Tuesday, February 15, 2011

Ada Aku Kesah...!!! 7

Niki menyambut salam perkenalan dengan hanya mengangkat tangan. Manakan tidak,sedang sibuk menyanyilah katakan.. Suasana yang agak gelap menyebabkan pandangan agak kurang jelas untuk menatap wajah setiap yang hadir dengan jelas.. Namun wajah lelaki bernama Shahrir kelihatan sangat jelas pada pandangan Niki!


Adoiyai! Manisnya kau.. Haish! Untuk lagu yang seterusnya,Niki agak gementar.. Ntah mengapa hatinya berdebar tidak keruan. That so not her!!


Ni kenapa pula aku gelabah tak pasal??! Adakah? Apakah? Uish..Can't be!


Dari pandangan hujung matanya,Niki memerhatikan gelagat Shahrir yang kelihatan sangat mengelabah sewaktu memilih lagu. Ralit sungguh Niki memerhatikannya. Memang betul Shahrir ni blur!! hehehehe..


Shahrir seakan perasan yang dirinya sedang di perhatikan. Lalu dia memandang ke arah Niki yang masih lagi memerhatikan dia. Tatkala bertembung pandang,hati Niki seakan ingin meletup seperti di dalam cerita kartun yang hatinya meletup lalu di ikuti dengan mercun seperti yang di lihat pada setiap sambutan Hari Kemerdekaan!!! Perrrrggh... Gilos!!


Cepat-cepat Niki menjatuhkan pandangannya ke arah Rizal yang asyik menyanyi sambil peha besarnya di angkat dan duduk seakan-akan orang kalah judi. Lantunan vokal Rizal sangat sedap di dengar jika mata di tutup rapat hati pasti terbuai dengan bait-bait lagu yang di nyanyikan.. Emmm.


Sekarang tiba pula giliran Fendi dengan pilihan lagu-lagu awal 90an.. Sambil kami ikut menyanyi beramai-ramai,kami sempat juga bergelak ketawa pabila salah seorang dari kami keluar dari tempo lagu. Keghairahan menyanyi menyebabkan Niki leka dalam gelagat yang tidak di ketahui menjadi bahan tatapan sepasang mata yang mendebarkan hatinya. Giliran Shahrir pula yang ralit memerhatikan gelagat Niki.. What??!


Sekali lagi pandangan mereka bertembung. Namun kali ini Shahrir pula memandang ke arah khalayak yang bergembira menyanyi.. Awkward!!!


Sedang yang lain masih lagi menyanyi,kelihatan Si fendi dan Meng pula sibuk memilih lagu yang kami sendiri tidak tahu lagu apa. Adalanya lagu menjadi pilihan mereka,boleh di nyanyikan beramai-ramai. Adakalanya mereka berdua nyanyi secara duet..mereka berdua memilih lagu ambil bergelak ketawa sesama sendiri. Selalunya,jika mereka gelak secara begitu,pasti ada hidden agenda! Ni mesti ada sesuatu... aku yakin dan pasti!!


"Shahrir! Aku dah pilih lagu untuk kau! Lepas ni turn kau nyanyi!" Jerit Fendi yang melawan kekuatan lagu yang sedang di nyanyikan oleh Zurimie.


"Lagu apa pula ni? Aku dah nyanyi tadi la.." Jawap Shahrir yang cuba menolak permintaan Fend.


"Alaa.. Kau nyanyi je sudaaaahh.." Paksa Fendi lagi. Femdi agak kurang gemar jika permintaannya tidak di endah,. That's Fendi..


"Ok,nanti aku nyanyi" Dengan nada mengalah,Shahrir menyatakan persetujuannya.


Suasana di dalam bilik karaoke kami kelihatan sungguh happening dengan sikap sporting mereka yang hadir pada malam ini. Semua yang hadir benar-benar sedang bergembira dan bergelak ketawa. Kadangkala Niki dan Rizal menjadi bahan gara-gara memakai baju yang sama warna. Mengenali Niki,dia tidak akan sesekali memberi peluang untuk orang mencari pasal dengannya! Makanya akan keluar kata-kata yang bak peluru berpandu! Kini tibalah giliran Shahrir untuk menyanyi..


Lagu yang di pilih oleh Fendi dan Meng adalah lagu dari kumpulan indon Dewa19 dengan tajuk 'Sedang ingin bercinta', motif??!


Emm.. Sedap juga suara Shahrir.. Bila tiba pada part korus,kami semua menyanyikannya beramai-ramai.. Sesekali Shahrir memandang pada Fendi yang menyambut pandangan Shahrir dengan hilai tawa yang tersembunyi dengan hidden agendanya. Fendi turut memandang  pada Niki yang sememangnya tidak tahu tujuan pandangan tersebut.

