Sunday, January 23, 2011

TakdirMu Sungguh Manis 1


"Ish,hujan dah nak lebat ni. Sekarang dah dekat pukul 8pagi..Teksi pulak tak ada satu pun nak ambil. Macamana ni???" Hati Liza mengeluh. Mata memandang ke arah dua anak kecil yang masih mamai akibat di kejut secara paksa.

"Mami,dah telefon teksi ke belum? Hujan la mami." Tanya Ammirul lancar tanpa pelat yang nyata.


"Dah.Mami dah telefon tadi,tapi satu pun tak nak ambil pasal hujan". Jawap Liza sambil tangan ligat menukarkan lampin pakai buang buat si kecil Daniel yang berusia hampir setahun.


Pantas saja Liza mengambil tas tangan sambil mengendong Daniel di sisi pinggang kiri.Manakala tangan kanan menggengam jari jemari Ammirul yang mungil semungil batang tubuhnya. Tersenyum Liza memandang anak-anaknya.


"Mami,mana teksi?" soal Ammirul lagi sejak kami turun dari tingkat 4 apartmen Sri Baiduri Ukay Perdana.


"Mirul..Kita terpaksa jalan kaki turun bukit,ambil teksi kat simpang luar." Jelas Liza satu persatu untuk memahamkan Ammirul.Agak perit hati ini bila mengenangkan perjalanan yang perlu kami tempuhi didalam keadaan hujan lebat.


Liza terpaksa merentas hujan kerana tidak mahu datang lewat ke tempat kerja. Inilah routine yang perlu Liza lalui setiap hari. Menitip anak-anak ke rumah ibunya di Cheras,sedangkan rumah Liza terletak di Ukay Perdana.


"Ya Allah,selamatkanlah perjalanan kami. Sesungguhnya aku bertawakal dan berserah padaMU" Doa Liza di dalam hatinya.


"Mami! hujan! Mirul dah basah!" Jerit Ammirul antara dengar tak dengar di dalam hujan lebat.


"Jalan je! Kalau tak lagi lambat kita nak dapat teksi.."


Perjalanan dari Apartmen Sri Baiduri Ukay Perdana ke simpang luar kira-kira 2km. Bermula dengan naik bukit dan turun bukitmengambil masa kira-kira 25minit.Ah..Tak terbayangkan yang kami terpaksa berjalan di dalam hujan lebat! tak pernah bermimpi pun nak berkeadaan begini.


Beberapa kereta telah pun berlalu. Liza terpaksa mempercepatkan langkah kaki sehinggakan Ammirul terpaksa berlari demi mengikut rentak kaki yang pantas sambil tangan kejap memimpin tangan Ammirul.Sesekali,Liza membetulkan kedudukan Daniel.


"Ya Allah,Janganlah anak-anak aku demam" Doa Liza perlahan


Tiba-tiba sebuah wira kelabu membunyikan hon. Liza mengundur ke tepi jalan untuk memberikan laluan. Langkah terus dihayunkan. Hon masih di bunyikan.


"Kak! Masuk dalam kereta! Hujan lebat ni.." Jerit satu suara lelaki nyaring.


Antara takut dengan tawakal je Liza terus membawa anak-anaknya ke dalam perut kereta.


"Kesian anak-anak kakak basah kena hujan lebat. Akak nak naik teksikan? Saya hantar akak dekat simpang utama jalan besar kat luar ye? Kat situ ada banyak teksi.Senang untuk akak." Soal dan jawap lelaki yang Liza tak pernah kenal sejak berpindah ke Ukay Perdana selama setahun.


"Emmmm.. Terima kasih ye" Jawap Liza sambil mengelap muka Ammirul dan Daniel yang basah dek hujan.


"Saya selalu nampak akak jalan kaki tunggu teksi kat simpang luar. Kesian saya tengok akak dengan anak-anak berjalan dalam hujan lebat ni."


"Akak nak pergi mana?" Soal pemuda itu lagi


"Nak hantar anak-anak ke rumah mak" Jawap Liza yang dah terbiasa dengan soalan yang ditanya


"Bapak anak-anak akak tak hantar ke"


Ahhhh..Soalan cliche! Seperti biasa,Liza akan memberikan jawapan yang akan mematikan soalan yang seterusnya..


"Saya seorang balu.." Jawap Liza sambil tunduk dan senyuman melirik lebar




I have no regrets in anything that i had to do. No guilt and no turning back!

No comments:

Post a Comment