Sunday, May 20, 2012

Seindah Semalam M/S: 14 0145pm 20052012

MUKASURAT EMPATBELAS



 Frank Sinatra- Come Fly With Me
Lagu ini amat bermakna buat diri aku. You left something for me to always remember you Abah sentiasa memainkan beberapa keping kaset berbahasa inggeris tatkala aku menginjak belasan tahun. Dan salah satu lagu yang sentiasa di putarkan adalah lagu ini. So abah you're the best eventhough we don't know each other well.. You seldom home and be a father to all of us.. But you always have one special place in my heart!!


    Pintu gate rumah di tolak perlahan-lahan bagi mengelakkan Cik Kiah perasan. Tapi akhirnya...(Gila tak perasan,dah tentu Cik Kiah ada di rumah. Kemana pula dia nak melepak malam-malamkaaaaaaan..) Heheheh...

    "Hah! baru sekarang nak balik? Tak reti nak telefon rumah bagitau nak balik lambat? Kat office kau line telefon dah kena potong ke? Lainkali kalau nak balik lambat dan tak nak bagitau, pergi tidur rumah kawan kau!" Itu dia AK47 sedang memuntahkan peluru tanpa henti. Rasa nak gelak pun ada,nak marah pun ada.  Boleh kata macam-macam perasaan aku ada. Tak jawap nanti kata aku kurang ajar,di jawap nanti di katakan aku melawan. Habis tu macamana???!

    Nak jawap ke tak? Nak jawap ke tak nak? Berbolak -balik hati ni... Haish!

    "Orang lupalah nak telefon tadi. Bukan pergi mana pun tadi minum kat Taman Tenaga dengan kawan-kawan. Siti pun ada sama tadi" Jawap Liza dengan nada suara yang tenang. Terus dia berlalu dari ruang tamu menuju ke bilik. Tuala di capai, dia ingin segera membersihkan batang tubuh yang berlengas dan menunaikan qada solat maghrib dan isyak.

    "Habis tu, jari kau cacat tak reti nak telefon? zaman sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku. Janganlah menyusahkan orang yang kat rumah nak fikir yang bukan-bukan. Nanti tahu-tahu dah masuk suratkhabar!" Bebel cik Kiah,suara cik Kiah tak perlu pakai loud speaker sebab sangat JELAS dan LANTANG!

    Ish, aku dah masuk bilik air pun Cik Kiah nak bercakap lagi? Haish.. sudah-sudahlah tuuuuu.. Mulut aku ni gatal je nak menjawap. Lagi di jawap lagi menjadi-jadi pula sidang perbincangan ni nanti. Kalau ada ramai penonton, tak apalah. Ni dua beranak je kot! Adik perempuan aku pergi masjid agaknya,tak nampak pun kat rumah. Yang bongsu dengan yang nombor tujuh entah kemana menghilang. Yang tu tak pula nak jadi issue,mungkin sebab mereka lelaki. Eeeeemmm....

   "Yelah.. yelah..Lainkali, di masa akan datang nak pergi mana-mana nanti orang call. Nak pergi toilet pun nanti orang call juga" Usik Liza untuk mematikan topik perbincangan dari bertambah hangat.

    "Kalau setakat nak kencing berak kau call aku,mahu makan penyepaklah jawapnya!" Jerit cik Kiah di dapur. liza hanya menyengeh dan tergelak kecil sambil menyarungkan telekungnya.. Cik Kiah.. Cik Kiah.. Macam-macam!

    Seusai solat,Liza menyelongkar di dapur untuk melihat apakah hidangan hebat malam ini. Wah! ada sambal goreng ikan bilis rangup, telur masin dan sup sayur campur dengan fishball!! Sluuuurrrp!!

    "Huh! Pandai pula kau cari makanan kat dapur ya.. Nak tolong masak jauh sekali!" Perli Cik Kiah dengan jelingan maut beliau. Liza apa lagi? senyum lebar jelah...

    "Ala mak.. Bilalah orang nak ada masa ke dapur. Bukan ke orang kerja.. Tolong makan pun dah kira ok. Penat-penat Cik Kiah masak,nanti membazir je tak ada orang nak makan!" Usik Liza dengan ketawa yang galak. Dengan tidak semena-mena Liza tersedak melalui hidungnya. Habis meja bersepah dengan butiran nasi yang tersembur melalui mulut. Airmata pila bergenang di pelupuk matanya. Segera di capai gelas berisi air panas mati bagi menghilangkan kepedihan di anak tekaknya.

    "Hah, Itulah akibatnya melawan cakap orangtua. Tu baru tersedak, cuba kalau tercekik? Terus masuk HUKM!" Balas Cik Kiah yang mengomel tanpa belas ikhsan. Ish,orangtua ni mendoakan yang bukan-bukan pula. Kalau aku mati,menangis pula!

    Alhamdulilah kenyang sudah.. Buurrrp!

    Meja makan dan dapur di pastikan kemas,kalau tidak.. jawapnya kena sembur lagi! hehehe..

