Sunday, February 6, 2011

Ada Aku Kesah..!!!!! 5

Hayunan langkah di atur perlahan memandangkan dia akan menjadi orang pertama yang akan tercongok di restoran Pelita. Sambil berjalan di Tower Dua KLCC Niki memerhatikan ruang legar di mana kelihatan ramai pekerja yang lepak bersama teman sambil merokok dan bersembang seusai tamat waktu kerja. Pandangan sebegini sudah menjadi lumrah setelah jam berhenti pada 5.30 petang. Walaupun sekarang sudah jam 7.10 minit petang,masih ada di antara mereka yang sanggup pulang lewat semata-mata tidak mahu menempuh kesesakan jalanraya yang masuk tahap melampau di tengah bandaraya.


Sebaik sahaja hampir sampai ke pintu masuk utama KLCC Ampang mall,Niki terserempak dengan temannya yang sedang menghisap rokok berhadapan dengan butik Burberry. 


"Kau dah habis keje ke Niki? Ni cantik nak kemana pula?" Soal kawannya yang bekerja di salah satu butik yang terkenal di KLCC. Kelihatan kawannya berwajah sugul. Tekanan dapat dirasai dari sedutan asap rokok yang berkepul-kepul menerobos keluar dari bibir mungilnya.


"Are you ok Farah? Seem like something is bothering your mind." Teka Niki pada kawannya yang kelihatan semakin kurus berbanding 3 bulan sudah ketika dia bertemu dengan Farah di tempat dan waktu yang sama. Farah menghela nafas yang panjang tatkala Niki mengajukan soalan yang mungkin tepat menusuk hatinya yang serabut.


"Ntahlah Niki,aku pun tak tahu macamana nak cakap dengan kau. Masalahnya hampir sama macam jalan cerita yang pernah kau lalui dahulu. Cuma ada sedikit perbezaan dalam watak" Jelas Farah yang kelihatan kurang bermaya pabila di tebak tentang kehidupannya.


"Farah,setiap manusia semua ada masalah masing-masing. Cuma cara dan jalan penyelesaian je yang membezakan antara individu. Kalau kau ada teman yang boleh di percayai,kau luahkan pada dia semua masalah kau. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang terpikul dek bahu kau itu" Nasihat Niki yang sudah lebih dulu mengalami peristiwa sedih dalam episod hidupnya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu ada di antara kawannya yang mengalami atau melalui sepertinya.


"Aku faham itu semua Ki,tapi beban aku lagi berat pasal ini melibatkan rumahtangga aku,anak dan campur tangan mak mertua aku yang menambahkan kecelaruan dalam masalah aku ni.Aku tak tahu apa yang menyebabkan suami aku berubah hati dan tak seperti dulu. Aku yakin mak mertua aku ada memainkan peranan dalam hal ini. Sementelah,mak mertua aku memang tak setuju dengan pilihan suami aku ketika kami ingin berkahwin" Terang Farah sambil matanya memandang ke arah jalan raya yang hiruk pikuk dengan jeritan pemandu teksi jalanan yang sibuk memanggil pelanggan. Mata Farah sayu namun sedutan semakin galak dengan rokok yang di nyalakan buat kali kedua. Niki hanya menggelengkan kepalanya.


"Farah, kau kata masalah kau lagi berat? Kau lupa ke dengan apa yang aku lalui 8 tahun yang sudah? Pada aku masalah kau tu kecil aje. Yang penting kau kena bawa berbincang dengaan suami kau. Tanya dengan dia apa sebenarnya yang mengganggu fikiran hingga menyebabkan dia bersetuju dengan tindakan mak mertua kau. Lagipun,walau apa pun masalah kau orang berdua tolong fikirkan sekali tentang anak kau yang semakin membesar. Dia perlukan kau orang berdua lebih dari orang lain." Tinggi suara Niki tatkala memberikan nasihat pada Farah yang matanya mula bergenang dengan galak di tubir mata.


"Nanti balik,aku akan cuba bawa berbincang dengan suami aku.Tapi aku tak tahu sama ada malam ni dia balik atau tidak. Semenjak kami ada masalah ini,dia dah semakin jarang pulang ke rumah. Mungkin dia pulang ke rumah mak mertua aku. By the way,thank you for listening to my story. Ringan sikit rasa beban kat bahu aku. Ni kau nak jumpa kawan kau kat mana Ki?" Sengih Farah yang kelihatan sedikit ceria berbanding ketika mula-mula Niki berjumpa.


"Hah,suka aku tengok muka kau yang tak macam tapir tertelan biji getah! Kau kena ingat satu je babe.. Dalam dunia ni bukan kau seorang je yang ada problem. Cuma cara mengatasi masalah tu je yang mungkin berbeza berbanding dengan orang lain. Aku ni bila-bila masa je boleh kasi pinjam my shoulder babe. Ni aku nak pergi Pelita jumpa dengan kawan-kawan aku. Lepas tu kita oranng nak pergi karok kat Ampang Park"


"Emmmm.. Bestnya life kau. Aku lepas habis kerja,laki aku tak kasi aku keluar rumah. Life aku dah totally changed kalau compare masa belum kahwin. Wei,aku pun nak kena masuk ni. Lama aku mengular.kau pun cepat sikit pergi Pelita sebelum kawan-kawan kau bising" Ujar Farah yang sudah puun melangkah pergi sebaik sahaja Niki menghabiskan puntung rokoknya yang kedua.


