kesan kepada Saiful!

    Tunggu masa nak kena tendang dari pejabat je budak Saiful ni!

    Suasana di meja makan mereka tenang dengan masing-masing menikmati sarapan pagi. Seusai bersarapan masing-masing bergegas berjalan dengan kelajuan maksima memandangkan masa hanya tinggal lagi 5min sebelum kedatangan menjadi merah!

    "Ni semua pasal kaulah Saiful! Makan tergegeh-gegeh.. Kalau kena marah nanti,siaplah kau!" Ngomel Liza sepanjang perjalanan menuju ke pejabat. Liza pantang kalau kena marah atas kesalahan yang bukan berpunca dari dia. Tadi kak Wati dan Liza dah nak bangun dan masuk kerja,tapi ditahan supaya tunggu sehingga dia habis makan. Hanya disebabkan perkara bodoh itu,mereka nyaris masuk lambat! Duuuuh...

    "Ala... Aku minta maaf. Kalau kau orang kena marah.. Nanti biar aku yang settlekan perkara tu ok? Tapi aku rasa tak akan kena sound,pasal abang Mat dengan En.Rosli outstation hari ini lusa baru balik" Jawap Saiful dengan muka selamba.

    Patutlah buat muka selamba,rupanya abang Mat dan En.Rosli tak ada di pejabat dua hari! Cis..

    "Liza,nasihat akak.. Jangan dilayan Saiful tu. Sampai esok nanti kerja tak siap" Kata kak Wati yang sudah mula menyibukkan diri dengan kerja yang melambak menantinya di bilik scanning. Liza menganggukkan kepalanya tanda setuju.

    Tik..Tok..Tik..Tok!

    Masa yang berlalu tidak akan terasa di dalam pejabat Kodak ini. Dengan kerja yang menimbun kesempatan untuk merasa masa berlalu hanya apabila tiba waktu makan tengahari. Itu pun ketika perut berbunyi minta diisi!

     Siti menjengahkan kepalanya yang bertudung kuning cair berbunga kecil dari cubicle bersebelahan dengan Liza.

    "ASSALAMUALAIKUM!" Jerkah Siti sengaja. Apalagi,terperanjat beruklah Liza sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas. Habis terpelanting stapler lalu terkena tangann ane yang kebetulan lalu di sebelah kanan tempat duduk Liza.

    "OH MAK KAU NAK MAMPUS!!!" Latah Liza dengan lontaran vokal yang tinggi.

    "Kenapa u buat dia Siti? Kan dia sudah latah. Itu stapler pun sudah kena campak atas tangan ane.. Ada sakit u tau tak?" Ujar ane yang kadangkala kasihan apabila melihat Liza seringkali dijadikan bahan lawak pada mereka yang kurang bertimbangrasa. Siti jarang mengusik Liza,unless bila dia sudah terlampau sangap atau penat. So,Liza memaafkan kekhilafan teman baiknya itu.

    "Sorry ya ane,saya tak nampak Liza ada pegang stapler. Saya tengah boring ni,so saja je nak usik Liza" Jawap Siti memohon maaf dari Muthusamy yang mengangguk perlahan.

    "Wei! Dengan ane je kau minta maaf? Dengan aku? Wah.. Baiknya perangai kaukan??!"

    "Alaa.. Dengan kau tunggu rayalah baru aku minta maaf. Heheheeh.. Ya,aku minta maaf kat kau pasal sengaja buat kau terperanjat. Aku boring campur penat nak siapkan kerja. Dateline petang ni sebelum waktu balik" Keluh Siti melemparkan mimik muka 30sen. Alahai.. Kasihannya...

     "So,apa tunggu lagi? Siapkanlah kerja kau yang berlambak tu daripada dok kacau orang" Balas Liza tanpa memandang kearah Siti yang masih melangutkan kepalanya di balik pembahagi cubicle. ish.. Tak sakit ke kepala budak ni? Dah tentu dia ni memanjat atas kerusi. Kalaulah tersalah pijak,tak pasal kepala tersangkut kat papan tu! Eeeeeeee...

    "Bukan tak nak siapkan kerja,tapi mood dah terbang entah ke mana. Lagipun.. jejari aku dah naik kebas dok buat data entry dari pagi tadi. Nak kasi jari aku rest sekejap,lepas tu baru aku sambung kerja"

    "Hah,suka hati kaulah"

    "Kau bad mood ke Liza?" Soal Siti yang sudah menebengkan diri di hadapan mejanya. Mentang-mentanglah dua boss besar tak ada,masing-masing bersenang-lenang. Ada yang hilang tak dapat dikesan. Sebahagiannya pula sibuk kehulu kehilir dari satu meja ke satu meja. Yang perempuan pula? Ada yang buat party 'Tupperware' menjual barang. Haish... Lepas tu bila boss bising pasal kerja tak dapat nak submit ikut dateline,pandai pula bising cakap boss tak memahamilah.. Boss poyohlah.. etc.

    "Mana ada aku bad mood. Aku tengah bersemangat nak siapkan kerja aku yang tinggal sikit ni. Kalau nak ikutkan mood aku yang sebenar-benarnya,aku sangat excited!" Jawap Liza tersenyum simpul. Senyuman penuh makna.

    Siti memandang ke wajah Liza lalu mengambil tempat di kerusi bersebelahan Liza.

    "Cuba kau ceritakan sikit apa yang membuatkan kau happy? Ni mesti ada sesuatu yang kau tengah rancang" Soal Siti dengan serkap jarang yang sangat tepat. Liza menganggukkan kepala mengiyakan tekaan Siti.

    "Aku baca keratan suratkhabar The Star semalam dan ni dia" Liza mengunjukkan kepingan The Star yang telah dikoyakkan pagi tadi dari beg selempangnya. Siti membaca setiap patah perkataan yang tertulis lalu memandang ke arah Liza.

    "Kau biar benar? Mak bapa kau dah tahu ke?"

    "Dah tentu dia orang tak tahu. Kalau tahu kau ingat dia orang nak kasi?" Jawap Liza selamba sambil mengoyakkan kepingan kertas lalu disusun kemas mengikut susunan nombor menurun.

    "Kau tahukan kalau kau pilih kerja macam ni,kau kena buka tudung kau tu?"

    "Itu aku tahu. Aku dah fikir masak-masak,puas aku tengok diri aku dan perangai aku yang tak semengah ni. Jadinya,aku buat keputusan yang aku nak buka tudung. Bukan aku tak hormatkan islam dan hukumnya,tapi aku tak rasa sikap aku mencerminkan ciri islam yang sebenarnya. Dari bagi orang lain dan aku sendiri dapat dosa atas umpatan orang pada aku lebih baik aku buka tudung. InsyaAllah tiba masa yang tepat,aku akan pakai semula dengan hati yang ikhlas dan reda. Semoga Allah tak hitamkan hati aku dari hanyut dengan duniawi yang hanya sementara ni" Ujar Liza atas soalan dan kerisauan temannya yang perihatin.

    Memang bukan senang untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada aku dan keluarga. Namun aku rasa inilah yang terbaik untuk aku. Aku pakai tudung pun bukan atas keikhlasan diri sendiri,namun sebagai ikutan yang ada di sekeliling aaku yakni masyarakat. Namun apa guna memakai tapi hanya sekadar pakai tanpa memahami dan mengikut hukum syariat itu sendiri? Di tambah pula dengan hanya memakai tanpa mengikut landasan sunnah yang telah ditetapkan oleh islam itu sendiri.

