Wednesday, May 9, 2012

Seindah Semalam M/S: 01 24042012 1.58pm

     MUKASURAT: SATU


    Keadaan pejabat pada hari khamis yang hanya 30 minit sebelum ke jam 12.30 tengahari tetap seperti hari-hari biasa. Bersepah dengan kertas yang bertaburan di permukaan lantai ditambah pula dengan beberapa orang pekerja merangkap teman yang sibuk menguji vokal dengan suara yang tidak seberapa merdu didengar dek lubang telinga, ada pula yang bergelak ketawa dan tak kurang juga yang cekal menganyam ketupat walaupun esok bukan hari raya.. haish.. Kepala otak aku yang bergeliga ini sibuk menyusun kata-kata untuk dituturkan pada pengurus Kodak Securi Imaging yang pejabatnya terletak bersebelahan dengan Condo Jade Tower di jalan Ikan Emas Cheras.

    "Liza, dari tadi aku tengok kau dok menulis atas kertas lepas tu kau konyokkan. Lepas tu tulis balik, apa sebenarnya yang kau nak tulis? Macam surat cinta je. Tak tahu pula aku yang kau tengah di lamun cinta" Tegur Siti Masruniwati yang merupakan teman persekolahan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Nama pendek hanya Siti,Liza menyumbangkan senyum sumbingnya dengan menjongketkan kening kirinya.

    "Bukan surat cinta daaa.. ni aku tengah membina ayat syahdu untuk aku cakapkan pada bos pasal aku nak ambil keputusan SPM yang sepatutnya aku ambil minggu lepas.Nanti salah cakap tak pasal bos tak bagi aku ambil result pula."

    "Alahai, itu pun susah sangat ke? Cakap terus terang je sudah. Bos bukannya nak makan kau pun!" Cadang Siti dengan muka selamba sambil tangannya pantas menyusun kepingan kertas untuk di berikan kepada bahagian scanning machine.

    "Memanglah bos tak makan orang! kalau dia jenis piranha dah lama dia kerja sorang-sorang wei! Ni aku jiwa kacau takut dia tak bagi aku amik cuti setengah hari esok." Keluh Liza sambil jejarinya mengetuk permukaan meja yang kelihatan serabut dengan taburan getah dan kertas. Padahal kertas-kertas printer copy tersebut sepatutnya di susun rapi untuk di serahkan kepada kak Wati yang bertugas melakukan scanning di bilik bersebelahan dengan meja para pekerja yang mengoyak dan menyusun kepingan kertas printer tersebut.

    "Kau baca Bismillah banyak-banyak dengan selawat, InsyaAllah  kurang sikit gelabah dan kepoyohan kau tu. Melalui tilikan akulah bos ok je. Lagipun kau bukannya mintak cuti. Ambil keputusan SPM je kot!" Ujarnya dengan nada yang agak tinggi sehingga membawakan jalan penyelesaian dari kak Wati yang sedang asyik memasang telinga namun tangannya tetap pantas memasukkan kertas ke dalam machine.

    "Apa yang susah sangat Liza oi..Akak rasa lebih baik kau pergi je tanya dengan bos cepat-cepat. Hari ni akak tengok mood bos ceria. Pergilah cepat!" Gesa kak Wati yang arif dengan perangai bos. Mana taknya kak Wati sudah lama bekerja dengan syarikat itu hampir 6 tahun. Liza pula hanyalah sekadar pekerja sambilan yang bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Dan dia sepatutnya mengambil keputusan SPM pada minggu lepas, namun memandangkan kerja pejabat banyak maka di tangguhkan pada minggu ini.

    "Eeeem.. yelah. Bos ada kat dalam pejabat dia ke? Aku macam tak nampak je." Balas Liza dengan kepalanya menjengah ke arah tingkap kaca yang di tutupi oleh blinding kelabu.

   "Kalau tengok macam tu macamana nak tahu bos ada kat dalam atau tak. Apa kata kau pergi ketuk pintu bos confirm bos cakap MASUK!" Gelak sakan Siti dengan gaya Joyah. Liza hanya mampu tersengih kelat.

    "Doakan aku dapat cuti setengah hari esok" Balas Liza dengan langkah yang di atur perlahan. Namun dalam hatinya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Semoga Allah mempermudahkan urusan aku hari ini. Amin..

    Tok.. Tok!

    "MASUK!" jerit En.Rosli

    "Assalamualaikum bos." Tanya Liza dengan nada suara yang di buat-buat biasa.

    "Waalaikumusalam. Ada apa Liza?" Soal En.Rosli dengan pandangan matanya tertacap kearah screen komputernya. Jejari beliau sibuk mengetuk keyboard dengan pantas.

    "Saya ada hajat,nak mintak permission bos untuk cuti setengah hari esok. Sebab saya nak ambil keputusan SPM saya." Jawap Liza dengan sekali lafaz. Terasa sejuk genggaman kedua-dua tapak tangannya.

    "OK!"

    "Ok bos?" Soal Liza seakan-akan tidak percaya

    "Kenapa? Tak percaya? Kalau tak nak, saya kenselkan." Tegas En.Rosli seraya berhenti menekan keyboard komputer dengan mata beliau memandang tepat ke anak mata Liza.

   "Eer.. tak la. Saya percaya" Balasnya pantas lalu berjalan menuju ke arah pintu untuk keluar. Janganlah orang tua ni menukar fikiran. Nahas aku!

    "Good luck for tomorrow"

    "Thank you boss!" ujarnya dengan senyum melirik

    Siti mengangkat bahu yang membawa maksud ingin mengetahui keputusan dari bos. Dua anak jari di unjukkan kepada Siti sebagai tanda peace yang membawa maksud success walaupun yang sebenarnya membawa maksud keamanan!

