Sunday, May 13, 2012

Seindah Semalam M/S: 09 0759pm 10052012

MUKASURAT SEMBILAN


    Hitam-hitam si manggis manis,
    Beli nun jauh di pekan Samui,
    Kenangan pahit, kenangan manis,
    Bilakah lagi bisa kutemui...


    "Bila saya lihat suasana, susun atur didalam perpustakaan yang tak berubah baik dari buku, rak yang tak pernah berganti dan kerusi meja yang sama,membuatkan saya terasa seperti masih lagi di alam persekolahan bezanya tidak memakai uniform je" Kata Liza separuh berbisik pada kak Norita yang terangguk-angguk mengiyakan kalimah Liza.

    "Liza tak suka dengan keadaan perpustakaan sekolah ni ke?"

    "Bukan macam tu maksud saya,tapi..Perasaan yang saya rasakan di kala ini benar-benar membuatkan hati saya terasa sayu kak. Sayu bila teringatkan kenangan pahit manis bersama kawan-kawan jebon saya" Balas Liza dengan nada mendatar. Ada nada kesayuan yang memberat di hati.

    "Akak faham dengan perasaan Liza tu. Masa akak tinggalkan sekolah ni dulu,akak pun melalui fasa yang sama dengan Liza. Tapi lambat laun perasaan sedih dan rindu pada kenangan hilang sedikit demi sedikit bila kesibukan mula menguasai diri" Gumam kak Norita yang saja menyibukkan diri dengan lambakkan buku-buku yang menghiasi kaunter. Semak!

    Setelah lebih kurang 5 minit,baru Liza menyedari tidak kelihatan pengawas pusat sumber yang selalunya bertugas membantu kerani perpustakaan mengemas dan menyusun semua buku yang di pulangkan pelajar. Mahu pun meletakkan sticker untuk penerimaan buku baru.

    "Hari ini semua pengawas pusat sumber ada mesyuarat di bilik guru bersama guru-guru yang lain berkenaan projek majalah tahunan sekolah" Tiba-tiba kak Norita memberitahu walaupun tidak di tanya oleh Liza. Psychic!

    "Uish, macam tahu-tahu je apa yang ada dalam kepala otak saya!" Terkejut Liza di buatnya

    "Alah, akak dah jadi kerani di perpustakaan ni hampir 3 tahun. Dan selama 3 tahun jugalah akak dah masak cara fikir dan cara Liza bekerja, bak kata orang tua-tua.. sekilas ikan di sungai.. sudahku tahu jantan betina" Gelak kak Norita dengan kenyataannya sendiri. Liza tersenyum besar hampir-hampir mahu ketawa.

    "Fuyoooooh! hebat sungguh. Tak semua orang boleh tahu atau serasi dengan cara saya kak. Hanya seorang dua je yang faham"

    "Majalah tahunan untuk tahun 1995 memang menjadi fenomena. Sebab berjaya keluar dari tradisi tahunan yang sama. Akak tengok pun jadi teruja" Puji kak Norita sambil mengenyitkan matanya kepada Liza yang kemudiannya menaikkan kening kiri seperti Ziana Zain.

    "Tengoklah siapa editornya kak, dah cikgu bagi peluang  galas jawatan, saya buatlah apa yang patut. Kalau tak, asyik-asyik style sama yang sangat old school!"

    "Itu akak setuju. Dari zaman akak, konsep majalah sekolah tak pernah berubah sebab guru yang menerajuinya asyik guru yang sama. Macamana nak ada pembaharuan" Bebel kak Norita mengenai majalah sekolah kami yang tidak pernah lari dari konsep kampung sehinggalah guru baru mengambil alih sidang redaksi majalah sekolah.

    "Sejujur-jujurnya saya sangat berpuashati dengan majalah sekolah untuk tahun 1995. Sekurang-kurangnya saya tinggalkan sekolah dengan satu pencapaian yang bagus untuk diri sendiri dan sekolah" Tutur Liza panjang lebar dengan menghela nafas yang panjang.

