Monday, January 24, 2011

Andai Mampu ku Ulang Semula... Sesungguhnya Aku Merindui Zaman Itu

Pagi yang hening dan amat gelap itu benar-benar membangkitkan selera makan aku. Pagi lebih kurang jam 6.15 pagi abah dah mula mengesa aku bersiap cepat. Nampaknya abah ingin menghantar aku dengan menaiki pengangkutan awam yang ketika itu lebih di kenali dengan nama Tong Fong nombor 124. Bas itu kelihatan sedikit uzur dengan keadaan tingkap yang separuhnya boleh di turunkan ke bawah manakala lagi separuh tersangkut! Hehehe...


Bas Tong Fong hanya berhenti bersebelahan dengan Balai Bomba Jalan Pasar Pudu yang berhadapan dengan Pejabat Pos Pasar Pudu. Makanya aku dan abah harus berjalan kaki untuk menuju ke sekolah yang terletak di Jalan Pasar Pudu. Kerana itulah sekolah aku pun di beri nama Sekolah Rendah Jalan Pasar Pudu 2 Kuala Lumpur.


Walaupun nama sekolah aku tidaklah seglamor mana-mana sekolah di Kuala Lumpur,namun sekolah ini telah melahirkan ramai insan-insan yang berkaliber dan yang mampu membanggakan sekolah tersebut! (eeer.. aku tak termasuk dalam senarai kot!) :p


Memang sangat meletihkan apabila pagi-pagi dah buat excercise kaki. Namun di sebabkan abah yang menghantar aku ke sekolah,penat sikit pun aku tak terasa. Sebab aku sayang abah! Abah menghantar aku hingga ke dalam sekolah. Sebelum abah pergi,aku menghulurkan tangan untuk mintak duit! hahahaha.. Abah memberi dalam jumlah yang agak memberangsangkan. Maklumlah pada tahun 80'an dapat seringgit kira dah tahap mewah. Macam-macam boleh beli!


Ku cium tangan abah sambil mengucapkan terima kasih. Abah jarang nak tersenyum bila ada anak-anak senyum pada dia. Abah memang tipikal melayu! Tapi aku tetap sayang pada abah.


Bayang abah kian menjauh,aku melihat keadaan sekeliling sebaik sahaja aku meletakkan beg sekolah di tempat perhimpunan sekolah. Masih sunyi lagi dan tidak ramai pelajar yang kelihatan. Jam sudah menunjukkan jam 6.45 pagi. Keadaan di kala itu amat berbeza dengan zaman sekarang dimana 6.45 pagi hari sudah kian cerah. Sedangkan pada zaman aku waktu seperti itu suasana masih lagi gelap gelita.


Aaaaahh.. Aku menghirup nafas sedalam mungkin bau nasi lemak yang datangnya dari kantin sekolah. Bergegas aku mendapatkan bau tersebut dengan harapan dapat menikmati rasa di kala suasana masih lagi lengang.


"Pak cik! nasi lemak satu saya nak sambal lebih!" Pinta aku sambil kecur air liur pabila melihatkan pak cik kantin meyenduk nasi yang panas berasap sambil bau lemaknya mencucuk hidung yang tidak tersumbat. Itu belum lagi bau itu bercampur dengan timun basah,kacang goreng,ikan bilis dan yang paling penting bau sambal tumis special! Juling mata aku melihatkan sambal tumis membasahi nasi lemak aku.. Yummmmmeh!


Cepat-cepat aku bayar 20sen. Aku memilih tempat duduk yang berdekatan dengan rumput yang di basahi embun pagi. Dah memang menjadi tabiat aku bila saja ingin makan nasi lemak,bahagian itulah yang akan aku cari.. Kerana makan nasi lemak panas sambil menghirup bau rumput segar amat menyelerakan! Orang kata aku pelik,namun itulah yang menaikkan selera bagi budak perempuan yang berumur 8 tahun ketika itu.


Pinggan pertama sudah beres tapi aku beratur sekali lagi kali ini di belakang seorang pelajar lelaki untuk membeli nasi lemak lagi! Hahahahaah.. masa itu aku masih ingat lagi yang aku sangat buruk lantak! Lagipun bukan selalunya aku dapat duit banyak. Setelah puas aku makan nasi lemak enak, aku pun berehat sementara menunggu waktu perhimpunan.


Loceng berbunyi nyaring menandakan perhimpunan bakal bermula. Sewaktu sedang menyanyikan lagu NegaraKu,perut aku mula memulas bagai nak giler. Rasa seperti ingin membuang,tapi aku paranoid dengan toilet sekolah yang sangat busuk di tambahkan lagi dengan lipas yang pada masa itu bermaharajalela di dalam tandas! Aku memang ada tabiat takut nak masuk ke dalam tandas terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah. Itulah satu-satunya masalah yang menyusahkan aku.


