Friday, March 29, 2013

Just Me,Myself and I...: Niki's Yummy Kookies: Buat menghilangkan boring di...

Just Me,Myself and I...: Niki's Yummy Kookies: Buat menghilangkan boring di...:     Assalamualaikum dan selamat petang buat pembaca di luar sana.. Dah beberapa hari i tak update cerita baru di blog i ni. Semuanya gara-ga...

Niki's Yummy Kookies: Buat menghilangkan boring di waktu petang

    Assalamualaikum dan selamat petang buat pembaca di luar sana.. Dah beberapa hari i tak update cerita baru di blog i ni. Semuanya gara-gara sibuk dengan 'Ops membakar biskut' Hehehe.. Walaupun hidup kita ni ada 24jam, tapi masih tak mencukupi andai kata kita ni jenis yang sentiasa di timbuni dengan pelbagai tugasan!

    I ni bukan setakat tukang bakar biskut, i juga merangkap isteri, ibu, tukang masak, tukang basuh, tukang jemur kain, tukang lipat kain etc.. kalau nak di senaraikan di sini.. alamatnya memang panjaaaaaang! But that's life.. I enjoying the life i've been through right now!

    Selepas membakar biskut selalunya i akan berehat sebentar bagi melepaskan lelah yang selalunya bermula seawal pagi sebaik sahaja encik suami melangkah keluar bagi mencari rezeki. Keesokan harinya barulah i akan bungkus semua biskut untuk di hantar di sekitar Bandar Seri Permaisuri. So, masa terluang yang ada i akan melakukan aktiviti lain bagi mengisi ruang kosong yang ada.

   I akan menulis cerita mini dalam blog i yang lain.. Mencuba resepi untuk keluarga atau menjahit manik pada baju i.. Disini i ada sisipkan beberapa gambar baju yang telah i jahit. Ini hanya sekadar hobi dan tidak untuk tempahan.


 
 
    Yang ini adalah sepasang baju kelawar dengan warna pink sebagai warna dasar. Dengan jejalur berwarna-warni, Baju ini di beli di Nilai dengan harga RM10.00. Sedangkan di KL, ianya di jual dengan harga RM20 keatas. Memandangkan i ni jenis tak berapa tertarik dengan baju yang 'plain' maka i pun tambahkan manik bersegi 'see through' bersama 'diamante' warna zamrud.
 
 
Beginilah hasilnya!
 
 
    Sepasang lagi baju kelawar yang turut di beli di Nilai dengan harga RM6.90 menjadi mangsa i yang seterusnya... hehehe. Hasilnya boleh di lihat di bawah.. Memang berbaloi membeli di Nilai kerana kebanyakan barang yang sama dengan kualiti yang sama boleh di perolehi dengan mudah di Nilai pada kadar harga yang 'Out of this world'!
 


 
    Kerja menjahit manik memang remeh tapi kalau dah minat semuanya di tolak ke tepi! Bayangkan jarum yang halus dengan lubang jarum yang antara nampak dengan tidak memang menguji kesabaran. Berbakul jugalah kata-kata 'manis' yang keluar.. Hahaha!
 
 
Inilah hasilnya! Berbaloi walaupun sakit mata..
 
    Tapi.. yang paling i suka adalah dress yang di hadiahkan oleh my friend @Wan Shah untuk hari pernikahan i. Yang baru sekarang berkesempatan i tambahkan manik-manik batu. Thanks bro!
 
 
I hanya tambahkan manik pada dasar baju yang bercorak.. Pretty simple to do!
 
 
Tadaaaaaaaaaa! Hasilnya sangat sempoi.. dan ringkas.
 
    Minat yang memang di pupuk sedari kecil menjadi tidak sia-sia bila menginjak usia veteran! Hehehe.. Sekurang-kurangnya dapat mengalas waktu terluang dan dapat memakai baju seakan-akan made by designer. Asalkan u'olls pandai memilih kombinasi color yang sesuai dengan baju.
 
    Itu saja laporan dari Niki's Yummy Kookies sehingga kita bertemu lagi di masa yang akan datang.. "Majulah sukan untuk negara"