Wednesday, May 9, 2012

Seindah Semalam M/S: 06 0928pm 03052012

   MUKASURAT ENAM


    Sekeping kertas yang membuatkan aku berasa seperti menerima hadiah yang tidak ternilai sudah berada di dalam genggaman tangan. Makanya aku tak tahu sama ada hendak menangis atau sebaliknya. Menangis sebab gembira, ketawa sebab sedih. Gilakan??

    Eeemm.. Sementelah dah berada di dalam kawasan sekolah dan masa pun masih awal lagi, Liza mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sekeliling sekolah. Dia ingin melawat kantin yang menyimpan sebahagian kenangan pahit dan manis sepanjang 5 tahun bergelar pelajar. Selepas kantin, Liza berhajat ingin melawat Pusat Sumber yang sentiasa menjadi tempat persembunyian untuk dia melarikan diri dari guru yang kadangkala menjengkelkan hatinya.

    Dalam tempoh beberapa bulan sudah nampak beberapa perubahan ketara di kawasan kantin. Dindingnya yang selalu kotor dan sering di penuhi lukisan tangan bak lukisan mural di dinding Penjara Pudu sudah kelihatan bersih dan di penuhi dengan lukisan yang lebih menarik dengan pemilihan warna yang menyejukkan mata yang memandang. Ni mesti idea cikgu Leong! dia adalah satu-satunya guru seni lukis yang garang namun berkaliber.

    Cikgu Leong untuk pengetahuan kalian, amat di benci oleh semua pelajar yang terpaksa mengambil kelas seni di bawah bimbingan beliau. Memang agak cliche kerana di mana-mana pun kita belajar, pasti ada seorang guru yang menjadi kebenciaan pelajar. Betul tak? Ya,betuuuuul!

    Sebenarnya, belajar di bawah cikgu Leong tidaklah menyesakkan jiwa. Asalkan semua arahan dan kerja rumah dapat di selesaikan mengikut tempoh yang di berikan dah tentu dia tak marah. Ni nak tunjuk keras kepala dah tentu free je kena maki hamun dengan beliau yang sangat panas baran.

    Cikgu Leong merupakan guru yang paling lama berkhidmat di sekolah Perempuan Putrijaya. Dek kerana kelebihan itulah yang membuatkan beliau seperti kebal dengan aduan pelajar kepada guru-guru lain. Kadang-kadang terasa sperti dia membuat sekolah itu seperti bapa dia yang punya! Bagi aku? aku tak kisah sebab aku tak pernah mendapat atau pun memberi masalah kepada beliau. Malahan sentiasa mendapat pujian di atas hasil seni yang aku buat.

    Dia jugalah yang mencungkil bakat seni dari dalam diri aku. Aku amat berterima kasih atas galakkan beliau yang tidak pernah jemu. Kalau tidak kerana beliau, mungkin aku tidak tahu yang aku sebenarnya berbakat dalam seni. Kerana galakan beliau jugalah aku menjadi satu-satunya anak melayu yang mendapat tempat ke 11 dalam pertandingan senilukis yang sering di monopoli oleh bangsa cina. Walaupun aku tidak menang, tapi aku menang dengan ucapan tahniah dari guru-guru dan pelajar. Di saat itu, aku benar-benar terharu.

    "Tahniah Liza, kamu berjaya mendapat tempat yang ke 11 walau tidak yang pertama. Kamu perlu berusaha lebih lagi" Tegur Cikgu Leong dengan tepukan yang agak kuat di atas bahu kanannya yang berdiri di belakang Liza yang sedari tadi ralit melihat lukisannya yang di tampal di papan kenyataan sekolah bersama 20 lagi lukisan yang terpilih. Tidak terjangkau dek mindanya yang lukisannya akan di tampal dan di lihat oleh para pelajar di sekolahnya.

    Yang menambahkan ketidakpercayaan Liza adalah pada hari dia bertungkus lumus hendak menyiapkan lukisannya dari siang sampai kemalam, abah telah secara tidak sengaja menitiskan peluh ais dari cawannya tatkala ingin melihat hasil lukisannya yang sudah hampir siap dengan lebih dekat. Liza memarahi ayahnya sambil memandang ke arah jam yang telah menunjukkan hampir ke 12malam.

    "Apa ni bah, lukisan orang dah nak siap abah kasi tumpahkan air. Ni nak kena touch up balik. Pukul berapa pula orang nak tidur? Lukisan ni untuk pertandingan. Bukannya kerja rumah. Esok orang dah nak kena hantar!" Marah Liza dengan airmata mula bergenang di tubir matanya.

    "Abah tak sengaja. Nak abah tolong color ke?" Usik abah dengan nada bersalah dan intonasi cuba bergurau. Di kala ini, lawak abah langsung tak terasa kelakar.Lagi membakar hati adalah.. Abah tahu yang abah tak mampu untuk melakukan apa-apa untuk membaiki lukisan tersebut. Namun rasa bersalah terpancar jelas di air muka abah.

    Liza menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin, kedua-dua matanya di pejamkan  lalu melepaskan helaan nafas yang terasa berat di dada. Otak pula ligat mencari jalan penyelesaian.

    Ni macamana aku nak cover warna yang dah semakin kembang plus aku nak kena ingat balik campuran warna untuk mendapatkan color yang sama.. Aduh! masaklah aku macam ni..

    Aku mesti kena siapkan malam ini juga. Esok dah tarikh akhir penghantaran lukisan, aku kena fikirkan bagaimana nak touch up lukisan ini supaya kecacatan yang ada tidak nampak ketara.

    Mengenangkan peristiwa itu,sememangnya tidak pernah terbayang sekalipun di dalam mimpi yang lukisannya akan di tampal di papan kenyataan sekolah buat tontonan ramai. Apatah lagi untuk berada di kelompok majoriti pelajar cina yang selalunya menguasai bidang seni lukis.

    Eeem.. Mungkin kalau abah tak tumpahkan air, lukisan aku tak mungkin di pilih oleh para hakim yang menghakimi semua hasil lukisan pelajar yang turut serta di dalam pertandingan tersebut. Kerana abahlah aku dapat memperbaiki beberapa bahagian yang agak kurang menarik dan menambahkan beberapa color agar tampak dramatik dan lebih menarik.Itulah hikmah yang tersembunyi

    Terima kasih abah!!!

   Cerita aku ni agak over acting.. Tapi itulah perasaan yang aku alami apabila berjaya memecahkan monopoli pelajar cina yang mendahului dalam apa juga cara di sekolah baik sukan atau pun akademik.

    Dan bukan senang untuk aku mahu pun pelajar lain hendak bersaing dengan mereka.Makanya, terpilih diantara yang hebat adalah satu kenangan manis yang akan aku ingat sampai ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment