Wednesday, March 16, 2011

Ada Aku Kesah....!!! 11

Uish.. Cik Kiah ada kat dapur la pula! Ingatkan still tidur lagi. Emm.. buat je muka tak bersalah.. Heheheh..

"Ingatkan dah tak ingat rumah!" Tembak Cik Kiah yang merangkap maka aku tepat ke sasaran.

"Ala mak,bukannya selalu orang balik lambat" Jawap Niki dengan muka yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Terus sahaja Niki mengambil tuala untuk bersiram.

Seusai semuanya,Niki terus sahaja menutupkan mata untuk menghilangkan penat semalaman bersengkang mata.

Baru beberapa saat memejamkan mata,Niki tiba-tiba teringat dengan gambar yang perlu di uploadkan. Dengan pantas,Niki terus saja memuat naik gambar untuk simpanan di komputer peribadi sebelum di muat turun ke dalam Facebook untuk tatapan rakan-rakan yang turut sama ke Genting semalam.

Ish.. Kenapa pula aku teringat kat Shahrir ni.. Mamat tu memang nampak sangat tidak berminat untuk mengadakan sebarang perhubungan dengan mana-mana wanita buat masa yang terdekat ini. Bagaikan ada sesuatu yang menghantui fikirannya.

Mungkin ada sesuatu yang besar telah terjadi dalam hidupnya. Emm.. Biarkanlah.. Aku pun tidak terdesak untuk mengadakan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki pun buat masa sekarang. Aku lepaskan segalanya kepada yang esa.. Tidak juga memilih apatah lagi mengaharapkan yang sempurna sepertimana perempuan lain. Kesempurnaan haruslah dicipta secara bersama.. Barulah kesempurnaan akan terlihat pada diri pasangan masing-masing!

Ok.. baik aku pejamkan mata dari menyesakkan otak dengan perkara yang tidak relevan! Tak pasal aku jadi orang yang "SS"! zaaaaaaaaaaaaas..!

ZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz.. (Lena dibuai mimpi yang indah)

Santak petang baru Niki terjaga dari tidur yang lena bersulam rasa pening yang memberatkan otak. Niki memang tidak gemar tidur pada waktu petang kerana akan mengakibatkan rasa pening yang kadangkala boleh melarat hingga mendapat migrain!

Dengan rambut dan wajah yang serabai Niki terus kedapur lalu mencuci wajahnya ke sinki sekali dengan berkumur. Terus sahaja Niki mengambil pinggan dan menceduk nasi dan lauk yang telah siap dimasak oleh cik Kiah. Yummy!

Untuk menambahkan lagi selera makan,Niki langsung tidak memberus giginya! Hahahah... (Dah berus pagi tadi sebelum tidur)

Fuuuuuuh! Nasib baik aku masih lagi bercuti.. Kalau tidak mahu menggelupur untuk bersiap.

Hari-hari yang berikutnya berlalu tanpa rasa tertekan dengan kerja mahu pun yang melibatkan penggunaan otak secara berlebihan.. Ini semua gara-gara hati ralit memikirkan tentang Shahrir! Kenapa dengan aku ni??! Sewel!

Truuut! Truuut! Dering tefon genggam dikala hati dan minda ralit memikirkan Shahrir!

"Opocot mak engkau!" Latah Niki terperanjat.

"Hello! hah,tetiba je kau call aku. ada apahal?!" Soal Niki kepada pemanggil yang tergelak kecil.

"Hari ni kau habis kerja pukul berapa?" Suara Fendi garau di corong telefon. Bertanya bak polis pencen.

"Hari ni aku shift pagi.. Time macam biasalah.. Kenapa?" Giliran Niki pula menjadi pegawai polis pencen.

"Kita orang nak pergi KLCC tengok wayang. Ingat lepas tengok wayang,aku nak ajak kau dengan yang lain-lain pergi lepak sama-sama. Amacam? Nak join tak?" Terang Fendi bersama soalan dan menanti jawapan dari Niki yang masih memikirkan tentang tawaran tersebut.

"Emm.. Ok juga idea kau tu. Tapi wayang tu habis pukul berapa?" Soal Niki menggaru kepala yang tidak gatal.Kerana seperti biasa,Niki tidak suka menunggu. Itu akan membuatkan mood berubah menjadi kemarahan.

"Habis movie dalam pukul 6.30pm. Sempat lagi kita orang jumpa kau. Kau bersiap je, nanti kita orang turun jumpa kau lepas tu terus pergi lepak" Jelas Fendi panjang lebar. Niki hanya menganggukkan kepala walaupun Fendi tidak melihatnya.

"Ok!"Terus saja Niki menekan punat off setelah beberapa customer melangkah masuk ke dalam butik. Emm.. Nampak gayanya seperti ingin menghantar jam untuk diperbaiki. Menyampah betul nak handle customer kalau banyak sangat songehnya. Haish.. Nasib badan! Kena pula turn aku yang handle customer!

"Wan,customer tadi hantar jam. Boleh pula nak sound aku kenapa nak letak bateri kena tunggu sampai 3 minggu! Dia ingat ni undang-undang aku ke? Ikutkan hati aku,nak je suh dia servis sendiri,tak pun suruh dia pakai jam dinding gantung kat keher. Bila bateri habis,boleh tukar sendiri pakai bateri 3A!" Leter Niki bagaikan bertuh jagung yang berbunyi tak henti.

