Wednesday, May 9, 2012

Seindah Semalam M/S: 07 0314pm 06052012

    MUKASURAT TUJUH


    Kadang-kadang kita tidak dapat menjangkau minda kita sendiri. Hanya dalam beberapa minit, minda kita mampu mengimbas semula kenangan yang bertahun-tahun bersarang dan berkeladak di bawah minda separa sedar. Dan bila minda mula meracau dalam imbauan,kita terasa seolah-olah kenangan yang di imbau seperti tayangan filem yang berjam-jam lamanya di papar. Tetapi hakikat sebenarnya, cuma beberapa minit saja filem itu di tayangkan di minda. Eeeemm.. rindunya aku dengan kenangan bersama rakan-rakan sekolah!

    Aku rindukan kamu.. kamu.. dan kamu semua!!! Jerit hati Liza yang sarat dengan kerinduan pada satu zaman yang tak mungkin akan berundur semula. 

    Selepas ini, aku nak singgah pula ke perpustakaan sekolah dan berjumpa dengan kak Norita yang bekerja sebagai kerani di pusat sumber sekolah. Harap-harap dia masih lagi bekerja di sini. Aku pula, sebenarnya sangat rindukan suasana perpustakaan yang taklah sesenyap mana seperti yang tertera pada kertas yang di tampal di muka pintu kanan perpustakaan "PARA PELAJAR DI MINTA SENYAP APABILA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN SEKOLAH". Ya adooooo.. Tipu je tu!! hehehe..

    Dari ruang dataran perhimpunan pelajar, Liza menonong menuju ke arah perpustakaan yang terletak di antara dua anak tangga yang menghubungkan antara kelas pelajar tingkatan dua dan kelas lukisan Cikgu Leong.Oh.. Cikgu Leong merupakan satu-satunya Cikgu yang mempunyai bilik merangkap pejabat hanya untuk dirinya sendiri.Para pelajar yang tidak mengenali Cikgu Leong dengan secara dekat akan merasakan seperti Cikgu Leong sengaja menyisihkan dirinya dari guru-guru yang lain. Di di pejabat itulah dia makan dan minum dari bekal yang di bawa beliau setiap hari. Cikgu Leong jarang di lihat bersama dengan guru-guru yang lain melainkan ada perjumpaan di antara guru-guru.

    Pernah pada suatu hari tu aku di arahkan ke biliknya sebaik sahaja kelas lukisan tamat..

    "Liza lepas habis kelas lukisan, saya nak kamu ke bilik saya" Arah Cikgu Leong berselang dengan nada seperti Adolf Hitler di sulam pula dengan pandangan mata separuh ke bawah di antara kacamatanya yang melurut ke paras hidungnya.

    Apa pula yang orang tua ni nak? Aku ada buat salah ke? Ish.. Ni yang tak best!

    "Wei,Liza apa yang cikgu nak hah?" Soal Haryani dengan melepaskan satu tepukan spontan di bahunya.

    "Kau ni.. Buat aku terperanjatlah! Mana aku tahu apa yang cikgu nak. Ni kejap lagi aku nak pergi mengadap cikgu. Kalau cikgu Kuprum tanya pasal aku kau cakap aku kena jumpa cikgu Leong okey?"

    "Okey!" Sahut Haryani dari barisan pelajar 5 Cempaka yang berjalan menuju ke kelas yang terletak berhadapan dengan kelas lukisan. Kelas kami pula letaknya di tingkat 4, itu yang menyebabkan kami selalunya malas untuk turun naik dari kelas melainkan pada waktu rehat. Dari jarak beberapa meter dari luar bilik Cikgu Leong aku dapat melihat pergerakan malas dari rakan-rakan sekelas yang kebanyakkannya comel-comel dan jenis kanak-kanak membesar bagai johan.. Heheh.. Selalunya, masa yang mereka ambil untuk sampai ke kelas paling kurang dalam 15 minit!

    Mana taknya ambil masa kalau sambil naik.. mulut pun berjalan sama. Siap bertepuk tampar..  Lepas tu, jalan terhegeh-hegeh macam itik pulang petang ke kelas.

    Liza memerhati dengan menguntumkan senyuman sambil menggelengkan kepala. Pandangannya beralih ke muka pintu bilik Cikgu Leong. Tangan kanannya mengetuk daun pintu bilik. Hatinya sedikit berdebar menantikan jawapan dari dalam bilik cikgu.

    "MASUK!"

    "Tadi cikgu suruh saya jumpa selepas kelas" Jelas Liza perlahan

    "Ya, saya tahu. Ni cikgu nak minta tolong dari kamu" Jawap Cikgu Leong sambil melepaskan kepulan asap pekat dari mulut dan corong dua lubang hidungnya yang semulajadi kembang tanpa sebarang suntikan botox.

    "Pertolongan apa cikgu?" Soal Liza jujur dengan pandangan kurang percaya melihatkan kepulan aap tersebut. Mana tak melopong,era 90-an perempuan yang menghisap rokok selalunya di pandang serong. Ada yang mengelarkan mereka sebagai perempuan pelacur, jalang, mak ayam dan macam-macam lagi panggilan yang kurang enak di dengar dek corong telinga.

    Sekarang baru aku tahu mengapa dan kenapa cikgu Leong mengasingkan dirinya dari bergaul bersama-sama guru-guru yang lain. Nah..ternyata jawapannya ada di depan mata Liza sendiri. Cikgu Leong menyedut dalam-dalam rokoknya yang cuma tinggal suku lagi. Semakin berkepul jugalah asap yang meluru keluar dari paru-paru cikgu. Liza hanya tercongok menunggu arahan yang seterusnya.

    "Cikgu nak kamu minta air panas dari makcik kantin" Pinta cikgu Leong dengan menghulurkan bekas termos besinya yang sederhana besar. Liza memerhatikan sekeliling bilik cikgu Leong yang saiznya hanya muat untuk dua orang dewasa. Di atas meja, berselerak dengan kertas lukisan para pelajar. Di sebelah kanan cikgu kelihatan bekal makanan yang di bawa oleh beliau. Mungkin air panas yang di minta, adalah untuk beliau minum bersama uncang teh yang telah siap sedia di letakkan atas bekal makanannya.

    "Mintak aje cikgu? Tak ada bayaran?"

    "Mintak saja, cakap Cikgu Leong yang nak" Jawapnya tanpa memandang ke arah Liza. Bekal makanannya di buka. Bau sedikit semerbak bercampur sedikit hanyir menyucuk lubang hidung Liza yang sudah mula kembang kempis.

    "Saya pergi dulu Cikgu" Ujar Liza yang tidak tahan dengan bau bekal Cikgu Leong. Sebelum aku termuntah, lebih baik aku angkat kaki. Di pulasnya tombol pintu bilik Cikgu Leong dengan pantas. Langkahnya menjadi separuh berlari. Cepat aku ambil air panas orangtua ni, lagi cepat aku masuk kelas.

    "Hey, kamu Liza. Ni kenapa tak masuk kelas lagi ni?" Soal Cikgu Kuprum yang mengajar kelas Bahasa Malaysia merangkap guru kelas 5 Cempaka. Eleh.. cikgu tu lagi teruk. Sepatutnya mengajar kelas 5 Cempaka jam 10.30 pagi tapi jam sekarang dah pukul 11 pagi. Ni mesti kes curi tulang seperti selalu. Lepas tu, masuk kelas suruh semua pelajar buka mukasurat dari buku teks Bahasa Malaysia dan suruh kami baca. Tak sampai 10 minit, cikgu dah bantai tidur kat meja depan.. Haish!

    "Bukan tak nak masuk kelas cikgu. Tapi Cikgu Leong minta tolong saya ambilkan air panas untuk dia. Selesai nanti saya masuklah kelas cikgu" Jawap Liza seraya mengatur semula langkah menuju ke arah kantin sekolah. Liza menoleh ke belakang, dia dapat melihat Cikgu Kuprum mengeleng-gelengkan kepalanya. Lantaklah cikgu!

    Termos yang sudah terisi dengan air panas dari kantin di pegang kejap sambil berlari-lari anak menuju ke bilik Cikgu Leong. Tudung putih sekolahnya bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut hayunan rentak kakinya. Terasa seperti berlari dalam iklan yang berlatarbelakangkan gigi pasir di tepian pantai sambil melayan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. Heheheh.. Sengal! Bau asap sampah bersama rumput kering yang di bakar adalah..

