Saturday, March 19, 2011

Ada Aku Kesah....!!! 12

Keadaan hingar bingar di ruang legar ground floor KLCC sedikit mengugat hatinya yang telah sedia panas, boleh pula Fendi buat lawak bodoh dan bantai gelak dengan Rizal. Untuk menambahkan lagi bahang bara yang semakin membara.. Tiba-tiba Fendi meninggikan suaranya.


"Rizal,aku nak kau dengan the ladies ambil gambar bersama"


"Aku tak mau terlibat sama. E dengan Sofia silakan bergambar ye" Elak Niki dengan langkah lebar meluru kearah Fendi. Masing-masing dengan pose maut yang tidak mahu mengalah. Niki tergelak sinis.


"Niki! Kau punya turn pula bergambar dengan E dan Sofia" Fendi memberikan arahan seolah-olah dia jurugambar yang bertauliah. Ketiga-tiga wanita tersebut sudah bersiap sedia untuk berposing sebelum Fendi meminta Rizal berdiri sebelah Niki untuk sesi bergambar yang sepatutnya melibatkan 3 wanita tersebut.


Adus! potong stim betullah Fendi ni.. Tadi kata bertiga,ni tetiba pula ada si montel ni! Gerutu Niki di dalam hatinya dengan raut muka mencebik. Ketika sesi berdiri untuk bergambar,Niki menjarakkan dirinya dari mendekati Rizal. Ah! Lantaklah kalau kau nak terasa... Sengih Niki dengan bisikan hatinya yang tidak didengari oleh orang lain.


Selesai bergambar,Niki terlihat raut wajah Rizal yang seolah-olah berkecil hati dengan perbuatan Niki ketika sesi bergambar sebentar tadi. Namun seperti biasa Niki berpegang kepada "Ada aku kesah???!" Tak ada kerja aku nak pujuk. Kau bukan boyfriend aku pun! Minta simpang malaikat empat puluh empat!!!!!!!!!!!!


"Fendi,kita nak pergi mana lepas ni?"Niki mula bersuara sebaik sahaja masing-masing selesai bergambar. Fendi menoleh lalu berkata


"Kita semua pergi lepak Tanjung. Amacam? Agree?"


"Ni Tanjung tempat makan yang dekat dengan Nailies right? By the way,sedap ke makanan kat situ?" Soal Niki yang sangat particular dengan masakan yang bakal menjadi santapannya. kalau tak sedap,mampus tak dimakannya. Niki sangat cerewet!!!!!!!!!!!


"A'ah,kat situ. Ni siapa nak naik kereta siapa?" Soal Fendi sambil memandang kearah E dan Sofia.


"Aku datang dengan kau,so aku naik dengan kaulah" Balas E dengan senyuman lebar dan di persetujui oleh Sofia yang sedari tadi leka melihat hasil gambar dari telefon genggam Fendi.


"Eh,habis tu aku naik kereta siapa pula?" Soal Niki dengan mata dicerlang besar.


"Ala,kau naik kereta Rizal la.." Jawap Fendi dengan senyuman dapat pula sambutan oleh Sofia dan E yang turut sama bergelak sakan.


Cilakak! Gumal hati kecil Niki.


"Shall we?" Tanya E yang tidak sabar-sabar untuk keluar dari KLCC. Jam sudah pun menunjukkan 7.30minit malam. Tolak campur bahagi,nampak gayanya rombongan kami akan sampai lebih kurang 8 ke 8.30 minit malam kalau jalan Ampang tidak sesak dengan kenderaan yang senantiasa memadatkan jalanraya tidak kira hari atau waktu! I hate jalan Ampang!


Dengan hati yang ralat dan tanpa rela,Niki membontoti lenggok Rizal menuruni escalator berdekatan dengan KFC menuju ke parking lot disitu. Haishhhhhhhh... Nasib kau la Niki!


 Sepanjang perjalanan,tidak banyak perkara yang dibualkan antara Niki dan Rizal.Pertama sekali,tak tau apa yang ingin di bualkan. Keduanya,memang not in the mood untuk berbual bicara. Akhirnya,bila Rizal bertanya atau memperkatakan tentang sesuatu,Niki hanya jawap endah tak endah. Malas!


Kereta di parkir berhadapan dengan stesen minyak Petronas yang bersebelahan dengan restoran di Tanjung. Fendi bersama wanita-wanita comel sampai serentak dengan kereta kami. Lalu,masing-masing mengatur langkah menuju restoran yang di cadangkan oleh Fendi.


Niki melilau melihat keadaan dan susun atur meja di restoran tersebut. Setelah berasa semuanya ok dan bersih barulah dibuangnya rasa was-was yang wujud didalam hati. Cepat-cepat Niki meletakkan beg sandangnya ke kerusi sebelah kiri setelah di sebelah kanannya diduduki oleh E. Ini semua gara-gara untuk memastikan Rizal tidak berkesempatan untuk duduk bersebelahan dengan Niki. Padan muka kau!


Rizal kelihatan ralat atau pun dia sudah dapat mengagak yang Niki akan mengambil tindakan sebegitu rupa. Samada suka atau tidak,Rizal segera mengambil tempat di sebelah Sofia yang dari tadi asyik berceloteh. Emmmmm... Happy go lucky girl!


Fendi pula sibuk bergayut bercakap dengan seseorang,terdengar seperti dia memberi arahan bagaimana untuk sampai ke restoran Tanjung. Ish.. siapa pula yang nak join ni? Meng memang tak dapat join kerana balik Ipoh.. Tanya Niki pada dirinya sendiri.


"Fendi,siapa lagi yang nak join kita?" Soal Niki walaupun bukanlah dia peduli sangat siapa yang nak join pun. Cuma dari gaya bercakap dengan arahan tentang jalan macam seseorang yang Niki kenal. Jangan..Jangan..


"Aku ajak Shahrir join kita. lagipun budak tu sangap dok kat rumah je. Macam biasalah,dia bukannya tahu sangat jalan kat KL ni..Tu yang akku bagitahu dia macamana nak sampai ke sini. Kita tengoklah pikul berapa dia akan sampai" Jelas Fendi dengan rat wajah udang disebalik mee. Ada-ada jelah si Fendi ni. Tapi teruja juga aku nak tengok muka Shahrir yang dah beberapa hari aku tak tengok sejak kali terakhir sama-sama naik Genting.


Makanan yang di pesan sudah pun terletak di atas meja,Sambil menjamu selera,Niki tersenyun sendirian. Hatinya sangat berharap dapat menatap wajah kesayangan hatinya. Bestnya Shahrir nak join!!!!!!!!! Jerit Niki didalam hati. Nak mampus kalau aku nak jerit kuat-kuat kat gerai makan??? Hahahhaha...


Rizal tenung wajah Niki yang ceria setelah menerima perkhabaran yang shahrir akan turut serta perjumpaan di restoran Tanjung. Yeaaaayyyyyyyyy!!!


Renungan Rizal semacam stu renungan kecewa. Tapi kenapa pula? Kau bukannya boyfriend aku wei..


Sedang tadi terasa berselera menjamu makanan,terus selera terbantut setelah mengetahui yang Shahrir akan datang sebentar lagi. Terbalik! Selalunya selera akan bertambah jika orang yang kita suka datang tapi tidak pada Niki..

Pinggan yang masih penuh dengan makanan terus ditolak ke tepi.


"Kau dah tak nak makan lagi ke?" Soal Rizal dengan renungan tajam pada makanan yang masih panas itu. Niki hanya menganggukkan kepalanya. 


"Kalau kau nak,makanlah. Sayang kalau tak makan" Kata Niki dengan menolak pinggan kearah Rizal yang baru sahaja selesai makan nasi goreng kampungnya. Segera Rizal menarik pinggan Niki dan makan dengan penuh selera. Terliur Niki melihatnya. Maksudnya tengok Rizal makan dengan penuh selera membuatkan Niki tertelan air liurnya.


Suasana tiba-tiba menjadi meriah dengan lawak spontan masing-masing. Niki saja yang seperti tiada selera untuk menyampuk mengenangkan Shahrir akan tiba sebentar lagi. Gemuruh!

Lebih kurang 10 minit adegan senda gurau Tanjung,Shahrir datang dengan senyuman bagai kambing gatal  melengang lengok mak inang. Tanpa di suruh,terus aje Shahrir mengangkatt beg Niki yang diletakkan di sebelah kiri kerusi. Kemudian diletakkan beg tersebut di atas ribaannya. Niki hanya memandang terkejut. Semua mata memandang kearah Shahrir. namun dia tidak perasan kerana dia semedang blur.


Niki yang tidak mahu sebarang salah paham atau menampakkan sangat rasa teruja di hati segera memint abeg yang diletakkan di ribaan Shahrir.


"Bak sini beg aku tu" Pinta Niki dengan menghulurkan tangannya meminta.


"Ni beg kau ke? Aku ingatkan beg orang lain" Balasnya menyengih namun tidak memberikan apa yang dipinta oleh Niki.


"Yelah.. Beg aku. Ada kau nampak orang lain duduk kat sebelah aku ke tadi?" Soal Niki membalas sengihan Shahrir yang di rasakan manis dari kacamata Niki yang sudah menampakkan perasaan angaunya pada Shahrir. aduh! Manisnya kau senyum budak hitam oi!


"Alah,tanya pun marah ke?" Soal Shahrir seolah-olah merajuk.


"Ish,mana ada aku marah kat kau la.. Kau tanya soalan bodoh,aku bagilah jawapan bodoh!" Balas Niki sekaligus meneguk air fresh orange yang tidak tersa fresh di tekaknya.


"Ooowwh.. Macam tu ek?"


"Emmm.. Macam tulah."