    "Eeeemm.. Kalau kau dah kata macam tu aku tak boleh nak kata apa dah. Kau tahu apa yang patut dan tak patut kau buat. Cuma aku tak boleh nak bayangkan apa Cik Kiah dan Pak Din akan kata"

    "Aku tahu dia orang pasti mengamuk. Tapi tak ada apa yang dia orang boleh buat kalau aku dah tetapkan keputusan" Balas Liza sambil menyusun ikatan kertas yang sudah dikoyak dan disusun mengikut nama syarikat masing-masing.

    "Tulah perangai kau. Kalau hitam kata kau,maka hitamlah jadinya. Entah perangai siapalah yang kau ikut" Siti menyengih. Sesekali dibetulkan anak rambut yang terkeluar dari anak tudungnya.

    "Dah tentulah ikut perangai Cik Kiah dan Pak Din!" Mengekek Liza tergelak. Siti turut sama gelak dengan kenyataan Liza.

    "So,bila kau nak pergi interview?"

    "Open interview hari sabtu ni,so sabtu ni aku pergi kat Starhill Bukit Bintang. Tapi setahu aku masih lagi dalam pembinaan,tak tahu sama ada kat dalam building tu atau kat tempat lain. Aku just ikut je alamat yang diberikan. Agak-agak aku tak tahu,aku tanyalah guard kat sana"

    "Eeemm.. Aku yakin kau mesti dapat kerja tu. Hilanglah kawan untuk aku kacau dari Kodak ni" Perlahan sahaja Siti menuturkan kata-katanya. Ada rasa kesayuan hi hati Liza,namun ditolak jauh-jauh perasaan itu.

    "Eleh,ramai lagilah yang kau boleh kacau. Tu sekor-sekor ada boleh kau kacau. Patah tumbuh,hilang berganti Siti oi!"

Tuesday, May 29, 2012

Seindah Semalam M/S: 17 1111am 29052012

Frank Sinatra- Fly Me To The Moon

    Ya Allah.. Bilalah kerja aku ni nak habis? Dah naik muak buat kerja yang sama SETIAP HARI!!!! Grrrrr.. Kalau sampai ke tua kena buat kerja ni,mahu rasanya aku nyanyuk sebelum waktu! Bebel Liza di dalam hatinya yang semakin hari semakin muak dengan kerjanya mengoyak kertas. Sesekali dia akan di beri peluang scan melalui machine. Itu pun merupakan satu kerja yang membosankan. Liza inginkan kelainan dalam membina kariernya. Sesuatu yang disukai, apakah ia? Belum dapat di pastikan.

    PAAAP!!! Mejanya di tepuk kuat.

    "Oh,mak kau!!" Latah Liza bingkas bangun bagaikan nak bersilat,lalu menumbuk bahu orang yang membuatnya terperanjat.

    "Kau ni,kalau melatah tak tumbuk orang tak sahkan??!" Marah Saiful yang mengusap bahu kirinya yang di tumbuk kuat oleh Liza. Nampak sangat wajahnya yang menahan sakit akibat pukulan spontan tahap dewa dari Liza.

    "Habis tu? Yang kau tiba-tiba buat aku terperanjat apahal? Kau dah tak ada kerja ke? Or kau nak aku mengadu kat En.Rosli?" Marah Liza dengan soalan yang bertalu-talu. Nampak sangat dia marah dengan perbuatan Saiful yang kebudak-budakkan.

    "Dah tu.. Dari jauh aku tengok kau berangan macam nak berlaki,tu yang aku sakat kau. Sekurang-kurangnya kau dah selamat pulang dari dunia fantasi!" Balah Saiful yang tidak mahu mengalah bertekak dengan Liza. Walau hati kecilnya tahu,sampai bila-bila dia tidak akan mendapat kemenangan jika bertekak dengan Liza.

    "Banyaklah kau punya dunia fantasi! Kau ingat aku ni macam kau yang suka berangan tak sudah? adalah benda yang aku fikir! Yang kau nak sibuk jaga tepi kain aku tu kenapa?! Dah tak ada kerja lain?" Balas Liza yang mula menampakkan barannya yang selama ini di simpan. Terperanjat Saiful dengan tindak balas Liza. Mana tak terkejutnya,gadis bertudung yang selama ini menyembunyikan sifat 'tomboy'nya sudah mula menunjukkan taringnya. Nah,Rasakan!

    "Mak ai.. Garangnya! Takut aku. Siapa jadi boyfriend kau mesti parah!" Usik Saiful yang sebenarnya memang terkejut dengan kata-kata spontan Liza.

    "Padan muka kau Saiful,siapa suruh 'tak ada kerja cari kerja'?!" Tambah Kak Wati yang sengaja mencari peluang mengenakan Saiful yang suka berlagak jadi mandor kehulu kehilir mengganggu kerja rakan-rakan yang lain. Walau dimarah atau ditegur berkali-kali oleh En.Rosli dan abang Mat,Saiful hanya memekakkan telinga.

    Ini baru dikatakan 'buku bertemu ruas'.

    "Eh..Eh.. Akak ni,suka sangat pasang telinga dan menyampuk. Suka sayalah nak sakat siapa,kalau saya tak ada boring pula office ni" Jawap Saiful dengan mulut muncung macam beruk Mat Yeh!

    "Hah,kau orang berdua bertekaklah ya. Aku nak 'melabur'" Ujar Liza terus berlalu dari mejanya. Terkedek-kedek Saiful mengejar dari belakang.

    "Wey,aku nak melabur pun kau nak ikut? Dah nak mampus ke apa?!" Jerkah Liza yang mula angin dengan keletah bodoh Saiful yang tidak kena tempat.

    "Aku tahu aku bodoh. Tapi dalam bodoh aku ada cerdiknya juga. Aku walau macamana pun tetap tak puashati dengan jawapan kau. Ni mesti ada sebab kenapa kau moody semacam. Sharelah masalah kau dengan aku. Mana tahu aku boleh bagi pendapat yang bernas" Tutur Saiful yang mula mengendurkan intonasi suaranya. Liza mula menampakkan rasa kasihan kepada Saiful atas kesungguhannya ingin membantu.

    "Ish,kot ya pun bagilah aku ke tandas. nanti mood aku ok,aku bagitahu kau"

    "YEEEEEES!" Jerit Saiful gembira. Bodoh,dah macam kanak-kanak riang Ribena!!!

    Paip sinki tandas di pulas perlahan,Liza merenung wajahnya di cermin.Alahai.. Bilalah jerawat manis ni nak hilang?? Kasihanlah kat aku ni wahai jerawat manisku.

    Pintu masuk tandas di pulas kuat..

    "HAH!" Jerkah Saiful tanpa belas kasihan. Tergelak dia dengan perlakuan bodohnya itu.

    "B**i!!" Satu tumbukan padu hinggap di perut Saiful yang kemudiannya mengerut menahan kesakitan.

    "Aduuuuh.. Kau ni cuba kalau melatah tu peluk ke, ini tidak.. Asyik nak menumbuk orang jelah kerja kau!"