    "Cikgu, air panas yang cikgu minta" Hulur Liza kepada Cikgu Leong yang sedang menikmati makanannya. Huluran termos di sambut . Dari mulutnya yang berminyak, Cikgu Leong mengucapkan terima kasih. Liza tersenyum sumbing.

     Ya ampun.. Gelinya aku!

    "ok cikgu, saya nak masuk kelas dulu"

Seindah Semalam M/S: 06 0928pm 03052012

   MUKASURAT ENAM


    Sekeping kertas yang membuatkan aku berasa seperti menerima hadiah yang tidak ternilai sudah berada di dalam genggaman tangan. Makanya aku tak tahu sama ada hendak menangis atau sebaliknya. Menangis sebab gembira, ketawa sebab sedih. Gilakan??

    Eeemm.. Sementelah dah berada di dalam kawasan sekolah dan masa pun masih awal lagi, Liza mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sekeliling sekolah. Dia ingin melawat kantin yang menyimpan sebahagian kenangan pahit dan manis sepanjang 5 tahun bergelar pelajar. Selepas kantin, Liza berhajat ingin melawat Pusat Sumber yang sentiasa menjadi tempat persembunyian untuk dia melarikan diri dari guru yang kadangkala menjengkelkan hatinya.

    Dalam tempoh beberapa bulan sudah nampak beberapa perubahan ketara di kawasan kantin. Dindingnya yang selalu kotor dan sering di penuhi lukisan tangan bak lukisan mural di dinding Penjara Pudu sudah kelihatan bersih dan di penuhi dengan lukisan yang lebih menarik dengan pemilihan warna yang menyejukkan mata yang memandang. Ni mesti idea cikgu Leong! dia adalah satu-satunya guru seni lukis yang garang namun berkaliber.

    Cikgu Leong untuk pengetahuan kalian, amat di benci oleh semua pelajar yang terpaksa mengambil kelas seni di bawah bimbingan beliau. Memang agak cliche kerana di mana-mana pun kita belajar, pasti ada seorang guru yang menjadi kebenciaan pelajar. Betul tak? Ya,betuuuuul!

    Sebenarnya, belajar di bawah cikgu Leong tidaklah menyesakkan jiwa. Asalkan semua arahan dan kerja rumah dapat di selesaikan mengikut tempoh yang di berikan dah tentu dia tak marah. Ni nak tunjuk keras kepala dah tentu free je kena maki hamun dengan beliau yang sangat panas baran.

    Cikgu Leong merupakan guru yang paling lama berkhidmat di sekolah Perempuan Putrijaya. Dek kerana kelebihan itulah yang membuatkan beliau seperti kebal dengan aduan pelajar kepada guru-guru lain. Kadang-kadang terasa sperti dia membuat sekolah itu seperti bapa dia yang punya! Bagi aku? aku tak kisah sebab aku tak pernah mendapat atau pun memberi masalah kepada beliau. Malahan sentiasa mendapat pujian di atas hasil seni yang aku buat.

    Dia jugalah yang mencungkil bakat seni dari dalam diri aku. Aku amat berterima kasih atas galakkan beliau yang tidak pernah jemu. Kalau tidak kerana beliau, mungkin aku tidak tahu yang aku sebenarnya berbakat dalam seni. Kerana galakan beliau jugalah aku menjadi satu-satunya anak melayu yang mendapat tempat ke 11 dalam pertandingan senilukis yang sering di monopoli oleh bangsa cina. Walaupun aku tidak menang, tapi aku menang dengan ucapan tahniah dari guru-guru dan pelajar. Di saat itu, aku benar-benar terharu.

    "Tahniah Liza, kamu berjaya mendapat tempat yang ke 11 walau tidak yang pertama. Kamu perlu berusaha lebih lagi" Tegur Cikgu Leong dengan tepukan yang agak kuat di atas bahu kanannya yang berdiri di belakang Liza yang sedari tadi ralit melihat lukisannya yang di tampal di papan kenyataan sekolah bersama 20 lagi lukisan yang terpilih. Tidak terjangkau dek mindanya yang lukisannya akan di tampal dan di lihat oleh para pelajar di sekolahnya.

    Yang menambahkan ketidakpercayaan Liza adalah pada hari dia bertungkus lumus hendak menyiapkan lukisannya dari siang sampai kemalam, abah telah secara tidak sengaja menitiskan peluh ais dari cawannya tatkala ingin melihat hasil lukisannya yang sudah hampir siap dengan lebih dekat. Liza memarahi ayahnya sambil memandang ke arah jam yang telah menunjukkan hampir ke 12malam.

    "Apa ni bah, lukisan orang dah nak siap abah kasi tumpahkan air. Ni nak kena touch up balik. Pukul berapa pula orang nak tidur? Lukisan ni untuk pertandingan. Bukannya kerja rumah. Esok orang dah nak kena hantar!" Marah Liza dengan airmata mula bergenang di tubir matanya.

    "Abah tak sengaja. Nak abah tolong color ke?" Usik abah dengan nada bersalah dan intonasi cuba bergurau. Di kala ini, lawak abah langsung tak terasa kelakar.Lagi membakar hati adalah.. Abah tahu yang abah tak mampu untuk melakukan apa-apa untuk membaiki lukisan tersebut. Namun rasa bersalah terpancar jelas di air muka abah.

    Liza menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin, kedua-dua matanya di pejamkan  lalu melepaskan helaan nafas yang terasa berat di dada. Otak pula ligat mencari jalan penyelesaian.

    Ni macamana aku nak cover warna yang dah semakin kembang plus aku nak kena ingat balik campuran warna untuk mendapatkan color yang sama.. Aduh! masaklah aku macam ni..

    Aku mesti kena siapkan malam ini juga. Esok dah tarikh akhir penghantaran lukisan, aku kena fikirkan bagaimana nak touch up lukisan ini supaya kecacatan yang ada tidak nampak ketara.

    Mengenangkan peristiwa itu,sememangnya tidak pernah terbayang sekalipun di dalam mimpi yang lukisannya akan di tampal di papan kenyataan sekolah buat tontonan ramai. Apatah lagi untuk berada di kelompok majoriti pelajar cina yang selalunya menguasai bidang seni lukis.

    Eeem.. Mungkin kalau abah tak tumpahkan air, lukisan aku tak mungkin di pilih oleh para hakim yang menghakimi semua hasil lukisan pelajar yang turut serta di dalam pertandingan tersebut. Kerana abahlah aku dapat memperbaiki beberapa bahagian yang agak kurang menarik dan menambahkan beberapa color agar tampak dramatik dan lebih menarik.Itulah hikmah yang tersembunyi

    Terima kasih abah!!!

   Cerita aku ni agak over acting.. Tapi itulah perasaan yang aku alami apabila berjaya memecahkan monopoli pelajar cina yang mendahului dalam apa juga cara di sekolah baik sukan atau pun akademik.

    Dan bukan senang untuk aku mahu pun pelajar lain hendak bersaing dengan mereka.Makanya, terpilih diantara yang hebat adalah satu kenangan manis yang akan aku ingat sampai ke akhir hayat.

Seindah Semalam M/S:05 1115am 02052012

   MUKASURAT LIMA


    Ish, lambatnya bas ni bergerak. Selalunya rasa cepat aje bas menuju ke destinasi yang tidak pernah berubah haluan. Kenapa pula hari ini terasa lambat? Mungkin sebab aku mengelabah nak ambil result kot. Hati pula berdebar-debar.Takut? Tak juga. Aku bukannya kisah sangat sama ada aku lulus atau gagal. Itu tidak bermakna selama ini aku belajar main-main atau jenis kaki ponteng sekolah. Yang pastinya ,aku tak dapat nak kemana-mana andai kata aku lulus. Bukannya mencipta alasan untuk tidak bekerja sambil belajar. Tapi course yang aku minati menyesak minda untuk difikirkan. Terlalu mahal!