Mendengarkann celoteh dan ngomelann Niki,Wan hanya tergelak sambil membelek wajah dan rambutnya di depan cermin besar yang banyak terdapat didalam butik tempat mereka bekerja.

"Nak buat macamana Niki oi! Customer's always right!" Perli Wan selamba dengan menyengeh lebar.. Terus sahaja Wan menuju ke pantry untuk membancuh milo O dalam cawan yang diperuntukkan untuk customer.

"Yelah.. aku tahu dengan istilah bodoh tu. Tapi customer pun satu! Cakap semua pakai kepala lutut yang buruk tu! Agak-agak lah kalau nak maki pun. Kita ni bukan technician.. kalau aku jadi technician,dah lama aku kerja kat Singapore!" Maki Niki dengan hati membara melihatkan keletah customer kaya tapi bodoh.

"Sabar jelah Ki. Meh kita minum hilangkan rasa marah yang hangat membara tu." Pujuk Wan pada Niki yang kalau dah marah payah nak dipujuk.

"tulah,aku hengat nak buat milo gak ni" Balas Niki dengan nada suara yang sedikit kendur. Jika tidak,dari tadi asyik nak memaki hamun je.

"Tadi siapa call kau Niki? Macam ada plan je petang ni" Soal Wan sambil galak menhirup milo o panasnya.

"Tadi Si Fendi call nak ajak aku lepak lepas habis kerja. Lagipun di orang dah ada kat KLCC tengok wayang. Ntah,cerita apa aku pun tak tau" Terang Niki sambil tangannya ligat membancuh milo kurang manisnya.

"Owwwh.. Macam tu alkisahnya. Siapa lagi yang follow?" Soal Wan seolah-olah dia amat mengenali semua rakan-rakan Niki. Wan sememangnya rakan yang baik yang sentiasa mengambil berat perihal rakan-rakanya di tempat kerja. Itu satu-satunya sikap yang membuatkan Wan dikenali ramai terutamanya yang sama-sama berkecimpung dalam jenis pekerjaan yang sama.

"Yang follow aku tak sure. Tapi aku boleh agak siapa,mesti si gemuk yang poyoh,Icha,Elyssa,Sofia,Meng and Fendi "

"Kau orang lepak mana?" Soal Wan dengann matanya tertancap pada akhbar Metro di depan matanya.

"Lepak mana aku tak tahu. Yang penting,pandai ambil aku,pandailah dia hantar aku balik rumah!" Jawap Niki selamba sambil menghirup milonya.

"Oklah bro,dah pukul 6.30 petang. Time untuk aku bertukar!" Gelak Niki dengan lawaknya sendiri.

"Kau kalau time balik je mesti tepat ikut waktukan?"

"Mestilah bro. Aku datang awal setengah jam. 30 minit tu!So,apalah sangat dengan balik tepat pukul 6.30 kan..." Jerit Niki dari bilik persalinan pekerja. Niki hanya mengaambil masa kurang dari 5minit untuk menukar pakaiannya. Dengan sedikit pemerah bibir dicalitkan terus saja Niki meletak tas tangannya ke bahu lalu langkah diayun menuju opis untuk punchcard.

Baru sahaja keluar dari opis,sudah kelihatan Fendi dan Sofea dihadapan pintu kedainya. Cepatnya!

"Wei! Cepatnya kau orang dah bertandang kat kedai aku. Cerita wayang dah habis ke?" Soal Niki dengan senyuman manis percuma dilemparkan kepada si manis sofia. Senyuman dibalas dengan senyuman.

"Kitaorang keluar awal.. pasal kalau tak,pukul 7pm baru cerita tu habis." Terang Fendi dengan badan yang digoyang-goyangkan.

"Owwwhh.. Macam tu ceritanya.. Ni kita nak lepak mana? Yang lain-lain mana pula?" Soal Niki setelah kelihatan cuma Fendi dan Sofia.

"Yang lain-lain ada kat depan dekat dengan DOME. Dia orang tunggu sana pasal kereta parking kat bawah."

"Ok. Jom lah pergi sana. Tunggu lama-lama depan kedai aku pun buang masa je!" Balas Niki dengan kerlingan ke arah ruang legar kedainya. Kelihatan beberapa makhluk yang ralit memerhatikan perbualan diantara Niki,Fendi dan Sofia.

Dari jauh sudah terlihat seorang lelaki berbadan besar dengan dua orang wanita yang kecil molek. Emmmm.. Gaya lelaki berbadan besar bernama Rizal itu tak ubah seperti bapak ayam! Meng pula berlagak seperti orang yang mencari pelanggan! Hahahaha...

Sebaik sahaja bertemu,masing-masing melagakan pipi dengan hilai tawa yang sungguh ceria pada pandangan dan halwa telinga. Namun,sebaik sahaja mata bertembung pandang dengan Si buntal aka Rizal tiba-tiba saja terasa mual di anak tekak Niki. Di telan airliur sedalam-dalamnya. Perit!