Saturday, May 19, 2012

Seindah Semalam M/S: 13 0240pm 19052012


MUKASURAT TIGABELAS


  

    "Lagu ini aku tujukan khas buat teman baik di zaman kanak-kanak dan di zaman remaja.. Siti Masruniwati. Aku tak tahu dimana dan bagaimana untuk berhubung bagi kita sesekali mengimbas kenangan lalu. Hanya lagu ini yang mampu mengingatkan aku pada kau.. Pada zaman kita, lagu ini yang paling famous"

    Sesi jamming tadi memang best! Tak sangka sungguh yang dia orang ni memang reti main alat muzik. Aku ingatkan 'kencing' je. Cuma bila masuk bab vokal tu yang tak boleh blah. Hancus! Lagu yang di mainkan,kebetulan pula memang lagu yang aku suka dan tengah hangat di mainkan di corong radio dan sentiasa menjadi alunan suara-suara sumbang di pejabat. Dendangan Slam "Nur Kasih"

    Lagu tersebut tidak ada kena mengena dengan aku. Maksudnya tiada sebarang kaitan dengan perjalanan hidup atau kisah cinta. Cuma aku tertarik dengan lirik dan susunan lagu garapan Saari Amri. Sebaik habis tempoh masa menyewa tempat jamming,masing-masing singgah ke gerai yang berhadapan tempat jamming untuk membasahkan tekak. Jam pula menunjukkan hampir ke pukul 8malam.

    "Relakslah Liza, baru nak masuk pukul 8 je kot!" Kata abang Ipin yang dari tadi memerhatikan Liza yang seperti tak senang duduk. Kejap-kejap di betulkan beg selempangnya, sekejap pula duk tengok jam di pergelangan Siti dan kejapan pula duk mengoyangkan kedua-dua kakinya yang tak rasa senang duduk. Rimas!
   
    "Alah bang, macam tak tahu pula kenapa si Liza jadi macam tu. Dia tengah risau nanti masuk waktu 'curfew'.. Tak pasal,ada yang tak dapat masuk rumah nanti. Tadi Liza bagitahu yang dia lupa nak telefon cik Kiah pasal nak lepak jamming" Terang Siti yang berlagak bagaikan PA kepada Liza. Di hirupnya sirap limau ais dengan penuh selera. Maklumlah tekak kering,dah tu free!

    "hah,tau takpeeeeeeeeeeeeeeee..!" Balas Liza gelisah

    "Oklah,kalau susah-susah sangat aku hantar kau balik nak?" Jawap Saiful menghulurkan bantuan. Abang Ipin hanya menyengeh sambil mengocak milo ais yang masih berbaki separuh gelas.

    "Kang aku cakap kau sewel,merajuk pula. kalau aku cakap bangang,nanti nangis mengadu kat mak kau pula. Cuba kau bagitahu aku macamana kau nak hantar aku balik? Kau nak buat "TATU" macam angkatan tentera Malaysia ke? Kau,aku,Siti dengan abang Ipin?" Ngomel Liza panjang lebar di sambut dengan hilai tawa abang Ipin dan Siti. Manakala Saiful mencuka kemaluan.

    "Ish,yelah.. Lepas minum ni kita pakat ramai-ramai gerak ya wahai permaisuri" Ujar Saiful mengalah.dia tahu kalau bertekak dengan Liza sampai ke sudah tak akan ada penamat cerita. So, tutup jelah buku!

    Perjalanan pulang terasa memenatkan. nasib baik balik berteman, kalau tak berteman mahu rasanya dia menahan teksi untuk pulang. Sepanjang perjalanan yang jaraknya lebih kurang 1km pelbagai cerita yang di borakkan antara Liza dan Siti. Dari satu topik ke topik yang lain.

    "Tadi pandai pula Si saiful tu main gitar. Aku ingatkan dia tu cuma tahu buat lawak bodoh dengan mencandu je" Ujar Liza dengan nada sedikit mencungap kesan dari berjalan kaki. sesekali Liza menyepak anak-anak batu yang terdapat di tepi jalan sepanjang berjalan kaki.

    "Tulah Liza, omputeh ada cakap 'Don't judge a book by it's cover' Saiful tu berbakat. Cuma aku rasa pergaulan yang menjebakkan diri dia dengan benda-benda yang tak senonoh. Nak salahkan mak bapak pun tak boleh,pasal dah besar panjang dan boleh fikir pakai otak sendiri" Khutbah Siti panjang lebar di rembang malam yang dah nak masuk waktu Isyak.

