Sunday, January 23, 2011

Cinta, kasih dan sayang....

Cuti hujung minggu yang lepas,aku,abang,emak beserta anak-anak kami bersantai di taman tema Desa Water Park. Emak (Cik Kiah) aku lah yang paling beria-ia menyediakan pelbagai juadah antaranya Sandwich sardin special,mee hoon goreng,mini hotdog entah apa-apa lagi makanan untuk di bawa ke sana.

Sampai sahaja disana kelihatan lautan manusia yang berselirat membanjiri ruangan pintu masuk sambil menanti pasangan masing-masing beratur bagi mendapatkan tiket sambil dijerih panas matahari yang menyengat kulit!


Kakak ipar tiba-tiba menghulurkan note RM200 kepada aku.. Dalam hati aku hanya mampu berkata..

"Aduhai,hanguslah aku macam ni.." Sambil tersenyum aku menerima huluran notes yang menandakan aku tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuk bersuka ria di dalam taman tema! (me and my evil smile.. ngeeeee..)

Hampir 30 minit aku menjemurkan diri seperti sotong kering di bawah sinar cahaya matahari yang memeningkan kepala bagi mendapatkan tiket. Sebaik sahaja mendapatkan tiket,masing-masing mengelupur ingin memnampal relungan tiket di pergelangan masing-masing. Manusia menderu bertali arus ingin masuk ke taman tema. Aku hanya mampu mengelengkan kepala melihat keletah insan-insan wargatua yang tiba-tiba bertukar menjadi kanak-kanak semula (tidak termasuk aku kerana sibuk jadi security guard buat anak-anak teruna aku)


Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam taman tema,anak teruna aku yang sulung dah menjerit..

"Mami! Mirul nak terjun!" Tak sempat aku nak menjawap,Ammirul sudah pun terjun ke dalam terusan air yang pada aku tak ubah seperti longkang besar cumanya longkang tersebut lebih cantik dari longkang DBKL.
"Mami! Daniel nak main kat sana..! Sekali lagi,aku langsung tak berpeluang untuk menjawap.. Aish! Aku hanya mengelengkan kepala yang sudah pun mulai berdenyut-denyut.

Emmm.. Alangkah bestnya kalau tunang aku ada sekali tatkala ini. Dapat juga aku berkubang dalam air,sementara Rizal boleh bersama-sama dengan anak-anak teruna aku.. Huhuhuhu...


Aku membiarkan anak-anak teruna aku mencari kegembiraan sendiri. Walaupun ada sedikit bimbang,namun aku yakin mereka sentiasa dalam perlindungan Allah. Aku dan Cik Kiah sibuk melayan keletah anak-anak abang aku si Taufik dan Huzaifah yang pada mulanya agak takut dengan air. Namun setelah abang aku memaksa mereka masuk ke dalam kolam ,barulah gemuruh mereka hilang.


Apa aku buat??? Seperti biasa,aku akan sibuk mengambil gambar keletah anak-anak buah dan anak-anak teruna aku. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak walaupun hakikatnya,kami orang-orang tua agak capek melayan kerenah yang pelbagai!




 Aku,Cik Kiah,abang aku dan isterinya masih tetap berada di gigi kolam kanak-kanak sambil tergelak dan melayan dua orang anak buah aku. Orang ramai serta kanak-kanak yang lain silih berganti mengambil tempat berendam di dalam kolam cetek separas betis itu. Aku yang sedari tadi sibuk dengan kamera dan ralit memerhatikan gelagat kanak-kanak dengan ibubapa masing-masing,tiba-tiba aku terpandang seorang kanak-kanak india dalam lingkungan 8 tahun.


Budak india itu bergembira sama seperti kanak-kanak yang lain. Dia bergelak ketawa bersama saudaranya yang lain. Aku hanya memerhatikan budak india tersebut sambil berkata di dalam hati..

"Kasihannya,cacat telinga rupanya. Tapi dia kelihatan sangat gembira bersama saudara yang sentiasa memberikan sepenuh perhatian kepadanya" Suka hati aku melihatkan keadaan tersebut. Aku tersenyum...

Tiba-tiba seorang wanita india yang agak berumur lalu. Budak tersebut terus bangun dari kolam air tersebut lalu berlari bagi mendapatkan wanita tersebut yang aku jangka semestinya ibu pada budak lelaki itu.Rupa-rupanya dia tidak mempunyai tempurung lutut! ini membuatkan budak itu tidak boleh bejalan tetapi dia melompat-lompat untuk mendapatkan ibunya.. kakinya terlalu kurus begitu juga dengan tubuhnya.. Ibunya merangkul erat tubuh si anak.. Ya Allah sayunya hati aku.. Segera aku alihkan pandangan yang sudah mulai berkaca..


Tiba-tiba,saudara-saudara budak itu mendukung lalu digomol beramai-ramai menyebabkan budak itu tergelak riang! Aku seka airmata aku.. Dan tersenyum lagi...


Masa kian berlalu,Ibu bapa sibuk mengambil gambar anak masing-masing. Kolam berganti orang.. aku dan yang lain masih tetap di gigi kolam yang sama.


Baru sebentar sahaja aku mengalihkan pandangan sebentar,lalu aku mendapati seorang wanita dalam lingkungan 40an berada di dalam kolam kanak-kanak bersama seorang budak lelaki dalam linkungan umur 7 tahun. Budak tersebut lengkap berpakaian yang selayaknya untuk berenang. Comel! berkulit putih dan molek di pandangan mata.


Ibu itu meletakkan anaknya di celah di antara peha ibu itu. Aku benar-benar rasa seronok melihatkan suasana tersebut. Tetapi apabila aku melihatkan si ibu hanya menuangkan air kolam ke wajah anak itu,aku rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Si anak rupanya mengalami kecacatan kekal yang tidak memungkinkan dia berjalan,bergelak ketawa,ataupun berkata-kata seperti budak india tadi!


Si ibu merangkul anaknya yang hanya mampu mengeluarkan suara yang agak dalam manakala mulutnya hanya mengeluarkan air ludah tatkala si ibu mengusiknya. Satu lagi pandangan sayu pabila aku memerhatikan betapa kasih sayang seorang ibu tidak mengenal batasan apatah lagi anak itu di kandung selama 9 bulan dan keluar dari rahim si ibu lalu di curah sepenuh cinta kasih dan sayang walaupun anaknya tidak sempurna pada kacamata manusia lain. Namun pada matahati seorang wanita bergelar ibu,anak itu tetap sempurna dengan memiliki hati dan perasaan....


Namun di zaman ini,masih ada yang sanggup membunuh anak yang tidak bersalah atas natijah dosa sendiri!!!!



Wassalam,

Niki Kamarodin

No comments:

Post a Comment