Thursday, May 17, 2012

Seindah Semalam M/S: 12 1152am 18052012

MUKASURAT DUABELAS

Sayang-sayang si buah kepayang,
Dipetik dijual ditepi jalan,
Disana ku rindu,disini ku sayang,
Entahkan mana menjadi pilihan.


    "JOM BALIK!" Laung Ane penuh kegirangan bagai kanak-kanak Ribena yang sihat bagai johan.. Buruk betul perangai orangtua ni. Gerutu Liza di dalam hati. Siap angkat kedua-dua tangan macam zaman sekolah! Ish..

    "Sukanya Ane, ini hari hari istimewa ke Ane?" Soal Saiful mengemaskan mejanya yang berselerak dengan beraneka sampah penuh warna-warni. Betul-betul nampak seperti tong sampah besar!

    "Mestilah hari ni hari istimewa, Lu orang tarak taukah ini hari Khamis malam Jumaatlah.. Heheheh"

    "Wah, Ane pun tau pasal hari Khamis malam Jumaatkah?" Gelak Saiful sambil mengenyitkan mata kirinya. Di cucuk pula pinggang abang Ipin yang masih lagi terhegeh-hegeh cuba menghabiskan data entry beliau.

    "Oh, b***t kau! Ish, apa main cucuk-cucuk ni. Tengok,aku dah salah key in ni!" Marah abang Ipin lalu menjeling ganas pada Saiful yang tergelak kesukaan.

    "Ayo Saiful, lu jangan kacau Ipinlah. Dia tengah buat kerja bersungguh-sungguh tu. Bukan macam lu, cukup masa je sudah mau angkat kaki jalan" Nasihat Ane ikhlas.

    "Habis tu Ane,kalau tak angkat kaki jalan.. Ane mau saya mengengsot ke?" Jawap Saiful berselang seli dengan ketawa besar. Gelak dengan lawak sendiri! Budus..

    "Siapa-siapa lawan cakap dengan lu mesti kalah punya. Lu mesti mau menang punya. Ada seorang juga yang lu mesti kalah, itu perempuan" Ane menunjukkan hujung jari kanannya ke arah Liza yang sememangnya dari tadi duk rajin menjadi telinga lintah. Sekilas itu jugalah Liza menoleh kearah Ane, nak tahu juga siapakah gerangan perempuan tersebut.

    Jari Ane tepat menunjuk ke arah Liza. Memang sahlah aku! dah tak ada orang lain lagi kat meja ni. Sepantas kilat Liza menundingkan jari telunjuk kanannya ke hidung sendiri.

    "Apa pasal Ane tunjuk saya?"

    "Dengan Liza saja dia kalah. Dia mana berani mau cakap lebih kalau Liza sudah muka mulut. Serupa itu popcorn bila tengah masak. Banyak bunyi!" Ane pula yang tergelak dengan lawak bodoh sendiri. Sekor-sekor ada masalah mental yang tersendiri. Liza mengelengkan kepalanya. Malas nak layan orang sewel ni. Penat!

    Dikemasnya meja yang masih terdapat sedikit sampah hasil dari kerja mengoyakkan kertas yang bertimbun tadi. Di angkatnya beg selempang dari laci. Selang dua meja Siti sudah melambai untuk jalan balik bersaing. Siti dan Liza tinggal di kawasan perumahan DBKL yang sama. Cuma selang tiga blok dari rumahnya.

    "OK! aku tengah mengemas meja ni. Tunggu sekejap ya"

    "Oit, Liza kau jangan lupa yang kita ada temujanji lepas kerja ni!" Ingat Saiful dengan mencekakkan pinggangnya yang tidak ramping.

    "Bila masa aku ada date dengan kau samdol?"

    "Eh.. Eh.. buat-buat lupa pula. Kan kita nak pergi jamming nanti?" Jawap abang Ipin mewakili Saiful mengingatkan Liza. Dia menoleh kearah Siti yang menepuk dahinya bila di ingatkan tentang sesi jamming selepas waktu kerja.