    Kak Norita menganggukkan kepala mengiyakan penjelasan Liza.

    "Lepas ni Liza nak kemana pula? Terus balik ke rumah?"

    "Lepas ni saya kena balik rumah tukar baju dan kemudian terus masuk kerja kak. Saya ambil cuti setengah hari je ni" Jelas Liza menjawap soalan kak Norita. Sesekali Liza menguap sambil menyeka airmata yang mengalir di sudut kedua-dua matanya.

    "Ni mesti semalam dating lepas tu balik rumah lambatkan?" Tebak kak Norita yang tersengih melihat Liza menahan kuapan kali kedua.

    "Dating? hahahaha.. boyfriend pun tak ada. Macamana saya nak pergi dating kak oi!" Tergelak besar Liza di buatnya. Hampir semua pelajar yang berada di dalam perpustakaan serentak memandang kearah Liza. Cepat-cepat Liza menutup mulut dengan kedua-dua tangannya. Kak Norita pula mengelengkan kepalanya menyengih lalu meletakkan jari telunjuk kanannya kemulut tanda suruh senyap.

    "Tak akan sampai sekarang ni belum ada boyfriend Liza?" Soalan cepu emas terlontar dari mulut kak Norita. Seperti dia tidak percaya.

    "Kalau ada, dah tentu saya suruh dia temankan datang ke sekolah ni kak oi.. Dah muka ada jerawat subur mana ada orang sudi kat saya. Zaman ni kecantikan yang di pandang lelaki kak.. Walaupun hati baik" Jelas Liza dengan pandangan tepat memandang ke arah rak buku yang kurang tersusun.

    "Tak apalah Liza, InsyaAllah nanti adalah yang sudi jadi pasangan Liza. Siapa yang dapat Liza mesti beruntung!" Usik kak Norita

    Beruntunglah sangat!

    Liza memandang ke arah jam dinding yang menunjukkan 10.30minit pagi. Tudungnya di rapikan agar tiada rambut yang terkeluar dari anak tudungnya. Dibetulkan sekali beg selempang di bahagian kanan yang di rasakan senget. Liza menghulurkan kedua-dua tangannya bersalaman dengan kak Norita.

    "Dah nak gerak ya?"

    "Ya kak, nanti lambat pula saya sampai ke tempat kerja. Ni nak balik rumah isi perut dulu, lepas Zohor baru saya masuk kerja" Terang Liza melangkah ke muka pintu perpustakaan. Senyuman yang mungkin buat kali terakhir untuk kak Norita di lemparkan manis.

    "Apapun, akak ucapkan tahniah buat Liza ya.. Dan terima kasih kerana sudi singgah jumpa akak di perpustakaan ni.. Tak tahulah bila lagi kita dapat berjumpa lagi" Sayu bunyi nada yang di tutur.

    "Terima kasih kak. Eemm.. saya pun tak tahu bila lagi dapat singgah ke sekolah lagi" Balas Liza jujur.

    Langkah di atur, tanpa menoleh ke belakang lagi. Berat rasa hati untuk terus berjalan tanpa menoleh melihat sekolah,namun harus juga aku meneruskan langkah kaki ini. Andai kutoleh, pasti merembes airmata yang terasa murah di kala ini. Benar seperti yang di katakan kak Norita, entah bila  dapat aku jejakkan kaki ke sekolah lagi. Masih adakah kak Norita andai aku ke sekolah lagi? Dapatkah aku menahan akal minda dari tidak menerawang menyelongkar kenangan silam?

    Setiap kali kotak kenangan di bongkar, tiap kali itu jugalah hati ini mula merindui teman-teman, guru-guru serta bauan yang sentiasa mengingkatkan aku pada kesemuanya yang memberikan kehangatan dalam kenangan.

    Pernah satu ketika dulu, apabila terbau daun-daun kering di bakar oleh pekerja DBKL di kawasan rumah serta-merta kenangan di sekolah rendah dan di sekolah menengah menerobos laju ke minda.. Haish..

    Kenangan yang kurindui!