     Akhirnya sampai juga bas Tong Fong ke Pasar Pudu, di waktu pagi beginilah kita dapat melihat suasana yang paling meriah. Kita boleh melihat pelbagai peringkat umur dan kaum berpusu-pusu menuju atau pulang dari membeli dan kemudian belah dari Pasar Pudu. Aku lihat ada yang menjinjing dua tiga beg plastik color pink yang berisi dengan ikan,sayur dan ntah apa-apa benda yang di beli untuk dimasak pada hari itu. Baunya.. jangan cerita.. hanyir!! Eeuuuuw..

    Eeemm.. Itulah kalau dah namanya pun pasar, faham-faham ajelah kiri kanan memang sesak dengan orang yang sibuk dengan memilih barangan mahu pun tawar menawar. Ada pula yang berjalan menonong tanpa mengambil kira terlanggar ke atau pun terpijak kaki orang lain.Kadangkala tu, kena siku dengan orang pun ada. Lepas menyiku, jangan haraplah orang tu nak say sorry. In your dream! Semuanya gara-gara mahu cepat. Macamlah dia seorang saja yang nak cepat!

    Dari arah kedai aquarium yang becak Liza melihat di hadapannya sekumpulan orang sedang mengerumuni penjual yang terpekik terlolong. Sebiji butir Liza tidak faham. Mana nak fahamnya jarak antara penjual dan Liza agak jauh. Situasi itu menarik perhatian Liza untuk turut berada di kelompok tersebut. Macam menarik je!

     Uiks? Ramainya orang.. Ni mesti ada barang baik! Mana tahu kot ada jual handphone murah Era pertengahan 90an,sesiapa yang mampu memiliki handphone boleh di kira seorang yang berduit. Bukan setakat itu sahaja, malah menjadi perhatian masyarakat keliling. Glamour!

    Kaki Liza laju berjalan menuju kearah dimana orang ramai berkumpul. Ada yang sampai tolak menolak. Nyaris nak jadi pergaduhan.. Bodohlah kau orang ni!

    Liza juga tidak mahu ketinggalan untuk melihat acara yang gilang gemilang tersebut. Di gagahinya kaki walaupun terpaksa mengharung kumpulan orang ramai,namun tetap mempunyai semangat kesukanan yang tinggi! Hehehe..

    Dapat tengok celah orang ramai pun jadilah..

    Dari celah kelompok manusia, Liza cuba mendapatkan pandangan yang lebih jelas apakah yang membangkitkan keterujaan mereka.

    Peerghh! ini rupanya.. Patutlah sekumpulan lembu berkumpul. (Eeer.. termasuklah aku). Aku ingatkan apalah bendanya. Rupanya ubat kuatkan tenaga batin. Yang duk beramai-ramai ni bukannya disebabkan ubat yang di jual atau merdunya pekik lolong penjual ubat,tapi gara-gara adanya berkeping-keping gambar perempuan bogel, separuh bogel dan termasuklah gambar yang berunsur kamasutra! Baru aku perasan yang aku ni berada di celah lembu-lembu jantan. Aku je yang perempuan kat sini. Eeer.. mintak diri dulu! heheheh..

    Buang karan je! Ada pula beberapa orang lelaki memandang aku sinis. Nak aje aku tumbuk muka mereka.Baik kau orang balik rumah layan anak bini dari layan benda bodoh nilah!

    Tulah, mananya jantan-jantan tu tak pandang.. Dah aku seorang je perempuan yang duk menebeng kat situ! Aku ni pun satu.. dah tersasar dari tujuan asal.

    Langkah di hayun pantas. Jam di pergelangan tangan kiri sudah menunjukkan hampir 9.30 minit pagi. Di ketika ini dah tentu mana-mana cikgu yang pernah mengajar aku sedang berada di kelas masing-masing. Lega sikit hati, tak perlu bersusah payah nak melalui sesi temuduga mengenai keputusanlah, mengenai melanjutkan pelajaran kat manalah atau paling tidak cikgu akan tanya lepas ni nak bekerja atau nak sambung belajar or pasal kahwin!!!! Peeeergh!

    Semakin dekat pintu masuk sekolah, semakin hati Liza berdebar-debar.

    Kenapa pula hati ni nak berdebar-debar? Aku reda dengan apa pun resultnya.

    Kaki semakin pantas memanjat tangga ke tingkat satu menuju ke bilik pejabat sekolah yang terletak berdekatan dengan pintu masuk sekolah. Kaki kanan di langkah ke ruang pejabat sekolah. Terlihat muka-muka biasa yang sudah berbulan tidak di lihat.

    "Assalamualaikum kak, saya datang nak ambil result SPM" Kata Liza dengan lagak biasa bagi menutup rasa gusar di dalam hatinya. Kedua-dua tangannya di ramas kuat. Jari jemarinya terasa sejuk walaupun matahari sudah mula menunjukkan dirinya.

    "Lambatnya kamu ambil? Kawan-kawan kamu yang lain minggu sudah dah ambil result. Nanti sekejap akak cari ya. Kamu duduk sekejap" Balas kak Maria selaku pekerja di sekolah Putrijaya yang paling senior. Orang lain yang tak kenal kak Maria mesti kecut perut. Sebab sekali tengok muka kak Maria, orang mesti takut. Air mukanya sangat garang. Tetapi bila dah bercakap,baru tahu yang kak Maria seorang yang lembut. Baik dari tutur kata mahu pun perbuatan. Seperti orang putih cakap, Don't judge the book by its cover.

    Dari arah bilik pengetua, kak Maria memegang sekeping kertas yang Liza pasti itu mesti sijil SPM miliknya. Raut wajah kak Maria tiada ekspresi. Eeeeer.. apa keputusan SPM aku?

    "Tahniah!" Sepatah kata kak Maria dengan senyuman nipis.

    "Saya lulus kak?" Soal Liza kurang percaya dengan kenyataan yang diberitahu oleh kak Maria tadi. Tangannya menyambut huluran kertas SPM yang di berikan oleh kak Maria Hanya anggukan yang di lihat oleh Liza. Matanya terbeliak tidak percaya.

    Liza menatap kertas yang berada di kedua tangannya. Matanya menatap satu persatu matapelajaran dan nombor yang tersusun kemas di bahagian kanan kertas.

    Alhamdulilah! Kata-kata kesyukuran di panjatkan kepada Ilahi. Berbaloi juga usaha aku selama ini. Semuanya atas izinNya dan berkat usaha yang tidak pernah jemu walaupun Liza tahu apa pun keputusannya, dia tetap akan berada dimana sepatutnya dia berada. Iaitu, tidak kemana-mana.

    Ah, tak sangka betul aku boleh lulus. Sedangkan semasa peperiksaan percubaan aku cuma dapat SAP gagal! Tapi keputusan aggregat 25 mana je yang boleh aku pergi? Sementelah pula aku tak meminati bidang lain melainkan lukisan atau pun seni rekaan. Nak ambil jurusan penulisan? Eeemm.. tak berminat pula.. Dunia aku hanyalah seni yang melibatkan lukisan.

    Balik nanti, aku akan cuba tanyakan pada abah. Mana tahu, kalau-kalau abah ada jalan keluar dari kemelut yang aku rasa. Itu pun kalau abah setuju dan ada duit untuk aku melanjutkan pelajaran. Kalau abah cakap tak ada duit, terpaksalah aku korbankan cita-cita aku. Eeeemm.. Lagipun, bawah aku ada lagi tiga orang yang masih bersekolah. Dan abah masih menanggung pembelajaran abang aku yang kedua dalam jurusan perbankan di UITM Perlis. haish...

     Ralit aku merenung kertas keputusan SPM aku tanpa menyedari guru kelas aku Cik Kuprum yang mengajar aku ketika di kelas 5 Cempaka sudah berdiri tegak di sebelah aku. Matanya turut memandang ke arah kertas aku.

    "Tahniah Liza!" Ujarnya dengann menghulurkan tangan kanan beliau.
    

    "Terima kasih cikgu. Berapa ramai dari kelas 5 Cempaka yang lulus cikgu?" 

     "Dari kelas 5 Cempaka cuma 3 orang sahaja yang lulus. Awak, Haryani dan Siti Khadijah. Yang lain semua menunggu orang masuk meminang" Jawap Cikgu Kuprum dengan riak selamba.

