Monday, February 7, 2011

Ada Aku Kesah....!!! 6

Sesi perkenalan antara Niki,Zurimie dan Nadia pun bermula. Zrimie turun Kuala Lumpur dari Penang semata-mata untuk menemani tunang tersayang yang akan bekursus selama 2 minggu. Bermula dari hari Isnin minggu depan. Sesekali Niki menjeling pada Rizal yang tidak malu-malu duduk di sebelahnya walaupun Niki tidak mempelawanya. Ni dok tersengih macam kerang busuk dah macam muka nak mintak penampor!!


"Yang kau dari tadi tersengih ni kenapa?" Soal Niki dengan nada suara menyampah. Niki adalah seorang wanita yang tidak pernah menyembunyikan perasaannya. Tidak kiralah tatkala dia gembira,sedih atau benci  dengan sesuatu ataupun seseorang. Itulah satu-satunya sikap yang sangat jelas di pandangan mata kawan-kawannya.


"Aku sengih pasal kaler baju kita sama. Itu je.." Perlahan saja nada suaranya sambil di perhatikan oleh Zurimie dan Nadia.


"Huh! kalau awal-awal aku tahu kau nak pakai kaler merah ni,mampus aku sanggup pergi beli baju baru wei!!" Jawap Niki dengan nada suara yang tinggi sambil mencebikkan bibirnya yang tercalit warna MAC merah menyala.


"Ya,ya.. Lainkali aku call kau dulu tanya baju kaler apa kau pakai ok.." Perli Rizal pada Niki yang wajahnya mula terasa membahang dengan kata-kata Rizal tadi. Lebeh la pulak mamat neh! Aku sepak karang tak pasal je.. Tapi kalau aku sepak mamat ni,dah tentu-tentu kaki aku patah.. Tengok je la lemak dia yang padat tuuuu... eeeeeiiii!


Selang 30 minit berbual.. Terlihat kelibat Meng,Fendi,kawan lelaki Fendi yang sampai sekarang Niki tidak ingat namanya. Lalu Fendi memperkenalkan kawan lelakinya yang kelihatan malu-malu. Berkulit kuning langsat dan berambut ikal paras bahu. Nampak gayanya,dia lebih pendiam dan berlagak sebagai pemerhati Bangsa-bangsa Bersatu sahaja.


"Sorry guys,aku lambat pasal aku tunggu pak cik ni tadi." Terang Fendi di atas kelewatannya dari waktu yang sepatutnya. Meng pula sedang enak menikmati nasi kandarnya. Patut la hilang tadi, budak ni pi beli makanan! Lapar la tu gamaknya.. eemm..


"Lapar meng? Macam tak makan sehari suntuk!" Usik Niki melihatkan gelagat Meng yang seperti orang kebulur lagaknya.


"Aku laparlah mak beruang dari tengahari tadi sampai sekarang baru aku dapat nasi. Pasal malam tadi balik pukul 3 pagi,petang tadi baru bangun lepas tu terus bersiap datang sini.." Panjang lebar testimoni Meng.. Niki tersenyum sambil matanya memandang Fendi dan teman-temannya.


Ni sah,kes pi yam seng malam tadi.. Fendi dan kawannya ikut serta menjamu selera.Nampak sangat yang masing-masing sedang kelaparan.


Kawan Fendi hanya memesan nescafe suam. Manakala yang lain-lain meneruskan perbualan ringan masing-masing. Zurimie,Nadi dan Rizal sudah pun mengetahui plan untuk ke Ampang Park untuk berkaraoke. Walaupun pada mulanya mereka agak keberatan untuk turut serta,namun setelah di ajak oleh Rizal dan Niki barulah mereka berubah hati.


Sesi berborak sesama sendiri telah pun bermula. Pelbagai perkara di borakkan dari satu cerita ke satu cerita lain. Kesemuanya tiada langsung cerita yang membina minda! Yang paling best,masing-masing berborak sesama sendiri ntah apa cerita pun aku tak tahu.. haih... Poning palo mokcik!


Sedar tak sedar,jam sudah menunjukkan 8.30 minit malam.. Ni bila pula dia orang nak gerak??! nanti tak pasal kena tunggu lama nak dapat giliran bilik karaoke.


"Wei! dah 8.30 ni,pukul berapa nak gerak gi karok?"


"Ok,gi bayar dulu. Aku nak call kawan aku lagi seorang. Dia cakap nak join sekali. Bosan katanya duduk rumah. Lagipun dia baru je turun darat lepas 6 bulan atas kapal" Terang Fendi mengenai kawannya yang akan turut serta berlibur malam itu. Kelihatan Meng sibuk mengutip wang untuk pembayaran di kaunter.


"Siapa kawan kau tu Fendi? Aku kenal tak?" Soal Niki yang ingin tahu.


"Kau tak pernah kenal pun. Nanti kau jumpa dia,kau kenallah.." Jawap Fendi endah tak endah. Langkah nya di atur perlahan sementelah perutnya sudah kenyang melantak nasi kandar. Sebaik sahaja sampai ke ruang masuk Pelita,Fendi menanyakan kereta mana yang ingin Niki naik untuk ke Ampang Park. Memandangkan ada dua kenderaan buat pilihan.


"Aku naik kereta kau je lah Fendi"


"Aku ok je. Tapi hari ni aku tak bawa kereta,aku naik Triton mamat ni hah.. Kau kena panjat sikit ar..pasal tinggi" Terangnya dengan muka yang tersengih bagaikan kerang busuk. Niki menganggukkan kepala sambil mencebikkan bibirnya.


"Ekeleh.. Macamlah tinggi sangat!" Duuuuuuhhh..


