Thursday, May 17, 2012

Seindah Semalam M/S: 11 0838pm 16052012

    "TEA TIME!" Jerit abang Ipin sekuat hati. Suasana di dalam pejabat terus bertukar menjadi hingar-bingar. Yang perempuan sibuk membuka laci mengambil dompet masing-masing,ada pula yang mengeluarkan lipstick touch up bibir. Manakala yang lelakinya membuka dompet menjengok berapa ringgit lagi yang tinggal untuk di buat belanja minum petang.Haish.. Macam-macam ada..

    Aku? Kan aku dah melantak di rumah tadi? Hehehe.. Kenyang gila!

    Makanya, aku just ikut mereka-mereka semua ke gerai makan.Melantaklah kau orang semua sampai membusung. Aku pula,cukuplah sekadar memesan nescafe ais kaw.. Perut terlalu kenyang sampai rasa nak berjalan pun malas. Tapi kalau tak join sekali, terkontang-kanting pula aku kat dalam pejabat seorang diri. Tak naklah!

    "Liza! Cepatlah, yang dok termenung lagi tu kenapa? Mana jerawat tak tumbuh lagi banyak. Suka bebenor berangannya!" Lenting kak Wati di sambut gelak ketawa oleh Siti. Lentingan kak Wati menyedarkan Liza dari lamunan pendeknya. Kalau tak di jerit, lagi panjang lamunan Liza nanti. Liza memang kaki berangan.

    "Yelah, sekejap.. Nak ambil ongkos ni ha.." Balasnya dengan mengeluarkan rm5 dari dompetnya. Diletakkan semula dompet ke dalam beg selempangnya. Satu tabiat Liza, dia memang tak suka nak bawa wallet seperti mana-mana perempuan normal yang lain. Berdandan dengan memakai make up? Huh,jauh sekali. Tu yang membuatkan dia memikir kenapa jerawat tetap ada walaupun dia bukan kaki make up.. Eeemmm..

    "Ni kita pergi gerai makcik dekat depan tukan?" Tanya Liza dengaan menunjukkan tempat tersebut dengan hujung bibirnya. Gerai yang di maksudkan Liza adalah salah satu gerai yang sudah lama bertapak di simpang masuk berhadapan dengan stesen minyak Petronas di Taman Tenaga Cheras. Kalau ikutkan hatinya malas nak minum di gerai tersebut. Bukan apa,jarak antara pejabat dan gerai bukannya dekat.

    "Gerai mana lagi nak pergi Liza oi.. Situ jelah yang paling dekatnya pun" Jawap Siti sambil membetulkan tudungnya di cermin gelap pintu masuk pejabat. Dari pintu masuk pejabat kelihatan pekerja lelaki sudah jauh maju ke depan berselang seli dengan dekahan ketawa yang entah apa yang kelakarnya.

    "Tea break ni, akak belanja Liza ya. Bersempena dengan kejayaan SPM Liza" Kata kak Wati bersama senyuman manis melirik di bibirnya yang di gores dengan lipstick berwarna pink terang.

    "Alah kak.. Tak bestlah macam tu. Saya sanggup tunggu akak belanja hujung bulan ni. Dapatlah saya order makanan yang best sikit. Hehehe.." Gelak Liza mengekek. Di sikunya  lengan kiri Siti yang turut menolong gelak bersama.

    "Amboi! bagi betis nak peha pula"

    "Mana ada akak bagi betis kat saya? Tak nampak pun!" Usik Liza dengan ketawa besar sambil buat-buat mencari di kiri dan kanannya.

    "Ewah-ewah, buat lawak pula dia ni. Akak sekeh kepala kau baru ada akai!" Balas kak Wati mengepal tangan kanannya seolah-olah ingin menyekeh kepala Liza. Dia mengelak seolah-olah takut kak Wati terlepas tangan dan menyekeh kepalanya betul-betul.

    Serentak ketiga-tiga mereka ketawa besar. Liza cepat-cepat menutup mulutnya yang menganga besar. Airmata mengalir dari kedua-dua kelopak matanya. Dilapnya dengan hujung tudung hitam Siti. Kaki mereka semakin laju apabila semakin menghampiri gerai yang di tuju. Saiful melambai kearah mereka  meminta mereka duduk semeja.

     "Liza! yang kau lap mata dengan tudung aku apa hal?"