    "Yelah Liza, kita dah janji dengan dia orang masa Tea break tadi. So, nak tak nak kita kena pergi juga. dah janji punya pasal" Jawap Siti yang berjalan ke arah Liza lalu menghenyakkan punggungnya di sebelah kerusi Liza.

    "Adoiyai.. Jawapnya nak kena tunggu abang Ipin habiskan kerja baru boleh geraklah jawapnya" Sungut Liza melepaskan keluhan. Ish, jadi macam orang bodoh duduk berempat dalam pejabat ni.

    "Sabar itu separuh dari iman, lagi sikit je lagi abang nak habiskan kerja ni. Dalam 5minit kita dah boleh cha alif but" Ujar abang Ipin dengan nada orang bersalah. Siti dan Liza mengangguk mengiyakan sahaja. Malas nak cakap banyak kerana hari ini kerja yang dilakukan terasa banyak dari hari biasa. Apatah lagi abang mat sudah menetapkan satu tarikh di mana semua kerja perlu disiapkan dan di filemkan mengikut tarikh yang sudah di berikan. Itu yang membuatkan mereka berasa letih.

    Tapi memandangkan janji sudah terikat, mahu atau tidak janji perlu di tunaikan. Sesekali Liza melihat jam tangan Siti.

    "Abag Ipin! lagi berapa minit ni? Ni dah lebih dari 5minit" Jerit Liza ke arah abang Ipin yang kelihatan sedang mengemaskan mejanya.

    "Dah habis pun, ni abang nak kemaskan meja. Kejap ya"

    "Si samdol tu mana bang?" Soal Liza sambil menjengah ke partition yang menempatkan beberapa buah meja yang di asingkan mengikut tugasan masing-masing yang berlainan di antara satu partition dengan partition yang lain.

    "Entah, tadi ada sebelah abang. Mungkin dia ada kat luar kot, menghisap rokok" Tebak abang Ipin bila di tanya lalu menyelak blinding di belakangnya. Abang Ipin memberikan isyarat kepada seseorang yang berada diluar. Mungkin Saiful yang berada di luar. Entah bila dia keluar aku pun tak tahu.

    Alunan lagu dari radio yang terpasang memainkan satu lagi lagu yang menyedapkan corong telinga yang mendengar.

Ukays: Disana menanti disini menunggu

    Sedih pula bila mendengarkan bait-bait lagu dendangan Ukays. Susah-susah sangat kahwin je dua-dua kalau dah tak tahu mana satu nak pilih. Yang penting poket tu mesti penuh,kalau tak dah aniaya anak dara orang!

    Alunan lagu yang mendayu benar-benar melekakan membuai perasaan. Abang Ipin tiba-tiba berhenti dari mengemaskan mejanya ketika lagu ini di dendangkan. Airmukanya serta-merta bertukar menjadi seperti sedih. Kenapa pula orangtua ni? Macam tangkap syahdu je..

    "Abang ok ke?" Soal Liza perlahan, abang Ipin hanya tersenyum lalu mengangkat ibu jari sebagai tanda yang dia ok. Eeemm.. nampak sangat menipu!

    "Kenapa muka abang tiba-tiba macam sedih je? Lagu ni ada kena mengena dengan abang Ipin ke?" Soal Siti yang turut menyedari perubahan wajah abang Ipin. Kedua-dua anak dara tersebut mengangkat punggung apabila melihatkan meja abang Ipin sudah kelihatan kemas dan abang Ipin sudah mula mengambil topi keledar dan kunci motor dari laci beliau.

    "JOM!" Ajak abang Ipin yang menguntumkan senyum tawar. Tadi bukan main bersemangat, ni tetiba je jadi jiwa kacau. lantak kaulah abang ipin. Nak share cerita sedih, aku ok je. Tak nak share pun tak jadi hal. Bukan adik beradik aku pun!! Ngeeeeeeeeeeeeee..



   

2 comments: