Friday, March 15, 2013

Niki's Yummy Kookies Story 1

    Assalamualaikum dan selamat pagi buat teman-teman di luar sana. Pasti semuanya telah kenyang dengan sarapan pagi yang enak. Agak lama i tak 'mengup date' apa-apa di laman blog ini. Segala-galanya terhenti sebaik sahaja selamat melahirkan buah hati pengarang jantung bernama Siti Noor Sumayyah bt Rizal setahun yang lalu.

    Makanya segala tumpuan lebih terarah kepada puteri kecil ini.


    Setelah si kecil ini membesar.. Maka bermulalah operasi untuk menghilangkan boring lantaran telah membuat keputusan yang secukup masak untuk menjadi homemaker aka surirumahtangga sepenuh masa. Keputusan yang di ambil bukanlah semudah yang di sangka. Namun atas dorongan Encik suami, maka segalanya menjadi mudah!

    Mencipta karier yang di minati semenjak berusia 15 tahun (sewaktu itu sedang menunggu keputusan SRP) dengan bekerja di Grandy's (pasti sesiapa yang seusia dan sezaman dengan i mengingati restoran makanan segera ini) yang terletak di Lot 10 Jalan Bukit bintang Sg.Wang. Kemudian, meneruskan pembelajaran sehingga mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan SPM. Lantaran kesukaran dari kewangan keluarga, i teruskan dengan bekerja.

    Dari satu butik ke satu butik i bekerja, kerana ingin menimba pengalaman bekerja dengan butik antarabangsa yang di uruskan oleh bangsa asing demi mencabar diri sendiri. Di era 90-an amat sukar untuk melihat bangsa melayu di arena butik antarabangsa. Semuanya kerana mereka tidak boleh bertutur bahasa english dengan sempurna. Di situlah cabaran bermula walaupun di kala itu i pun turut melalui syndrome direct malay translation in brain and utter it in english.. End up i become z laughing stock through that year! And those were the days my friends!


    These particular song really brings back z early childhood days and my early 20's bestest and worst moment. I love my growing up days where worry and sadness know no boundries!

    So,back to z real story..

    Memandangkan i ni jenis workaholic, so i memeras otak tentang apa yang perlu i lakukan bagi mengisi lompong masa senggang yang mesti dan perlu i lalui dengan menjadi surirumahtangga. I ni jenis yang tak reti duduk diam. Makanya,i mendapat satu idea dengan menjadikan impian tika kanak-kanak menjadi kenyataan. Perbincangan dengan suami membuahkan hasil yang positif, encik suami bersetuju dengan pilihan i untuk menjadi pembuat biskut dan manisan yang sememangnya i sukai!

    Dengan menggunakan modal sendiri yang tak seberapa, bermulalah the journey of Niki's Yummy Kookies. Di sini i akan berkongsi cerita serta gambar beberapa jenis biskut dan manisan yang telah di buat dan di jual. Semuanya bermula dengan sekadar suka-suka dan juga sekadar ingin menguji diri sendiri dan melihat setakat mana yang mampu i pegi. Namun ianya masih lagi pada kadar ujian dan tidak terlalu serious untuk menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.
                                                   
Blueberry Kookies yang rangup dan butiran blueberry yang terasa pabila di kunyah.
 
Blueberry Kookies

 
Oats Choc Chips kookies 
 
 
 
 
 
 
    
 
    Ini adalah sebahagian dari biskut yang di buat pada awal permulaan dalam bidang yang i ceburi. Masih terdapat beberapa gambar yang akan di upload bila i selesai dengan menguruskan si kecil Sumayyah yang tengah meragam nak tidur. Time ni memang time untuk Sumayyah beradu. Nasib baik urusan mengemas rumah, memasak dan menjemur baju telah selesai di uruskan seawal pagi. Kalau taaaaaaaak.. eeemmm.. mahu pengsan di buatnya sebab dah lari dari jadual!
 
    So berjumpa lagi di masa akan datang ya... In Shaa Allah..