    "Habis tu kau dah tahu aku ni jenis melatah menumbuk orang,apa pasal nak cari pasal??! Bodohlah kau ni!" Marah Liza meninggi suara. Langkah di atur untuk masuk semula kedalam office. Saiful berlari-lari anak mendapatkan Liza.

    "Ok,ok.. Aku minta maaf ya. Saja je nak sergah kau tadi. Lupa pula yang kau ni jenis adik-beradik Ultraman. Heheheh.." Gelak Saiful cuba memujuk Liza yang sudah menunjukkan muka empat belas setengah.

    "Dahlah, ambil dua posen ni pergi main dengan En.Rosli kat dalam pejabat dia tu!" Bengkeng Liza dengan menyuakan 20sen kepada Saiful yang masih berdiri tegak de sebelah mejanya.

    "Tak apa,kau simpan 20sen tu. Nanti aku nak aku minta kat kau ek? Ni aku nak tahu apa cerita dengan mood kau hari ni? Kau masih berhutang cerita dengan aku" Panjang lebar penerangan Saiful yang menjadi pak sibuk. Rimas!

    "Di pendekkan cerita.. Aku tak rasa aku dapat melanjutkan pelajaran di ITM dan aku dah muak nak kerja sini dan aku ingat nak cari kerja lain yang sesuai dengan jiwa aku. Puashati?! Sekarang kau boleh blah dari sini!" Senafas Liza mengulas permintaan Saiful yang suka menjaga tepi kain orang itu.

    "Kalau tak dapat nak melanjutkan pelajaran,kau nak cari kerja lain? Kat sini tak best sangat ke?"

    "Bukan setakat tak best,malahan tak ada masa depan langsung! Aku cuma akan berasa sedih bila meninggalkan kawan-kawan yang ada di sini. Itu sahaja!" Meluat pula Liza nak melayan keletah Saiful yang semakin lama membuatkan Liza semakin meluat.

    "Eemm.. Boringlah aku kalau kau tak ada nanti" Sedih pula nada si Saiful

    "Bukannya aku nak blah sekarang pun. Mungkin dalam bulan Jun atau Julai aku cari kerja. Sementara tu aku duduk rumah tolong mak aku habiskan makanan kat rumah" Sengih Liza memberikan jawapan kepada Saiful yang dari tadi lagi dok menguis-guis helaian kertas di atas mejanya.

    "Eeemmm.."

    "Wey,dari kau terkis-kuis kerta atas mejaa aku ni,apakata kau tolong aku habiskan kerja mengoyak kertas ni. Dapat gak kau pahala" Perli Liza dengan jelingan maut yang di lemparkan kepada Saiful yang mula sedar dari lamunan hatinya yang sedang melankolik.

    "Apakata kau tadi? Aku tak dengarlah. Aku nak balik kemeja aku,berlambak lagi kerja yang nak kena siapkan" Balas Saiful dengan mimik muka seperti orang cacat. Heheheh..

    "Hahahah! Sesuai dengan muka kau!" Gelak Liza kesukaan. Lega.. Bila Saiful sudah berambus dari mejanya. Kalau tak otak aku rasa lagi serabut. Tu belum lagi kalau kena perli atau kena sound dengan En.Saiful ataupun abang Mat.. haish...

    Sekarang ni aku kena menentukan sendiri hala tuju aku. Dalam minggu ni kalau ada jawapan dari ITM,aku kena fikirkan dulu apa jalan penyelesaian yang terbaik.Kalau dapat tawaran,adakah abah mampu nak menanggung pembelajaran aku? Kalau tak dapat pula apa yang aku perlu buat? So,daripada menunggu,lebih baik aku ambil tindakan dengan mencari kerja baru. So.. dapat atau tidak,aku sudah pun menuju selangkah ke alam yang baru dengan semangat baru!


   


Sunday, May 27, 2012

Seindah Semalam M/S: 16 0156pm 25052012

MUKASURAT ENAMBELAS

Doris Day- Que sera sera


    Ish.. Malasnya nak pergi kerja. Hari-hari dok menghadap benda dan muka yang sama! Ni tak boleh jadi macam ni. Aku kena buat sesuatu, apakata aku cari kerja lain? Aku dah muak dengan kerja office yang nyata sekali tak sesuai dengan jiwa aku. Tapi kerja apa yang aku nak cari? Hah,itu persoalan yang sendiri kena jawap. Monolog Liza dengan dirinya sendiri di dalam bilik mandi.

    Dengan pantas Liza menyegerakan kekemasan dirinya. Dengan langkah sedikit sopan berbanding hari selalu,Liza menghadap rezekinya di meja makan dengan adab sopan seperti wanita melayu terakhir. Di suap cekodok gula merah ke dalam mulut lalu mengunyah dengan perlahan, air nescafe di hirup berhemah. Apa sebenarnya yang sudah terjadi? jeng..jeng..jeng...

    "Hah, tu kenapa lagi nak termenung? Mati laki ke?!" Jerkah Cik Kiah menyebabkan Liza terperanjat beruk. Di biarkan bebelan Cik Kiah berlalu begitu sahaja. Malas nak di layan,lagi di layan lagi panjang cerita.

    "Oklah,orang nak pergi kerja dulu" Katanya sepatah lalu melangkah keluar dengan kaki kanan sambil memikirkan rancangan yang seterusnya mengenai cerita jalan hidupnya yang akan datang.

    Di pertengahan jalan menuju ke tempat kerja,Liza bertembung dengan Siti yang kebetulan tersebut terpaksa berjalan kaki kerana ayahnya ke pengkalan tentera seawal pagi kerana tugas khas.

    "Dari belakang tadi aku tengok kau jalan menunduk je. Kau ni ok ke tak? Lain macam pula aku tengok kau hari ini. Macam buang tebiat" Tanya Siti dengan nada risau. Siti tahuLiza selalunya ceria. Kalau ada masalah sekalipun,dia tetap dengan lagak selamba. Kali ni jelas sangat masalah yang di tanggung seakan berat.

    "Aku ok je.. Hari ini bapa kau kena pergi pengkalan tentera awal ya?" Soal Liza mengalihkan topik perbincangan.

    "Kau dah tahu lagi nak tanyakan? Kau jangan nak tukar topik pula. Ni mesti ada kena mengena dengan sesi temuduga kat ITM Shah Alam semalam" Tebak Siti yakin dengan soalan cepu emasnya.

    Malas pula aku nak jawap soalan kau ni Siti. Eeemmm....

    "Eeemm.. Memang tepat soalan kau tu! nah, ambil dua posen ni pi main jauh-jauh!" Usik Liza lalu tergelak

    "Wey,aku tanya serious ni. Kau jawap main-main pula!" Tempelak Siti yang beria-ia inginkan jawapan. Liza mengekik melihatkan giginya yang tersusun lurus.

    "Memang betul ada kena mengena pasal temuduga semalam. Lepas je sesi soal jawap dan melukis,aku dapat rasakan satu perasaan yang tak best" Jelas nak Liza membuka rahsia hatinya yang tersimpan hampir 24jam sejak semalam.

    "Rasa yang macamana?" Soal Siti ingin tahu

    "Alah, rasa macam bila kau menangis nakkan sesuatu,lepas tu mak kau janji yang dia akan belikan. Kau pun excited bagai nak rak. Tapi tunggu punya tunggu,sampai ke sudah kau tak dapat. Hah,perasaan macam tulah yang aku rasa semalam lepas sesi temuduga" Jelas Liza dengan nada yang lemah selemah jiwanya sekarang yang malas lagi mahu bekerja di Kodak.