Setelah masing-masing menaiki kenderaan. Arah perjalanan di tuju ke tempat yang masing-masing sudah ketahui. Sebaik sampai ke traffic light sebelum membuat pusingan U berdekatan Menara Getah Asli,Fendi menerima panggilan dari telefon bimbitnya.


"Kau ikut je highway KESAS,kalau jem kau ambil Federal Highway. Nanti kau sampai sini,aku bagi direction. Papehal pun kau jangan tanya banyak.. Dah sampai KLCC aku bagitahu kau jalan mana nak ikut" Arah Fendi kepada pemanggil pada corong telefonnya.


"Aku tak fahamlah dengan si Shahrir,jalan laut dialah paling terer sekali. Tapi kalau jalan darat haram sesat!" Ujar Meng sambil tergelak. Sambil melayan rentak lagu disco dengan menggelengkan kepalanya yang sengaja di trim nipis ala navy.


"Kah kah kah!!" Serentak Fendi dan Meng tergelak sakan. Niki hanya sekadar tersengih kerana tidak memahami butir tajuk cerita yang menjadi bahan gurauan mereka berdua.


"Fendi,kau ada suruh Sharir beli GPS tak? Duit banyak,tak akan nak beli GPS pun tak mampu?" Soal Meng yang masih lagi tergelak kecil.


"Si Shahrir tu kalau beli GPS pun kompem sesat juga!" Balas Fendi yang sesekali membetulkan kacamatanya yang melurut kebawah. Walaupun jalan kelihatan sedikit sesak,namun itu semua tidak menjadi masalah buat Fendi untuk menekan minyak seolah-olah dia berada di highway!!


Sebaik sahaja sampai di hadapan Ampang Park kelihatan Waja Rizal sudah pun menunggu kedatangan Triton. Masing-masing memarkirkan kereta di ruangan pejabat bersebelahan dengan Ampang Park. Huh,wajah masing-masing seronok bagaikan mendapat hadiah invinsible!!


Mana tak seronoknya.. Semuanya teringin sangat menunjukkan bakat 'siapa yang dapat menurunkan hujan di malam hari'!


Langkah di atur kemas sebaik sahaja selesai membayar wang parking pada guard yang bertugas di situ. Setiap orang di lihat mengatur langkah seperti perajurit yang sedang melakukan langkah hormat!! Wakakakak...


Sebaik sahaja sampai di pintu lift, terdapat ramai betul umat manusia yang menuju ke arah yang sama untuk berlibur bagi menghabiskan duit memandangkan esoknya hari minggu. Ish.. berapa lama lah aku kena menunggu giliran ni?? Mahu dalam sejam dua ni.. Kembanglah pungkoq aku wei!! Ngomel Niki di dalam hati sambil memaniskan wajahnya buat teman-teman yang sangat teruja.


Meng terus sahaja menuju ke kaunter untuk booking bilik karaoke. Ntah giliran yang ke berapa pun aku tak pasti. Jam di tangan menunjukkkan 8.45 minit malam. Paling-paling pukul 9.30 minit pun belum tentu lagi. haihhh...


"Shahrir,kau dah ada kat mana? Kita orang dah ada kat Karaoke Ampang Park ni" Soal Fendi pada Shahrir yang Niki boleh agak mamat itu masih tercangak-cangak mencari jalan menuju ke tempat yang sepatutnya.


Akhirnya!!! Setelah hampir 45minit menunggu, nama Meng di panggil untuk mendapatkan bilik yang aku sendiri tak ingat bilik number berapa. Tapi yang penting, kami telah pun mendapatkan bilik dan masing-masing dengan segera mencari dan terus mendapatkan tempat duduk sendiri. Niki lebih selesa mendapatkan tempat duduk di bahagian tengah kerana ini memudahkannya untuk mendapat pandangan jelas kaca televisyen yang memaparkan lirik lagu!!! hahahaha.. Itulah motif sebenarnya.... Ya ado!


Sejujur-jujurnya,malam ini adalah kali yang ke tiga Niki berkaraoke sepanjang umur hidupnya! Tipu?! Terpulanglah pada pandangan masing-masing. Yang pastinya,Niki bukanlah seorang wanita sosial apatah lagi suka dengan kehidupan malam.


Dengan tidak kesabaran Fendi dan Meng terus mendapatkan remote untuk membuat pilihan lagu yang ingin dinyanyikan. Apa yang meyakinkan  aku telinga kami dah tentu akan mengalami masalah pendengaran temporary! ngeeeeeeeee....


Satu demi satu lagu di nyanyi dalam masa hampir setengah jam.. Fendi pula asyik keluar masuk untuk memberi arahan yang seterusnya pada Shahrir yang masih belum menampakkan kejayaan untuk menuju ke Ampang Park. Fendi hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil tersenggih.


Errmmm.. Dah hampir satu jam,namun kelibat Shahrir masih juga tidak muncul! Yang aku dook sibuk kenapa pulakan??! Ish.. macam-macamlah kau ni Niki! Kutuk Niki pada diri sendiri..


Sedang Niki leka menyanyikan sebuah lagu Endless Love duet antara Lionel Ritchie dan Diana Ross. Tapi di nyanyikan oleh Niki dan duet dengan si buntal Rizal, kelihatan kelibat manusia yang duduknya berdekatan dengan tempat pilihan lagu. Yang pastinya,Niki tidak mengenali kelibat tersebut. Sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan Fendi memperkenalkan Shahrir kepada semua orang yang hadir. Aku hanya memandang padanya dengan tersenyum.


Errrmmm.. Manis orangnya! Senyum Niki pada Shahrir yang masih blur..