Wednesday, May 9, 2012

Seindah Semalam M/S: 07 0314pm 06052012

    MUKASURAT TUJUH


    Kadang-kadang kita tidak dapat menjangkau minda kita sendiri. Hanya dalam beberapa minit, minda kita mampu mengimbas semula kenangan yang bertahun-tahun bersarang dan berkeladak di bawah minda separa sedar. Dan bila minda mula meracau dalam imbauan,kita terasa seolah-olah kenangan yang di imbau seperti tayangan filem yang berjam-jam lamanya di papar. Tetapi hakikat sebenarnya, cuma beberapa minit saja filem itu di tayangkan di minda. Eeeemm.. rindunya aku dengan kenangan bersama rakan-rakan sekolah!

    Aku rindukan kamu.. kamu.. dan kamu semua!!! Jerit hati Liza yang sarat dengan kerinduan pada satu zaman yang tak mungkin akan berundur semula. 

    Selepas ini, aku nak singgah pula ke perpustakaan sekolah dan berjumpa dengan kak Norita yang bekerja sebagai kerani di pusat sumber sekolah. Harap-harap dia masih lagi bekerja di sini. Aku pula, sebenarnya sangat rindukan suasana perpustakaan yang taklah sesenyap mana seperti yang tertera pada kertas yang di tampal di muka pintu kanan perpustakaan "PARA PELAJAR DI MINTA SENYAP APABILA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN SEKOLAH". Ya adooooo.. Tipu je tu!! hehehe..

    Dari ruang dataran perhimpunan pelajar, Liza menonong menuju ke arah perpustakaan yang terletak di antara dua anak tangga yang menghubungkan antara kelas pelajar tingkatan dua dan kelas lukisan Cikgu Leong.Oh.. Cikgu Leong merupakan satu-satunya Cikgu yang mempunyai bilik merangkap pejabat hanya untuk dirinya sendiri.Para pelajar yang tidak mengenali Cikgu Leong dengan secara dekat akan merasakan seperti Cikgu Leong sengaja menyisihkan dirinya dari guru-guru yang lain. Di di pejabat itulah dia makan dan minum dari bekal yang di bawa beliau setiap hari. Cikgu Leong jarang di lihat bersama dengan guru-guru yang lain melainkan ada perjumpaan di antara guru-guru.

    Pernah pada suatu hari tu aku di arahkan ke biliknya sebaik sahaja kelas lukisan tamat..

    "Liza lepas habis kelas lukisan, saya nak kamu ke bilik saya" Arah Cikgu Leong berselang dengan nada seperti Adolf Hitler di sulam pula dengan pandangan mata separuh ke bawah di antara kacamatanya yang melurut ke paras hidungnya.

    Apa pula yang orang tua ni nak? Aku ada buat salah ke? Ish.. Ni yang tak best!

    "Wei,Liza apa yang cikgu nak hah?" Soal Haryani dengan melepaskan satu tepukan spontan di bahunya.

    "Kau ni.. Buat aku terperanjatlah! Mana aku tahu apa yang cikgu nak. Ni kejap lagi aku nak pergi mengadap cikgu. Kalau cikgu Kuprum tanya pasal aku kau cakap aku kena jumpa cikgu Leong okey?"

    "Okey!" Sahut Haryani dari barisan pelajar 5 Cempaka yang berjalan menuju ke kelas yang terletak berhadapan dengan kelas lukisan. Kelas kami pula letaknya di tingkat 4, itu yang menyebabkan kami selalunya malas untuk turun naik dari kelas melainkan pada waktu rehat. Dari jarak beberapa meter dari luar bilik Cikgu Leong aku dapat melihat pergerakan malas dari rakan-rakan sekelas yang kebanyakkannya comel-comel dan jenis kanak-kanak membesar bagai johan.. Heheh.. Selalunya, masa yang mereka ambil untuk sampai ke kelas paling kurang dalam 15 minit!

    Mana taknya ambil masa kalau sambil naik.. mulut pun berjalan sama. Siap bertepuk tampar..  Lepas tu, jalan terhegeh-hegeh macam itik pulang petang ke kelas.

    Liza memerhati dengan menguntumkan senyuman sambil menggelengkan kepala. Pandangannya beralih ke muka pintu bilik Cikgu Leong. Tangan kanannya mengetuk daun pintu bilik. Hatinya sedikit berdebar menantikan jawapan dari dalam bilik cikgu.

    "MASUK!"

