Monday, March 18, 2013

Just Me,Myself and I...: Niki's Yummy Kookies 3 19032013

Just Me,Myself and I...: Niki's Yummy Kookies 3 19032013:     Assalamualaikum dan selamat pagi buat teman-teman yang sedang sibuk dengan tugasan masing-masing bagi yang bekerja, atau pun pada mereka...

Niki's Yummy Kookies 3 19032013

    Assalamualaikum dan selamat pagi buat teman-teman yang sedang sibuk dengan tugasan masing-masing bagi yang bekerja, atau pun pada mereka yang sibuk menguruskan rumahtangga bagi yang menjadi surirumahtangga sepenuh masa seperti i.. Semalam memang berangan ingin 'mengupdate' blog i, namun hutang kerja membakar biskut perlu di buat semalam. Biskut semalam selesai di bakar siap packaging pada malamnya.

    Owh.. By the way.. Hari ini i menyediakan makan tengahari yang paling simple.. Tauhu goreng sambal kacang. Tetiba tekak teringin nak makan tauhu sambal kacang yang agak bertahun tak makan. Itulah bekal buat encik suami yang sudah agak lama tak menjamah makanan luar. Unless kalau i tak sihat dan tak dapat memasak barulah encik suami membeli makan tengahari beliau berdekatan dengan tempat kerja.

    Back to the main subject...

    Memang kerja membuat biskut kelihatan seperti mudah, namun hakikatnya.. pelbagai peringkat perlu di lalui sebelum menampakkan hasilnya. Penat? itu sudah semestinya. Tapi kepuasan tatkala mendapat 'feed back' dari suami, anak dan pelanggan itulah yang memadamkan kepenatan membikin biskut!

    Semalam i membakar biskut 'Nutty Choc Kookies'.. Bahan-bahan yang di gunakan boleh merujuk pada Niki's Yummy Kookies 2. Cuma perlu di tambahkan serbuk koko. Sukatan? lebih kurang 5 sudu besar. Terpulang kepada u all nak koko sedikit atau banyak. Jika mahu lebih sedap, bolehlah di tambahkan dengan serbuk minuman instant kegemaran u all. Tapi sukatan gula mengikut resepi perlulah di kurangkan agar biskut tidak menjadi terlalu manis.


 Inilah hasilnya semalam. Mini 'Nutty Choc Kookies'.. Saiz biskut mini bukan sahaja sesuai di makan ketika hari keraian, ianya juga sesuai di makan pada hari-hari biasa bersama secawan kopi, teh atau apa sahaja jenis minuman yang di sukai!
 
Yang ini pula adalah biskut 'Nutty Choc Kookies' yang bersaiz giant. Ukurannya bersamaan dengan saiz tapak tangan orang dewasa. Kerangupan dan keenakkannya sama seperti yang boleh di dapati di pasaraya. Malahan harganya lebih berbaloi jika di bandingkan dengaan harga pembuatan kilang. Biskut yang di buat dengan penuh kasih sayang dan dari tangan amat berbeza rasanya!
 
 
    Okay.. I nak share satu resepi biskut bersama u all, dengan harapan u all boleh mencubanya!
 
    Biskut M&M:
 
    2 cawan tepung serbaguna
    1 cawan gula halus
    Setengah sudu teh baking powder
    Setengah sudu teh garam
    Setengah sudu teh serbuk kayu manis
    3 biji telur
    1 sudu teh vanilla ekstrak
    Sepeket M&M
    Kekacang mengikut pilihan dan terpulang pada u all nak letak atau tak ya..
 
    Cara-caranya:
 
1. Panaskan ketuhar 180 darjah. Lapikkan kertas minyak pada dulang pembakar.
 
2. Campurkan bahan-bahan kering (Tepung, gula, baking powder, dan serbuk kayu manis) dalam mangkuk 'mixing'
 
3. Masukkan 3 biji telur bersama vanila dan bancuh dengan kelajuan sederhana. Kemudian masukkan bancuhan kering di adunkan bersama sehingga semua bancuhan sebati.
 
4. Setelah sebati, bolehlah masukkan M&M dan kacang di dalam bancuhan tepung tadi.
 
5. Jika u all ada ice cream scoop, boleh gunakannya sebagai acuan biskut. Letakkan setiap adunan biskut dengan jarak 2 inci di antara satu sama lain bagi mengelakkan bisktut melekat sesama sendiri.
 
 
*As for me pula.. i lebih suka letakkan M&M di atas permukaan biskut berbanding di campurkan sekali di dalam adunan. Seperti di dalam gambar di bawah. Psssst.. i kurang gemar letakkan kekacang, kerana keenakkan biskut dan M&M kurang terasa..
 

 
 
Tadaaaaaaaaaaaaaaa! Sedap hingga u all tak sedar berapa banyak lemak tepu yang mendap dalam badan! Heheheeh....
 
 
    Semoga resepi ini menjadi kegemaran u all sekeluarga.. Tak percaya? ce try..
 
    Sebarang pertanyaan bolehlah u all tanya kat i.. Yang mana i boleh jawap.. i jawap. If i sendiri pun tak tahu nak jawap.. Den tak dapeklah nak nolong..
 
    Semoga hari ini memberi erti bersama limpahan belas ehsan serta rahmat Allah buat u all.. In Shaa Allah Amiin.. Tatata!