    Buku yang terletak di sudut kepala bantal di capai, tajuk buku? "Hidup sesudah mati" buku ini tak pernah dapat di habiskan bacaannya entah kenapa Liza pun kurang pasti. Hanya satu sahaja yang dapat di fikirkan sebagai jawapan. Mungkin buku itu mengingatkan kita tentang mati dan betapa perlunya membuat sebanyak mungkin kebaikan sebagai saham akhirat dan menjauhi perbuatan buruk yang membangkitkan kemarahan syaitan laknat yang menyebabkan pembacaan sentiasa tertangguh.

    Syaitan akan sentiasa mengoda anak adam agar menjauhi buku-buku agama berbentuk ilmiah agar memudahkan syaitan melakukan kerja-kerja terkutuk untuk memesongkan iman orang seperti aku! Cuba kalau membaca novel cinta yang menghanyutkan perasaan? Sudah pasti berbuku-buku aku boleh baca. Haish...

    Bunyi langsir bilik di selak seseorang,malas Liza nak menjengah memastikan siapakah orang itu. Tahu-tahu terdengar lontaran vokal suara yang biasa kedengaran.

    
   "Itulah kerja kau! Makan,baring lepas tu baca buku! Dah tak ada kerja lain yang kau boleh buat?! Ni kain yang berlambak-lambak ni bila kau nak lipat?!" Ujarnya dengan hujung jari dan hujung mulut terarah ke longokkan kain di hujung kepala katil aku.

   "Laaa.. Kan orang selalu lipat hari Sabtu? Letihlah nak lipat time hari bekerja. Nanti Sabtu ni orang lipat,susun dengan gosok baju sekali" Jelas Liza yang masih memegang buku dengan mata tetap membaca bait-bait ayat yang di tulis.

    "Ada saja alasan kaukan?!" Lenting Cik Kiah mencekak pinggangnya yang tak ramping

    Eeemmm.. apa-apa jelah Cik Kiah oi.. Malas nak memanjangkan cerita. Lagi panjang,lagi banyaklah dosa yang terkumpul. Kalau dosa terkumpul boleh bagi aku menang hadiah ke Bali tak apalah juga! Hahahah.. Sengal!

    Leka betul Liza membaca buku tahu-tahu dah masuk jam 11malam. Bila membaca buku bab agama ni kita kenalah berhati-hati dan membaca dengan pemahaman yang betul. Bukan apa,syaitan laknat ni ada di mana-mana bagi memesongkan pemikiran kita. Sebab itulah kita di mestikan mempelajari agama dengan berguru bagi mengelakkan kita dari berguru dengan syaitan tanpa kita sedari. Wallahualam..

    Eh.. dengar macam suara abah je. Bila masa orangtua ni balik? Eeemm.. Inilah masa yang terbaik untuk aku tanyakan abah pasal nak sambung belajar. Mudah-mudahan ada harapan.. Bisik Liza di dalam hati dengan harapan yang menggunung.

    Liza tahu masa yang sesuai untuk dia tanyakan soalan adalah setelah abah selesai mandi dan makan. Time itulah yang sesuai...

    Diselaknya langsir bilik lalu mengintai suasana di ruang tamu yang kecil itu. Adik aku yang nombor lapan dan nombor tujuh dah pengsan. Manakala adik aku yang perempuan pula dah lama berlayar jam 9 tadi. So.. This is it!

    "Abah, Pagi tadi orang pergi sekolah ambil result SPM. Ni yang nak tanya abah,orang lulus dapat pangkat dua. Ingat nak sambung belajar" Terang Liza dengan sekali nafas. Bukan takut,tapi seakan-akan dapat merasakan rejection dari abah. Perasaan itulah yang sentiasa  mengganggu minda. Menjangkakan yang buruk sebelum mendapat keputusan yang pasti. Aku bencikan perasaan ini!!!
   
    "Eeem.. kau nak belajar apa kalau sambung belajar?" Soal abah memandang tepat ke anak mata Liza. Wajah abah nampak keletihan namun tidak nampak tua. Mungkin sebab abah berjambang lebat dah rambut masih lagi lebat kalau nak di bandingkan dengan bapa-bapa yang sebaya dengan abah. Tapi renungan mata abahlah yang membuatkan kami adik-beradik jadi kecut perut. Aura abah kadang-kadang menakutkan!

    "Orang ingat nak ambil jurusan seni ataupun jurusan senireka fesyen" Jawap Liza memandang ke arah abah yang masih memegang dan membaca akbar Berita Harian.

    "Nanti abah tengok dulu.. Tapi kalau tak silap abah ITM (nama lama sebelum di tukar kepada UiTM) ada pengambilan pelajar minggu depan hari jumaat. Apakata kau minta cuti?" Cadang abahnya memberi sedikit harapan kepada Liza. Namun perasaan seperti "TAK MUNGKIN KAU DAPAT TERUSKAN CITA-CITA KAU!" terngiang-ngiang di kotak mindanya.

    Bukan sengaja berfikiran negatif,tapi setahu aku tak pernah ada sesuatu yang aku inginkan atau idamkan dapat menjadi kenyataan. Sebab itu aku tidak dapat membuang perasaan "Yang aku tak akan dapat" dari hati. Atau kadang-kadang sudah hampir mendapatkan apa yang aku nak,namun cancel di beberapa saat yang terakhir sebelum apa yang aku nak berada di dalam genggaman! huhuhu..