Monday, March 7, 2011

Ada Aku Kesah....!!! 10

Sementara yang lain masih sibuk dengan kerja membaik pulih kereta,Niki pula menyibukkan diri mengambil gambar keadaan sekeliling. Itulah hobi Niki.Gambar gelagat manusia,binatang serta permandangan diambil secara spontan.. Dari situ,dia akan mengolah menjadi sebuah cerita ataupun bahan lawak dan kemudiannya di upload ke dalam blognya.


Bukan itu saja,tujuan gambar rakan-rakannya dirakamkan tidak lain dan tidak bukan kerana hanya gambar yang bisa di jadikan penyambung kenangan andaikata ada rakan yang semakin jauh atau pun meninggal. Niki memiliki sekeping hati yang mudah tersentuh dan kadangkala sangat rapuh tatkala hatinya dirundung sedih. Nampak seperti seorang wanita yang brutal,namun hakikatnya tak lah seperti yang di paparkan pada luarannya. Hampeh!!


Fendi seperti sedang memperkatakan sesuatu kepada kawannya sewaktu menonggeng melihatkan enjin Triton.. Niki pula setelah puas memetik gambar,terus sahaja dia mengambil tempat bersebelahan dengan Shahrir di anak tangga yang disediakan di situ. Seketika Niki merasakan degupan jantungnya berdegup kencang seperti baru saja membuat larian 100 meter! Niki cuba membuat seperti tiada perasaan gelabah, namun dia terasa janggal sekali. Lidahnya menjadi kelu untuk memulakan perbualan. That so not Niki!


"Kau sebenarnya kerja apa Niki?" Soal Shahrir dengan matanya tertacap pada gelagat Fendi dan temannya yang masih belum selesai dengan tugasnya.


"Aku? Aku kerja cleaner kat KLCC. Toilet supervisor" Jawap Niki selamba sekilas itu dia memandang wajah Shahrir yang turut memandang kearahnya. Dua-dua tersenyum kelakar.


"Kau pula kerja apa? dengar tadi macam kerja atas kapal je?" Soal Niki pula mengenai pekerjaan Shahrir. niki membelek kemera sambil melihat semula gambar-gambar yang diambil sepanjang bersama kawan-kawannya tadi. Sesekali Shahrir turut sama menumpang tengok gambar-gambar yang ada. Wajah Shahrir terasa dekat dengan wajah Niki. Ini menaikkan degupan jantung Niki hingga ke tahap yang tertinggi!


"A'ah,aku kerja atas kapal. Ini je kerja yang aku tau buat. Dah masa sekolah dulu malas nak belajar" Jawapnye dengan muka bersalah lalu tangannya diraup ke mukanya seakan kepenatan. Satu keluhan kecil di lepaskan.


"Alah,ok la tu. Janji kerja!" Balas Niki yang mula terasa suasana ketika itu kelihatan janggal.


"Aku bukan apa,kalau boleh nak cari kerja atas darat. Senang sikit nak jaga ayah dengan emak aku yang dah tua." Keluh Sharir dengan matanya tertancap pada Fendi yang masih lagi belum selesai dengan urusan membaiki keretanya.


"Aku pula kalau boleh tak mahu kerja langsung! Kalau boleh nak duduk rumah jaga anak-anak aku. Dah letih nak bekerja. Tapi nak buat macamana? Jadi ibu tunggal nak tak nak aku kena kerja juga. Lagipun,aku seorang yang tanggung anak-anak aku." Niki melepaskan satu keluhan y berat yang terpikul di bahunya.


Sebaik sahaja Niki melepaskan keluhan hatinya,Shahrir dengan pantas menyapu punggungnya lalu berjalan mendekati Fendi yang sudah hampir selesai dengan urusannya.


Emmm.. Mungkin Shahrir tidak berminat untuk mendengar cerita aku. Tapi ada aku kesah???! Aku bercerita bukan untuk meminta simpati. Simpang malaikat empat puluh empat! Kalau simpati yang aku minta,dah lama aku tadah tangan dan dah lama juga aku hidup senang. Aku bukan jenis sebegitu! Bisik hati Niki yang terasa dengan tingkah laku Shahrir yang tiba-tiba bangkit seolah-olah tidak berminat untuk mendengar ceritanya.


Niki terus menuju ke arah kereta Shahrir dimana Meng sedang enak diulit mimpi menuju China!


