Monday, January 24, 2011

Ada Aku Kesah!!! (Pengenalan)

Truuuut..Truuut.. Truuut!!! aaaaaaarggh.. Missed call la pula. Siapa pula petang-petang call aku kat tempat kerja ni.. Nama pula tak ada dalam senarai contact aku. Lantak kau la. Nanti pandai-pandai la call aku balik. Gumal hati Niki dengan bibir yang di cebikkan.


Selang 2 minit kemudian ,telefon genggam aku berbunyi lagi. Dengan rasa malas Niki menekan punat berbual.


"Hello, Siapa ni?" Soal Niki dengan nada agak kasar ingin tahu.


"Akulah Fendi,ni aku nak ajak kau keluar lepas habis kerja malam ni. Kau tak ada buat apa-apa lepas habis kerjakan?" Soal lelaki yang bernama Fendi di corong telefon yang entah dimana gamaknya




"Laaaaaa.. Hidup lagi engkau!!! Ingatkan dah selamat!" Perli Niki pada kawannya yang sudah hampir setahun tidak mendengar khabar berita. Tup-tup telefon mengajak dia keluar.


"Ish,kau ni kalau tak kenakan aku memang tak bolehkan. Aku saja nak ajak kau keluar sebab lama tak jumpa dengan mak beruang kita orang". Aaaaah.. Mak Beruang satu gelaran yang sudah lama aku tak dengar di cuping telinganya.Ini semua gara-gara Niki suka memanggil sekumpulan kawan-kawannya yang semuanya sihat-sihat belaka dengan nama beruang.. eeeerr..Mereka seperti beruang sihat yang membesar bagai johan! hehehehe..


"Hari ni aku habis kerja pukul 10 malam. Kalau kau nak ambil, tunggu aku kat tempat biasa depan butik Louis Vuitton sharp! tergegeh,aku balik terus" Tegas Niki
 
"Wokeh! kitaorang akan datang tepat pukul 10 malam! Ok mak beruang see u tonight!"


Alamak! lupa pula aku nak tanya kemana nak lepak malam ni. Kalau jauh memang aku malas nak lepak.


Masa berlalu sewaktu bekerja agak kurang terasa kerana melayan kerenah pelanggan yang bermacam ragam sangat melelahkan sehingga kadang-kadang baru nak menyuap makanan,pelanggan dah mula masuk dengan pelbagai pertanyaan yang sengal!


Barangan kedai sudah pun di masukkan ke dalam peti besi di dalam pejabat butik. Niki sudah pun lockedkan pintu safe.,manakala masing-masing sudah pun menyalin pakaian. Sementara menunggu Door Master punch card untuk semua orang yang bekerja. Kelihatan Niki serta rakan-rakan lain sibuk melayan FaceBook ataupun bersms dengan telefon genggam masing-masing.


Bunyi pesanan ringkas dari telefon Niki sudah mula berbunyi..


From: Meng


Mak beruang! kita orang dah sampai.. Nanti kau dah keluar sms kita orang. 


Niki hanya membaca sekali lalu.. Semua sudah pun bersedia untuk pulang. Aku melangkah sambil mendial number telefon Meng.


"Mana kau orang? Aku tak nampak pun?" Ngomel Niki yang sedikit keletihan. Matanya meliar mencari kelibat kereta Fendi.


"Ni hah,kita orang ada kat depan kau la..."Jawab Meng dengan tangan di lambai ke arah Niki. Aku senyum lebar melihatkan teman-teman yang sudah lama tidak aku temui. Hampir 12 bulan mengikut pengiraan Gregorian kalendar.. emmmm..


Semakin hampir aku dengan pintu kereta Satria biru aku semakin pelik kerana melihatkan kelibat orang-orang yang tidak aku kenali di dalam perut kereta. Seorang lelaki yang sangat sehat@gemuk dan seorang anak dara sunti di bahagian tempat duduk belakang. Manakala yang gemuk duduk di bahagian tempat duduk bersebelahan Fendi yang bertindak sebagai pemandu.


Eeeeer.. Sebenarnya memang patut pun yang gemuk itu duduk di bahagian depan,jika dia duduk di bahagian belakang nescaya keadaan akan menjadi bertambah sempit dan tidak seimbang! Hahaahahahaah....


Niki seperti biasa,akan menjadi sukarelawan untuk membecokkan mulut seolah-olah dia sudah kenal lama dengan orang yang baru beberapa saat di kenali. Mereka di perkenalkan oleh Fendi dengan nama Rizal Zaidi manakala anak dara sunti itu sebagai Nuricha Aurora John. Seorang gadis mualaf baru memeluk islam kira-kira 3 tahun yang lalu.