     "Yang lain-lain gagal cikgu?!" Soal Liza tidak percaya. Walaupun ianya tidaklah mustahil. Kelas 5 Cempaka merupakan kelas seni. Kebanyakkan pelajar yang di campakkan di kelas tersebut kebanyakkanya adalah pelajar yang mendapat markah peperiksaan yang paling teruk ataupun yang hanya menghadiri sekolah atas geasaan ibubapa. Sedangkan pelajar yang berminat dengan seni turut terpalit dengan stigma yang di bawa oleh pelajar lain. Kami di gelar pelajar bodoh dan sentiasa di ejek dan di pandang rendah!

    Bukan setakat itu, kebanyakkan guru pula jarang masuk mengajar di kelas kami gara-gara ada pelajar yang bersikap kurang ajar dan memonteng kelas. Sedangkan kami-kami yang ingin belajar terpalit sama. Yang mana yang berakal akan mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Termasuklah aku dan beberapa rakan yang lain.

    Aku benar-benar tidak menyangka yang aku akan mendapat keputusan SPM yang baik. Tahun 1995 merupakan tahun yang membawa kebahagiaan buat diri ini. Seperti seorang kanak-kanak yang mendapatkan hadiah yang di idam-idamkan selama bertahun, akhirnya hadiah itu menjadi miliknya. Terasa diri ini menjadi seorang kanak-kanak perempuan bertocang dua yang sedang memeluk erat hadiah idaman hati!

Seindah Semalam M/S:04 0442pm 29042012

   MUKASURAT EMPAT


    Nasib baik tak ramai makhluk yang menunggu bas hari ni. Kalau tak,mahu aku berhimpit dengan asoh, aci dan makcik-makcik yang nak menyibukkan diri ke Pasar Pudu. Untuk pengetahuan semua, itulah aktiviti 'sukan' yang amat di gemari oleh golongan pertengahan umur di kawasan Cheras Batu 3.5 ini.

    Nak kata Pasar Pudu sama seperti shopping kompleks Sg.Wang tak juga. Tapi di situlah tempat yang sering menjadi tumpuan masyarakat pelbagai peringkat umur dan keturunan untuk membeli dan kemudian belah dengan harga yang sangat berpatutan siap boleh tawar menawar hinggakan orang yang berniaga di situ boleh gulung tikar! Heheheh..

    Pasar Pudu sudah menjadi tempat permainan aku sejak dari umur 7 tahun (Bukan maksudnya aku suka bermain konda kondi, police entry atau kejar mengejar di sini). Tapi lebih kepada maksud yang aku sudah mengenali semua selok belok dan ceruk yang ada di Pasar Pudu. Oleh itu aku tak perlukan GPS untuk mencari arah sesuatu tempat disitu.

    Sejak dari darjah satu, aku sudah mula mengunakan pengangkutan awam memandangkan yang abah tak mampu untuk menempatkan kami yang pada ketika itu empat beradik dengan menaiki bas sekolah. Makanya, jalan terbaik adalah dengan menaiki pengangkutan awam.Pada waktu itu, pengangkutan awam yang paling popular adalah bas Tong Fong. Bas yang tingkapnya susah nak di buka dan susah pula nak di tutup!. Cik Kiah pula, akan bertungkus lumus menyediakan bekal makanan buat kami empat beradik. Dan suka atau tidak, aku kena ke sekolah bersama dengan salah seorang dari tiga abang-abang aku. Tapi selalunya, aku akan di tinggalkan sebaik sahaja sampai di Pasar Pudu.

    Di waktu itu,kejadian culik,rogol dan bunuh amat susah kedengaran di corong telinga. Oleh sebab itulah setakat kena tinggal dek abang-abang aku tak jadi masalah untuk aku berjalan kaki ke sekolah.Ramai kanak-kanak yang seusia aku turut sama berjalan kaki ke sekolah dari perhentian bas Pasar Pudu. Di waktu pagi kelihatan para peniaga sudah mula sibuk dengan barangan masing-masing.  Cuma satu benda yang tetap akan aku kenang sampai bila-bila. Bau semerbak dari sebuah kedai roti yang masih wujud lagi sehingga sekarang.

    Setiap kali, (Maksud aku setiap 10 tahun sekali) bila melewati kedai roti tersebut, serta merta aku akan teringat semua kenangan ketika di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah. Kenangan yang menerjah masuk ke minda akan membawa aku ke zaman kegemilangan sebagai minah brutal dan juga sebagai pelajar yang selalu mewakili sekolah dalam acara yang selalunya 'paksa rela'.

    Aku menjadi 'minah brutal' di sebabkan itu sifat semulajadi yang di lampiaskan oleh kelakuan abang-abang yang menjadi ikutan secara tidak langsung.Aku memang seorang budak perempuan yang kasar dari segi kelakuan mahu pun tutur bicara. (Eeerr.. sehinggalah sekarang.. di usia lanjut) hehehe.. . Aku tidak bangga dengan sifat kejantanan ini,namun sifat inilah yang membuatkan aku kenal dunia melalui kacamata seorang lelaki. Argh! rindunya aku dengan zaman brutal yang banyak memberikan kenangan dan pengalaman.

    Berbalik kepada kisah pengangkutan awam, selain daripada bas Tong Fong.. Bas Mini turut menjadi pengangkutan awam yang paling popular di zaman kanak-kanak dan tatkala usia aku menginjak remaja. Bas mini yang aku maksudkan adalah bas mini yang pada ketika itu masih belum di warnakan dengan warna pink seperti yang di wartakan oleh kerajaan pada ketika itu.Apa yang masih jelas dalam ingatan aku adalah kisah satu asoh yang menaiki bas dari Pasar Pudu.

    Kisahnya begini, aku menunggu bas untuk pulang kerumah dari perhentian bas di Majistreet yang terletak atas dari Pasar Pudu. Hari itu hari minggu, aku kesekolah kerana ada meeting untuk semua pustakawan sementelah pula aku merupakan setiausaha perpustakaan sekolah 'paksa rela' nak tak nak terpaksa hadir untuk mengambil minit mesyuarat. Setelah selesai, aku bersama beberapa teman berjalan menuju ke perhentian bas di Majistreet.

    Dalam duk menunggu bas Tong Fong, bas mini pula yang sampai. Eeeemm.. terpaksalah aku naik. Punca aku tak suka naik bas mini di sebabkan pemandunya suka berangan seolah-olah beliau adalah pemandu Formula 1! Kebetulan pula dari arah Majistreet banyak tempat kosong,aku memilih bahagian tengah bas bersebelahan tingkap. Seperti biasa,pemanduan berhemah memang tak wujud dalam kamus pemandu bas mini. Bas mini berhenti di perhentian bas Pasar Pudu,manusia berpusu-pusu memasuki perut bas yang semakin lama semakin penuh dengan makcik-makcik yang menjinjing barangan pasar. Ada yang sibuk memilh tempat duduk dan ada memilih untuk berdiri walaupun masih ada tempat duduk yang kosong.

    Tiba-tiba datanglah seorang asoh dalam lingkungan 40an mendapatkan tempat duduk kosong di bahagian pintu masuk dan duduk di sebelah penumpang yang duduk di tepi tingkap. Dari mula lagi aku memerhati, tidak ada penumpang yang mahu duduk di bahagian itu melainkan asoh tersebut. Kenapa? Aku pun tak pasti.Seperti kebiasaan, pemandu bas mini memandu dengan laju seperti di kejar hantu. Aku sampai terpaksa memegang tingkap setiap kali bas tersebut break mendadak.

    Sebaik sahaja melepasi perhentian bas Jalan Peel,bas mini meneruskan perjalanan sehingga melepasi Jaya Jusco Maluri. Ketika memusing melepasi traffic light untuk ke Cheras Flat,stering di putar keras hingga terasa seolah-olah bas ingin terbalik di buatnya. Ada penumpang yang terjatuh ke lantai, ada juga yang jatuh terduduk daripada berdiri. Ramai penumpang memaki pemandu bas yang buat muka selamba seperti tidak bersalah.

    Aku perhatikan keliling, dan tercari-cari mana perginya asoh yang duduk di bahagian pintu masuk bas tadi. Bagai bunyi petir,aku tedengar suara seorang wanita memaki dengan nada suara yang tinggi dalam dialek kantonis dan bahasa melayu yang berterabur. Rupa-rupanya asoh terperosok di bahagian depan bas berdekatan dengan gear bas.Hanya punggung besar asoh itu aje yang aku nampak. Mukanya betul-betul di ruang kecil di bahagian hadapan bas tersebut. Habis bertaburan sayur dan buah-buahan asoh itu. Kesian..

