Sunday, March 17, 2013

Berkongsi resepi Niki's Yummy Kookies 2

    Assalamualaikum dan selamat tengahari buat teman-teman di luar sana. Confirm masing-masing kekenyangan lepas makan tengahari tadi sambil bersandar di sofa empuk ya.. Hari ini i cuma masak gulai kari ayam kering, yang rupanya seakan-akan rendang. Encik suami suka ayam yang betul-betul empuk yang isinya hampir berderai. Sedangkan untuk diri sendiri, sebenarnya i lebih suka ayam yang tidak berderai.. Eeeemm.. Encik suami punya pasal, ikutkan je laaaaaa..

    Hari Ahad ni sementara menunggu encik suami pulang dari out station di Impiana hotel Cherating, i nak share resepi yang sungguh enak di makan walaupun agak leceh untuk di sediakan. Tapi sangat berbaloi untuk di cuba. So, hari ini i nak share resipi "Chocolate Chip Cinnamon".. Nyummmmmmeh! Di bawah adalah bahan-bahannya:

    Ingredients:

    1 cawan mentega (lembutkan)
    3suku cawan gula halus
    3suku cawan gula perang
    1 sudu teh ekstrak vanilla
    2 biji telur
    2suku cawan tepung serbaguna
    1 sudu teh 'baking soda'
    setengah sudu teh garam
    1 sudu teh serbuk kayu manis
    1 pek adunan pra-campur kek vanilla
    2 cawan cip coklat
    1 cawan kekacang (jika mahu)

    Langkah-langkah membuat:

    1. Panaskan ketuhar ke 350 darjah F (175 darjah C)

    2. Pukul mentega, gula perang, gula halus dan vanilla hingga kembang. Dalam bekas yang lain    campur tepung, baking powder, garam, serbuk kayu manis dan tepung kek vanilla instant. Perlahan-lahan kacau bersama adunan mentega dan tepung. Kacau masuk cip coklat dan kekacang (jika mahu). Cedo dengan sudu teh dan susun atas kertas minyak dengan jarak 2 inci setiap biskut.

    3. Bakar selama 8 hingga 10 minit hingga kuning keemasan. Alih dari ketuhar dan biarkan biskut sejuk seketika di atas loyang dan kemudian alih pula ke rak dawai.

Hasilnya?

Tadaaaaaaaaaaa! inilah hasilnya.. Rasanya? totally awesome! and i suggest u all should try these recipe.. u wont regret..
 

     U all boleh add serbuk koko pada sesiapa yang suka coklat. Or u can add instant cocoa drink any flavour u like contoh: 'Nescafe instant'.. But gotta remember this.. Kurangkan jumlah gula perang dan gula pasir halus bagi menggelakkan biskut dari menjadi terlalu manis.

    So my friends.. i hope u all can try this recipe.. Memang sangat sedap dan merupakan salah satu dari my best seller cookies!

    Hope to see u all soon.. Maybe esok??? Heheheeh...

    Assalamualaikum.. Moga teman-teman sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.. Amiin In Shaa Allah..