Monday, February 28, 2011

Ada Aku Kesah....!!! 9

Suasana pagi itu sungguh tenang kena pula dengan cara pemanduan Shahrir yang berhati-hati dijalanraya amat menyenangkan hati Niki. Oleh itu,kereta kami telah jauh di potong oleh Fendi. Kelibat Triton langsung tidak terjangkau dek Shahrir. Sesekali kami bertiga diam dan melayan lagu yang sudah tentu bukan menjadi pilihan halwa telinga kami. Kalau ada anugerah pemandu cermat dan berhemah,sudah pasti aku nobatkan dia sebagai pemenang mutlak!! Hehehehe...


Semakin tinggi puncak didaki,semakin terasa kulit bagi digigit kesejukan. Dammn! Aku tak bawa langsung baju yang sedikit tebal.. Matilah aku wei..


Kereta di pacu dengan kelajuan bagai kura-kura berjalan. Maklumlah,keadaan jalanraya yang tidak terlalu sesak dan memandangkan waktu yang sepatutnya sedang enak di ulit mimpi. Manakala kami masih lagi mengukur jalan! Mata kami sudah dapat melihat hotel First World nun di hadapan kami. Terasa excited sangat!


"Shahrir,aku rasa kau kena pandu kereta cepat sikitlah. Aku dah tak tahan nak terkucil ni." Pinta Niki sambil mengepit kaki yang sudah tidak dapat menahan panggilan alam!


"Wei! aku pun samalah..Ni dari tadi aku dok menahan juga!" Sambung Meng dengan tergelak kecil. Sesekali dia memegang tempat duduknya bagi mengelak hentakan jalanraya.. Hahahahah..


"Aku ingatkan,aku seorang je yang terasa nak terkucil. Rupanya kau orang berdua pun sama! Hahahahah" Gelak Shahrir yang Niki rasa tidaklah kelakar sangat. Mana taknya,tengah sibuk menahan kencing kau buat lawak memang tak bolehlah nak ketawa. Alamatnya ada juga yang terkencing dalam kereta!!!!


"Kau tak payah buat lawaklah wei.. Kau drive laju sikit ok..Kalau tak ada yang kene cuci seat kereta nanti!!" Balas Niki sambil mengugut.


"Yelah..Aku pandu dengan laju sekarang.." Ujar Shahrir dengan nada perlahan.


Pada selekoh terakhir sebelum capai ke puncak menuju hotel First World Niki terlihat sebuah kenderaan pacuan empat roda berhenti di tepi jalan..


"Eh,itu bukan kereta Fendi ke? Pehal pula dia berhenti kat situ?" tanya Niki pada Meng dan Shahrir.


"Entah! Nanti aku tanya kat dia orang" Balas Meng yang turut tertanya-tanya. Shahrir pula seperti biasa macam tak ada perasaan langsung!


Shahrir memandu perlahan menuju ke arah kereta Fendi. Meng pula menurunkan tingkap,kelihatan Fendi dan temannya berdiri disamping kereta dan membuka bumper hadapan bagaikan melihat sesuatu di bahagian engin kereta. Namun kelibat Sarah yang turut mengikuti mereka tidak pula kelihatan...


"Meng,Sarah mana? Dia orang berenti mungkin pasal Sarah muntah kat tepi jalan kot? Mungkin masa selekoh belok-belok dia pening. Pasal aku la ni pun dah pening macam nak muntah!" Teka nya pening ketika melalui jalan yang berbelok tajam. Sesekali Niki menyuakn kepalanya keluar tingkap untuk mencari kelibat Sarah.


"Ada kot!" Jawap Meng pendek.


Meng bertanya kepada fendi akan sebab mereka memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Dengan muka yang kelihatan stress,Fendi menyatakan yang gear box kenderaan tersebut mengalami kerosakkan dan meminta bantuan Shahrir. Namun dengan pantas Meng memberitahu Fendi yang kami akan turun balik kebawah selepas mencari toilet!


"Sorrylah bro,kita orang dah tak tahan nak terkencing ni. Sat lagi kita orang turun balik tengok apa yang boleh kita orang bantu ok?" Balas Niki dengan wajah yang di kerutkan akibat menahan kencing yang sudah mencapai tahap klimaks yang maksimum!!


"A'ah.. Nanti kita orang turun balik. Dah tak boleh tahan ni!!" Sambung Meng dengan suara yang terketar-ketar menahan letusan pundi kencingnya.


Keadaan kami ketika itu benar-benar mengundang rasa kelakar. Jika kami dalam keadaan normal sudah pasti kami sudah bergelak ketawa. Tapi kalau sekarang kami gelak? Yakin dan pasti kereta Shahrir akan berbau hamis kencing masing-masing! hahahahah..


