Wednesday, May 9, 2012

Seindah Semalam M/S: 02 0745pm 25042012

  MUKASURAT DUA


 "Liza, abang Mat dengar esok Liza dapat cuti setengah hari sebab nak ambil result SPM ya?" Soal En.Mohamad yang lebih suka dipanggil sebagai abang Mat. Orangnya agak tinggi, berkulit hitam manis taklah handsome sangat sampai perempuan nak tergila-gilakan dia. Namun di pejabat ni, ada seorang perempuan yang berusia 25 tahun kurus keding,berambut ketak paras bahu dan berdada leper terlalu meroyankan abang Mat yang sudah pun beristeri dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil.Abang Mat pun apalagi.. melayan sakanlah sampaikan kemana-mana sentiasa berdua. Cuma bila minah ni berak je yang abang Mat ni tak ikut.

    "Ya abang Mat, esok saya akan ambil keputusan SPM di sebelah pagi. Lepas lunch baru saya masuk kerja"

    "Nanti lulus jangan lupa belanja abang Mat ya" Cadang abang Mat tanpa muka bersalah.

    "Aik, abang Mat ni berpakat dengan kak Wati dan Siti nak kenakan saya ke?" Soal Liza  mencerlangkan mata sepetnya.

    "Berpakat apanya? Dia orang pun suruh Liza belanja ke? Hahahahah" Gelak sakan abang Mat di buatnya. Semakin lama semakin galak suara tawa abang Mat hinggakan pekerja lain melontar pandangan kearah kami berdua. Saiful menjeling sambil membuat isyarat jari telunjuk yang dipusingkan ke kepala kirinya. Gila!

    Wah,wah.. suka  hati abah kau je nak kata aku gila! yang gila ni hah.. Abang Mat. Bukannya aku samdol! jerit Liza di dalam hatinya.

    "Yelah. Dia orang pun minta saya belanja kalau lulus. Tapi saya rasa lebih afdal abang Mat, kak Wati dengan Siti share duit dan belanja saya makan. Tak kiralah saya lulus ataupun gagal. Amacam? cantik tak idea saya yang bernas ni?" Balas Liza sambil menonong ke pintu keluar pejabat menuju ke arah tandas tanpa menunggu kata balas dari abang Mat yang melongo tanpa sempat menjawap.

    Sesuai dengan muka kau abang Mat oiii...!

    Seusai menunaikan hajat di kamar kecil, Saiful menyapa Liza yang sedang jalan menunduk.

    "Woi! jalan menunduk tak pasal-pasal terlanggar orang. Susah-susah je nanti aku nak kena hantar pergi hospital" Gurau Saiful yang sememangnya kaki lawak walaupun sepanjang masa beliau bekerja.. beliau dalam keadaan lalok. Mana tak laloknya, kalau sebelum bekerja, masa rehat dan tea break ganja menjadi teman setia. Kadang-kadang, bau ganja yang tengik melekat pada baju kerja yang di pakainya. Dah berbuih-buih mulut di tegur oleh kawan-kawan,namunSaiful tetap selamba dengan aktiviti terlarangnya. Bak menjirus air di atas daun keladi.

    "Apa pula hantar hospital. Aku hantar terus ke liang lahad!"

    "Ke Lahad Datu aku nak pergi. Tapi liang lahad kau pergi dululah. Nanti tiba masa,aku follow belakang kau. Hehehe.." Gelak Saiful sambil jejari gebunya mengirai rambut panjang separas bahu yang lurus keperangan.

    Hampeh..

    "Ni kecoh satu pejabat buat pengumuman yang kau ambil cuti separuh hari esok sebab nak ambil keputusan SPM.Ni aku nak tahu jugalah sama ada kau yakin ke lulus?" Soal Saiful dengan kedua tangan beliau di silangkan ke dada gebunya.

    Saiful dari kacamata aku merupakan seorang jejaka yang kacak dengan muka tirus, berkulit putih, berambut perang asli dan berbadan sasa bagaikan ahli bina badan. Cuma.. yang mencacatkan pemandangan, dia seorang yang pendek untuk ketinggian lelaki normal.Dengan kata erti lainnya adalah Katek! hahahahah.. di tambah pula dengan perisa ganja yang hari-hari dok sedut tanpa jemu. Blueek!