   Dalam rasa kasihan dan simpati, aku ketawa. Mana taknya,dah sampai tertonggeng mana tak kelakar. Bukan aku seorang je yang ketawa,habis satu bas bantai gelak dalam simpati yang sarat. Nasib baik ada yang tolong mengutip barang-barang asoh tersebut. Sepanjang perjalanan, asoh tidak habis-habis mengomel sendirian sambil tangannya menunjuk ke arah pemandu bas yang hanya tersengeh. Mungkin dia tersenggeh sebab teringatkan punggung asoh! Hahahahah...

    Aduhai, mengenangkan beberapa peristiwa di zaman sekolah rendah dan menengah memang tak habis gelak. Rasanya tak ada kenangan yang tidak mengusik jiwa. Alangkah seronoknya jika kita dapat mengimbas semula zaman kanak-kanak dan zaman remaja yang penuh dengan pelbagai cerita suka duka. Namun setiap kenangan itu haruslah di lipat dan di simpan sekemas mungkin buat penceritaan untuk anak-anak yang masih belum mengenal hakikat dunia yang sebenar.

Seindah Semalam M/S: 03 1213pm 26042012

  MUKASURAT TIGA


 kook.. kook.. koooooook!!!

    Ni siapa pula yang bela ayam kat blok ni? Boleh pula ternjerit terlolong dekat dengan bilik aku.. ish! Tensionnyeeeeeeeeeeeee.. Liza melepaskan nguapan besar seusai bangkit dari tidurnya. Dah serupa singa betina menguap seperti yang di tonton dalam Nat Geo. Jam dinding di bahagian ruang tamu yang kecil menunjukkan 6pagi.

    Liza terus mencapai kain batik buruk yang di buat sebagai tuala ke atas bahunya. Mata sepetnya melihat cik Kiah sedang sibuk membancuh tepung. Nak buat cekodok la gamaknya tu! Getus hati kecilnya. Nak bertanya,nanti terhambur pula air liur basi yang penuh di dalam mulut.. Dan tak pasal-pasal kena maki dah tu tentunya aku kena lap! Eeeeei..

    Dengan langkah lemah gemalai Liza menuju ke bilik mandi yang merangkap tandas. Diambilnya pencuci muka lalu di gonyoh segala daki dan bau hapak bantal busuk yang melekat pekat di kulit wajah yang subur dengan jerawat manis. Eeer.. manis ke? hahahah.. Gelaknya sendirian. Selesai mencuci wajah,Liza mencapai berus gigi dan ubat gigi lalu digosok pula gigi yang sememangnya cantik dan tersusun lurus. Seterusnya proses biasa iaitu aktiviti pembersihan badan yang sememangnya routine harian.

    Badan yang basah lencun di lap sehingga kering. Manakala dibahagian wajah,di lap sekuat hati bagi menghilangkan kegatalan jerawat yang entah bila akan hilang dan memiliki semula kulit mulus seperti zaman kanak-kanak. Ini semua pasal menginjak saja ke akil baligh,semuanya sudah tidak seperti dahulu. Uwaaaaaaaaaaaaaaa..!

    "Mak, sejak bila ada jiran yang bela ayam?" Soal Liza sambil mengorek hidungnya yang sudah pun di bersihkan semasa mandi tadi. Dah jadi tabiat manusia bila sesuatu itu menyedapkan, maka dengan selambanya kita akan buat perkara buruk itu di hadapan keluarga semdiri. Cuba buat depan boyfriend? Mahu kena tinggal!

    "Kau ni, mana ada jiran kita yang bela ayam. Bukan ke kita ni duduk kat flat DBKL.Tak pasal-pasal ada yang kena halau tak pun kena saman dengan DBKL" Jawap Cik Kiah yang merangkap ibu serta pengurus rumah sepenuh masa dengan panjang lebar. Nak kata Cik Kiah pernah bekerja dengan DBKL tak pula. Namun jawapannya lagak Pengarah besar DBKL.. Ish!

    Kooook..Koook..kooook!

    "Hah,cuba mak dengar betul-betul. Bukan ke tu bunyi ayam? "

    "Eeeemm... Bunyi ayam tu dari bilik kau. Cuba tengok kot-kot ayam tu terlepas dalam bilik?" Soal Cik Kiah dengan riak muka selamba. Dengan galaknya Cik Kiah menyumbatkan biji-biji cekodok ke dalam mulutnya. Uish.. cicah sambal sardin la pula!

    Aik.. Relax je orangtua ni. Ingatkan nak tolong sama tangkap ayam yang masuk dalam bilik aku! Sesekali Liza mengaru kepala yang sememangnya gatal dengan kelemumur yang membiak subur pada kulit kepalanya.

    Koook.. kook.. kook!

    Berbunyi lagi. Mananya aku nak solat.. Mananya dengan nak cari ayam pula! apalah nasib aku pagi ni.

    Liza mengagau mencari bunyi ayam yang bertalu-talu nyaring. Dapat ayam ni,aku sembelih buat ayam masak merah. Siap kau ayam oi!

    Dalam sibuk mencari bawah katil, celah-celah lipatan baju tiba-tiba bunyi kokokan ayam tersebut terdengar semakin nyaring dari bawah bantal busuknya yang memang sangat busuk dengan tompokan air liur basinya. Cilakak! bunyi alarm handphone aku rupanya! Bodoh-bodoh aku di bodohkan oleh Cik Kiah.. Lawak pagi sungguh! Yang aku pun boleh pula percaya dengan dakyah Cik Kiah siapa suruh. Duuuuuuuuuuuuuuh...

    Yang aku pun bodoh. Sendiri letak alarm bunyi ayam,sendiri tak ingat. Eeeemm.. macamana nak ingatnya pun.. Baru je tukar malam tadi kononnya nak merasa suasana kampung ketika waktu kecil.Nah! ambil kau!! Baru ada akai..

     Setelah sedar dari kebodohan diri sendiri,Liza dengan pantas memakai kain batik yang memang digunakan untuk bersolat. Selesai solat, Liza mengenakan sepasang jeans lusuh yang di perturunkan dari satu abang ke satu abang yang lain. Sekarang, seluar jeans lusuh yang kekuningan di bahagian peha kini menjadi miliknya. Tunggulah bila aku dah dapat gaji nanti, aku akan beli juga seluar jeans pertama hasil dari titik peluh aku sendiri.

    Cepat-cepat Liza mengeringkan rambut supaya kelemumur yang membiak tidak beranak pinak di atas kulit kepalanya. Lebih-lebih lagi dia memakai tudung yang mana rambut akan tertutup buat beberapa jam yang kadangkala mengakibatkan kulit kepalanya bertambah gatal. Baju t-shirt gedoboh abang sulungnya menjadi pilihan. Liza walaupun bertudung, tapi sifat kelakian sangat teserlah sementelah dia mempunyai 3 orang abang yang semuanya brutal-brutal belaka.

    Tidak pernah dalam sehari dia tidak bertengkar dan tak bertepuk tampar dengan salah seorang dari abangnya. Liza pantang di suruh membuat sesuatu perkara yang tak di sukai,pasti AK47 miliknya akan berbunyi. Tatatatatatataat!!!

    "Pukul berapa kau keluar nak pergi pejabat sekolah ambil keputusan SPM?"

    "Dalam pukul 8.30pagi ni orang keluarlah. Nak pergi pagi sangat pun tak guna. Nanti sampai sekolah pukul 9pagi juga. Jalan jamn lepas tu bersesak-sesak nak naik bas" Jawap Liza dengan nada agak kasar. Liza bukanlah seorang yang kasar,cuma nada pertuturannya tak ubah seperti budak lelaki. Mana taknya, dari kecil hingga menginjak remaja hanya budak lelaki yang menjadi rakan sepermainan mahu pun sepergaduhan. Kawan perempuan boleh di bilang dek jari.

    Di capainya sebiji cekodok bawang yang masih panas berasap lalu di belah tengah.. Kelihatan kepulan asap keluar semerbak menyucuk lubang hidungnya yang sengaja di kembang kempiskan tanda kebulur. Di cicahnya cekodok panas ke dalam piring sardin sambal yang sudah di panaskan oleh Cik Kiah. Digandingkan pula dengan nescafe susu sedap hasil airtangan Cik Kiah.. Fuuuuuh!