Aku pula di perkenalkan oleh Meng dengan nama mak beruang..


"Aku sepak ko Meng,nama aku Niki laaa.." Tempik Niki dengan lontaran vokal yang nyaring.


"Ni kita nak lepak mana bro?" Soal Niki tatkala suasana kian reda. Sesekali Niki membetulkan anak rambut yang melurut ke alis matanya.


"Cuba kau bagi cadangan,aku tak kisah mana-mana pun boleh. Kalau boleh tak payah kita lepak jauh sangat. dekat Bandar Sri Permaisuri ada tak tempat lepak yang best?" Soal Fendi meminta pendapat Niki yang lebih tahu tentang area yang di maksudkannya.


"Aku cadangkan kita lepak dekat Kopitiam PapaRich sebelah QBistro. Makanan kat situ best juga. Cuma harga ada sikit lebeh la.." Cadang Niki dengan lengok bahasa seperti mamak mapley.


"Aku ok je mak beruang! Meng pun ikut je.. Yang lain-lain aku rasa dia orang tak kisah." Kenyataan Fendi di iakan sahaja oleh Rizal dan Icha.


"A'ah,kami ikut je. Kita orang pun saja je nak melepak. Pasal Fendi yang cadangkan kita orang semua lepak dengan u pasal dah lama dia tak bertemu muka dengan mak beruang dia orang!" Balas Rizal yang menyampuk walaupun tidak di minta pandangan beliau.


 "Bro,aku lebih selesa kalau kita beraku engkau je.. I,u sangat tak sesuwey!" Selamba sahaja Niki menjelaskan tentang penggunaan kata ganti diri yang sesuai dengan karakter beliau.


Fendi memandu dengan kelajuan yang sangat tidak sesuai dengan keadaan jalan yang sedikit sangkut di sekitar Bukit Bintang. Fendi memang di kenali suatu ketika dahulu pada zaman muda remaja sebagai seorang pemandu berani mati di sekitar Taman Tun Dr.Ismail di mana di situlah beliau di besarkan dan menjadi along besar di kawasan tersebut. Ah! siapa tak kenal Fendi.


Niki masih kekal dengan mulut becoknya hinnga hampir tidak kedengaran suara orang lain melainkan suaranya sahaja.


"Budak ni dari tadi tak habis-habis membebel. sakit jiwa aku di buatnya" Gumam Rizal di dalam hati dan beliau hanya mampu diam seribu bahasa.


"Yang kau tiba-tiba hilang lepas itu tiba-tiba muncul je kenapa? Mana kau pergi selama hampir 12 bulan ni?"


"Ala,kau tahulah aku ni kan sentiasa sibuk dengan macam-macam benda yang aku buat. Rumah aku yang kat Taman Tun dah ada buyer. Ni aku masih lagi kena uruskan banyak benda termasuk urusan dengan pihak bank. Ni pun nasib baik pak cik aku yang dato tu tolong aku settlekan dengan bank. Kalau tak,lagi lama lah baru boleh settle" Terang Fendi panjang lebar tentang kehilangan beliau selama 12 bulan tersebut. Tangan Fendi pantas memotong kenderaan yang jaraknya terlalu dekat dengan bontot kereta di hadapan.


"Woit! aku belum nak mati lagi la.. Aku masih nak kahwin lagi wei!" Jerit Niki lantang


""Ala,rileks la.. aku kan cekap memandu kereta? You got to trust me"


Perjalanan sudah sampai ke destinasi yang di tuju. Fendi memakirkan kereta berdekatan dengan Kopitiam PapaRich. Niki keluar dan terus menuju ke meja makan yang masih belum berpenghuni lagi. Aku segera meminta pelayan mengambilkan kerusi lebih memandangkan korum lebih dari kerusi yang ada.


Niki memesan air Milo Dinasaur manakala yang lain meminta air yang biasa di minta di kedai mamak. Dari satu topik ke satu topik niki dan yang lain-lain bualkan hingga melalut kepada kisah yang tidak mahu aku ungkitkan. Namun dah nak dijadikan cerita Niki pun bertanya pada Fendi.


"Zel apa cerita? Senyap macam ok je. Lagipun Zel and Arez dah deleted aku from FB. Aku tak kisah pun dia orang buang aku. Lagipun kau pun dah tahu kisah yang sebenarnya berlaku right?" Soal Niki atas kenyataan yang baru di ungkapkan sebentar tadi. Suasana menjadi hening secara tiba-tiba. Cepat-cepat Fendi memulihkan keadaan dengan cerita yang amat mengejutkan sarafnya.


