Wednesday, May 9, 2012

Seindah Semalam M/S:05 1115am 02052012

   MUKASURAT LIMA


    Ish, lambatnya bas ni bergerak. Selalunya rasa cepat aje bas menuju ke destinasi yang tidak pernah berubah haluan. Kenapa pula hari ini terasa lambat? Mungkin sebab aku mengelabah nak ambil result kot. Hati pula berdebar-debar.Takut? Tak juga. Aku bukannya kisah sangat sama ada aku lulus atau gagal. Itu tidak bermakna selama ini aku belajar main-main atau jenis kaki ponteng sekolah. Yang pastinya ,aku tak dapat nak kemana-mana andai kata aku lulus. Bukannya mencipta alasan untuk tidak bekerja sambil belajar. Tapi course yang aku minati menyesak minda untuk difikirkan. Terlalu mahal!

     Akhirnya sampai juga bas Tong Fong ke Pasar Pudu, di waktu pagi beginilah kita dapat melihat suasana yang paling meriah. Kita boleh melihat pelbagai peringkat umur dan kaum berpusu-pusu menuju atau pulang dari membeli dan kemudian belah dari Pasar Pudu. Aku lihat ada yang menjinjing dua tiga beg plastik color pink yang berisi dengan ikan,sayur dan ntah apa-apa benda yang di beli untuk dimasak pada hari itu. Baunya.. jangan cerita.. hanyir!! Eeuuuuw..

    Eeemm.. Itulah kalau dah namanya pun pasar, faham-faham ajelah kiri kanan memang sesak dengan orang yang sibuk dengan memilih barangan mahu pun tawar menawar. Ada pula yang berjalan menonong tanpa mengambil kira terlanggar ke atau pun terpijak kaki orang lain.Kadangkala tu, kena siku dengan orang pun ada. Lepas menyiku, jangan haraplah orang tu nak say sorry. In your dream! Semuanya gara-gara mahu cepat. Macamlah dia seorang saja yang nak cepat!

    Dari arah kedai aquarium yang becak Liza melihat di hadapannya sekumpulan orang sedang mengerumuni penjual yang terpekik terlolong. Sebiji butir Liza tidak faham. Mana nak fahamnya jarak antara penjual dan Liza agak jauh. Situasi itu menarik perhatian Liza untuk turut berada di kelompok tersebut. Macam menarik je!

     Uiks? Ramainya orang.. Ni mesti ada barang baik! Mana tahu kot ada jual handphone murah Era pertengahan 90an,sesiapa yang mampu memiliki handphone boleh di kira seorang yang berduit. Bukan setakat itu sahaja, malah menjadi perhatian masyarakat keliling. Glamour!

    Kaki Liza laju berjalan menuju kearah dimana orang ramai berkumpul. Ada yang sampai tolak menolak. Nyaris nak jadi pergaduhan.. Bodohlah kau orang ni!

    Liza juga tidak mahu ketinggalan untuk melihat acara yang gilang gemilang tersebut. Di gagahinya kaki walaupun terpaksa mengharung kumpulan orang ramai,namun tetap mempunyai semangat kesukanan yang tinggi! Hehehe..

    Dapat tengok celah orang ramai pun jadilah..

    Dari celah kelompok manusia, Liza cuba mendapatkan pandangan yang lebih jelas apakah yang membangkitkan keterujaan mereka.

    Peerghh! ini rupanya.. Patutlah sekumpulan lembu berkumpul. (Eeer.. termasuklah aku). Aku ingatkan apalah bendanya. Rupanya ubat kuatkan tenaga batin. Yang duk beramai-ramai ni bukannya disebabkan ubat yang di jual atau merdunya pekik lolong penjual ubat,tapi gara-gara adanya berkeping-keping gambar perempuan bogel, separuh bogel dan termasuklah gambar yang berunsur kamasutra! Baru aku perasan yang aku ni berada di celah lembu-lembu jantan. Aku je yang perempuan kat sini. Eeer.. mintak diri dulu! heheheh..

    Buang karan je! Ada pula beberapa orang lelaki memandang aku sinis. Nak aje aku tumbuk muka mereka.Baik kau orang balik rumah layan anak bini dari layan benda bodoh nilah!

    Tulah, mananya jantan-jantan tu tak pandang.. Dah aku seorang je perempuan yang duk menebeng kat situ! Aku ni pun satu.. dah tersasar dari tujuan asal.

    Langkah di hayun pantas. Jam di pergelangan tangan kiri sudah menunjukkan hampir 9.30 minit pagi. Di ketika ini dah tentu mana-mana cikgu yang pernah mengajar aku sedang berada di kelas masing-masing. Lega sikit hati, tak perlu bersusah payah nak melalui sesi temuduga mengenai keputusanlah, mengenai melanjutkan pelajaran kat manalah atau paling tidak cikgu akan tanya lepas ni nak bekerja atau nak sambung belajar or pasal kahwin!!!! Peeeergh!

    Semakin dekat pintu masuk sekolah, semakin hati Liza berdebar-debar.

    Kenapa pula hati ni nak berdebar-debar? Aku reda dengan apa pun resultnya.

    Kaki semakin pantas memanjat tangga ke tingkat satu menuju ke bilik pejabat sekolah yang terletak berdekatan dengan pintu masuk sekolah. Kaki kanan di langkah ke ruang pejabat sekolah. Terlihat muka-muka biasa yang sudah berbulan tidak di lihat.