    Sedap wey! Nak? hahahahah.. tak dapaaaaaaaaaaaaat...

    "Habis tu.. Kau kerja ke tak hari ni?"

    "Kerja. Lepas makan tengahari orang masuk kerja" Jawap Liza sambil galak menyumbatkan cekodok yang ke lapan ke dalam mulut yang di ngaga luas. Buruk betul perangai Liza.

    "Kenapa tak minta cuti je. Bukan ke lagi senang? Tak payah nak ulang alik" Bidas Cik Kiah dengan mata tertumpu pada rancangan Malaysia Hari Ini yang entah apa topik yang di bebelkan.

    "Orang bukannya tak nak minta cuti,tapi bos orang tu bukan tentu moodnya. Nanti salah cakap kena pula dengan mood datang period dia, langsung tak dapat nak ambil result SPM. Lagi hampeh.. Pastu mahu taknya orang terbalikkan meja kat pejabat tu" Jawap Liza panjang lebar dalam satu nafas. Fuuuh!

    "Eeeeemmm... Buatlah perangai Power Rangers kau kat pejabat tu, Mahunya nanti kau kena hentak dengan bos kau tu" Ngomel Cik Kiah panjang lebar.

    Ish,makin aku layan Cik Kiah makin panjang lebar aku kena sediakan kertas perbahasan. Dah tentunya aku menang. Tapi kalau menang pun bukannya dapat hadiah. Paling habis pun cuma dapat makan free hasil masakan Cik Kiah.

    "Kau rasa kau lulus ke?" Tu ia soalan cepu emas Cik Kiah.

    "Ala,lulus ke.. gagal ke.. tak jadi isu. Tapi orang yakin lulus. Paling busuk pun pangkat dua. Kalau lulus pun belum tentu orang nak sambung belajar. Abah bukannya ada duit. Nak minta biasiswa,macam-macam soal jawap dengan soalan yang entah apa-apa"

    "Kaukan boleh bekerja sambil belajar? Kata nak jadi pereka fesyen?' Balas Cik Kiah dengan nada suara di tinggikan.

    "Memanglah orang nak jadi pereka fesyen yang konon-kononnya terkenal di dunia. Tapi mak ingat belanjanya murah? satu semester lebih kurang RM5000! tu bukan sikit-sikit anak mak oi..!"

    "Eeeemm.. Kau cubalah apply biasiswa. Mana tahu kau dapat" Cadang Cik Kiah penuh semangat.

    "Bukannya tak nak apply,tapi tak larat nak berhutang. Lepas tu terkial-kial nak membayar sampai ke tua" Bidas Liza dengan nada suara yang merendah. Kerana dia tahu dia tidak akan dapat mengapai bintang di langit yang di umpamakan sebagai cita-cita yang melangit tinggi.

    Ingat senang ke kalau hidup berhutang? Kalau dapat capai cita-cita tak apalah juga. Berbaloi.. Tapi kalau cita-cita merudum dalam longkang? Siapa nak jawap? siapa nak tolong bayar hutang? Ce cerita...

    Suasana bungkam seketika, Bukan sebab melayan perasaan. Tapi sebab tercekek cekodok yang dok asyik di tala hingga lupa nak minum air. Ni kalau mati tercekek cekodok masuk berita muka depan Metro atau Kosmo alangkah malunya akuuuuuu! (walaupun masa tu aku dah keras kejang di balut kain kafan!) Mahu taknya orangramai bantai gelak sampai keluar airmata syahdu.. huhuhu!

    "Hah, makan tak ingat dunia kan dah tercekek! Cuba kalau makan tu perlahan-lahan. Bukannya lari cekodok tu yang nak makan gelojoh" Ngomel Cik Kiah tanpa rasa simpati.

    Dihirupnya air nescafe panas dengan laju dengan harapan suci murni agar tidak menjadi bahan berita Metro dan Kosmo. Berair biji mata Liza menahan kepanasan air sambil menelan air liurnya agar cekodok yang tersangkut dapat melalui corong tekaknya dengan selamat.

    Fuuh! leganya.. Kenapalah Cik Kiah goreng cekodok sedap sangat ni? Kan dah nyaris aku nak jadi jenazah. Haish!

    "Mana ada gelojoh. Orang makan dengan penuh berhemah dan berhati-hati dijalanrayalah."  Jawap Liza sambil tangan kanannya mengesat airmata akibat tercekek cekodok tadi.

    Setelah selesai bersantap, Liza mengemaskan dirinya sebelum bertolak menuju ke perhentian bas untuk ke destinasi sekolah menegahnya yang terletak berdekatan dengan Pasar Pudu. Huh! siapa yang tak tahu Pasar Pudu? Pasar yang berbau tengik dengan pelbagai haruman semerbak sehingga mengalahkan pelbagai pewangi berjenama. Habis tenggelam semua branded parfume!

    Makanya janganlah nak berangan pergi ke Pasar Pudu nak pakai baju atau pewangi yang berjenama. Kerana itu semua tak di pandang dek peniaga dan pembeli di situ. Di sana semuanya setaraf sebab share bau busuk yang sama! Heheheheeh...

    Jam dinding menunjukkan jam 8.30pagi. Sudah tiba masanya untuk Liza bertolak menuju ke sekolah. Liza bersalaman dengan Cik Kiah dan dengan gagahnya dia berjalan menuju ke perhentian bas yang kira-kira 20 langkah dari flatnya. Dari jauh Liza melihat perhentian bas tidak ramai orang menebeng. Lega...

Seindah Semalam M/S: 02 0745pm 25042012

  MUKASURAT DUA


 "Liza, abang Mat dengar esok Liza dapat cuti setengah hari sebab nak ambil result SPM ya?" Soal En.Mohamad yang lebih suka dipanggil sebagai abang Mat. Orangnya agak tinggi, berkulit hitam manis taklah handsome sangat sampai perempuan nak tergila-gilakan dia. Namun di pejabat ni, ada seorang perempuan yang berusia 25 tahun kurus keding,berambut ketak paras bahu dan berdada leper terlalu meroyankan abang Mat yang sudah pun beristeri dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil.Abang Mat pun apalagi.. melayan sakanlah sampaikan kemana-mana sentiasa berdua. Cuma bila minah ni berak je yang abang Mat ni tak ikut.

    "Ya abang Mat, esok saya akan ambil keputusan SPM di sebelah pagi. Lepas lunch baru saya masuk kerja"

    "Nanti lulus jangan lupa belanja abang Mat ya" Cadang abang Mat tanpa muka bersalah.

    "Aik, abang Mat ni berpakat dengan kak Wati dan Siti nak kenakan saya ke?" Soal Liza  mencerlangkan mata sepetnya.

    "Berpakat apanya? Dia orang pun suruh Liza belanja ke? Hahahahah" Gelak sakan abang Mat di buatnya. Semakin lama semakin galak suara tawa abang Mat hinggakan pekerja lain melontar pandangan kearah kami berdua. Saiful menjeling sambil membuat isyarat jari telunjuk yang dipusingkan ke kepala kirinya. Gila!

    Wah,wah.. suka  hati abah kau je nak kata aku gila! yang gila ni hah.. Abang Mat. Bukannya aku samdol! jerit Liza di dalam hatinya.

    "Yelah. Dia orang pun minta saya belanja kalau lulus. Tapi saya rasa lebih afdal abang Mat, kak Wati dengan Siti share duit dan belanja saya makan. Tak kiralah saya lulus ataupun gagal. Amacam? cantik tak idea saya yang bernas ni?" Balas Liza sambil menonong ke pintu keluar pejabat menuju ke arah tandas tanpa menunggu kata balas dari abang Mat yang melongo tanpa sempat menjawap.

    Sesuai dengan muka kau abang Mat oiii...!

    Seusai menunaikan hajat di kamar kecil, Saiful menyapa Liza yang sedang jalan menunduk.

