Thursday, May 10, 2012

Seindah Semalam M/S: 08 1200pm 09052012

    MUKASURAT LAPAN



    Ish, terasa bangang pula tercegat macam pak guard di gelanggang badminton sekolah yang berhadapan dengan perpustakaan sekolah. Baru Liza perasan beberapa pelajar sudah mula melemparkan pandangan ingin tahu terhadap seorang perempuan yang berbaju t-shirt dan berseluar jeans lusuh tercegat hampir 5 minit di gelanggang tersebut. Agak-agaknya mesti mereka ingat yang perempuan itu mahu bermain badminton secara berseorangan.. hehe..

    Panjang juga lamunan aku.. Ni sekejap lagi mesti aku mengelamun lagi..

    Dari luar perpustakaan, kelihatan suasana isi dalamnya tetap sama seperti mana-mana perpustakaan di sekolah lain. Senyap dan sunyi, membosankan! Cubalah pasang muzik yang menyedapkan buat halwa telinga. Ni tak, senyap sunyi hanya menggalakkan pelajar tidur atau memulakan sesuatu bagi menghilangkan rasa mengantuk.

    Eeer.. aku cakap macam tu sebab selalunya aku suka memulakan sesuatu agar dapat lari dari rasa kebosanan dengan suasana kaku. Dan selalunya pengakhiran cerita sememangnya tak seronok.. Natijahnya satu kelas akan didenda berdiri di tengah panas terik di tengah gelanggang badminton sehingga habis waktu yang di peruntukkan untuk perpustakaan. WALAUPUN kami di denda, kami tetap bergelak ketawa dan bertepuk tampar.. Memang kelas 5 Cempaka jenis tak makan saman!

    Sepanjang di jemur seperti ikan masin di hari panas terik, beberapa orang guru yang melalui jalan dari gelanggang badminton yang menuju ke kelas yang akan di ajar hanya memandang dan menggelengkan kepala atau ada juga guru yang sengaja memperlekehkan kami dengan meringankan mulut bertanya..Ibarat menjolok sarang tebuanlah jawapnya.

    "Sejuk ke?"

    Seorang pelajar menyahut..

    "Sejuk macam kat London cikgu! cikgu tak nak join sekali ke?" Dengan selamba pelajar yang bernama Siti Sarah menjawap soalan cikgu yang aku sendiri kurang pasti siapa namanya dan apa matapelajaran yang di ajar oleh cikgu itu. Soalan Siti di sambut dengan jelingan maut dari cikgu tersebut. Siti menerima jelinagan maut itu dengan ketawa yang mengekek bagai di sampuk jin tanah. Di galakkan lagi oleh gelak tawa pelajar sengal yang lain.

    Siti Sarah memang terkenal di kalangan semua pelajar dan guru sekolah Putrijaya sebagai seorang pelajar yang bermulut lancang. Baik lancang dari tatabahasa mahu pun lancang dari segi perbuatan. Dalam hatinya langsung tidak ada erti malu ataupun erti takut. Jangan kata di kenali di sekolah sendiri, Siti juga 'Famous Amos' di kenali oleh pelajar sekolah lain baik lelaki mahu pun perempuan. Malahan dia juga pernah bergaduh dengan beberapa pelajar lelaki dari sekolah Cochrane! Memang berani mati itu perempuan..

    Memang tidak ada pelajar lelaki yang berani mencabar atau bergaduh dengan Siti Sarah melainkan jikalau terdesak. Susuk tubuh Siti Sarah besar jika nak di bandingkan dengan kami-kami yang bersaiz kecil dan memiliki ketinggian sederhana. Sedangkan Siti Sarah tinggi, berdada bidang dan tough. Walaupun gemar bercakap lepas, Siti Sarah tetap memberikan sumbangan tenaga dalam menaikkan martabat sekolah kami yang di saluti imej kurang enak di dengar atas sebab sejarah silam.

    Sekolah Putrijaya suatu ketika dahulu dikenali sebagai sekolah brutal dan amat di geruni oleh pelajar sekolah-sekolah lain serta membawa kegusaran para ibubapa yang menerima arahan untuk menyekolahkan anak-anak mereka di situ. Pelbagai versi cerita yang kami dengar dan yang paling tragik kes beberapa pelajar yang membunuh diri dan terdapat pelajar yang terdahulu menjadi pelacur atas desakan hidup. Pantang ada pelajar sekolah lain tersinggung bahu,pasti segerombolan pelajar Putrijaya akan menyerbu dan bergaduh tak kira di mana. Kadang-kadang sanggup repeat di tempat lain.

