Monday, May 14, 2012

Seindah Semalam M/S: 10 0927pm 14052012

MUKASURAT SEPULUH


Lempeng di cicah bersama kelapa,
Cekodok pula di cicah gula,
Senyuman kalian tiadakan ku lupa,
Dengan harapan bertemu semula.


    Kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah sesudah memberikan salam kepada tuan rumah merangkap ibu aku iaitu Cik Kiah. Kulihat kiri dan kanan, tidak nampak kelibat Cik Kiah yang selalunya sibuk berligar di ruang tamu dengan mulut machine gun AK47 beliau.

    "Mana pula perginya orangtua ni? Tak akan merayap join JKK 'mesyuarat tingkap' kot.." Bisik Liza di dalam hatinya. Setahu Liza, Cik Kiah memang tak join group ahli mesyuarat tingkap. Seboleh-bolehnya cik Kiah akan cuba menjauhi kumpulan haram ini melainkan jikalau terpaksa. Macamana tak jadi 'paksa rela' kalau JKK mesyuarat tingkap ni kerap menebeng didepan rumahkan? tak akan cik Kiah nak halau..Yang penting.. Di manakah cik Kiah berada sekarang?

    Tangan kanan Liza menopang dagu dengan melemparkan pandangan kosong ke halaman rumah yang sebenarnya tak ada rupa seperti laman rumah. Ianya hanyalah tanah sekangkang kera yang di letakkan beberapa buah pasu yang sudah lama mati tidak berbunga.

    "Hah! Apa yang kau menungkan? Tunggu orang datang meminang?" Sergah cik Kiah sekuat hati seraya melepaskan tepukan keras ke bahu kanannya yang sedang menopang dagu. Terlepas topangan tangannya dari dagu. Liza terperanjat bukan kepalang.

    "Oh mak kau! p*****k!" Latah Liza dengan jeritan yang kuat

    "Wah.. Wah.. Cantiknya bahasa. Macamana nak ada laki kalau mulut bercakap tak ada insurance?"

    "Dah mak main sergah tak bagi salam, mana orang tak terperanjat?! Agak-agaklah kalau nak gurau pun" Bengkeng Liza dengan nada yang tinggi sambil menjuihkan mulutnya.

    "Cuba kalau melatah tu sebut perkataan lain selain dari perkataan tuuuut tu tak boleh?" Balas cik Kiah yang turut melemparkan lontaran vokal old timer yang tinggi.

    "Mana ada orang yang melatah sempat nak fikir perkataan lain mak oi! Apa yang terlintas, itulah yang di sebut. Yang mak tu.. ntah datang dari mana terus je main sergah. Cuba kalau orang ni penghidap sakit jantung.. dah tak pasal mati sia-sia" Bebel Liza yang tidak mahu mengaku kalah dalam sesi debat dan beradu suara siapa yang melontarkan vokal paling high volume.

    "Kalau kau mati, aku tanam je. Habis cerita!"

    "Mananya nak habis cerita. nak kena interview dalam kubur dulu ar.." Bidas Liza yang masih lagi menjawap kata-kata cik Kiah. Memang budak tak makan saman!

    "Argh.. Suka hati kaulah Liza oi! Ni, aku nak tahu keputusan kau.. Lulus atau nak tunggu rombongan meminang?" Perli cik Kiah yang inginkan kepastian tentang keputusan SPMnya

    "Kalau lulus,boleh ke nak sambung belajar? Kalau gagal.. Ingat nak cari kerja lain" Jawap Liza bermain kata dengan cik Kiah yang kelihatan sudah mula hilang sabar.

    "Beritahu jelah apa keputusannya. Sibuk pula tanya benda lain. Kalau nak tahu sama ada sambung belajar ataupun terus bekerja,itu kau kena tanya sendiri dengan abah bukannya tanya aku" Tegas cik Kiah yang sudah mula angkat kaki menuju ke dapur. Tangan beliau sibuk mencari bahan-bahan untuk di buat masak tengahari. Entah apalah menu hari ini ya.. Perut tiba-tiba menjadi lapar..

    Keletang-keletung bunyi peralatan yang di perbuat dari besi berlaga..

    "Orang lulus dapat aggregat 25 pangkat dua. Hajat dalam otak nak sambung belajar. Tapi memandangkan kemampuan kurang.. mengatasi keinginan, jawapnya orang kena bekerjalah" Perlahan sahaja nada suara Liza berbanding dari awalnya. Ada satu keinginan yang meluap bila memikirkan niat mencapai cita-cita. Namun dia sedar ianya sekadar angan-angan di pingiran hatinya sahaja. Eeeeeemmm...