    "Woi! jalan menunduk tak pasal-pasal terlanggar orang. Susah-susah je nanti aku nak kena hantar pergi hospital" Gurau Saiful yang sememangnya kaki lawak walaupun sepanjang masa beliau bekerja.. beliau dalam keadaan lalok. Mana tak laloknya, kalau sebelum bekerja, masa rehat dan tea break ganja menjadi teman setia. Kadang-kadang, bau ganja yang tengik melekat pada baju kerja yang di pakainya. Dah berbuih-buih mulut di tegur oleh kawan-kawan,namunSaiful tetap selamba dengan aktiviti terlarangnya. Bak menjirus air di atas daun keladi.

    "Apa pula hantar hospital. Aku hantar terus ke liang lahad!"

    "Ke Lahad Datu aku nak pergi. Tapi liang lahad kau pergi dululah. Nanti tiba masa,aku follow belakang kau. Hehehe.." Gelak Saiful sambil jejari gebunya mengirai rambut panjang separas bahu yang lurus keperangan.

    Hampeh..

    "Ni kecoh satu pejabat buat pengumuman yang kau ambil cuti separuh hari esok sebab nak ambil keputusan SPM.Ni aku nak tahu jugalah sama ada kau yakin ke lulus?" Soal Saiful dengan kedua tangan beliau di silangkan ke dada gebunya.

    Saiful dari kacamata aku merupakan seorang jejaka yang kacak dengan muka tirus, berkulit putih, berambut perang asli dan berbadan sasa bagaikan ahli bina badan. Cuma.. yang mencacatkan pemandangan, dia seorang yang pendek untuk ketinggian lelaki normal.Dengan kata erti lainnya adalah Katek! hahahahah.. di tambah pula dengan perisa ganja yang hari-hari dok sedut tanpa jemu. Blueek!

    "Lulus ke tidak ke.. Pertama, bukan urusan kau. Kedua, kalau aku lulus pun aku tak dapat nak belajar tinggi-tinggi pasal family aku tak ada duit. Ketiga, apa kena mengena dengan kau?" Soal Liza lagaknya seperti polis pencen.

    Dengan mulut terjuih, mata menjegil Saiful menjawap dengan nada seperti mak nyah tertelan biji durian.

   "Eh.. eh.. kau ni Joyah, aku tanya je. Itu pun nak melenting ke? Mana nak pi tau kalau-kalau gagal dah ada rombongan meminang menunggu. Dan, kalau lulus kau pi sambung belajar ke. Itu je kot aku nak tahu." Gerutu Saiful dengan geram hinggakan pipinya merona merah tanda marah.

    Sejak bila pula mamat ni lahir kat Kedah? tetiba je cakap loghat utara. Setahu aku dia ni orang negeri sembilan. 

    "Dak aih.. bilanya aku melenting? Kau tak nampak aku tengah guling-guling tanda GUMBIRA ni?" Perli Liza sambil mencekak pinggangnya yang ramping.

    "Hehehe.. Liza, bila kau marah nampak sangat comellah walaupun pipi kau tu penuh jerawat. Janganlah marah, aku ni kan suka bergurau. Lagipun,kalau sehari aku tak usik kau yang garang ni rasa hari aku tak lengkaplah" Pujuk Saiful dengan volume di rendahkan.

    "Nak gurau pun agak-agaklah Saiful bedol oi..!"

    "Ni lepas ambil result, kau nak berhenti kerja ke Liza?"

    "Tengok keadaanlah, lagipun kerja kat sini tak menjamin masa depan yang cerah apatah lagi kenaikan gaji. Sampai ke tua aku tak dapat nak kumpul harta sendiri" Jawap Liza dengan melepaskan keluhan yang panjang. Hatinya sayu bila mengenangkan yang dia bakal meninggalkan tempat kerja tersebut. Liza sudah menganggap rakan-rakan di tempat kerja seperti ahli keluarga sendiri. Hubungan mereka erat bagaikan aur dengan tebing.

    "Eemm.. Itu aku faham sangat-sangat. Aku pun tak fikir nak kerja lama di sini. Kau tengoklah kami ni. Kerja lama pun gaji takuk tu juga. Macamana nak ada harta sendiri. Mak bapa aku pun dah bising pasal tak ada duit simpanan nak kahwin. hampir setiap minggu emak aku membebel. Padahal aku baru 23 tahun kot!" Bebel Saiful yang mengundang simpati Liza.

    Nasib baik aku ni perempuan dan masih lagi dibawah umur untuk berkahwin. Nak kahwin macamana? teman lelaki pun tarak daaaa... Heheheh..

    "Dahlah Saiful,jom masuk nanti si botak En.Rosli keluar nampak kita dok menganyam ketupat tak pasal kena dengar khutbah Jumaat di hari Isnin ni."

    "Aku doakan keputusan SPM kau lulus. Walaupun kau mungkin tak dapat nak sambung belajar,tapi sekurang-kurangnya usaha kau tak sia-sia" Kata Saiful dengan tenang dan tiada mimik muka lawak. Eeemmm...

    "Aku cuma berharap yang usaha aku selama 5 tahun mengadap buku yang memeningkan kepala berbaloi. Kalau tak, kasihan kat bapa aku yang cari duit siang malam nak bagi aku sekolah jadi sia-sia"

    Masing-masing terus menuju ke meja yang masih tidak surut dengan kepingan kertas yang menunggu untuk di koyakkan untuk melalui proses yang sama setiap hari. Kadangkala terasa bosan melakukan kerja yang sama berulangkali. ada masanya pula, terasa seronok bila masing-masing berlumba siapa yang siapkan kerja dulu. Walaupun tiada hadiah yang di pertaruhkan, namun keseronokkan yang membuatkan suasana kerja terasa kurang membebankan. Ini semua akan aku rindukan bila aku meninggalkan tempat ini buat selama-lamanya. Haish..

Seindah Semalam M/S: 01 24042012 1.58pm

     MUKASURAT: SATU


    Keadaan pejabat pada hari khamis yang hanya 30 minit sebelum ke jam 12.30 tengahari tetap seperti hari-hari biasa. Bersepah dengan kertas yang bertaburan di permukaan lantai ditambah pula dengan beberapa orang pekerja merangkap teman yang sibuk menguji vokal dengan suara yang tidak seberapa merdu didengar dek lubang telinga, ada pula yang bergelak ketawa dan tak kurang juga yang cekal menganyam ketupat walaupun esok bukan hari raya.. haish.. Kepala otak aku yang bergeliga ini sibuk menyusun kata-kata untuk dituturkan pada pengurus Kodak Securi Imaging yang pejabatnya terletak bersebelahan dengan Condo Jade Tower di jalan Ikan Emas Cheras.

    "Liza, dari tadi aku tengok kau dok menulis atas kertas lepas tu kau konyokkan. Lepas tu tulis balik, apa sebenarnya yang kau nak tulis? Macam surat cinta je. Tak tahu pula aku yang kau tengah di lamun cinta" Tegur Siti Masruniwati yang merupakan teman persekolahan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Nama pendek hanya Siti,Liza menyumbangkan senyum sumbingnya dengan menjongketkan kening kirinya.

    "Bukan surat cinta daaa.. ni aku tengah membina ayat syahdu untuk aku cakapkan pada bos pasal aku nak ambil keputusan SPM yang sepatutnya aku ambil minggu lepas.Nanti salah cakap tak pasal bos tak bagi aku ambil result pula."

    "Alahai, itu pun susah sangat ke? Cakap terus terang je sudah. Bos bukannya nak makan kau pun!" Cadang Siti dengan muka selamba sambil tangannya pantas menyusun kepingan kertas untuk di berikan kepada bahagian scanning machine.

    "Memanglah bos tak makan orang! kalau dia jenis piranha dah lama dia kerja sorang-sorang wei! Ni aku jiwa kacau takut dia tak bagi aku amik cuti setengah hari esok." Keluh Liza sambil jejarinya mengetuk permukaan meja yang kelihatan serabut dengan taburan getah dan kertas. Padahal kertas-kertas printer copy tersebut sepatutnya di susun rapi untuk di serahkan kepada kak Wati yang bertugas melakukan scanning di bilik bersebelahan dengan meja para pekerja yang mengoyak dan menyusun kepingan kertas printer tersebut.

    "Kau baca Bismillah banyak-banyak dengan selawat, InsyaAllah  kurang sikit gelabah dan kepoyohan kau tu. Melalui tilikan akulah bos ok je. Lagipun kau bukannya mintak cuti. Ambil keputusan SPM je kot!" Ujarnya dengan nada yang agak tinggi sehingga membawakan jalan penyelesaian dari kak Wati yang sedang asyik memasang telinga namun tangannya tetap pantas memasukkan kertas ke dalam machine.