"By the way,aku lupa nak cakap yang Rizal Zaidi ni cousin Zel"


Niki terkedu sebentar. Ish! nasib baik aku tak mengumpat lebih-lebih. Kalau tak.. Tak pasal-pasal jadi issue panas yang lagi panas dari filem panas!!! fuuuuh.. PANAS! Niki terus tersenggih bagaikan kerang rebus.

Andai Mampu ku Ulang Semula... Sesungguhnya Aku Merindui Zaman Itu

Pagi yang hening dan amat gelap itu benar-benar membangkitkan selera makan aku. Pagi lebih kurang jam 6.15 pagi abah dah mula mengesa aku bersiap cepat. Nampaknya abah ingin menghantar aku dengan menaiki pengangkutan awam yang ketika itu lebih di kenali dengan nama Tong Fong nombor 124. Bas itu kelihatan sedikit uzur dengan keadaan tingkap yang separuhnya boleh di turunkan ke bawah manakala lagi separuh tersangkut! Hehehe...


Bas Tong Fong hanya berhenti bersebelahan dengan Balai Bomba Jalan Pasar Pudu yang berhadapan dengan Pejabat Pos Pasar Pudu. Makanya aku dan abah harus berjalan kaki untuk menuju ke sekolah yang terletak di Jalan Pasar Pudu. Kerana itulah sekolah aku pun di beri nama Sekolah Rendah Jalan Pasar Pudu 2 Kuala Lumpur.


Walaupun nama sekolah aku tidaklah seglamor mana-mana sekolah di Kuala Lumpur,namun sekolah ini telah melahirkan ramai insan-insan yang berkaliber dan yang mampu membanggakan sekolah tersebut! (eeer.. aku tak termasuk dalam senarai kot!) :p


Memang sangat meletihkan apabila pagi-pagi dah buat excercise kaki. Namun di sebabkan abah yang menghantar aku ke sekolah,penat sikit pun aku tak terasa. Sebab aku sayang abah! Abah menghantar aku hingga ke dalam sekolah. Sebelum abah pergi,aku menghulurkan tangan untuk mintak duit! hahahaha.. Abah memberi dalam jumlah yang agak memberangsangkan. Maklumlah pada tahun 80'an dapat seringgit kira dah tahap mewah. Macam-macam boleh beli!


Ku cium tangan abah sambil mengucapkan terima kasih. Abah jarang nak tersenyum bila ada anak-anak senyum pada dia. Abah memang tipikal melayu! Tapi aku tetap sayang pada abah.


Bayang abah kian menjauh,aku melihat keadaan sekeliling sebaik sahaja aku meletakkan beg sekolah di tempat perhimpunan sekolah. Masih sunyi lagi dan tidak ramai pelajar yang kelihatan. Jam sudah menunjukkan jam 6.45 pagi. Keadaan di kala itu amat berbeza dengan zaman sekarang dimana 6.45 pagi hari sudah kian cerah. Sedangkan pada zaman aku waktu seperti itu suasana masih lagi gelap gelita.


Aaaaahh.. Aku menghirup nafas sedalam mungkin bau nasi lemak yang datangnya dari kantin sekolah. Bergegas aku mendapatkan bau tersebut dengan harapan dapat menikmati rasa di kala suasana masih lagi lengang.


"Pak cik! nasi lemak satu saya nak sambal lebih!" Pinta aku sambil kecur air liur pabila melihatkan pak cik kantin meyenduk nasi yang panas berasap sambil bau lemaknya mencucuk hidung yang tidak tersumbat. Itu belum lagi bau itu bercampur dengan timun basah,kacang goreng,ikan bilis dan yang paling penting bau sambal tumis special! Juling mata aku melihatkan sambal tumis membasahi nasi lemak aku.. Yummmmmeh!


Cepat-cepat aku bayar 20sen. Aku memilih tempat duduk yang berdekatan dengan rumput yang di basahi embun pagi. Dah memang menjadi tabiat aku bila saja ingin makan nasi lemak,bahagian itulah yang akan aku cari.. Kerana makan nasi lemak panas sambil menghirup bau rumput segar amat menyelerakan! Orang kata aku pelik,namun itulah yang menaikkan selera bagi budak perempuan yang berumur 8 tahun ketika itu.