    "Bab yang itu, kau kena bawa berbincang dengan abah. Tengok nanti apa yang dia cakap. Kalau abah tak mampu, mak rasa lebih baik kau bekerja sambil belajar. Kau capailah cita-cita kau, mana tahu boleh jadi pereka fesyen yang terkenal.." Gurau cik Kiah dengan nada yang sebenarnya cuba mengembirakan hatinya sendiri.

    "Tengoklah nanti.." Jawap Liza malas lalu mencapai kain batiknya menuju ke bilik mandi.

    Di bersihkan tubuh badannya agar bersih sebersihnya. Dari dalam bilik mandi sudah terbau sambal goreng ikan bilis,sayur kangkung goreng belacan berbaur dengan haruman nasi yang baru dimasak. Terbayangkan hidangan ringkas tetapi menyelerakan membangkit rasa lapar yang semakin membuak-buak. Kecur air liur di buatnya. Cepat-cepat Liza mengeringkan badannya.

     "Fuyooooh! hidangan yang enak ni. Nak terkeluar air liur orang" Usik Liza sambil mengayakan lagak seperti chef menyedut aroma masakan dalam-dalam dengan mata tertutup. Cik Kiah menyengih melihatkan perangai anak daranya yang tiga suku masak.

    "Tu jangan nak curi makan ya. Pergilah pakai baju lepas tu dah boleh makan. Kau bukan nak pergi sekarangkan?" Soal cik Kiah dengan tangannya cermat menyudip sayur kangkung goreng belacan ke dalam mangkuk kaca berwarna coklat. Manakala sambal goreng ikan bilis sudah pun terhidang di atas meja bersama ulam timun jepun. Waaaaaaah! Sedaaaaaapnyaaaaaaaaaaaaa...

    "Yelah, orang nak pakai bajulah ni. Masuk kerja lepas zohor, sebelum tu nak kasi perut kenyang sampai buncit.Lepas solat baru kasi pecah lemak dengan berjalan kaki ke tempat kerja" Terang Liza separuh menjerit dari dalam bilik. Terkial-kial dia nak memakai baju kurung yang kadangkala rimas rasanya. Bukannya tak biasa pakai, tapi Liza merasakan pakaian sebegitu hanya melambatkan pergerakannya yang sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan pantas. Liza lebih senang dengan jeans dan t-shirt. Eeeemmm...
   
    Seusai mengenyangkan temboloknya, Liza menyandar lalu dicapainya remote control. Dari satu channel ke satu channel di tekannya, namun tidak ada satu pun siaran yang menarik hati. Alangkah bestnya kalau ada berpuluh siaran yang boleh aku pilih...(Dimasa ini,masih belum wujud channel Astro or Hypp tv). Dicapainya suratkhabar Berita Harian, di selak dari satu mukasurat ke mukasurat yang lain.. Eeemm.. tak ada berita yang menyelerakan asyik-asyik pasal politik,pembunuhan dan gosip artis yang memualkan.

    "MAK! orang nak pergi dah ni" Laung Liza dari luar pintu pagar. Sandal di sarungkan,jangan haraplah Liza nak pakai kasut yang bertumit. Pernah dia mencuba kasut Siti yang tumitnya dalam 2cm tinggi,itupun dia rasa amat menyakitkan tumit kakinya. Apatah lagi untuk dipakai berjalan berjam-jam?! Alamatnya balik rumah merangkak!

    "hah,kejap aku kat dapur ni"

    Liza menyalami tangan cik Kiah. Dan seperti biasa cik Kiah akan memberi pesanan penaja.

    "Jalan tu elok-elok, buat kerja elok-elok, berjalan tu baca apa yang patut,tengok kereta.. Blah.. blah..blah.." Itu pesanan tajaan cik Kiah yang sama setiap hari. Kalau tak dengar, boring pula. Bila dengar rasa macam aku ni budak kecil lagi.. Haish.. Cik Kiah.. cik Kiah.......
   
    Bismillahirahmanirrahim.. Pintu hadapan office di buka perlahan dengan langkah kanan memulakan langkah masuk. Kad pekerja dimasukkan dan di geserkan di bahagian kanan,ditekannya nombor pekerja. Sebelum itu Liza mengintai suasana di dalam pejabat melalui cermin kaca paras matanya. Eeeemm.. Sibuk seperti biasa.