    "Sebenarnya apa yang dah jadi masa sesi temuduga semalam?" Soal Siti beria-ia ingin tahu.

    "Tak adalah kes orang mati kena bunuh semalam,cuma benda yang aku tak suka  benar-benar dah menghantui aku" Keluh Liza lalu mengeluarkan kad pekerjanya lali di swipe ke kotak kedatangan pekerja di dinding sebelah kirinya. Siti terkial-kial mencari kadnya di dalam tas tangannya.

    "Kau ni,hari-hari mesti menggelupur nak cari kad.Cuba kau letak elok-elok dalam wallet or kat tempat berzip dalam handbag kau boleh tak?" Ngomel Liza yang hampir setiap hari melihatkan perlakuan yang berulang dari Siti. Naik jelak di buatnya!

    "Ok,kau jangan nak lari topik. Aku nak tahu apa yang jadi semalam" Bebel Siti yang tetap memaksa Liza supaya menceritakan perkara yang sebenar. Hatinya di garu-garu untuk mengorek cerita dari mulut Liza.

    "Laa.. Aku ingat bila dah masuk dalam pejabat cerita dah habis.. Rupanya tetap jugaaaaaa!"

    "Tak adalah,dah pagi-pagi muka kau dah macam orang mati laki! Sebagai teman baik,dah tentu aku nak tahu. Kot aku boleh bagi pandangan yang melegakan hati kau" Jelas Siti yang sudah pun mengambil tempat untuk memulakan tugasnya yang masih lagi belum habis sejak semalam. Sebelum memulakan tugas,sempat lagi dia melihat cermin kecil yang di ambil dari lacinya bagi memastikan goresan lipstick masih lagi kekal cantik di bibirnya.

    "Kalau tak guna phrase "mati laki" tak boleh ke? Pagi tadi Cik Kiah pun guna perkataan yang sama. Hish! Laki belum ada,macamana nak mati!" Bidas Liza yang suka mula panas hati. Dahlah didesak perkara yang tak mahu di ingat,lepas tu cakap pula ayat yang sama Cik Kiah pakai! Tension!!!

    "Oklah.. Aku minta maaf. Kau tu yang buat aku hilang sabar. Dok main tarik tali  pasal hal temuduga semalam,mana aku tak buat lawak bodoh.Janganlah marah ya" Pujuk Siti lembut. Menggendur sedikit kemarahan Liza.

    "Oklah aku bagitahu. Selagi aku tak bagitahu,selagi tu kau akan desak dan nanti kerja aku tak siap. Semalam sebelum temuduga,semua yang hadir disuruh melukis. Dan yang paling best,kena sketches botol Seven-up,sebiji kelapa muda dengan sebiji gelas. Masa tu juga aku dapat rasakan yang aku tak mungkin dapat diterima masuk ITM! so,puashati kau dengan penerangan aku?"

    "La.. Pasal tu ke kau buat muka sedih? kau pun pandai-pandai je cakap kau tak ada peluang. Orang yang temuduga tu cakap sendiri yang kau tak diterima masuk?" Jolok Siti untuk lebih tahu kedudukan cerita yang sebenar.

    "Memanglah dia orang tak cakap. Kalau cakap dah tentu aku maki baik punya!" Balas Liza atas statement bengong teman baiknya.

    "Hehehe.. Janganlah marah Cik Liza oi!" Gelak Siti suka. Walaupun mulutnya becok dengan soal jawap,namun tangannya pantas menekan keyboard data entry. Hebat kau Siti! Bisik Liza di dalam hatinya yang sesekali mengerling ke arah Siti.

    Hati Liza berbolak-balik samada ingin menceritakan perasaannya yang gundah gulana ataupun tidak. kalau tak dicerita,terasa membebankan. Kalau dicerita, takut ceritanya akan bertebaran di pejabat. Lalu membuka pintu simpati para sahabatnya. Liza paling benci rasa simpati. Huh!

    "Dari riak muka kau,walaupun kadang-kadang aku meluat nak tengok jerawat manis kau tu.. Aku dapat mengagak ada beban yang kau simpan dalam hati. Cuba kau yakin dengan aku dan ceritakan hal yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban kat bahu kau tu" Nasihat Siti dengan air muka yang ikhlas.

    Liza tahu Siti ikhlas.

    "Eeemm.. Bila aku kena buat sketches, masa tu aku tahu peluang aku tipis. Tapi aku gagahkan juga melukis sampai siap. Lepas tu, bila nama aku di panggil datang balik semangat aku. Sebab aku dah sediakan semua paperwork base dengan hasil lukisan dan clothes drawing aku masa pameran busana muslim kat sekolah. Memang time tu aku excited gila! So sesi interview berjalan lancar. Siap dua orang interviewer tu commented lukisan busana muslim aku hebat" Jelas Liza panjang lebar lalu menarik nafas dalam-dalam lalu di lepaskan perlahan.

    "So? Apa masalahnya sekarang?" Soal Siti dengan wajah hairan

    "Tapi.. Bila dia orang tengok sketches aku.. Ada nada berat di situ. Dia orang kelihatan tidak tertarik. Komen pun tak banyak.. So dari situ aku yakin yang peluang untuk melanjutkan dalam bidang yang aku suka amat tipis. Setakat lukis design baju,aku memang tak ada masalah. Tapi bila  bab sketch? Memang aku tak sebagus mana" Liza berterus terang dengan apa yang bergolak di dalam hatinya. Terasa seperti satu beban sudah terlerai dari bahunya. Lega...

    "Kau dengar sini baik-baik ya. Pasang telinga dan buka hati dengan apa yang aku nak cakap ni. Samada kau dapat atau tidak melanjutkan pelajaran,bukan ketentuan dari kita semuanya ketentuan Allah belaka. Kalau tak ada rezeki,maknanya Allah dah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kau nak.So yakinlah pada takdir Allah" Ceramah Siti dengan penuh semangat. Terasa seperti satu pintu harapan sudah terbuka buat Liza. Tersenyum dia dengan kata-kata semangat kawan baiknya. Alhamdulilah..

    Tiba-tiba..

    "Sorry ya akak mencelah. Akak tak dapat menahan mulut dari nak bercakap. Dari tadi akak dengan perbualan kau orang berdua. Dan akak sangat bersetuju 800% dengan apa yang Siti cakapkan tadi. Bila kita reda dengan ketentuan Allah dan yakin,pahala dah tentu dapat. Dan lagi,satu penggembaraan hebat akan bermula. Betul tak?" Sampuk kak Wati yang rajin menadah telinga.

    "BETUL!!" Serentak Liza dan Siti menjawap. Kedua-duanya tergelak dengan kebiulan sendiri.. Hehehe..
   


Wednesday, May 23, 2012

Seindah Semalam M/S: 15 1216pm 23052012

MUKASURAT LIMABELAS

   R.Azmi- Memikat Hati

 Lagu ini adalah salah satu lagu kegemaran En.kamarodin atau lebih di kenali sebagai En.Abah

    Pergh.. Bukan main cantiknya aku! Puji Liza dengan apa yang terpampang di hadapan cermin di bilik Cik Kiah.. Berbaju kebaya sutera longgar color biru kilat siap di gandingkan pula dengan kain yang sama berbelah di tengah. Terkial-kial aku mengeledah laci baju bilik Cik Kiah dengan niat suci murni hendak mencari tudung yang sama warna untuk aku matchkan dengan kebaya biru aku.