Baru sahaja Niki berniat ingin mengejutkan Meng,terdengar laungan Fendi yang mengumumkan keretanya sudah siap dan perjalanan akan diteruskan menuju ke puncak bukit Genting. Meng terus sahaja bangun tanpa perlu dikejutkan.


Cepat-cepat Meng membetulkan tempat duduknya. Tiada sebarang kata-kata sepanjaang pemanduan.  Jarak yang tidak terlalu jauh membuatkan kami sampai ke puncak First World hotel dengan pantas lalu terus memarkir kereta di tempat kami ke toilet tadi.


Sebaik sahaja kami keluar dari perut kereta,masing-masing memeluk tubuh menahan kesejukan yang benar-benar terasa hingga ke tulang hitam!


"Sejuk giler wei!" Jerit Niki kepada yang lain.


"Ni la baru besh! Kalau kau nak tahu,dulu lagi sejuk kalau nak dibandingkan dengan sekarang!" Jerit Fendi pula melawan bunyi deruan angin yang menyebabkan kami terpaksa bercakap dengan kuat.


"Tu dulu bro! Ni kita nak pi mana dulu?" Soal Niki sambil matanya memandang sekeliling. Tiada sebarang aktiviti yang dapt di lihat oleh matanya. Yang ada,cume manusia-manusia seperti mereka hanya membuang masa dengan minuman keras dengan ketawa berdekah-dekah bagai nak keluar anak tekak sekor-sekor!


Melihatkan keadaan keliling yang kurang menyenangkan mata yang memandang Niki cepat-cepat berjalan bersaing dengan Shahrir,Sarah,Meng,Fendi dan kawannya. Malaun-malaun yang duduk bersembang sebentar tadi tiba-tiba senyap dan mata mereka memandang kearah kami yang waras dan tidak seperti mereka.

Destinasi pertama ditengah pagi buta adalah meninjau keadaan didalam First World hotel. Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki,kelihatan beberapa orang yang masih melilau di dalam area yang kebanyakkannya sudah pun ditutup dan suasana amat lengang tanpa sebarang aktiviti.


"Fendi,kita buat apa kat sini?" Soal shahrir yang tertoleh kiri dan kanan.


"Kita buat bodoh je." Balas Fendi acuh tak acuh dan Meng menyambutnya dengan deraian tawa dan Niki pula tersenyum sinis. Sesuwey dengan muka kau!


"Shahrir,dah tentu lah kita jalan-jalan je.Kan kedai semua dah tutup!" Jawap Meng sambil memandang pada wajah shahrir yang sangat blur...


"Baiklah encik!" BalasShahrir menyengeh


Pagi yang gelap cuaca yang dingin,terasa sangat nyaman membuatkan mata ini menjadi kuyu. sedang enak melayan perasaan,ada pula yang tiba-tiba potong stim.


"Guys,aku nak pi toilet nak terkucil!" Jerit Fendi lalu diikuti oleh Sarah dan kawannya.


"Wei,aku nak hisap rokok kat luar sat" Ujar Niki dengan tangannya di seluk kedalam beg besarnya untuk mendapatkan rokok Salem yang tersorok jauh didalm beg yang sarat dengan pelbagai sampah sarap.


"Aku nak join kau!" Balas Meng dengan dibontoti oleh Shahrir. Deruan angin yang kuat,menyebabkan kesukaran untuk menyalakan api. Lalu Niki meminta bantuan Shahrir untuk menghadang angin dengan badannya. Shahrir terpaksa dalam rela untuk merapatkan tubuhnya kearah Niki. Tiba-tiba kesejukkan tidak lagi terasa. Kepanasan pula yang meruap kewajah Niki. Haih!

Tiba-tiba kemera diketik oleh Meng,maka gambar itu menjadi satu kenangan yang terindah sehinggalah sekarang.


Kegilaan bergambar membuatkan aku dan teman-teman yang lain menyibukkan diri dengan bergambar di berbagai tempat untuk di buat kenangan dan bahan ejekkan!


Dari satu tempat ke satu tempat kami jelajah hingga satu tahap kepenatan amat terasa. Untuk menhilangkan lelah,kami diarah ke sebuah restoran mamak yang katanya terletak di parking lot berdekatan dengan First World hotel. Niki yang tidak tahu dimana letak duduknya restoran tersebut hanya mengikut sahaja arahan tersebut. Sementelah kumpulan kami telah berpecah dua gara-gara megikut laluan yang salah dengan kumpulan Fendi!