    Macam-macam ada..

    Tergerak pula hati kecil ini untuk bertanya khabar perihal kawan-kawan yang lain. Namun tidak tahu bagaimana. Zaman era 90an tidak sama dengan tahun yang kita lalui sekarang. Yang ada pada era 90an hanyalah pondok telefon awam atau pun sistem surat menyurat. Tatkala aku sedang mengarap cerita ini,hati kecil yang tak sebesar mana ini amat merindui kawan-kawan sepersekolahan yang entah apa kesudahan cerita hidup mereka..

    "Assalamualaikum kak"

    "Waalaikumusalam"

    Tanpa menoleh salam Liza dijawap lembut. Kak Norita sedang leka meletakkan pelekat pada tulang buku di bahagian bawah.  Perlahan-lahan kak Norita menoleh pandang pada Liza yang berdiri di kaunter pinjaman buku. Liza melemparkan senyuman hingga menampakkan barisan giginya yang cantik.
 
    "Ya Allah! Liza.. Akak ingatkan cikgu!" Gelak kak Norita seraya menghulur jabatan tangan kanannya.

    "Saja je, tengok akak ralit dok buat kerja malas tunjuk muka saya yang berjerawat ni kat depan muka akak. Nanti tak pasal kena heart attack! Heheheh.."

     "Ish, ada ke cakap macam tu kat diri sendiri" Balas kak Norita dengan nada suara gadis pingitan. Ironnically, kak Norita merupakan seorang bekas pelajar sekolah Putrijaya yang bekerja di pusat sumber sekolah aku. Tidak pernah pula aku terdetik untuk bertanya mengapa dia bekerja di bekas sekolahnya hinggalah ke hari ini di saat cerita ini di garap.

    "Keadaan sekolah tak banyak berubah ya kak?"

    "Eeemm.. memang tak banyak yang berubah. Melainkan ada ura-ura bangunan baru nak di bina di bahagian belakang berdekatan dengan padang sekolah. Katanya untuk pejabat sekolah" Jelas kak Norita mengunjukkan tempat yang di sebut dengan hujung bibirnya.

    "Habis tu,pejabat lama nak di buat apa?"

    "Katanya nak di buat penambahan kelas. Kemasukkan pelajar semakin ramai dari tahun ke tahun. Mungkin sebab tu bangunan baru akan di bina"

    "Oooo.." Mata Liza meliar memandang keseluruhan bilik perpustakaan yang suatu ketika menjadi kubu pelarian baginya yang malas untuk ke kelas yang membosankan seperti kelas bahasa melayu. Disitu jugalah dia banyak belajar bagaimana hendak gunakan mesin taip apabila terpaksa membuat laporan setiap kali meeting.

    "Perpustakaan sekolah pun tak banyak berubah ya kak?"

   "Untuk tahun ni memang tak banyak yang berubah. Tahun depan tak tahulah pulakan?" Ujar kak Norita sambil mengangkat kedua-dua bahunya.

    "Eh, Liza datang sekolah sebenarnya ada apa? tak akan semata-mata nak tengok sekolah ataupun nak tengok akakkan?" Soalnya yang tiba-tiba tersedar yang Liza sepatutnya seperti mana-mana pelajar lama yang apabila sudah keluar dari sekolah setelah SPM tidak akan sekali-kali menginjakkan kakinya ke sekolah semula.

    "Saya datang ni sebab nak ambil kertas ni hah.." Balas Liza dengan mengibas kepingan kertas keputusan SPMnya.

    Dengan perasaan teruja kak Norita menanyakan keputusan yang Liza perolehi.

    "Lulus?" Soalnya sambil membeliakkan matanya yang sudah sedia bulat.

    "Alhamdulilah, saya lulus kak"

    "So? nak sambung belajar ambil subjek apa? Lukisan?" Soal kak Norita penuh keterujaan.

    "Entahlah kak, Nak kena bincang dengan ayah saya dulu. Kalau ada rezeki, dapatlah saya sambung belajar" Balas Liza dengan suara yang mendatar. Tanganya membelek beberapa buah buku yang terletak di atas kaunter.