    Hah! Jumpa pun.. Payahnya aku nak cari. Ni kejap lagi bisinglah Cik Kiah tengok aku geledah laci baju dia. Baik aku kemas elok-elok. Yang bahagian bawah podok je,cuma kemas di bahagian atas. Orangtua tu bukan perasan pun! Hehehehe..

    Sehari sebelum kejadian di atas, Siti bertanya mengenai persiapan yang telah di persiapkan untuk temuduga pengambilan pelajar baru dalam jurusan senireka di ITM Shah Alam esok iaitu hari Sabtu.

   "Dah settle semua barang untuk kau bawa ke Shah Alam esok?" Soal Siti ketika lunch tengahari semalam. Waduh! hidangan di pinggan Siti membuatkan Liza kecur. Gila tak meleleh air liur.. Nasi panas, kailan ikan masin, paprik daging di tambah pula dengan sirap bandung yang sangat berlemak! Manakala Liza hanya nasi goreng ikan masin bersama ABC..(Air Batu Campur)

    "Barang-barang yang patut di bawa semua dah settle.. Tapi satu je masalah aku, dia orang nak suruh melukis. Tapi jenis macamana? Dia orang tak bagi tau. Aku kalau dapat sketch,memang malas sangat nak buat sebab aku tak suka sketches!"  Balas liza dengan mata menerawang ke ruang makan di gerai simpang masuk di Taman Tenaga cheras. Hari ini hanya Liza dan Siti sahaja yang makan tengahari bersama. Yang lain-lain kebanyakannya mengambil cuti tahunan. So,kira aman sesi makan tengahari kami.

    "Alah, kalau sketch pun apa salahnya? Kau boleh melukis. So lukis jelah.. Mana tahu kot ada rezeki kau, Kalau nak suruh aku lukis orang.. jawapnya jadi orang lidi! Hahahah..!" Gelak Siti beria-ia. Sewel ke apa kawan aku ni?!

     "Kau cakap senanglah. Yang nak melukis tu aku,bukan kau! Masalahnya bila sketch dengan masa yang singkat,aku akan rasa kelam kabut. Lepas tu mulalah aku buat silap,bila dah silap mulalah aku tergegeh-gegeh" Terang Liza panjang lebar. Liza memang tidak suka sketches,itu akan membuatkan dia menjadi gemuruh. Sketch memerlukan ketelitian dan ketelusan dalam melukis. Dan hasilnya mestilah sama dengan gambaran asal yang di jadikan bahan kerja. I hate sketch!!!!!

    "Eeemm.. aku doakan semoga dapat melukis yang senang sudah.. Macam-macam lagilah yang dia orang minta. Hasil lukisan masa zaman sekolah plus apa-apa hasil lukisan yang pernah masuk pertandingan or terlibat dengan mana-mana- pameran. Nasib baik aku still simpan lagi hasil lukisan masa sekolah. Ikutkan hati memang nak buang sebab dah tinggalkan alam persekolahan. Nak simpan pun nak buat apa? Menyemak!" Ngomel Liza yang mula menumpukan pandangan di kaca television di gerai tersebut.

     Tak habis-habis berita bunuh,rompakan,rogol etc.. Cubalah cari berita yang positif yang tak mengganggu minda. Ni tak.. Asyik-asyik berita negatif. Macamana rakyat nak maju! Otak kita tak habis-habis di momokkan dengan isu-isu yang membuatkan hati jadi tidak tenteram.

    "Aku tahu kau boleh, lagipun semangat kau lebih kuat berbanding dengan aku" Tiba-tiba Siti bersuara. Sayu pula aku dengar nada si Siti ni.

    "Kau ok ke Siti?"

    "Aku oklah. Cuma aku agak terkilan sebab tak dapat nak sambung belajar. Hati aku teringin juga nak mencapai cita-cita. Tapi macam kau jugalah,aku masih ada adik-adik yang bersekolah.Sebagai anak sulung suka tak suka kenalah aku beralah" Gumam Siti dengan wajah yang sedikit muram. Dalam kononnya bersedih,laju jugalah dia menyumbatkan makanan. Sesekali di telan air sirap bandungnya bagi mengelakkan tercekik. Ish, makan tu elok-eloklah Siti oi...

    "Entahlah Siti,dalam kes aku ni aku susah nak cakap. Belum tentu aku dapat apa yang aku nak. Kita bukannya tahu apa takdir yang telah di tentukan ke atas kitakan? Kalau semua orang boleh baca apa yang ada dalam takdir,semua urusan dunia akan menjadi senang!" Khutbah Liza beria-ia dan penuh semangat.Sesekali mulutnya terjuih,ada masa pula kedua-dua tangannya kekiri dan kekanan.Lagak pemidato, tersengih Siti di buatnya.

    "Eeemm.. Kalau kau tak terpilih untuk belajar ataupun kau memang takdapat nak sambung belajar,apa kau nak buat? Sambung kerja kat Kodak atau cari kerja lain?" Tebak Siti yang baru sahaja mencuci tangannya. Di hirup air sirap bandungnya yang hanya tinggal ais.

    "Soalan kau tu aku dah ada jawapannya. Kalau tak dapat nak sambung belajar,aku ingat nak cari kerja lain. Tak sanggup aku nak kerja kat Kodak sampai ke tua. Aku ada  plan aku sendiri dan aku tahu apa yang aku nak" Jawap Liza dengan senyuman yang menjadi bertambah manis bila di serikan dengan jerawat manis. Hahahaha!

    "Kongsilah sikit plan jahat kau tu..Heheheh" Usik Siti nakal. Tetap dengan perangai keanak-anakkan sepertimana yang aku kenal semasa darjah satu di sekolah Pasar Pudu (2)

    "Plan aku senang je. Aku ingat nak cari kerja kat mana-mana shopping kompleks,gaji lagi lebih dari kerja kat pejabat. Kurang sikitlah dosa aku dari kerja kat pejabat,kalau tak asyiklah nak anyam ketupat. Sebab aku tengok ramai yang kerja kat shopping kompleks sibuk je. Sampai tak ada masa nak duduk apatah lagi nak berborak!" Liza mersungguh-sungguh menceritakan plannya andai kata tidak dapat meneruskan cita-citanya. Di betulkan tudungnya yang senget ditiup angin yang sudah mula menunjukkan ciri-ciri nak hujan lebat di tengahari.
   
    "Habis tu,kau tak kecewa ke kalau tak dapat jadi pereka fesyen?" Tebak Siti lagi. Dia tahu yang Liza sangat-sangat ingin menjadi seorang pereka fesyen yang terkemuka kerana itulah yang di idamkan semenjak kecil. Tidak dapat apa yang di inginkan akan memberi rasa kecewa yang mendalam di hati Liza.