Aku tahan rasa sakit perut aku dengan harapan aku tidak perlu mengunjung tandas yang amat aku benci.Kesakitan melarat hingga ke dalam kelas. Tapi aku buat muka selamba seolah-olah macam tiada apa-apa yang berlaku. Kelas bahasa Inggeris telah pun selesai. Disambung pula dengan kelas Bahasa Melayu,inilah kelas yang aku nanti-nantikan kerana guru kesayangan aku mengajar. Nama guru aku adalah Cikgu Ariffin. Sangat garang dan di takuti oleh semua pelajar sekolah dari tahun 1 hinggalah ke tahun 6,semuanya gerun dengan Cikgu Ariffin!


Setelah mengucapkan selamat pada Cikgu arrifin,kami semua di minta berkumpul mengelilingi cikgu kerana cikgu ingin menerangkan sesuatu berkenaan subjek yang ingin di ajar.


'Baiklah semua pelajar mari berkumpul berdekatan dengan cikgu!" Laung cikgu kuat.


"YaAllah! perut aku semakin memulas ni! Matilah aku.. Apapun terjadi aku tetap tak mahu pergi ke tandas" Getus hati aku tatkala itu.


Dalam sibuk cikgu memberi penerangan,terdapat dua orang pelajar lelaki yang sedang leka bercakap seolah-olah merekalah cikgu yang sedang mengajar! Kalau aku tak silap namanya Saiful. Dia ni memang muka macam penyangak selalu kena denda dengan cikgu manakala yang lagi seorang aku tak ingat.


Sedang cikgu sibuk memberi pengajaran,aku semakin sibuk dengan menahan sakit perut dan menahan diri dari terkentut. Aku yakin jika aku terkentut pastinya bau sangat terbaik kerana dah hampir seminggu aku tidak membuang!


Tiba-tiba cikgu Ariffin menjerit...


"Ni siapa yang lepaskan Kemenyan Hantu dalam kelas?"


Kelas menjadi gemuruh dengan pertanyaan dan jeritan pelajar. Ada yang hampir nak termuntah manakala cikgu Ariffin menutup hidung dengan jarinya.


"Baik mengaku siapa yang kentut bau macam setahun tak berak!!!!" Bentak cikgu Ariffin meminta kepastian. Ada sebahagian para pelajar bertanya sesama mereka apa kemenyan hantu? Sebahagiannya menjawap, kemenyan hatu tu bau kentut busuk laaaa....


Aku hanya membatukan diri. Kerana tidak mahu dimarahi oleh guru kesayangan aku. Lalu aku pun buat-buat menoleh seolah-olah mencari siapa yang kentut  busuk itu.


"Kamu! ni mesti kamu yang kentut bau macam telur tembelang!" Jerkah cikgu Ariffin menundingkan jari ke arah Saiful. Budak itu hanya mampu terkebil-kebil apabila di tuduh cikgu.


"Mana ada cikgu. Saya tak kentut busuk macam tu lah cikgu" Pertahan Saiful atas tuduhan yang sememangnya tidak berasas. Namun aku tidak mampu membela Saiful dengan mengaku bau kentut itu datangnya dari aku! nak mati??!

Saiful amat mudah menjadi mangsa keadaan di sebabkan perangai nakal yang suka mengusik dan mencari pasal dengan pelajar yang lain sementelah pula muka Saiful memang package macam penyangak Sarip Dol Kampung Dusun!

Semua pelajar termasuk aku hanya mampu menundukkan wajah dari bertentang dengan kemarahan cikgu Ariffin yang terkenal di sekolah dengan kegarangannya.


"Saiful! kemari kamu. Baik kamu mengaku yang kamu tadi sudah lepaskan kemenyan hantu dalam kelas" Tegas cikgu Ariffin sekali lagi. Namun Saiful mengelengkan kepalanya sambil melangkah ke hadapan cikgu.


"Hulurkan tapak tangan kamu. Zraaaaaap!!" bunyi pembaris kayu panjang mengenai tapak tangan Saiful. Aku dapat melihat bahu Saiful terjungkit menahan libasan pembaris ke tapak tangannya. Aku hanya terdiam seribu bahasa melihatkan budak nakal dalam kelas di pukul atas kesalahan yang tidak di lakukannya.


"Kamu semua duduk. Pening kepala saya dengan bau kemenyan hantu tadi!" 


Saiful ku lihat menahan sakit di tapak tangan,namun sebaik sahaja cikgu Ariffin keluar dari kelas aku dengar dia memberikan amaran kepada semua rakan -rakan di kelas.


"Kalau aku tahu siapa yang kentut tadi dan yang menyebabkan tapak tangan aku kena pukul tanpa sebab,SIAPLAH AKU KERJAKAN ORANG TU!!!!!"


Dalam hati kau.. Sampai mati pun kau tak akan tahu.. Cuma sesekali aku rasa bersalah pada Saiful. Namun dosa sebelum akil baligh tidak di kira yang membuatkan aku boleh bernafas lega. Hhahahahaahahahahah!!!







No comments:

Post a Comment