    Kejap lagi Mesti seekor-seekor tanya pasal result aku. Malas betul nak kena interview!

   "Liza! Macamana dengan result SPM? Lulus?" Soal kak Wati separuh menjerit. Seluruh teman sepejabat menoleh ke arahnya dengan pandangan mengharapkan jawapan. Liza hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda bahawa dia lulus SPM.

    Beberapa teman bertepuk tangan gembira. Ada yang menjerit mengucapkan tahniah. Ada pula yang menjerit kesukaan. Gembira rasanya di sambut begitu, rasa seperti wirawati pulang dari menabur bakti untuk negara pula! heheheh..

    "Tak jadilah nak hantar rombongan meminang kau Liza!" Jerit Saiful dari meja belakang. Kata-katanya di sambut dengan hilai tawa dari Razak, abang ipin dan Fuad.

    Sewel!

    "Tak ada maknanya aku nak kahwin. Aku muda lagi kot!" Tingkah Liza menjuih mencebik bibir.

    "So,Liza seperti yang dijanjikan jangan lupa belanja abang Mat" Celah suara abang Mat yang ntah dari mana muncul,tiba-tiba sudah ada di belakang Liza. Terperanjat Liza di buatnya. Segera dia mengurut dadanya dan beristighfar.

    "Abang Mat ni! lainkali bagilah salam. Ni buat saya terkejut ajelah" Ngomel Liza mencuka.

    "Tahniah Liza!" Ucap abang Ipin huluran tangannya di sambut Liza kemas.

    "Abang Mat, PEMBETULAN. Saya tak pernah berjanji apa-apa pasal nak belanja makan kalau lulus. Abang Mat yang pandai-pandai sendiri. So abang Mat bila nak belanja saya ni?" Usik Liza memulangkan paku buah keras pada abang Mat dengan senyum lebar. Dari kejauhan, abang Mat menjelirkan lidah dengan kedua-dua tangannya dia angkat ke atas tanda menyerah kalah.

    Di henyakkan punggung keatas kerusi ,beg selempangnya di campakkan ke dalam laci yang jelas kelihatan buruk. Dah sepatutnya di buangkan ke dalam lori sampah DBKL.

    Routine tetap berjalan sperti biasa walaupun dia sepatutnya berasa gembira. Tapi entahlah kenapa tidak ada rasa gembira seperti orang lain.

    Aku sepatutnya menjerit HOORAY! Tak terkeluar dari anak tekak nak menjerit girang. Haiiishhhhh...

    Liza yang sedang melayan perasaan sambil membuat kerja, di sapa oleh Saiful yang sentiasa menyibuk walaupun kerja masih menimbun di atas mejanya.

    "Aku baru je ingat nak hantar rombongan meminang kalau kau gagal,nampaknya terpaksalah aku postpone!" Ujarnya dengan nada yang sengaja dibuat-buat sedih.

    "Wak lu! Kau ingat kalau kau hantar aku nak terima? Aku belum kemaruk nak kahwin laagi ok. Banyak benda dan perkara dalam hidup yang masih belum aku terokai"

    "Alah, kau ni.. Aku nak bergurau senda pun tak boleh. Dahlah masuk kerja pagi-pagi kau tak ada. Ni kira aku nak balas dendamlah pasal tak dapat nak mengusik kau pagi tadi" Bebel Saiful dengan jari telunjuk menguis-guis getah yang berselerak di atas permukaan meja.

    "Nak gurau pun tengok topiklah bro.  Kau ni tak ada kerja ke? Dah habis? Kalau tak habis lagi pergi blah. Menyemak je kat meja aku" Tegur Liza yang terkial-kial nak menghabiskan kepingan kertas yang terasa seperti tak berganjak dari dikoyak.

    "Kerja aku ada lagi, saja nak singgah kat meja kau untuk bergurau senda"

    "Apakata kau bergurau senda dengan En.Rosli, mesti dia suka" Balas Liza mengenakan Saiful yang mula mencukakan wajahnya yang kacak. Heheheh.. Padan muka kau!

    "EHEM.. ni dah habis kerja ke?!" Sergah En.Rosli yang baru sahaja keluar dari bilik pemprosesan filem. Liza dan Saiful masing-masing terkejut beruk di buatnya. Dengan perlahan Saiful berjalan menuju ke mujanya semula. Liza menoleh ke arah Saiful lalu menunjukkan ibu jari tangan kanannya sambil menjelirkan lidah.

    PADAN MUKA!