    "Aku kena belajar menerima hakikat atas sesuatu yang terjadi Siti. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih kalau tak dapat menggengam ijazah yang aku idamkan. Tapi aku yakin Allah sudah menyediakan sesuatu yang lebih hebat jika aku gagal untuk terus berjalan menyusur cita-cita" ujar Liza dengan nada yang kian mendatar. Entah mengapa dia seperti dapat rasakan yang harapan hanya kan tinggal harapan

    "Sebab tulah kenapa aku cakap kau mampu untuk menelan apa juga pahit manis dalam hidup kalau nak dibandingkan dengan aku" Balas Siti dengan senyuman yang manis menguntum.Nak pula bibir comelnya di calit dengan lipstick merah muda tampak lagi manis.

    "Sebenarnya,tak kira siapa pun kita tetap kena telan takdir yang telah di tetapkan buat kita. Allah tak pernah kejam,yang kejam cuma kita je yang selalu menyalahkan takdir Allah. Cuba kita tengok pada hikmah atas peristiwa yang kita alami,dah tentu kita akan bersyukur" Tambah Liza yang sentiasa reda dengan apa sahaja yang bakal atau telah terjadi. Sebrutal mana pun Liza, dia amat berpegang teguh dengan prinsip hidup dalam islam.

    Setelah membayar,masing-masing mengangkat punggung yang terasa berat akibat kekenyangan. Hujan sudah mula renyai-renyai. Nasib baik mereka sempat sampai ke deretan rumah kedai yang menempatkan pejabat Kodak di hujung bangunan yang sama.

    "Liza! kau dah siap ke belum? Abah kau dah nak keluar ni" Jerit Cik Kiah tak ubah bagai komanderangkatan tentera yang nak pencen. Liza dari dalam biliknya hanya mengelengkan kepalanya.

    "Orang dah siap,sabarlah sikit. Temuduga tu start pukul 9.30pagi kot. Ni baru pukul 6pagi" Bebel Liza yang sibuk membetulkan kedudukan tudung birunya.

    "Yelah,tapi jangan buat orang tunggu kita. Biar kita yang tunggu orang. Dan kau kena ingat sikit,bas tak akan tunggu kau! Lainlah kalau abah kau tu tuan punya bas" Tegas Cik Kiah yang sudah pun berdiri di muka pintu biliknya. Ish.. Tak menyabar betullah!

    "Cepat sikit Liza,abah nak keluar dah ni. Lagipun bas dari perhentian bas Klang ke Shah Alam satu jam satu je" En.Kamarodin sudah mula bersuara. kalau dah En.Abah bersuara,lebih baik aku siap cepat. Dicapainya sandal dan beg hitam besar yang berisi dengan hasil lukisan untuk di tunjukkan kepada penemuduga nanti.

    So,berjalanlah dua beranak pada jam 6.30minit pagi menuju ke perhentian bas di kawasan perumahan awam DBKL untuk menuju ke perhentian bas Klang dan dari situ meneruskan pula perjalanan ke ITM Shah Alam.
   
 

Sunday, May 20, 2012

Seindah Semalam M/S: 14 0145pm 20052012

MUKASURAT EMPATBELAS



 Frank Sinatra- Come Fly With Me
Lagu ini amat bermakna buat diri aku. You left something for me to always remember you Abah sentiasa memainkan beberapa keping kaset berbahasa inggeris tatkala aku menginjak belasan tahun. Dan salah satu lagu yang sentiasa di putarkan adalah lagu ini. So abah you're the best eventhough we don't know each other well.. You seldom home and be a father to all of us.. But you always have one special place in my heart!!


    Pintu gate rumah di tolak perlahan-lahan bagi mengelakkan Cik Kiah perasan. Tapi akhirnya...(Gila tak perasan,dah tentu Cik Kiah ada di rumah. Kemana pula dia nak melepak malam-malamkaaaaaaan..) Heheheh...

    "Hah! baru sekarang nak balik? Tak reti nak telefon rumah bagitau nak balik lambat? Kat office kau line telefon dah kena potong ke? Lainkali kalau nak balik lambat dan tak nak bagitau, pergi tidur rumah kawan kau!" Itu dia AK47 sedang memuntahkan peluru tanpa henti. Rasa nak gelak pun ada,nak marah pun ada.  Boleh kata macam-macam perasaan aku ada. Tak jawap nanti kata aku kurang ajar,di jawap nanti di katakan aku melawan. Habis tu macamana???!

    Nak jawap ke tak? Nak jawap ke tak nak? Berbolak -balik hati ni... Haish!

    "Orang lupalah nak telefon tadi. Bukan pergi mana pun tadi minum kat Taman Tenaga dengan kawan-kawan. Siti pun ada sama tadi" Jawap Liza dengan nada suara yang tenang. Terus dia berlalu dari ruang tamu menuju ke bilik. Tuala di capai, dia ingin segera membersihkan batang tubuh yang berlengas dan menunaikan qada solat maghrib dan isyak.

    "Habis tu, jari kau cacat tak reti nak telefon? zaman sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku. Janganlah menyusahkan orang yang kat rumah nak fikir yang bukan-bukan. Nanti tahu-tahu dah masuk suratkhabar!" Bebel cik Kiah,suara cik Kiah tak perlu pakai loud speaker sebab sangat JELAS dan LANTANG!

    Ish, aku dah masuk bilik air pun Cik Kiah nak bercakap lagi? Haish.. sudah-sudahlah tuuuuu.. Mulut aku ni gatal je nak menjawap. Lagi di jawap lagi menjadi-jadi pula sidang perbincangan ni nanti. Kalau ada ramai penonton, tak apalah. Ni dua beranak je kot! Adik perempuan aku pergi masjid agaknya,tak nampak pun kat rumah. Yang bongsu dengan yang nombor tujuh entah kemana menghilang. Yang tu tak pula nak jadi issue,mungkin sebab mereka lelaki. Eeeeemmm....

   "Yelah.. yelah..Lainkali, di masa akan datang nak pergi mana-mana nanti orang call. Nak pergi toilet pun nanti orang call juga" Usik Liza untuk mematikan topik perbincangan dari bertambah hangat.

    "Kalau setakat nak kencing berak kau call aku,mahu makan penyepaklah jawapnya!" Jerit cik Kiah di dapur. liza hanya menyengeh dan tergelak kecil sambil menyarungkan telekungnya.. Cik Kiah.. Cik Kiah.. Macam-macam!

    Seusai solat,Liza menyelongkar di dapur untuk melihat apakah hidangan hebat malam ini. Wah! ada sambal goreng ikan bilis rangup, telur masin dan sup sayur campur dengan fishball!! Sluuuurrrp!!

    "Huh! Pandai pula kau cari makanan kat dapur ya.. Nak tolong masak jauh sekali!" Perli Cik Kiah dengan jelingan maut beliau. Liza apa lagi? senyum lebar jelah...

    "Ala mak.. Bilalah orang nak ada masa ke dapur. Bukan ke orang kerja.. Tolong makan pun dah kira ok. Penat-penat Cik Kiah masak,nanti membazir je tak ada orang nak makan!" Usik Liza dengan ketawa yang galak. Dengan tidak semena-mena Liza tersedak melalui hidungnya. Habis meja bersepah dengan butiran nasi yang tersembur melalui mulut. Airmata pila bergenang di pelupuk matanya. Segera di capai gelas berisi air panas mati bagi menghilangkan kepedihan di anak tekaknya.

    "Hah, Itulah akibatnya melawan cakap orangtua. Tu baru tersedak, cuba kalau tercekik? Terus masuk HUKM!" Balas Cik Kiah yang mengomel tanpa belas ikhsan. Ish,orangtua ni mendoakan yang bukan-bukan pula. Kalau aku mati,menangis pula!

