Thursday, February 24, 2011

Ada Aku Kesah...!!! 8

Niki Menyuakan pinggan mee gorengnya kepada Fendi.Seperti yang di perkatakan tadi, Niki tidak pernah menghabiskan makanannya. Sebaik perbincangan mengenai trip ke Genting selesai dan masing-masing bersetuju, Niki mengerling pada Rizal terlihat seraut wajah yang terkilan seperti tertelan julap berlebihan gara-gara tidak dapat turut serta mengukur jalan ke Genting bersama yang lain-lain.


Huh! Padan muka kau! maka amanlah hidup aku! Hahahaha.. Gelak Niki di dalam hatinya. Gila!


Ah! Mungkin aku gila,tapi aku dah tak dapat nak bendung rasa meluat aku pada Rizal! Pada hakikat luaran Niki kelihatan tenang dan bergelak ketawa sama seperti yang lain,namun hatinya seakan-akan tidak dapat menampung kejengkelan di dada. Tapi kenapa ye...?


Nampak sangat kecemberutan wajah Rizal.. Tapi nak buat macamanakan? Kau kena hantar Zurimie dengan Nadia balik rumah.. Heheheh..


Suasana di NZ semakin meriah walaupun jam sudah menunjukkan hampir ke 2 pagi. Mananya tak,kaki disko baru sahaja keluar setelah kaki sudah tidak larat menghentak lantai tarian sambil meneguk air kencing syaitan.. Ada di antara remaja atau orang tua yang berlagak remaja masuk ke ruang bahagian luar NZ dengan jalan terhoyong-hayang sambil memeluk pasangan yang ntah berapa kali bertukar ganti! Jijik!!


Haih.. Dunia dah semakin tenat, hanya menunggu masa untuk hancur hasil prbuatan diri sendiri. Bila sudah hancur,mulalah menunding jari menyalahkan orang itu dan orang ini.. Bodoh!


"Mie,kau dengan tunang kau ikutlah sekali. Lagi ramai,lagi meriah." Ajak Fendi sekali lagi walaupun dia sudah tahu apakah jawapan yang bakal diterima. Fendi menyengih sementara menunggu jawapan.


"Bro,bukannya aku tak nak tapi esok pagi aku kena hantar tunang aku training. Kalau tak cukup tidur mau aku jadi zombie Kg.Pisang esok!" Jawap zurimie menolak pelawaan Fendi sambil sesekali menguap lebar.


"Emmm,kalau kau dah cakap macam tu than it's oklah. But hopefully kalau kita orang buat outting macam ni,kau join lah sekali" Ungkap Fendi berbasa basi. Manakala Zurimie hanya menganggukkan kepalanya. Nadia kelihatan menahan mengantuk yang teramat sangat. Dua biji matanya berair merah.. Kesian..!




"Wei! Pukul berapa nak gerak ni?" Soal Niki yang tidak dapat menyembunyikan rasa keterujaannya pada awal pagi itu.


"Aku dah ready. Hanya tunggu masa nak angkat punggung je ni.. Papehal, sila bayar dulu sebelum nak gerak ye.." Ngomel Fendi pada konco-konconya.Kamii semua mengeluarkan wang bahagian sendiri lalu di serahkan pada Meng untuk di buat pembayaran.


Seusai membayar,kaki dan langkah di atur ke tempat parkir. Kumpulan yang mengukur jalan Genting,mengucapkan selamat pada kumpulan yang terpaksa pulang ke rumah. Ada kegembiraan dan kesedihan pada wajah-wajah mereka. Yeeeehhaaaaaaa!!!! Genting here we come!!! Wait arrr....


"Bye Ki,Take care and have fun" Ah, ucapan Rizal yang paling sedap ketika ini di corong telinga Niki.


"Absolutely i will. You too have fun going home and have a good rest ok?" Perli Niki dengan nada yang sangat ceria. Menambahkan lagi rasa sakit hati Rizal yang sebenarnya amat berat hati untuk melepaskan Niki pergi tanpa kehadirannya.


Eeeerr.. Yang aku nak susah hati kenapanya? Dia bukannya girlfriend aku! Terang-terang Niki tak suka siap meluat lagi tu.. Lengkap dengan package!!Tapi....


Dengan pantas Niki masuk ke perut kereta di bahagian belakang diikuti oleh Meng dan Shahrir yang merangkap supir.


Nampak sangat Niki sungguh tergedik-gedik kerana dapat mengikuti teman-temannya. Ntah,kenapa hati Niki teruja dapat bersama dengan Shahrir.. Enjin kereta di hidupkan,maka perbualan lebih berkisar tentang kehidupan Shahrir diatas kapal dan mengenai percutian Shahrir selama hampir 3 bulan diatas darat. Niki hanya memasang telinga mendengar butir bicara kedua mereka. 


Niat Niki hanya satu,untuk lebih mengenali siapakah Shahrir. Latar belakangnya turut menarik perhatian Niki. Dari cerita mengenai kapal,apa yang di lakukan di atas kapal,tugasan yang perlu dia lakukan,dan kelemahannya dalam memahami jalan darat! Namun,bagi jalan laut.. Dialah juara! Heheheheh..


Walaupun malam itu malam pertama Niki mengenali Shahrir,ia membuatkan Niki ingin mengenali diri empunya diri dengan lebih dekat. Adakah aku sudah gila??? Kenapa hati ini mudah tersentuh dengan jejaka hitam manis yang berambut ketak ini! Hanya DIA yang lebih mengetahui.