"Korang berdua ni kalau tak bertekak tak sahkan?" Sampuk Fendi yang sedari tadi memerhatikan perbualan kami berdua.


"Biasalah bro,kalau tak bergurau tak best!" Sengih Niki yang masih lagi menghulurkan tangan kiri meminta begnya yang masih di letak di atas ribanya.Reaksi Shahrir pula seakan-akan tidak mahu memberikan apa yang diminta oleh Niki.


"Kalau aku tak nak bagi?"


"Kau pakai jelah beg tu. Sesuai juga dengan muka kau!" Tegas Niki masam dengan gurauan Shahrir tersebut. Tak kelakarlah pula Shahrir oi!


"Nah lah beg kau ni. Nanti ada pula yang menangis tak pasal!" Jawap Sharir tergelak kecil. Merajuk pula minah ni!


"Huh!" Balas Niki.


Fendi bertanya kepada Shahrir samada dia mahu makan ataupun minum. Namun Shahrir membalas dengan berkata yang dia sudah pun makan malam di rumah sebelum keluar lepak bersama kami.

Suasana tak lekang dengan gurauan dari teman-teman yang otak tiga suku. Tak habis-habis meja kami menjadi sasaran mata yang jengkel dengan keriuhan yang tidak putus. Gila!


Sedang yang lain sibuk dengan cerita dan gosip,Shahrir bertanyakan sesuatu yang aku sendiri tidak sangka.


"Niki,dalam album gambar kau aku ada tengok one guy named Kamal. Kau kenal ke dengan dia? Macamana kau kenal dengan dia?"


Dia ni.. Nak kata bodoh,adalah sikit pandai. Dah sah-sah kau nampak aku bergambar dengan mamat tu plus gelak ketawa.. Dah tentulah aku kenal dan dah tentulah dari satu tempat kerja. Pasal,kebanyakkan gambar kami dalam uniform kerja. Adus! Sengal!


"Kamal? yup,aku kenal dengan dia. Satu company but different boutique. Kenapa? " Tanya Niki yang ingin tahu.


"Kamal tu anak sedara aku." Terang shahrir tenang.


"Are you kidding me? Anak sedara kau? Maknanya Kamal lagi tua dari kau lah? Hahahahah.." Gelak Niki yang memandang situasi antara Kamal dan Shahrir terlalu kelakar dari kacamata Niki. mana taknya,Kamal lagi tua dari Shahrir. Kiranya agak awkward bila anak saudara lagi tua dari pak saudara. Tapi nak buat macamanakan.. Dah hukum alamnya begitu.


'Tu lah.." Keluhnya dengan secalit senyuman yang tak ikhlas.


Masing-masing menyandar bagai ular sawa,ada yang mula menunjukkan muka mengantuk. Ada pula yang menunjukkan yang masa untuk pulang sudah tiba. E awal lagi sudah mengingatkan Fendi yang dia harus pulang awal kerana dua orang anak bujangnya sudah berada di rumah kerana bekas suaminya sudah menghantarkan mereka ke rumah keluarga E. Kami semua amat memahami keadaan yang dilalui oleh E.


Sofia turut mahu pulang segera dan tidak lewat dari pukul 11 malam. Itu adalah janji Sofia kepada ibunya. Rizal dan Fendi tiada masalah untuk stay up till whatever time. Niki pula tidak menunjukkan rasa ingin pulang cepat memandangkan esoknya Niki akan bercuti.


"Ok la,semua pun dah kenyang. Kita pun dah lama mengembangkan pungkoq kat sini. So apa kata kita lepak tempat lain atau pun ada siapa-siapa yang nak gerak?" Tanya Rizal dengan wajah yang serius.


"Aku awal-awal tadi dah bagitahu Fendi yang aku kena balik before 11pm. And E kena balik rumah pasal anak-anak dia ada kat rumah and she needs to spend time with them. Jadinya,aku dengan E tak dapat nak lepak dengan korang" Jelas Sofia panjang lebar.


"Since Sofia kena balik awal,aku kenalah hantar makcik ni balik" Sambung Fendi dengan kenyataan Sofia. Mencebik Sofia mendengarkan Fendi memanggilnya makcik.. Heheheheh..


"Kalau dah semuanya pun nak balik,Aku pun nak kena gerak lepas ni. Aku ada janji dengan kawan-kawan aku nak pi lepak minum. Lagipun aku malas nak balik lambat. Bapak aku tu bukannya sihat sangat" Terang Shahrir dengan wajah yang tiada perasaan.


La,dia pun nak balik? Adus,kecewanya akuuuuuuuuuuuuuu! Gumail hati Niki. Dipaksanya diri mengukir senyuman walaupun sebenarnya hati Niki bengkak. Emmmmmmmmmmm...


Masing-masing mengucapkan selamat jalan. Seperti biasa,terpaksalah aku balik dengan si Rizal walaupun tanpa rela!!!!!!! UWAAAAAAAAAAAAAAAA!!