Tuesday, February 21, 2012

Naluri 22021012 1121am

Eeemm.. lama juga aku tak view blog sendiri. Apatah lagi nak menaip. Beberapa hari ini hati kecil aku agak tersentap. Sebelum hati ini semakin panas,lebih baik aku panaskan hati orang lain. Memang cara aku agak kasar,tapi kadangkala kekasaran itu perlu dan bergantung pada keadaan. 


Aku lebih suka meluahkan isihati dengan coretan sebab itulah isihati yang benar-benar tulus dari lubuk hati insan kecil seperti aku. Suka atau tidak, aku kena luahkan dan orang lain kena telan. Itulah erti kehidupan yang sebenar.

Aku di lahirkan sebagai seorang wanita yang keras kepala dan keras hati namun masih memiliki hati yang mempunyai perikemanusiaan terhadap makhluk ciptaan Allah. Tetapi acapkali hati ini menerima dugaan yang kadangkala boleh  bersabar.. Kadangkala aku seperti wanita lain yang agak mengikut hawa nafsu. Aku hanya wanita biasa yang tidak bersifat maksum!


Pelbagai dugaan dan ujian telah aku lalui sepanjang 3dekad menumpang di bumi Allah.. Cuma kali ini dugaan yang aku terima membuatkan aku sedar keupayaan diri yang semakin kebal dengan kebodohan manusia. Untuk itu aku bersyukur kepada Allah dengan di kurniakan sekeping hati yang lebih keras dari batu!!

Aku sentiasa mengambil sikap.. Ada aku kesah??!  Hidup dan mati aku bukan bergantung pada manusia,namun kepada Allah semata-mata.


Apa perasaan seorang wanita apabila orang yang di sayangi masih mempunyai hubungan dengan seseorang yang pernah bertakhta di hatinya namun pernah menyakiti hati lelaki yang pernah beria-ia menyayanginya??? Namun kembali lagi setelah lelaki tersebut membina mahligai yang tidak seberapa sempurna..


Pertama kali aku mendengar cerita penuh kejujuran dari suami tercinta,tentang hubungan yang baru terjalin diantara si suami dengan bekas tunangnya, hati ini masih boleh menerima dengan tenang. Namun bila hubungan itu masih di teruskan, apakah maksudnya?? 

Padahal,suatu ketika dahulu.. Si suami ada menyatakan betapa sakitnya hati pabila terasa dirinya seperti di perbodohkan  setelah menyerahkan sepenuh kepercayaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan menerima segala kekurangan bekas tunangnya dengan seadanya. Namun semua itu tidak beerti kepada bekas tunangnya yang sibuk mengejar mimpi di siang hari dengan lelaki lain.


Tapi kenapa sekarang mencari bekas tunang yang dah pun berkahwin?? Apa yang di mahukan?? Marah?? Ya.. Aku marah dan sangat berkecil hati dengan suami yang masih berhubung dengan bekas tunangnya! Aku tak marah hanya pada perempuan tersebut. Aku patut menjerit pada suami yang seolah-olah masih ingin menyulam kasih.. Kalau teringin sangat.. By all means, go ahead! i won't stop you..


In the 1st place.. tak perlu nak melayan kalau hati dah tak ada apa-apa perasaan. Ini aku tujukan buat kedua-duanya sekali.. Mula-mula layan sebagai kawan, lepas tu mengimbau kenangan silam.. end up masing-masing sangkut balik lalu tenggelam dalam duani nafsu yang sementara!


Bila nasi dah jadi bubur.. barulah nak tersedar dari lena nafsu yang panjang.. yang kau dah campakkan berlian dalam genggaman semata-mata mengejar kaca yang bersinar terang.. Well,by then semua dah terlambat!! Hati ini terluka.. Luka yang semakin dalam..