Dah la ikut pula Shahrir,kompem lagi sesat. Setelah hampir 20minit kami sesat,akhirnya baru ketemu jalan ke tempat yang diarahkan. Namun nak dijadikan cerita,sampai sahaja di parking lot yang dimaksudkan,kami sesat lagi! Uwaaaaaaaa...


Sekali lagi kami melilau dan mengahbiskan lagi 15minit untuk mencari parking area yang betul untuk menuju ke restoran mamak yang di maksudkan. Peluh sudah mula membasahi dahi masing-masing. Kaki pula sedah semakin sengal akibat mengukur jalan di puncak Genting. Ikutkan hati,dah tak larat lagi untuk meneruskan pencarian restoran tersebut. Namun baru sahaja ingin berputus asa,kami berjaya menemui restoran yang dimaksudkan!


Kelihatan teman-teman yang lain sudah pun menunggu kami di depan restoran yang penuh dengan kelibat manusia yang aku pun tak pasti dari mana datangnya. Sehinggakan kami tidak mendapati satu pun tempat duduk yang kosong di bahagian luar. Jadi,suka atau tidak kami terpaksa duduk di bahagian dalam restoran yang dipenuhi dengan pekerja-pekerja hotel.


Masing -masing makan dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi. Mananya tak berselera,makanan panas ditambah pula dengan suasana sejuk jadinya meriah!


Sesekali pandangan Niki dan Shahrir bertembung membuatkan masing-masing hanya tersenyum janggal. Niki suka dengan cara Shahrir melayannya. Terutamanya ketika Shahrir bertanyakan apa yang ingin dimakan dan diminum. Kami duduk berhadapan antara satu sama lain. Meja kami meja yang paling bising dengan lawak bodoh secara spontan.


"Ni nanti balik,siapa nak ikut siapa?" Soal Fendi setelah gegak gempita telah reda. Tangan Fendi galak menguis sisa makanan dari celah giginya.


"Aku tak kisah nak ikut siapa-siapa pun" Pantas Meng menjawap.


"Aku tanya bukan apa,pasal aku nak kena hantar Sarah kat Sungai Buluh lepas tu terus ke Taman Tun. Aku tak akan nak patah balik pergi Cheras.So aku cadangkan seorang kena hantar Niki balik Cheras. And aku cadangkan Shahrir kau hantar Niki balik." Ujar Fendi yang merupakan arahan yang perlu dipatuhi Shahrir.


"Aku boleh je nak hantar Niki balik,tapi aku tak tahu jalan. Macam biasalah kan.. Jadinya,Meng kena follow aku hantar Niki balik" Balas shahrir diatas kertas cadangan Fendi.


Seraya itu,Fendi dan Meng menganggukan kepala masing-masing.


Selesai membuat pembayaran,masing-masing menuju ke tempat kereta di parkirkan. Sebaik sahaja punggung diletak,Niki terus melelapkan matanya. Kepala pula asyik terhantuk pada cermin kereta sewaktu selekoh yang berbelok-belok. Ketika sedang tidur-tidur ayam,Shahrir menoleh ke belakang.


"Niki,kau baring je. Nanti sakit leher kau" Ucap Shahrir sebagai tanda perihatin.

Lalu bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal,Niki melunjurkan kakinya dan merebahkan badannya dengan satu kepuasan yang tidak terhingga. Dapt tidur baring lagi bermakna dari tidur duduk!


"Oh,ok. Thank you" Balas Niki sambil mata dipejamkan.


Untuk dijadikan cerita,rupa-rupanya Fendi and the gang mengekori kami sehingga ke Cheras dan tidak seperti plan yang asal. Baik hati sungguh kawan-kawan aku ni...


Sampai sahaja di hadapan rumah Niki,mereka saling bersalaman dan mengucapkan selamat jalan pada teman-teman yang lain..


"Selamat malam Niki!" Jerit Fendi dengan hilai tawa yang turut diikuti oleh yang lain-lain. Masih terasa keseronokan dan kesejukkan yang dibawa dari Genting! Niki tersenyum girang.


Malam kejadahnya! dah pukul 6 pagi kot! Bengong... Gerutu Niki didalam hatinya.