    "Lulus ke tidak ke.. Pertama, bukan urusan kau. Kedua, kalau aku lulus pun aku tak dapat nak belajar tinggi-tinggi pasal family aku tak ada duit. Ketiga, apa kena mengena dengan kau?" Soal Liza lagaknya seperti polis pencen.

    Dengan mulut terjuih, mata menjegil Saiful menjawap dengan nada seperti mak nyah tertelan biji durian.

   "Eh.. eh.. kau ni Joyah, aku tanya je. Itu pun nak melenting ke? Mana nak pi tau kalau-kalau gagal dah ada rombongan meminang menunggu. Dan, kalau lulus kau pi sambung belajar ke. Itu je kot aku nak tahu." Gerutu Saiful dengan geram hinggakan pipinya merona merah tanda marah.

    Sejak bila pula mamat ni lahir kat Kedah? tetiba je cakap loghat utara. Setahu aku dia ni orang negeri sembilan. 

    "Dak aih.. bilanya aku melenting? Kau tak nampak aku tengah guling-guling tanda GUMBIRA ni?" Perli Liza sambil mencekak pinggangnya yang ramping.

    "Hehehe.. Liza, bila kau marah nampak sangat comellah walaupun pipi kau tu penuh jerawat. Janganlah marah, aku ni kan suka bergurau. Lagipun,kalau sehari aku tak usik kau yang garang ni rasa hari aku tak lengkaplah" Pujuk Saiful dengan volume di rendahkan.

    "Nak gurau pun agak-agaklah Saiful bedol oi..!"

    "Ni lepas ambil result, kau nak berhenti kerja ke Liza?"

    "Tengok keadaanlah, lagipun kerja kat sini tak menjamin masa depan yang cerah apatah lagi kenaikan gaji. Sampai ke tua aku tak dapat nak kumpul harta sendiri" Jawap Liza dengan melepaskan keluhan yang panjang. Hatinya sayu bila mengenangkan yang dia bakal meninggalkan tempat kerja tersebut. Liza sudah menganggap rakan-rakan di tempat kerja seperti ahli keluarga sendiri. Hubungan mereka erat bagaikan aur dengan tebing.

    "Eemm.. Itu aku faham sangat-sangat. Aku pun tak fikir nak kerja lama di sini. Kau tengoklah kami ni. Kerja lama pun gaji takuk tu juga. Macamana nak ada harta sendiri. Mak bapa aku pun dah bising pasal tak ada duit simpanan nak kahwin. hampir setiap minggu emak aku membebel. Padahal aku baru 23 tahun kot!" Bebel Saiful yang mengundang simpati Liza.

    Nasib baik aku ni perempuan dan masih lagi dibawah umur untuk berkahwin. Nak kahwin macamana? teman lelaki pun tarak daaaa... Heheheh..

    "Dahlah Saiful,jom masuk nanti si botak En.Rosli keluar nampak kita dok menganyam ketupat tak pasal kena dengar khutbah Jumaat di hari Isnin ni."

    "Aku doakan keputusan SPM kau lulus. Walaupun kau mungkin tak dapat nak sambung belajar,tapi sekurang-kurangnya usaha kau tak sia-sia" Kata Saiful dengan tenang dan tiada mimik muka lawak. Eeemmm...

    "Aku cuma berharap yang usaha aku selama 5 tahun mengadap buku yang memeningkan kepala berbaloi. Kalau tak, kasihan kat bapa aku yang cari duit siang malam nak bagi aku sekolah jadi sia-sia"

    Masing-masing terus menuju ke meja yang masih tidak surut dengan kepingan kertas yang menunggu untuk di koyakkan untuk melalui proses yang sama setiap hari. Kadangkala terasa bosan melakukan kerja yang sama berulangkali. ada masanya pula, terasa seronok bila masing-masing berlumba siapa yang siapkan kerja dulu. Walaupun tiada hadiah yang di pertaruhkan, namun keseronokkan yang membuatkan suasana kerja terasa kurang membebankan. Ini semua akan aku rindukan bila aku meninggalkan tempat ini buat selama-lamanya. Haish..

No comments:

Post a Comment