Masing-masing mendapat peluang menunjukkan bakat terpendam yang sememangnya tidak patut ddi tonjolkan langsung! manakan tidak, ada yang melontarkan vokal yang agak menakutkan hingga boleh menyebabkan kekejangan urat saraf tahap sawan babi!


Namun yang pastinya,kami semua bergembira malahan mungkin dapat menghilangkan stress yang melanda diri sepanjang seharian bekerja. Gelak ketawa benar-benar mampu memadamkan sebahagian kesedihan dan kepenatan dalam hidup! Jadinya,rajin-rajinlah ketawa walaupun tanpa sebab. Juga gelaklah tatkala orang mengatakan kita gila sebab gelak tanpa sebab di tempat yang tidak sesuai!!

Dua jam telah berlalu,namun sedikit pun tidak terasa. Cuba kalau dua jam tersebut kita dok buat kerja opis?? dah tentu punggung akan rasa kematu dan mulalah mencari jalan untuk curi tulang! hehehehe.. Samalah dengan orang yang sedang menaip cerita ini!! Hahahahah....

Sedang lagu terakhir di nyanyikan oleh Meng, kami semua bersiap sedia untuk meninggalkan bilik karaoke sambil memerhatikan keadaan sekeliling mana tahu jika ada barang berharga yang tertinggal. Sebelum meninggalkan tempat karaoke,kami semua bergambar kenangan bersama kawan-kawan baru yang baru malam ini saling berkenalan. Suasana ketika bergambar sangat meriah dengan pelbagai aksi bodoh!

"Kita nak lepak mana ni? Tak akan dah nak balik teruskan??" Soal Fendi yang masih energetic walaupun jam sudah pun menunjukkan 1 pagi.


"Aku suggest kita lepak mamak kat NZ" Cadang Niki yang sesekali mengosok matanya yang sudah mulai mengantuk.


Cadangannya di sambut dengan persetujuan semua orang.


"Ni siapa nak ikut kereta siapa" Soal Rizal yang sedari tadi menjadi badan pemerhati Bangsa-bansa Bersatu.


"Ok,siapa yang nak naik kereta aku silakan. Siapa yang nak ikut Rizal pun di persilakan. Tapi dengan Shahrir ni,seorang kena ikut dia. Kalau tak sampai esok pun dia tak sampai kat NZ. Aku cadangkan Meng kau ikut Shahrir" Atur Fendi mengenai car pool. Denagan tidak semena-mena,Niki menawarkan diri untuk mengikuti Meng menaiki kereta Shahrir.


"Aku nak ikut Meng naik kereta Shahrir!" Tawar Niki tanpa sedikit pun rasa malu. Perlahan-lahan Shahrir memandang ke rah Niki. Mungkin antara percaya atau tidak dengan perilaku Niki ketika itu. Namun dengan muka selamba Niki terus berjalan mengikuti langkah Meng dan Shahrir.


"Ok geng! jumpa kau orang kat NZ  je..Shahrir! kau jangan seesat pula!" Jerit Fendi yang sudah mula melangkah menuju ke tempat parkir keretanya.


Dengan penuh keyakinan,Shahrir mengatur langkah menuju ke tempat dia memakirkan keretanya. Setelah berjalan lebih kurang 5 minit, shahrir mengaru kepalanya yang tidak gatal.


"Bro! Mana kau park kereta kau? ni dah 5minit kita berjalan." Soal Meng yangmula kelihatn peluh merenik di dahinya yang luas itu. Manakala Niki menarik nafas panjang yang sedikit mengah kerana berjalan mengikut rentak yang laju. Fuuuuhhhh!


"Yelah.. Kau ingat tak tempat ko park kereta kau?! Aku seyes dah tak larat nak jalan ni" Keluh Niki sambil memegang kedua lututnya dan melepaskan keluhan panjang.


"Kejap,bagi aku trace balik jalan yang aku ikut tadi. aku yakin,lepas ni aku akan ingat the exact place i park my car" Kata Shahrir memberikan jaminannya. Maka mereka bertiga berjalan mengikuti Shahrir bagi meningatkannya jalan yang di ikuti sebelum berkaraoke. Setelah hampir 3minit berjalan,tiba-tiba Shahrir menepuk dahinya yang telah pun berpeluh.


"Adus! Patutlah aku rasa lain macam je kat tempat parking tadi,aku baru teringat yang aku parking kat the other wing. And aku keluar dari parking tadi by walking through laluan kereta masuk tadi!!" Ujar Shahrir tanpa rasa bersalah menyebabkan kami berjalan bagai orang gila!