    "Bagus! kan aku dah kata.."

    "Ya kau ada kata tadi. Tapi kau tahulah, bos tu unpredictable! selalunya datang bulan hari ini aku tengok dia relax je. Kalau tadi dia tak bagi, aku ambil MC je.." Jawap Liza dengan bibirnya di cebikkan.

    "Alah.. dah settle pun. Bolelah kau ambil keputusan SPM dengan hati yang tenang. Kalau kau lulus, jangan lupa belanja aku" Gelak Siti semakin galak sementelah mendapat galakkan dari kak Wati yang suka memasang telinga.

    " A'ah la.. Liza jangan lupa belanja akak sekali. Maklumlah bila lagi nak dapat makan freekan??" Usik kak Wati dengan tangannya tetap laju seperti biasa memasukkan kepingan kertas kedalam machine scanning. Mesin yang di gunakan sekali atau 18 kali tengok memang tak ubah seperti ATM machine.

    "Eh, bukan ke sepatutnya kalau saya lulus Siti dengan kak Wati yang kena belanja saya? Ni dah kes terbalik. Kalau nak juga saya belanja, kenalah tunggu hujung bulan. Sekarang tengah bulan poket agak kering kontang da..." Balas Liza dengan senyuman melirik dengan sesekali membetulkan anak tudung birunya.

    Suasana pejabat tetap berjalan seperti biasa. Masa tidak pernah berhenti andai gempa bumi atau ribut taufan melanda. Masing-masing ada yang melakukan kerja, ada pula sebahagiannya curi tulang walaupun bos yang garang ada di dalam pejabat. Cuba kalau En.Rosli keluar dari pejabat beliau.. Masing-masing menikus! Liza menoleh ke arah Muthusamy yang lebih senang di panggil Ane.

    "Liza, what's going on tadi? sekejap-sekejap Ane tengok muka ada sikit takut. Sekejap ada nampak happy. Ada apa pasal?"

    "Tak ada apalah Ane. Kes sudah settle." Balas Liza

    "Yalah sudah settle. Tapi apa kes?" Tanya Muthusamy dengan riak wajah yang beria-ia ingin tahu. Kesian pula aku tengok ane ni.

    "Tadi saya takut sikit mau jumpa kita punya bos. Pasal saya mau minta cuti half day sebab mau ambil saya punya result SPM la Ane"

    "Oh, itu macam. Ane ingat ada apa kes yang bikin Liza kelam kabut." Balas Muthusamy lalu menyambung kerjanya yang dari tadi dok mengoyakkan kepingan kertas yang kemudiannya disusun bertingkat di atas meja.

    Kodak Securi Imaging merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyimpanan data maklumat dari syarikat yang melanggan perkhimatan dari syarikat Kodak bagi menjimatkan ruang penyimpanan fail serta memastikan semua maklumat tidak rosak. Oleh kerana itu teknologi yang di miliki oleh Kodak mampu menjamin mklumat sesebuah syarikat masih relevan di simpan untuk jangka hayat yang lama, tanpa risau di mamah tahun atau serangga perosak.

    Kerja-kerja yang kebanyakkannya kelihatan seperti mudah namun sebenarnya amat sukar dan remeh. Walaupun sudah expert namun luka yang berulangkali tetap akan terjadi. Terutama sekali ketika leka menggoyakkan kertas. Tau-tau kulit jari sudah tersiat. Proses yang paling leceh adalah mengoyakkan kepingan kertas printer yang beribu keping. Setiap kepingan perlu di susun mengikut nombor yang betul. Sekali tersilap nombor, itulah yang menyebabkan dunia bagaikan mahu kiamat kerana harus mencari dengan cermat dan kemudian itu perlu di susun semula.

    Setelah kepingan kertas printer di susun mengikut jumlah mukasurat yang ditetapkan, ianya perlulah di hantar ke bahagian scanning. Ni lagi satu acara sukan yang paling leceh. Kerana kertas yang di masukkan ke dalam machine untuk di scan,kerap berlaku kes overlap yang kita sendiri tidak perasan walaupun mata tak sesaat pun beralih pandang. Penyedutan kertas pula terlalu pantas sehinggakan kita sendiri tak dapat nak pastikan berlakunya overlapping.

    Sesudah yakin proses scanning tiada sebarang masalah,filem tersebut akan di hantar ke bilik pemprosesan filem yang sentiasa dalam keadaan gelap gelita. Prosesnya sama seperti mencuci filem untuk di buat album gambar. Cuma bezanya, filem ini dibuat dalam bentuk negatif. Kalau tidak biasa,mahu buta mata. Mana tidaknya,hampir 8jam berkurung. Disebabkan itulah mengapa pekerja yang mencuci filem,akan memakai kacamata hitam setiapkali keluar dari bilik tersebut. Cahaya lampu hanya akan menyakitkan mata. Yang menyedihkan buat pekerja yang mencuci filem adalah diri mereka seolah-olah tidak di hiraukan oleh rakan sekerja yang lain memandangkan bekerja di dalam memerlukan penelitian yang jitu serta tidak boleh melakukan sebarang kesilapan atau prosesnya akan berulang semula .

    Oleh kerana itulah mereka jarang dapat bergaul dengan rakan-rakan lain melainkan kerja dapat di siapkan mengikut tarikh yang di tetapkan. Dan itulah masanya mereka dapat bergelak ketawa atau lepak bersama rakan-rakan di ruang pejabat.

No comments:

Post a Comment