    "Assalamualaikum kak, saya datang nak ambil result SPM" Kata Liza dengan lagak biasa bagi menutup rasa gusar di dalam hatinya. Kedua-dua tangannya di ramas kuat. Jari jemarinya terasa sejuk walaupun matahari sudah mula menunjukkan dirinya.

    "Lambatnya kamu ambil? Kawan-kawan kamu yang lain minggu sudah dah ambil result. Nanti sekejap akak cari ya. Kamu duduk sekejap" Balas kak Maria selaku pekerja di sekolah Putrijaya yang paling senior. Orang lain yang tak kenal kak Maria mesti kecut perut. Sebab sekali tengok muka kak Maria, orang mesti takut. Air mukanya sangat garang. Tetapi bila dah bercakap,baru tahu yang kak Maria seorang yang lembut. Baik dari tutur kata mahu pun perbuatan. Seperti orang putih cakap, Don't judge the book by its cover.

    Dari arah bilik pengetua, kak Maria memegang sekeping kertas yang Liza pasti itu mesti sijil SPM miliknya. Raut wajah kak Maria tiada ekspresi. Eeeeer.. apa keputusan SPM aku?

    "Tahniah!" Sepatah kata kak Maria dengan senyuman nipis.

    "Saya lulus kak?" Soal Liza kurang percaya dengan kenyataan yang diberitahu oleh kak Maria tadi. Tangannya menyambut huluran kertas SPM yang di berikan oleh kak Maria Hanya anggukan yang di lihat oleh Liza. Matanya terbeliak tidak percaya.

    Liza menatap kertas yang berada di kedua tangannya. Matanya menatap satu persatu matapelajaran dan nombor yang tersusun kemas di bahagian kanan kertas.

    Alhamdulilah! Kata-kata kesyukuran di panjatkan kepada Ilahi. Berbaloi juga usaha aku selama ini. Semuanya atas izinNya dan berkat usaha yang tidak pernah jemu walaupun Liza tahu apa pun keputusannya, dia tetap akan berada dimana sepatutnya dia berada. Iaitu, tidak kemana-mana.

    Ah, tak sangka betul aku boleh lulus. Sedangkan semasa peperiksaan percubaan aku cuma dapat SAP gagal! Tapi keputusan aggregat 25 mana je yang boleh aku pergi? Sementelah pula aku tak meminati bidang lain melainkan lukisan atau pun seni rekaan. Nak ambil jurusan penulisan? Eeemm.. tak berminat pula.. Dunia aku hanyalah seni yang melibatkan lukisan.

    Balik nanti, aku akan cuba tanyakan pada abah. Mana tahu, kalau-kalau abah ada jalan keluar dari kemelut yang aku rasa. Itu pun kalau abah setuju dan ada duit untuk aku melanjutkan pelajaran. Kalau abah cakap tak ada duit, terpaksalah aku korbankan cita-cita aku. Eeeemm.. Lagipun, bawah aku ada lagi tiga orang yang masih bersekolah. Dan abah masih menanggung pembelajaran abang aku yang kedua dalam jurusan perbankan di UITM Perlis. haish...

     Ralit aku merenung kertas keputusan SPM aku tanpa menyedari guru kelas aku Cik Kuprum yang mengajar aku ketika di kelas 5 Cempaka sudah berdiri tegak di sebelah aku. Matanya turut memandang ke arah kertas aku.

    "Tahniah Liza!" Ujarnya dengann menghulurkan tangan kanan beliau.
    

    "Terima kasih cikgu. Berapa ramai dari kelas 5 Cempaka yang lulus cikgu?" 

     "Dari kelas 5 Cempaka cuma 3 orang sahaja yang lulus. Awak, Haryani dan Siti Khadijah. Yang lain semua menunggu orang masuk meminang" Jawap Cikgu Kuprum dengan riak selamba.

     "Yang lain-lain gagal cikgu?!" Soal Liza tidak percaya. Walaupun ianya tidaklah mustahil. Kelas 5 Cempaka merupakan kelas seni. Kebanyakkan pelajar yang di campakkan di kelas tersebut kebanyakkanya adalah pelajar yang mendapat markah peperiksaan yang paling teruk ataupun yang hanya menghadiri sekolah atas geasaan ibubapa. Sedangkan pelajar yang berminat dengan seni turut terpalit dengan stigma yang di bawa oleh pelajar lain. Kami di gelar pelajar bodoh dan sentiasa di ejek dan di pandang rendah!

    Bukan setakat itu, kebanyakkan guru pula jarang masuk mengajar di kelas kami gara-gara ada pelajar yang bersikap kurang ajar dan memonteng kelas. Sedangkan kami-kami yang ingin belajar terpalit sama. Yang mana yang berakal akan mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Termasuklah aku dan beberapa rakan yang lain.

    Aku benar-benar tidak menyangka yang aku akan mendapat keputusan SPM yang baik. Tahun 1995 merupakan tahun yang membawa kebahagiaan buat diri ini. Seperti seorang kanak-kanak yang mendapatkan hadiah yang di idam-idamkan selama bertahun, akhirnya hadiah itu menjadi miliknya. Terasa diri ini menjadi seorang kanak-kanak perempuan bertocang dua yang sedang memeluk erat hadiah idaman hati!

No comments:

Post a Comment