    Alhamdulilah kenyang sudah.. Buurrrp!

    Meja makan dan dapur di pastikan kemas,kalau tidak.. jawapnya kena sembur lagi! hehehe..

    Buku yang terletak di sudut kepala bantal di capai, tajuk buku? "Hidup sesudah mati" buku ini tak pernah dapat di habiskan bacaannya entah kenapa Liza pun kurang pasti. Hanya satu sahaja yang dapat di fikirkan sebagai jawapan. Mungkin buku itu mengingatkan kita tentang mati dan betapa perlunya membuat sebanyak mungkin kebaikan sebagai saham akhirat dan menjauhi perbuatan buruk yang membangkitkan kemarahan syaitan laknat yang menyebabkan pembacaan sentiasa tertangguh.

    Syaitan akan sentiasa mengoda anak adam agar menjauhi buku-buku agama berbentuk ilmiah agar memudahkan syaitan melakukan kerja-kerja terkutuk untuk memesongkan iman orang seperti aku! Cuba kalau membaca novel cinta yang menghanyutkan perasaan? Sudah pasti berbuku-buku aku boleh baca. Haish...

    Bunyi langsir bilik di selak seseorang,malas Liza nak menjengah memastikan siapakah orang itu. Tahu-tahu terdengar lontaran vokal suara yang biasa kedengaran.

    
   "Itulah kerja kau! Makan,baring lepas tu baca buku! Dah tak ada kerja lain yang kau boleh buat?! Ni kain yang berlambak-lambak ni bila kau nak lipat?!" Ujarnya dengan hujung jari dan hujung mulut terarah ke longokkan kain di hujung kepala katil aku.

   "Laaa.. Kan orang selalu lipat hari Sabtu? Letihlah nak lipat time hari bekerja. Nanti Sabtu ni orang lipat,susun dengan gosok baju sekali" Jelas Liza yang masih memegang buku dengan mata tetap membaca bait-bait ayat yang di tulis.

    "Ada saja alasan kaukan?!" Lenting Cik Kiah mencekak pinggangnya yang tak ramping

    Eeemmm.. apa-apa jelah Cik Kiah oi.. Malas nak memanjangkan cerita. Lagi panjang,lagi banyaklah dosa yang terkumpul. Kalau dosa terkumpul boleh bagi aku menang hadiah ke Bali tak apalah juga! Hahahah.. Sengal!

    Leka betul Liza membaca buku tahu-tahu dah masuk jam 11malam. Bila membaca buku bab agama ni kita kenalah berhati-hati dan membaca dengan pemahaman yang betul. Bukan apa,syaitan laknat ni ada di mana-mana bagi memesongkan pemikiran kita. Sebab itulah kita di mestikan mempelajari agama dengan berguru bagi mengelakkan kita dari berguru dengan syaitan tanpa kita sedari. Wallahualam..

    Eh.. dengar macam suara abah je. Bila masa orangtua ni balik? Eeemm.. Inilah masa yang terbaik untuk aku tanyakan abah pasal nak sambung belajar. Mudah-mudahan ada harapan.. Bisik Liza di dalam hati dengan harapan yang menggunung.

    Liza tahu masa yang sesuai untuk dia tanyakan soalan adalah setelah abah selesai mandi dan makan. Time itulah yang sesuai...

    Diselaknya langsir bilik lalu mengintai suasana di ruang tamu yang kecil itu. Adik aku yang nombor lapan dan nombor tujuh dah pengsan. Manakala adik aku yang perempuan pula dah lama berlayar jam 9 tadi. So.. This is it!

    "Abah, Pagi tadi orang pergi sekolah ambil result SPM. Ni yang nak tanya abah,orang lulus dapat pangkat dua. Ingat nak sambung belajar" Terang Liza dengan sekali nafas. Bukan takut,tapi seakan-akan dapat merasakan rejection dari abah. Perasaan itulah yang sentiasa  mengganggu minda. Menjangkakan yang buruk sebelum mendapat keputusan yang pasti. Aku bencikan perasaan ini!!!
   
    "Eeem.. kau nak belajar apa kalau sambung belajar?" Soal abah memandang tepat ke anak mata Liza. Wajah abah nampak keletihan namun tidak nampak tua. Mungkin sebab abah berjambang lebat dah rambut masih lagi lebat kalau nak di bandingkan dengan bapa-bapa yang sebaya dengan abah. Tapi renungan mata abahlah yang membuatkan kami adik-beradik jadi kecut perut. Aura abah kadang-kadang menakutkan!

    "Orang ingat nak ambil jurusan seni ataupun jurusan senireka fesyen" Jawap Liza memandang ke arah abah yang masih memegang dan membaca akbar Berita Harian.

    "Nanti abah tengok dulu.. Tapi kalau tak silap abah ITM (nama lama sebelum di tukar kepada UiTM) ada pengambilan pelajar minggu depan hari jumaat. Apakata kau minta cuti?" Cadang abahnya memberi sedikit harapan kepada Liza. Namun perasaan seperti "TAK MUNGKIN KAU DAPAT TERUSKAN CITA-CITA KAU!" terngiang-ngiang di kotak mindanya.

    Bukan sengaja berfikiran negatif,tapi setahu aku tak pernah ada sesuatu yang aku inginkan atau idamkan dapat menjadi kenyataan. Sebab itu aku tidak dapat membuang perasaan "Yang aku tak akan dapat" dari hati. Atau kadang-kadang sudah hampir mendapatkan apa yang aku nak,namun cancel di beberapa saat yang terakhir sebelum apa yang aku nak berada di dalam genggaman! huhuhu..
 

Saturday, May 19, 2012

Seindah Semalam M/S: 13 0240pm 19052012


MUKASURAT TIGABELAS


  

    "Lagu ini aku tujukan khas buat teman baik di zaman kanak-kanak dan di zaman remaja.. Siti Masruniwati. Aku tak tahu dimana dan bagaimana untuk berhubung bagi kita sesekali mengimbas kenangan lalu. Hanya lagu ini yang mampu mengingatkan aku pada kau.. Pada zaman kita, lagu ini yang paling famous"

    Sesi jamming tadi memang best! Tak sangka sungguh yang dia orang ni memang reti main alat muzik. Aku ingatkan 'kencing' je. Cuma bila masuk bab vokal tu yang tak boleh blah. Hancus! Lagu yang di mainkan,kebetulan pula memang lagu yang aku suka dan tengah hangat di mainkan di corong radio dan sentiasa menjadi alunan suara-suara sumbang di pejabat. Dendangan Slam "Nur Kasih"

    Lagu tersebut tidak ada kena mengena dengan aku. Maksudnya tiada sebarang kaitan dengan perjalanan hidup atau kisah cinta. Cuma aku tertarik dengan lirik dan susunan lagu garapan Saari Amri. Sebaik habis tempoh masa menyewa tempat jamming,masing-masing singgah ke gerai yang berhadapan tempat jamming untuk membasahkan tekak. Jam pula menunjukkan hampir ke pukul 8malam.

    "Relakslah Liza, baru nak masuk pukul 8 je kot!" Kata abang Ipin yang dari tadi memerhatikan Liza yang seperti tak senang duduk. Kejap-kejap di betulkan beg selempangnya, sekejap pula duk tengok jam di pergelangan Siti dan kejapan pula duk mengoyangkan kedua-dua kakinya yang tak rasa senang duduk. Rimas!
   