Namun aku berasa sungguh teringin untuk mengenali Shahrir dengan lebih dekat dan ada sesuatu yang menyebabkan hati ini bagaikan berdaya magnet untuk berada dekat dengan dirinya!! Aduh udah gilakah aku??!!


Sepanjang perbualan antara Meng dan jejaka kesukaan Niki berbual,dengan penuh dedikasi Niki memasang telinga dan membuka minda agar segala butir bicara tersemat kekal di hati dalam cuba memahami insan yang mula menambat hatinya dalam masa kurang dari 24jam..


Sah! Niki kau dah mula sasau.. Sesekali mendengar Shahrir gelak,hati Niki semakin teruja! Namun,bila mendengarkan Meng tergelak? Terus hilang rasa stim dengan serta-merta! hahahah..


Kereta yang kami naiki,jauh di tinggalkan oleh Triton yang dipandu laju oleh Fendi. Triton Fendi dinaiki oleh Sarah dan seorang kawan Fendi tuan punya Triton tersebut. Sesiapa yang pernah menaiki kereta  yang di pandu oleh Fendi akan arif dengan cara pemanduan 'berhemah' Fendi!!


Sebagai seorang kawan,Fendi orang yang sentiasa memberi perihatin terhadap temannya yang  lain. Terutama sekali yang memerlukan kudrat mentalnya. Mungkin ada di antara temannya yang tidak menyukai cara dia memberikan buah fikiran dengan cara yang keras dan menusuk kalbu,namun itulah Fendi. Take it or leave it!


Meng pula,seorang yang masih boleh di kategorikan sebagai remaja yang hampir menuju ke tarikh luput dan bakal menerokai alam warga tua.. Dia seorang yanng sensitif namun suka memendam perasaan. Kadangkala not kadangkala.. But most of the time he can be such an old man when the time suits his mood. Meng..Meng.. Meng!! An old man trapped in a little boy body.. Heheheheh!


Memerhatikan sikap dan tingkah laku semua rakan-rakannya,acapkali melukiskan senyuman yang melebar hingga ke telinganya. Namun ada masanya menjengkelkan bila ada antara mereka berada dalam mood yang kelabu! Itulah saat dan ketikanya kami hanya menutup mulut tanpa sepatah kata.


Selain memasang telinga mendengar dan memahami butir bicara Meng dan Shahrir,fikiran Niki melayang entah kemana dan tiada hala tuju. Namun sesekali menerawang tentang isu Rizal. Adakah dia ada menyimpan perasaan terhadap Niki? Namun hati ini tidak boleh di paksa unuk menyukai seseorangkan? Seboleh mungkin Niki tidak mahu membenci makhluk ciptaan Allah. Takut nanti Allah terbalikkan perasaan benci kepada rasa cinta,kasih dan sayang! Nauzubillah minzalik.. Selisih malaikat 44!


Lagu-lagu dari corong kereta Shahrir sesekali mendendangkan lagu yang boleh diterima buat halwa telinga. Niki paling kurang gemar lagu bingit yang sebiji buti haram tak faham. Untuk beberapa minit yang berikutnya,suasana menjadi bungkam tanpa sepatah kata.


"Niki,kau bagi soalan yang pernah kau bagi pada aku dengan Fendi, pasal jenis buah yang start dengan huruf 'L'" Gesa Meng bagi 'break the ice' session.


Walaupun tidak ada mood untuk membuat lawak,gara-gara rasa mengantuk menekan matanya namun di gagahkan diri agar suasana tidak dicengkam kebisuan. Terus Niki memberikan persetujuannya. Masing-masing memaasang telinga menaanti Niki memulakan bicara lawak yang belum pasti akan menjadi.


"Cepatlah Ki,aku pun nak dengar juga lawak yang Meng cakapkan tu.." Gesa Shahrir sambil mtanya memandang cermiin untuk mencari peluang mengambil jalan di bahagian kanannya. Sungguh berhemah cara pemanduan Shahrir jika ingin dibandingkan dengan Fendi. Mana tak berhemah.. Jika jalan untuk ke Genting pun di tunjuk oleh Meng!!


"Ok,Ceritanya macam ni. Ada seorang mamat ni sedang berbual dengan seorang apek yang sedang menjual buah. Mamat ni memang kerja dia suka menyakat orang tak kira siapa. Kemudian mamat ni bertanya pada apek.
Mamat: Apek,cuba lu kasi tahu sama saya 3 jenis buah mula dengan huruf M.
Apek: Aiya! saya mana tau apa buah huruf M la.. Saya juai buah saja. nama talak ingat wor!
Mamat: itu pun apek talak tau ka?! Mangga,Mangis,Mempelam la!! haiyer...
Apek: Ooooh,lu manyak pandai ar.. Tadi lu kasi gua buah huruf M.. ini kali saya mau lu kasi tau saya buah huruf L..
Mamat: senang aje apek! Limau,langsat,.....??????

Agak lama juga mamat memikirkan buah apa lagi yang bermula dengan huruf L.. Sambil mengaru kepala,mamat menyerah kalah dan bertanya kepada apek tadi apakah buah yang berikutnya..


Apek: tadi lu kata senang ma..Itu buah huruf L pun lu tatau ar???
Mamat: Cepatlah apek! gua mau tau..
Apek: Itu lima jenis buah.. LULIAN,LAMBUTAN,LUKU,LEMBIKAI,LANGKA!!! itu pun lu talak tau ka???


"kahkahkahkakahkah!!!" ketawa Meng dan Shahrir berdekah-dekah. Niki hanya tersenyum sahaja. Kerana cerita itu sudah tidak menjadi lawak padanya. Mana taknya,sudah berulangkali cerita itu di ulang tayang entah kali yang ke berapa ratus??!!!