Ada juga yang kena flying kick dengan aku! Gerutu Niki dalam hatinya yang sedikit mendidih dengan senario bodoh tersebut!


Sebaik tiba ke tempat parking yang betul,Shahrii memohon maaf atas tabiat pelupanya yang masuk tahap kronik.


"Minta maaflah kat kau orang yang terpaksa ikut cari kereta aku. Meng,kau tahulah aku kalau jalan darat ni memang sucks! kalau kau bagi jalan laut,aku tak ada masalah!" Pinta Shahrir dengan muka 30posen.


"Tak apa bro,aku dah tahu kelemahan kau. Ni si Niki kesian dia kena jalan pusing-pusing ikut kau." Balas Meng mengelap peluh di dahinya. Niki hanya menggelengkan kepala mendengar perbualan mereka berdua. Seorang sengal..Lagi seorang blur tahap impak maksima!!!


Perjalanan diteruskan ke NZ restoran. Perut sudah mula berkeroncong. Manakan tidak,dari petang satu butir makanan pun tak masuk ke usus Niki. Sebaik kereta menuju ke tempat parkir di belakang bangunan berdekatan dengan Menara Getah Asli,kelihatan kereta yang lain-lain menunggu kedatangan Toyota Vios Shahrir. Dari dalam kereta sudah dapat melihat Fendi gelak agak kuat. Ni semua sudah pasti gara-gara perangai blur Shahrir!!!


Apa nak buatkan?? Kawan kau juga Fendi oiii!!
 
"Ni jangan ada pula yang ada yang tak jumpa kereta pula!" Perli Niki pada Shahrir sambil terus berjalan menuju ke meja makan di dalam NZ restoran. Mengikuti Niki dari belakang adalah Rizal,Zurimie dan tunangnya Nadia.Niki memilih tempat duduk yang paling hadapan manakala yang lain-lain memilih tempat duduk di bahagian tengah dan yang paling belakang.


Tanpa menunggu yang lain-lain untuk memesan minuman sendiri,Niki cepat-cepat order nescafe kurang manis dan mee goreng mamak. Suasana di meja kami kelihatan sungguh bingit dengan cerita lawak yang adakalanya mengeletik hati,adakalanya lawak yang ntah apa-apa!! Sebaik sahaja pesanan Niki sampai dia makan tanpa menoleh kiri atau kanan pun. Cuma bila baru nak masuk suapan yang kelima,seleranya terputus seperti biasa. Niki mempunyai satu tabiat makan yang pelik. Dia sentiasa makan dengan kuaniti yang sedikit wlaupun dikal itu,dia benar-benar sangat lapar.. Selalunya pasti ada orang yang akan tolong habiskan makanannya. Itulah tabiat buruk Niki.


Sedang yang lain menjamu selera dan ada yang masih tengelam dengan lawak bodoh sendiri,tiba-tiba Shahrir membentangkan kertas usul pendapatnya.


"Wei,apa kata lepas ni kita naik Genting? Ada bran??!" Cabar Shahrir pada teman-teman yang lain. Ada yang excited,ada pula yang terbeliak biji mata dan ada pula yang buat-buat bodoh saja.


"Kalau kau tanya aku,aku ON je!" Jawap Fendi dengan penuh rasa riang ria di Aidilitri. Rizal pula sedang berbincang dengan Zurimie dan Nadia perihal kertas cadangan Shahrir tadi. Dengan kata sepakat mereka memutuskan untuk tidak turut serta kerana jadual Nadia yang tidak mengizinkan



"Kalu ikutkan aku,aku nak je pergi. Tapi aku tak dapat nak join pasal aku nak kena hantar Zueimie dengan tunang dia balik rumah aku pasal Nadia ada kursus esok pagi. Lagipun dia orang tumpang tidur rumah aku hari ini". Wajah sedih lagi terkilan kelihatan jelas pada wajah mungil Rizal.


Huh! Nasib baik kau tak ikut! Kalau tak.. Asyik aku jadi bahan dengan Kau! Tenang jiwa aku.. Bisik hati Niki.


"Kau lak macamana Niki? Nak join tak? Kau leh tumpang samada aku ataupun Shahrir." Cadang Fendi dengan senyuman yang melebar sambil mencungkil giginya dengan straw minuman. Yucks!!


"Aku ikut je..Best gak dapat naik Genting pagi-pagi buta" Balas Niki dengan hati yang sangat gembira kerana tidak perlu melihat kelibat Rizal yang menyakitkan hati. Tapi sejak bila pula dia sakitkan hati aku??!! Ntah!