    "Tadi cikgu suruh saya jumpa selepas kelas" Jelas Liza perlahan

    "Ya, saya tahu. Ni cikgu nak minta tolong dari kamu" Jawap Cikgu Leong sambil melepaskan kepulan asap pekat dari mulut dan corong dua lubang hidungnya yang semulajadi kembang tanpa sebarang suntikan botox.

    "Pertolongan apa cikgu?" Soal Liza jujur dengan pandangan kurang percaya melihatkan kepulan aap tersebut. Mana tak melopong,era 90-an perempuan yang menghisap rokok selalunya di pandang serong. Ada yang mengelarkan mereka sebagai perempuan pelacur, jalang, mak ayam dan macam-macam lagi panggilan yang kurang enak di dengar dek corong telinga.

    Sekarang baru aku tahu mengapa dan kenapa cikgu Leong mengasingkan dirinya dari bergaul bersama-sama guru-guru yang lain. Nah..ternyata jawapannya ada di depan mata Liza sendiri. Cikgu Leong menyedut dalam-dalam rokoknya yang cuma tinggal suku lagi. Semakin berkepul jugalah asap yang meluru keluar dari paru-paru cikgu. Liza hanya tercongok menunggu arahan yang seterusnya.

    "Cikgu nak kamu minta air panas dari makcik kantin" Pinta cikgu Leong dengan menghulurkan bekas termos besinya yang sederhana besar. Liza memerhatikan sekeliling bilik cikgu Leong yang saiznya hanya muat untuk dua orang dewasa. Di atas meja, berselerak dengan kertas lukisan para pelajar. Di sebelah kanan cikgu kelihatan bekal makanan yang di bawa oleh beliau. Mungkin air panas yang di minta, adalah untuk beliau minum bersama uncang teh yang telah siap sedia di letakkan atas bekal makanannya.

    "Mintak aje cikgu? Tak ada bayaran?"

    "Mintak saja, cakap Cikgu Leong yang nak" Jawapnya tanpa memandang ke arah Liza. Bekal makanannya di buka. Bau sedikit semerbak bercampur sedikit hanyir menyucuk lubang hidung Liza yang sudah mula kembang kempis.

    "Saya pergi dulu Cikgu" Ujar Liza yang tidak tahan dengan bau bekal Cikgu Leong. Sebelum aku termuntah, lebih baik aku angkat kaki. Di pulasnya tombol pintu bilik Cikgu Leong dengan pantas. Langkahnya menjadi separuh berlari. Cepat aku ambil air panas orangtua ni, lagi cepat aku masuk kelas.

    "Hey, kamu Liza. Ni kenapa tak masuk kelas lagi ni?" Soal Cikgu Kuprum yang mengajar kelas Bahasa Malaysia merangkap guru kelas 5 Cempaka. Eleh.. cikgu tu lagi teruk. Sepatutnya mengajar kelas 5 Cempaka jam 10.30 pagi tapi jam sekarang dah pukul 11 pagi. Ni mesti kes curi tulang seperti selalu. Lepas tu, masuk kelas suruh semua pelajar buka mukasurat dari buku teks Bahasa Malaysia dan suruh kami baca. Tak sampai 10 minit, cikgu dah bantai tidur kat meja depan.. Haish!

    "Bukan tak nak masuk kelas cikgu. Tapi Cikgu Leong minta tolong saya ambilkan air panas untuk dia. Selesai nanti saya masuklah kelas cikgu" Jawap Liza seraya mengatur semula langkah menuju ke arah kantin sekolah. Liza menoleh ke belakang, dia dapat melihat Cikgu Kuprum mengeleng-gelengkan kepalanya. Lantaklah cikgu!

    Termos yang sudah terisi dengan air panas dari kantin di pegang kejap sambil berlari-lari anak menuju ke bilik Cikgu Leong. Tudung putih sekolahnya bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut hayunan rentak kakinya. Terasa seperti berlari dalam iklan yang berlatarbelakangkan gigi pasir di tepian pantai sambil melayan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. Heheheh.. Sengal! Bau asap sampah bersama rumput kering yang di bakar adalah..

    "Cikgu, air panas yang cikgu minta" Hulur Liza kepada Cikgu Leong yang sedang menikmati makanannya. Huluran termos di sambut . Dari mulutnya yang berminyak, Cikgu Leong mengucapkan terima kasih. Liza tersenyum sumbing.

     Ya ampun.. Gelinya aku!

    "ok cikgu, saya nak masuk kelas dulu"

No comments:

Post a Comment