     "Eh,ya ke? Aku ingatkan tudung aku tadi. Heheheh" Gurau Liza yang masih lagi menebal perangai keanak-anakkannya. Seolah-olah masih tidak puas melalui zaman kecil. Perangai itu jugalah yang membuatkan Liza di sukai dan di sayangi oleh teman-temannya.

    "Dari jauh aku tengok bukan main suka lagi kau ya Liza?" Tegur Saiful sambil menarik kerusi buat di duduki oleh Liza. Tindakan Saiful mendapat tepukan dan siulan oleh teman-teman yang lain di situ. Malu sekejap Liza di buatnya.

    "Wey! Aku boleh tarik kerusi sendirilah. Aku nak gelak ke.. Nak menangis ke.. Aku punya pasallah!"

    "Liza, kau janganlah marah si Saiful tu. Menangis kejap lagi banjir KL wor.. Payah pula abang nak balik naik motor nanti" Usik abang Ipin yang menyengeh bagai kerang busuk. Di sumbatnya vade yang tinggal suku ke dalam mulut. Terkial-kial abang Ipin mengunyah, dicapainya gelas teh tarik lalu di teguk laju.

    "Hah, kan dah tercekik.. Tulah,lainkali makan je jangan bercakap. Nasib baik sempat minum,kalau tak terpaksalah si Saiful bagi CPR kat abang" usik Liza mengekek

    "Mintak selisih! Abang rela tercekik dari bagi Si Saiful buat CPR kat abang. Boleh koma dibuatnya dengan bau mulut si Saiful ni!" Bidas abang Ipin dengan menunjukkan muka loya. Hahahahah!

    "Wah! bang, hina sangat ke saya ni?" Soal Saiful dengan nada merajuk.

   "Hina tu taklah sangat. Tapi bau mulut kau tu tak tahan abang nak hidu!" Balas abang Ipin dengan muka selamba badak.

    "Yelah, saya sedar siapa diri saya ni. Nah, sekarang saya dah sumbat mulut dengan Hacks. Kira mulut tadak bau lagi. Amacam? ok tak?"

    "Hahahaah! Korang dua orang ni memang sengal!" Jawap Liza sambil di sambut gelak tawa dari teman-teman yang duduk semeja dengan mereka. Alunan lagu Zamani Slam mengambil alih suasana. Yang lelaki dok sibuk menyanyi sambil mengetuk-getuk meja mengikut rentak lagu. Manakala yang perempuan 'menganyam ketupat' sesama sendiri.


Slam Zamani "Nur Kasih"

    Lagu Slam dikala ini sedang hangat menjadi siulan muda mudi yang hangat di lamun cinta. Yang tidak di lamun cinta pula hanya sekadar melayan dengan harapan dapat mengubati hati yang kosong tanpa teman istimewa.. Eeerrr.. samalah dengan aku! Uwaaaaaaaaaaaaa...

    "Saiful, lepas kerja kita jamming nak tak?" Cadang abang ipin dengan semangat kesukanan yang tinggi. Soalan abang Ipin di sambut dengan kenyitan mata kanan Saiful sebagai tanda setuju.

    "Kita jamming kat tempat biasa?"

    "Yelah, tak naklah pergi jauh sangat. Dekat sini sudah" Jawap abang Ipin lalu menepuk bahu Liza. Terperanjat budak tu di buatnya. Hampir tersedak dia dengan air nescafe ais yang baru je nak lalu ke anak tekak.

    "Apa ni abang Ipin? Buatnya saya tersedak, tak pasal tersembur ke muka Saiful ni hah" Marah Liza lalu mencapai tisu mengelap mulutnya yang terdapat lelehan air  nescafe aisnya.

    "Sorry, abang tak sengaja. Abang ingat nak ajak Liza join kita orang sekali lepas kerja pergi jamming"

    "Kalau jauh saya tak nak ikut. Kalau dekat area sini boleh juga saya join sekejap. Lama-lama memang tak bolehlah. nanti menjerit cik Kiah" Terang Liza panjang lebar. Jawapan Liza di sambut dengan anggukan tanda faham dari abang Ipin dan Saiful. Kebanyakkan teman-teman Liza sudah memahami undang-undang yang sudah di tetapkan oleh cik Kiah. Mereka pun sudah faham siapa dia cik Kiah. Iaitu ibu merangkap pengurus peribadi Liza.

   

No comments:

Post a Comment