    "Alah bang, macam tak tahu pula kenapa si Liza jadi macam tu. Dia tengah risau nanti masuk waktu 'curfew'.. Tak pasal,ada yang tak dapat masuk rumah nanti. Tadi Liza bagitahu yang dia lupa nak telefon cik Kiah pasal nak lepak jamming" Terang Siti yang berlagak bagaikan PA kepada Liza. Di hirupnya sirap limau ais dengan penuh selera. Maklumlah tekak kering,dah tu free!

    "hah,tau takpeeeeeeeeeeeeeeee..!" Balas Liza gelisah

    "Oklah,kalau susah-susah sangat aku hantar kau balik nak?" Jawap Saiful menghulurkan bantuan. Abang Ipin hanya menyengeh sambil mengocak milo ais yang masih berbaki separuh gelas.

    "Kang aku cakap kau sewel,merajuk pula. kalau aku cakap bangang,nanti nangis mengadu kat mak kau pula. Cuba kau bagitahu aku macamana kau nak hantar aku balik? Kau nak buat "TATU" macam angkatan tentera Malaysia ke? Kau,aku,Siti dengan abang Ipin?" Ngomel Liza panjang lebar di sambut dengan hilai tawa abang Ipin dan Siti. Manakala Saiful mencuka kemaluan.

    "Ish,yelah.. Lepas minum ni kita pakat ramai-ramai gerak ya wahai permaisuri" Ujar Saiful mengalah.dia tahu kalau bertekak dengan Liza sampai ke sudah tak akan ada penamat cerita. So, tutup jelah buku!

    Perjalanan pulang terasa memenatkan. nasib baik balik berteman, kalau tak berteman mahu rasanya dia menahan teksi untuk pulang. Sepanjang perjalanan yang jaraknya lebih kurang 1km pelbagai cerita yang di borakkan antara Liza dan Siti. Dari satu topik ke topik yang lain.

    "Tadi pandai pula Si saiful tu main gitar. Aku ingatkan dia tu cuma tahu buat lawak bodoh dengan mencandu je" Ujar Liza dengan nada sedikit mencungap kesan dari berjalan kaki. sesekali Liza menyepak anak-anak batu yang terdapat di tepi jalan sepanjang berjalan kaki.

    "Tulah Liza, omputeh ada cakap 'Don't judge a book by it's cover' Saiful tu berbakat. Cuma aku rasa pergaulan yang menjebakkan diri dia dengan benda-benda yang tak senonoh. Nak salahkan mak bapak pun tak boleh,pasal dah besar panjang dan boleh fikir pakai otak sendiri" Khutbah Siti panjang lebar di rembang malam yang dah nak masuk waktu Isyak.

    "Aku pun baru tahu hari ni,tergamam jugalah aku tengok cara dia 'goreng' gitar tadi. Rupa-rupanya berbakat jugalah mamat tu" Balas Liza dengan suara yang antara dengar dengan tak. Letih sangatlah gamaknya tu!

    Azan Isyak kedengaran jelas dari masjid Az-Zubair, Masing-masing diam sebagai tanda memberi laluan serta menghormati laungan yang mengesa umatnya mengerjakan solat dan bersegera menyembah Allah. Kelihatan beberapa puntung kaum lelaki berjalan menuju ke masjid kebanyakkannya warga tua belaka. Entah di mana dan kemana perginya warga muda aku pun tak tahu!

    "Banyak lagi ke kerja yang kau nak kena 'catch up'? Aku asyik tengok abang Mat dok suruh kau cepat siapkan kerja. Macam tak reti pula orang tua tu yang kau cuma ada dua tangan je!" Gerutu Liza geram bila mengenangkan peristiwa petang tadi. Ada ke patut abang Mat marah Siti sebab tak dapat nak habiskan kerjanya hari ini. Dahlah bagi kerja last minute, Siti pula dengan rela hati,menjadi bidan terjun kena cuci tahi orang lain dah kira baik! Sengal..

    "Esok tengahari aku rasa dah boleh submit kat abang Mat. Memang tengahari tadi dia marah-marah kat aku,lepas tu petang sebelum kita nak balik dia ada minta maaf. Dia tahu yang itu bukannya bidang kerja aku,tapi terpaksa juga aku buat sebab dia dah kena maki dengan En.Rosli. Itu yang dia jadi meroyan, aku pun dah maafkan dia" Terang Siti atas peristiwa 'cerekarama' petang tadi.

    "Kalau kena kat aku.. Memang kenalah abang Mat. Aku tak peduli,sebab kita ni manusia darah sama merah. So hormatlah sikit jangan nak main terjah ikutkan hati. Ibarat ikut hati.. Mati!" Sambung Liza membengkeng perbuatan abang Mat. Manakala Siti yang lemah lembut hanya reda je. Memang bagus sikap reda,tapi kalau dah sampai menjatuhkan maruah depan orang ramai,bagus sangat ke perangai tu!

    Liza ni pula jenis panas baran, tapi barannya bertempat. Bukan nak marah orang sesuka hati kalau tak bersebab. Sebelum nak marah,lebih baik tanya dulu kalau betul salah oarang yang nak di marah kira finelah. Kalau tak? Kan dah kes aniaya!

    "Oklah.. Kita cakap pasal kau pula, Ni kau result dah keluar kau nak sambung kerja or nak belajar? Kalau kerja,rugi rasanya tak sambung belajar. Kalau akulah,aku sambung belajar. Ni kalau tak pasal aku dapat pangkat 3 tak adanya aku nak kerja" Hujah Siti tenang. Siti bukan jenis emosi seperti Liza. Dia lebih suka bertenang dan sabar menghadapi situasi yang mencabar.

    "Ikutkan hati dengan niat suci murni,aku nak sambung belajar kejar cita-cita aku. Tapi bila mengenangkan situasi aku dengan adik-adik yang masih lagi bersekolah,aku tak sure lagi"

    "Kau dah bawa berbincang dengan Cik Kiah? Mana tahu Cik Kiah boleh bagi idea yang bernas" Tebak Siti dengan senyum yang melerek. Ntah apasal dia menyegeh Liza pun tak tahu. Diangkat kedua-dua bahu sebagai tanda tidak pasti.

    "Tengahari tadi aku ada tanya Cik Kiah,tapi dia suruh aku tanya dengan bahagian finance. Bapak akulahkan.. Tu yang ingat malam nanti kalau bapa aku balik,aku nak tanya dia" Jelas Liza yang mula memperlahankan langkah bagi menyeberang jalan yang berhadapan dengan gerai nyonya yang menjual pelbagai jenis jajan.

    "Eloklah tu,tanya jangan tak tanya. Mana tahu bapa kau ada jalan yang terbaik"

    Liza menanggukkan kepalanya bersetuju dengan pendapat Siti. Dia akan tetap tanyakan soalan cepu emas kepada bapanya. Kalau boleh ingin dia capai cita-citanya seperti mana anak orang lain.

    "Oklah Siti, kita anyam ketupat lagi esok ya. Assalamualaikum!" Di lambainya Siti yang mula menyambung langkah menuju ke bloknya yang tidak jauh dari gerai nyonya tempat mereka berhenti sebentar tadi.