Zuuuup! Kereta dipecut ke arah parking kereta yang berhadapan dengan hotel First World. Budak-budak lelaki duaa ekor bersusup sasap menuju ke toilet y ang berdepan belakang dengan toilet wanita. dengan jalan yang sedikit kepit,Niki terus sahaja memilih toilet mana satu yang kelihatan bersih diantara toilet yang ada. Setelah memilih,Niki melepaskan hajatnya yang sekian lama di peram..


Sewaktu membuang hajat kecilnya dalam beberapa saat,terdengar pintu toilet dikuak dan kedengaran derap kaki yang sedang berjalan perlahan dan memasuki toilet di dalam tandas tersebut.. Lega hati Niki kerana ada orang lain yang turut sama di dalam toilet,tak lah rasa takut sangat. Seusai itu,Niki memcuci tangannya dan seraya iu menoleh kearah pintu-pintu toilet,tapi tiada satu pun pintu toilet yang berkunci! Perlahan-lahan Niki mengatur langkah menuju kearah pintu keluar. Langsung Niki tidak berani memandang ke arah cermin di hadapannya. Takut-takut nanti ada pula kelibat lain yang muncul!! Walaupun jarak pintu sangat dekat,namun pada ketika itu terasa sangat jauh..


Sampai sahaja di muka pintu,cepat-cepat tombol pintu di sentap. di ruang parking,kelihatan Shahrir yang sedang membetulkan tali kasut sportnya. Sebaik sahaja Niki keluar Shahrir pantas menoleh memandang pada riak wajah Niki yang sedikit berubah. Namun tiada sebarang pertanyaan yang di ajukan.


"Shahrir,Meng mana?" Soal Niki sambil memandang sekeliling kawasan parking.


"Meng belum keluar lagi" Balas Shahrir acuh tak acuh.


"Tadi kau ada nampak tak sesiapa keluar dari toilet perempuan tadi?" Soal Niki lagi dengan suara separuh berbisik. Sesekali Niki membetulkan anak rambut yang menghalang pandangan matanya.


"Tak pula,dari tadi aku kat sini aku cuma nampak kau seorang je yang keluar. Kenapa?"


Dalam masa kurang dari seminit,Niki telah menceritakan apa yang baru dialami tadi kepada Shahrir dan Meng yang baru muncul pada pertengahan cerita Niki. Secepat mungkin kami beredar dari kawasan parking bagi mendapatkan rakan-rakan yang lain di kaki bukit.

Keadaan menjadi semakin sejuk sejurus selepas kami meninggalkan tempat tersebut. Meng daan Shahrir cuba mengingati jalan untuk mendapatkan Fendi dan teman-teman yang masih menunggu kami bagi membantu apa yang patut memandangkan kenderaan mereka masih tidak boleh bergerak lagi. Panggilan dari Fendi sudah mula bertanya kami berada di mana. 


Keadaan menjadi kecoh tiba-tiba kerana Meng dan Shahrir yakin dengan jalan yang dilalui namun Niki mengatakankan jalan yang dilalui adalah jalan yang salah. akhirnya,ternyata mereka salah dan Niki betul!  Jadinya mereka terpaksa membuat satu pusingan untuk naik semula ke atas. Untuk memudahkan jalan,Meng mencadangkan jalan pintas melalui kuil cina untuk mendapatkan Fendi dan yang lain-lain.

Sebaik sahaja kami tiba ke tempat kejadian,Fendi dan temannya sudah mula melakukan sesuatu di bahagian enjin. Kalau tanya pada Niki,mampus tiada sebarang jawapan tentang apa yang sedang dilakukan mereka. Yang pastinya,Meng dan Shahrir ada bertanya pada mereka tentang apa sebenarnya yang terjadi pada enjin kereta tersebut,Fendi mengatakan gear box ada masalah. 
 
Sebaik sahaja Meng bertanyakan masalah,terus sahaja Meng masuk kedalam kereta Shahrir lalu menurunkn tempat duduk hadapan lalu terus memejamkan matanya. Manakala Niki yang mengekori Meng terkejut dengan tindakannya!


"Wei! Aku ingatkan kau nak tolong Fendi?" Tanya Niki pada Meng yang sudah pun menutupkan matanya.


Lalu tanpa membuka mata Meng menjawap.


"Alah,Fendi,Shahrir dengan kawan diaakan ada? Lagipun aku pasal kereta bukannya pandai sangat"


Memandangkan tiada apa yang boleh di lakukan oleh Niki untuk membantu,lalu dia menjadi photographer yang tidak bertauliah dengan mengambil keadaan di tempat kejadian dengan gelagat masing-masing untuk dibuat sebagai kenangan.