    "Aku pun baru tahu hari ni,tergamam jugalah aku tengok cara dia 'goreng' gitar tadi. Rupa-rupanya berbakat jugalah mamat tu" Balas Liza dengan suara yang antara dengar dengan tak. Letih sangatlah gamaknya tu!

    Azan Isyak kedengaran jelas dari masjid Az-Zubair, Masing-masing diam sebagai tanda memberi laluan serta menghormati laungan yang mengesa umatnya mengerjakan solat dan bersegera menyembah Allah. Kelihatan beberapa puntung kaum lelaki berjalan menuju ke masjid kebanyakkannya warga tua belaka. Entah di mana dan kemana perginya warga muda aku pun tak tahu!

    "Banyak lagi ke kerja yang kau nak kena 'catch up'? Aku asyik tengok abang Mat dok suruh kau cepat siapkan kerja. Macam tak reti pula orang tua tu yang kau cuma ada dua tangan je!" Gerutu Liza geram bila mengenangkan peristiwa petang tadi. Ada ke patut abang Mat marah Siti sebab tak dapat nak habiskan kerjanya hari ini. Dahlah bagi kerja last minute, Siti pula dengan rela hati,menjadi bidan terjun kena cuci tahi orang lain dah kira baik! Sengal..

    "Esok tengahari aku rasa dah boleh submit kat abang Mat. Memang tengahari tadi dia marah-marah kat aku,lepas tu petang sebelum kita nak balik dia ada minta maaf. Dia tahu yang itu bukannya bidang kerja aku,tapi terpaksa juga aku buat sebab dia dah kena maki dengan En.Rosli. Itu yang dia jadi meroyan, aku pun dah maafkan dia" Terang Siti atas peristiwa 'cerekarama' petang tadi.

    "Kalau kena kat aku.. Memang kenalah abang Mat. Aku tak peduli,sebab kita ni manusia darah sama merah. So hormatlah sikit jangan nak main terjah ikutkan hati. Ibarat ikut hati.. Mati!" Sambung Liza membengkeng perbuatan abang Mat. Manakala Siti yang lemah lembut hanya reda je. Memang bagus sikap reda,tapi kalau dah sampai menjatuhkan maruah depan orang ramai,bagus sangat ke perangai tu!

    Liza ni pula jenis panas baran, tapi barannya bertempat. Bukan nak marah orang sesuka hati kalau tak bersebab. Sebelum nak marah,lebih baik tanya dulu kalau betul salah oarang yang nak di marah kira finelah. Kalau tak? Kan dah kes aniaya!

    "Oklah.. Kita cakap pasal kau pula, Ni kau result dah keluar kau nak sambung kerja or nak belajar? Kalau kerja,rugi rasanya tak sambung belajar. Kalau akulah,aku sambung belajar. Ni kalau tak pasal aku dapat pangkat 3 tak adanya aku nak kerja" Hujah Siti tenang. Siti bukan jenis emosi seperti Liza. Dia lebih suka bertenang dan sabar menghadapi situasi yang mencabar.

    "Ikutkan hati dengan niat suci murni,aku nak sambung belajar kejar cita-cita aku. Tapi bila mengenangkan situasi aku dengan adik-adik yang masih lagi bersekolah,aku tak sure lagi"

    "Kau dah bawa berbincang dengan Cik Kiah? Mana tahu Cik Kiah boleh bagi idea yang bernas" Tebak Siti dengan senyum yang melerek. Ntah apasal dia menyegeh Liza pun tak tahu. Diangkat kedua-dua bahu sebagai tanda tidak pasti.

    "Tengahari tadi aku ada tanya Cik Kiah,tapi dia suruh aku tanya dengan bahagian finance. Bapak akulahkan.. Tu yang ingat malam nanti kalau bapa aku balik,aku nak tanya dia" Jelas Liza yang mula memperlahankan langkah bagi menyeberang jalan yang berhadapan dengan gerai nyonya yang menjual pelbagai jenis jajan.

    "Eloklah tu,tanya jangan tak tanya. Mana tahu bapa kau ada jalan yang terbaik"

    Liza menanggukkan kepalanya bersetuju dengan pendapat Siti. Dia akan tetap tanyakan soalan cepu emas kepada bapanya. Kalau boleh ingin dia capai cita-citanya seperti mana anak orang lain.

    "Oklah Siti, kita anyam ketupat lagi esok ya. Assalamualaikum!" Di lambainya Siti yang mula menyambung langkah menuju ke bloknya yang tidak jauh dari gerai nyonya tempat mereka berhenti sebentar tadi.