Eeeemmm.. Mangkuk-mangkuk tu belum tentu sampai lagi. Dengan jalan jem ntah pukul berapa baru nak sampai Pelita! ngomel hati Niki yang masih tetap mengekalkan tahap kelajuan langkah seperti kura-kura. Satu lagi perangai Niki yanng semua orang tahu,dia paling tak suka menunggu orang terlalu lama. Sekiranya itu berlaku,dia pasti akan mengangkat kaki terus jalan! Ya,itulah satu perangai yang kebanyakan temannya tahu.


Akhirnya,sampai juga Niki di Pelita yang jaraknya sangatlah dekat walaupun dia berjalan seperti kura-kura. Namun hatinya tetap mengomel kerana dia akan berseorangan dalam jangka waktu yang hanya god knows! Sedang dia memilih tempat duduk,telefon genggamnya berbunyi.


"Hello Niki,kau dah sampai Pelita?" Soal suara yang tidak di kenali di corong telefon genggamnya. Sudahlah garau,tanya pula macam polis!


"Hah,ni siapa ni?" Soal Niki kepada pemanggil di corong sana


"Ni aku Rizal la. Tadi Fendi call bagitau aku suruh jumpa kat Pelita Ampang. And beritahu aku yang kau mungkin dah ada kat sana. Tu pasal aku mintak number kau dari Fendi" Terang Rizal panjang lebar.


"Ooooh.. Aku ingatkan along nak kutip hutang!" Perli Niki baru sahaja mendapatkan tempat duduk yang memuatkan dalam 8 orang. Niki paling pantang bila mendengar orang yang meminjam dari along,kerana itu sama seperti mengali lubang kubur sendiri!!


"Agak-agak la sikit,aku along ni tak main la.. Kau dah sampaikan? kau duduk bahagian mana?" Soalnya tergesa-gesa macamlah dah sampai.. ish!


"A'ah,aku dah 8 jam sampai Pelita dowh! Kau ada mana?" Niki sudah mula menunjukkan mimik muka gelisah. Sesekali dia melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan 7.15 petang.


"Aku dah sampai Ampang Park nak buat U-turn ni. Tunggu je ok.. Kejap lagi aku sampai" Dengan nada termengah-mengah dia memberikan arahan. Mana tak termengahnya,badann sangat sihat bagaikan johan! geleng Niki sendirian.


Ni la perkara yang paling malas aku buat,menunggu!! ikutkan hati nak aje aku sepak sorang-sorang dengan kelajuan tahap impak maksima! gerutu hati Niki dengan situasi yang sangat menjengkelkan.


Telefon bimbitnya akan menjadi mangsa tatkala aksi tunggu menunggu berlaku. Maka ketika itulah Niki akan menjadi seorang yang rajin meng-updatekan status atau pun memberi komen buat teman-teman di dalam FB.Samada teman itu adalah teman yang dia kenal ataupun yang kenal setakat melalui FB. Masa ini lah Niki akan dapat merasai yang teman FB amat berharga. Jika tidak maka bosanlah hidup!!

"Sudah order ka belum?"


"Saya mau minum neescafe kurang manis satu. Itu saja."


Truuut.. Truuut.. Truuut!! Deringan telefon bimbitnya berbunyi. Malas sahaja Niki mahu menjawap panggilan tersebut.


"Hah,aku ada kat dalam bahagian tengah." Jawap Niki sebelum di soal oleh Rizal yang membuat panggilan tersebut.


Kelihatan dari masuk pintu masuk kelibat Rizal yang tak mungkin Niki akan terlepas pandang. Disebelah Rizal kelihatan seorang lelaki yang sememangnya kurus dari Rizal dan di belakang lelaki tersebut terlihat seorang wanita yang comel. Aku pasti yang itu mesti girlfriend mamat kurus tu. Takan girlfriend Rizal kot kaaaannnn... Bisik hati kecil Niki.


Sebaik sahaja Rizal serta kawannya meletakkan punggung,Rizal memperkenalkan Niki pada Zurimie dan partnernya Nadia.

Aku dah agak dah! yang budak perempuan comel tu bukan girlfriend Rizal. Lagipun tak matching pun! wakakakaka.. Sengih Niki dengan kata-kata imaginasinya lalu bersalaman dengan Zurimie dan Nadia.


Zurimie tiba-tiba berkata sesuatu yang langsung tidak di jangka dek akal Niki.


"Wei, korang dua orang ni macm berjanji je.."


"Janji kebendenya wei?" Soal Niki yang tidak faham dengan soalan Zurimie.


"Kau tak perasan ke,yang korang dua orang pakai baju merah. Macam berjanji la pulak!" Usik Zurimie yang membuatkan Rizal tersengih manakala Niki pula memuncungkan bibirnya. Ish getiknya!!


"Mana ada! aku pakai pasal baju ni aku belum pernah pakai lagi ar.. Kalau aku tahu kaler apa yang si gemok ni pakai,mampus aku tak pakai kaler merah ni wei!!" Jawap Niki dengan nada jengkel. Mampuslah kalau Rizal nak terasa hati pun. Yang kau suka sangat tu kenapa??! Sesuwey!!