Pinggan pertama sudah beres tapi aku beratur sekali lagi kali ini di belakang seorang pelajar lelaki untuk membeli nasi lemak lagi! Hahahahaah.. masa itu aku masih ingat lagi yang aku sangat buruk lantak! Lagipun bukan selalunya aku dapat duit banyak. Setelah puas aku makan nasi lemak enak, aku pun berehat sementara menunggu waktu perhimpunan.


Loceng berbunyi nyaring menandakan perhimpunan bakal bermula. Sewaktu sedang menyanyikan lagu NegaraKu,perut aku mula memulas bagai nak giler. Rasa seperti ingin membuang,tapi aku paranoid dengan toilet sekolah yang sangat busuk di tambahkan lagi dengan lipas yang pada masa itu bermaharajalela di dalam tandas! Aku memang ada tabiat takut nak masuk ke dalam tandas terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah. Itulah satu-satunya masalah yang menyusahkan aku.


Aku tahan rasa sakit perut aku dengan harapan aku tidak perlu mengunjung tandas yang amat aku benci.Kesakitan melarat hingga ke dalam kelas. Tapi aku buat muka selamba seolah-olah macam tiada apa-apa yang berlaku. Kelas bahasa Inggeris telah pun selesai. Disambung pula dengan kelas Bahasa Melayu,inilah kelas yang aku nanti-nantikan kerana guru kesayangan aku mengajar. Nama guru aku adalah Cikgu Ariffin. Sangat garang dan di takuti oleh semua pelajar sekolah dari tahun 1 hinggalah ke tahun 6,semuanya gerun dengan Cikgu Ariffin!


Setelah mengucapkan selamat pada Cikgu arrifin,kami semua di minta berkumpul mengelilingi cikgu kerana cikgu ingin menerangkan sesuatu berkenaan subjek yang ingin di ajar.


'Baiklah semua pelajar mari berkumpul berdekatan dengan cikgu!" Laung cikgu kuat.


"YaAllah! perut aku semakin memulas ni! Matilah aku.. Apapun terjadi aku tetap tak mahu pergi ke tandas" Getus hati aku tatkala itu.


Dalam sibuk cikgu memberi penerangan,terdapat dua orang pelajar lelaki yang sedang leka bercakap seolah-olah merekalah cikgu yang sedang mengajar! Kalau aku tak silap namanya Saiful. Dia ni memang muka macam penyangak selalu kena denda dengan cikgu manakala yang lagi seorang aku tak ingat.


Sedang cikgu sibuk memberi pengajaran,aku semakin sibuk dengan menahan sakit perut dan menahan diri dari terkentut. Aku yakin jika aku terkentut pastinya bau sangat terbaik kerana dah hampir seminggu aku tidak membuang!


Tiba-tiba cikgu Ariffin menjerit...


"Ni siapa yang lepaskan Kemenyan Hantu dalam kelas?"


Kelas menjadi gemuruh dengan pertanyaan dan jeritan pelajar. Ada yang hampir nak termuntah manakala cikgu Ariffin menutup hidung dengan jarinya.


"Baik mengaku siapa yang kentut bau macam setahun tak berak!!!!" Bentak cikgu Ariffin meminta kepastian. Ada sebahagian para pelajar bertanya sesama mereka apa kemenyan hantu? Sebahagiannya menjawap, kemenyan hatu tu bau kentut busuk laaaa....


Aku hanya membatukan diri. Kerana tidak mahu dimarahi oleh guru kesayangan aku. Lalu aku pun buat-buat menoleh seolah-olah mencari siapa yang kentut  busuk itu.


"Kamu! ni mesti kamu yang kentut bau macam telur tembelang!" Jerkah cikgu Ariffin menundingkan jari ke arah Saiful. Budak itu hanya mampu terkebil-kebil apabila di tuduh cikgu.


"Mana ada cikgu. Saya tak kentut busuk macam tu lah cikgu" Pertahan Saiful atas tuduhan yang sememangnya tidak berasas. Namun aku tidak mampu membela Saiful dengan mengaku bau kentut itu datangnya dari aku! nak mati??!

Saiful amat mudah menjadi mangsa keadaan di sebabkan perangai nakal yang suka mengusik dan mencari pasal dengan pelajar yang lain sementelah pula muka Saiful memang package macam penyangak Sarip Dol Kampung Dusun!

Semua pelajar termasuk aku hanya mampu menundukkan wajah dari bertentang dengan kemarahan cikgu Ariffin yang terkenal di sekolah dengan kegarangannya.


"Saiful! kemari kamu. Baik kamu mengaku yang kamu tadi sudah lepaskan kemenyan hantu dalam kelas" Tegas cikgu Ariffin sekali lagi. Namun Saiful mengelengkan kepalanya sambil melangkah ke hadapan cikgu.