    "Apa yang susah sangat Liza oi..Akak rasa lebih baik kau pergi je tanya dengan bos cepat-cepat. Hari ni akak tengok mood bos ceria. Pergilah cepat!" Gesa kak Wati yang arif dengan perangai bos. Mana taknya kak Wati sudah lama bekerja dengan syarikat itu hampir 6 tahun. Liza pula hanyalah sekadar pekerja sambilan yang bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Dan dia sepatutnya mengambil keputusan SPM pada minggu lepas, namun memandangkan kerja pejabat banyak maka di tangguhkan pada minggu ini.

    "Eeeem.. yelah. Bos ada kat dalam pejabat dia ke? Aku macam tak nampak je." Balas Liza dengan kepalanya menjengah ke arah tingkap kaca yang di tutupi oleh blinding kelabu.

   "Kalau tengok macam tu macamana nak tahu bos ada kat dalam atau tak. Apa kata kau pergi ketuk pintu bos confirm bos cakap MASUK!" Gelak sakan Siti dengan gaya Joyah. Liza hanya mampu tersengih kelat.

    "Doakan aku dapat cuti setengah hari esok" Balas Liza dengan langkah yang di atur perlahan. Namun dalam hatinya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Semoga Allah mempermudahkan urusan aku hari ini. Amin..

    Tok.. Tok!

    "MASUK!" jerit En.Rosli

    "Assalamualaikum bos." Tanya Liza dengan nada suara yang di buat-buat biasa.

    "Waalaikumusalam. Ada apa Liza?" Soal En.Rosli dengan pandangan matanya tertacap kearah screen komputernya. Jejari beliau sibuk mengetuk keyboard dengan pantas.

    "Saya ada hajat,nak mintak permission bos untuk cuti setengah hari esok. Sebab saya nak ambil keputusan SPM saya." Jawap Liza dengan sekali lafaz. Terasa sejuk genggaman kedua-dua tapak tangannya.

    "OK!"

    "Ok bos?" Soal Liza seakan-akan tidak percaya

    "Kenapa? Tak percaya? Kalau tak nak, saya kenselkan." Tegas En.Rosli seraya berhenti menekan keyboard komputer dengan mata beliau memandang tepat ke anak mata Liza.

   "Eer.. tak la. Saya percaya" Balasnya pantas lalu berjalan menuju ke arah pintu untuk keluar. Janganlah orang tua ni menukar fikiran. Nahas aku!

    "Good luck for tomorrow"

    "Thank you boss!" ujarnya dengan senyum melirik

    Siti mengangkat bahu yang membawa maksud ingin mengetahui keputusan dari bos. Dua anak jari di unjukkan kepada Siti sebagai tanda peace yang membawa maksud success walaupun yang sebenarnya membawa maksud keamanan!

    "Bagus! kan aku dah kata.."

    "Ya kau ada kata tadi. Tapi kau tahulah, bos tu unpredictable! selalunya datang bulan hari ini aku tengok dia relax je. Kalau tadi dia tak bagi, aku ambil MC je.." Jawap Liza dengan bibirnya di cebikkan.

    "Alah.. dah settle pun. Bolelah kau ambil keputusan SPM dengan hati yang tenang. Kalau kau lulus, jangan lupa belanja aku" Gelak Siti semakin galak sementelah mendapat galakkan dari kak Wati yang suka memasang telinga.

    " A'ah la.. Liza jangan lupa belanja akak sekali. Maklumlah bila lagi nak dapat makan freekan??" Usik kak Wati dengan tangannya tetap laju seperti biasa memasukkan kepingan kertas kedalam machine scanning. Mesin yang di gunakan sekali atau 18 kali tengok memang tak ubah seperti ATM machine.

    "Eh, bukan ke sepatutnya kalau saya lulus Siti dengan kak Wati yang kena belanja saya? Ni dah kes terbalik. Kalau nak juga saya belanja, kenalah tunggu hujung bulan. Sekarang tengah bulan poket agak kering kontang da..." Balas Liza dengan senyuman melirik dengan sesekali membetulkan anak tudung birunya.

    Suasana pejabat tetap berjalan seperti biasa. Masa tidak pernah berhenti andai gempa bumi atau ribut taufan melanda. Masing-masing ada yang melakukan kerja, ada pula sebahagiannya curi tulang walaupun bos yang garang ada di dalam pejabat. Cuba kalau En.Rosli keluar dari pejabat beliau.. Masing-masing menikus! Liza menoleh ke arah Muthusamy yang lebih senang di panggil Ane.

    "Liza, what's going on tadi? sekejap-sekejap Ane tengok muka ada sikit takut. Sekejap ada nampak happy. Ada apa pasal?"

    "Tak ada apalah Ane. Kes sudah settle." Balas Liza

    "Yalah sudah settle. Tapi apa kes?" Tanya Muthusamy dengan riak wajah yang beria-ia ingin tahu. Kesian pula aku tengok ane ni.

    "Tadi saya takut sikit mau jumpa kita punya bos. Pasal saya mau minta cuti half day sebab mau ambil saya punya result SPM la Ane"

    "Oh, itu macam. Ane ingat ada apa kes yang bikin Liza kelam kabut." Balas Muthusamy lalu menyambung kerjanya yang dari tadi dok mengoyakkan kepingan kertas yang kemudiannya disusun bertingkat di atas meja.

    Kodak Securi Imaging merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyimpanan data maklumat dari syarikat yang melanggan perkhimatan dari syarikat Kodak bagi menjimatkan ruang penyimpanan fail serta memastikan semua maklumat tidak rosak. Oleh kerana itu teknologi yang di miliki oleh Kodak mampu menjamin mklumat sesebuah syarikat masih relevan di simpan untuk jangka hayat yang lama, tanpa risau di mamah tahun atau serangga perosak.

    Kerja-kerja yang kebanyakkannya kelihatan seperti mudah namun sebenarnya amat sukar dan remeh. Walaupun sudah expert namun luka yang berulangkali tetap akan terjadi. Terutama sekali ketika leka menggoyakkan kertas. Tau-tau kulit jari sudah tersiat. Proses yang paling leceh adalah mengoyakkan kepingan kertas printer yang beribu keping. Setiap kepingan perlu di susun mengikut nombor yang betul. Sekali tersilap nombor, itulah yang menyebabkan dunia bagaikan mahu kiamat kerana harus mencari dengan cermat dan kemudian itu perlu di susun semula.

    Setelah kepingan kertas printer di susun mengikut jumlah mukasurat yang ditetapkan, ianya perlulah di hantar ke bahagian scanning. Ni lagi satu acara sukan yang paling leceh. Kerana kertas yang di masukkan ke dalam machine untuk di scan,kerap berlaku kes overlap yang kita sendiri tidak perasan walaupun mata tak sesaat pun beralih pandang. Penyedutan kertas pula terlalu pantas sehinggakan kita sendiri tak dapat nak pastikan berlakunya overlapping.

    Sesudah yakin proses scanning tiada sebarang masalah,filem tersebut akan di hantar ke bilik pemprosesan filem yang sentiasa dalam keadaan gelap gelita. Prosesnya sama seperti mencuci filem untuk di buat album gambar. Cuma bezanya, filem ini dibuat dalam bentuk negatif. Kalau tidak biasa,mahu buta mata. Mana tidaknya,hampir 8jam berkurung. Disebabkan itulah mengapa pekerja yang mencuci filem,akan memakai kacamata hitam setiapkali keluar dari bilik tersebut. Cahaya lampu hanya akan menyakitkan mata. Yang menyedihkan buat pekerja yang mencuci filem adalah diri mereka seolah-olah tidak di hiraukan oleh rakan sekerja yang lain memandangkan bekerja di dalam memerlukan penelitian yang jitu serta tidak boleh melakukan sebarang kesilapan atau prosesnya akan berulang semula .

    Oleh kerana itulah mereka jarang dapat bergaul dengan rakan-rakan lain melainkan kerja dapat di siapkan mengikut tarikh yang di tetapkan. Dan itulah masanya mereka dapat bergelak ketawa atau lepak bersama rakan-rakan di ruang pejabat.