"Hulurkan tapak tangan kamu. Zraaaaaap!!" bunyi pembaris kayu panjang mengenai tapak tangan Saiful. Aku dapat melihat bahu Saiful terjungkit menahan libasan pembaris ke tapak tangannya. Aku hanya terdiam seribu bahasa melihatkan budak nakal dalam kelas di pukul atas kesalahan yang tidak di lakukannya.


"Kamu semua duduk. Pening kepala saya dengan bau kemenyan hantu tadi!" 


Saiful ku lihat menahan sakit di tapak tangan,namun sebaik sahaja cikgu Ariffin keluar dari kelas aku dengar dia memberikan amaran kepada semua rakan -rakan di kelas.


"Kalau aku tahu siapa yang kentut tadi dan yang menyebabkan tapak tangan aku kena pukul tanpa sebab,SIAPLAH AKU KERJAKAN ORANG TU!!!!!"


Dalam hati kau.. Sampai mati pun kau tak akan tahu.. Cuma sesekali aku rasa bersalah pada Saiful. Namun dosa sebelum akil baligh tidak di kira yang membuatkan aku boleh bernafas lega. Hhahahahaahahahahah!!!







Persahabatan

Emmmmmm.. Bila saja lidah,minda atau benak kita teringatkan perkataan "Sahabat" pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah kenangan lepas yang tidak akan kembali lagi. Tidak kiralah samada kenangan itu pahit ataupun manis.

Sebagai insan yang mempunyai perasaan,pastinya kita tidak mahu mengingatkan perkara yang menyakitkan hati atau yang meruntun perasaan. Tetapi sebaik mana pun kita cuba menutup ketat balang kenangan untuk tidak mahu mengingatinya namun "kenangan" itu tetap juga ingin menyinggah!!


Tidak kiralah apa jenis kenangan pun yang pastinya jika kenangan itu mengharukan kita berusaha untuk tidak mahu mengintainya.

Namun.. kita tetap tidak dapat lari dari mengingatinya! so cliche!!!!! Bagaimana?? Senang sahaja. Katakan kita mempunyai kawan yang sedang dalam dilema atau mempunyai masalah dengan teman lelaki.. Semakin kita dengar sob story yang di ceritakan,semakin kita rasa ianya seperti beliau sedang menceritakan semula cerita yang pernah kita alami satu ketika dahulu. Dejavu! Cuma watak dan nama dalam cerita tersebut telah di olah dengan cara yang berbeza.


Lagi lama kita mendengar cerita tersebut,semakin panas punggung di buatnya. Disebabkan kita telah mengalaminya terlebih dahulu,makanya kita menganggap bahawa masalah ini sangat mudah di selesaikan semudah yang telah kita tempuhi. Sedangkan hakikatnya kita menangani kisah sedih sendiri lagi teruk dari yang di alami oleh teman kita!!! Heheeheheh..

Sebagai seorang teman yang baik,kita akan cuba menyelesaikan masalah teman kita sebaik mungkin dengan meletakkan diri sendiri dalam watak sedih yang telah di ceritakan oleh teman kita. Seperti kata orang-orang tua, "Ibarat menarik rambut dalam tepung..Rambut tak putus,tepung tak berselerak". Setiap orang ada cara yang tersendiri dalam membantu meringankan beban teman. Namun ada juga yang mengambil kesempatan dengan agenda yang terselindung. Adakah anda bahagia melihatkan keruntuhan sesuatu perhubungan? Emmm.. Tepuk dada tanyalah iman..

Tidak kurang juga yang bertepuk tangan dalam senyap dengan musibah yang yang menimpa kita. Itu belum kira tak menang tangan melayan orang yang mengata belakang kita. Gamaknya kenyang tembolok mereka dapat makan daging saudara sendiri!!!

Ya,itu adalah harga sebuah hakikat yang tidak akan berubah sampai bila-bila masa pun. Cuma apa yang mampu kita buat adalah menadah tanang dengan ikhlas agar suatu hari nanti Allah membuka hati mereka agar berasa lebih sensitif dengan dugaan yang di alami oleh teman-teman yang di timp dugaan dan musibah sebagai ujian dari yang di atas.

Apa yang pasti,dunia ini bulat dan bukannya segi empat,Jadi hari ini hari kita.. esok hari tersebut tetap akan singgah dalam hidup kalian yang suka mentertawakan nasib malang orang lain.. Allah Maha Adil..