Sunday, January 23, 2011

TakdirMu Sungguh Indah 4

Rentetan perjalanan cerita aku tidak sama dengan setiap individu yang pernah aku kenali mahupun manusia yang pernah singgah barang sebentar dalam hidupku. Manusia memiliki sifat fizikal yang sama tetapi akal yang berbeza-beza dalam cara berfikir. Begitu jugalah dengan jalan cerita setiap manusia yang hampir sama cuma nama watak,tempat kejadian dan masa yang berlainan...

"Mak,Liza dengan Rizal akan bercerai sebaik sahaja anak kedua kami lahir. Sekarang ni pun,Liza dalam edah perempuan mengandung." Terang Liza satu persatu dengan tutur kata yang perlahan. Liza meneguk nescafe buat membasahkan tekak yang seakan perit dengan kebenaran yang menyakitkan hati. Di seka airmata yang mula menakung di tubir mata. Nafas ditarik sedalam mungkin dan dilepaskan perlahan.


"YA ALLAH! engkau dah fikir masak-masak ke Liza? Mak tak sampai hati nak tengok Ammirul yang rapat dengan ayah dia kehilangan kasih sayang seorang ayah" Riak seorang ibu bergelar nenek yang sarat dengan empangan kasih sayang..


"Mak,ini bukan lagi persoalan untuk berfikir masak-masak.Masalah ini dah tiba pada penghujungnya.Ini jalan yang terbaik buat kami berdua. Liza tau natijah yang akan Liza dan anak-anak bakal terima,tapi inilah kenyataan yang terpaksa Liza telan mak.." Airmata yang sedari tadi di tahan-tahan,akhirnya mengalir jua tanpa di pinta..


Ya Allah dugaan apakah ini? Aku tidak mahu menangis lagi! Airmata..betapa murahnya nilaimu tatkala ini???????


"Masih ada jalan penyelesaian untuk semua kemelut ini.Kamu berdua masih terlalu muda dan membuat keputusan terlalu terburu-buru! Jangan hanya memikirkan diri sendiri.Fikirkan tentang Ammirul dan anak yang bakal lahir tak lama lagi ni." Tutur ibu Liza yang tersandar di sofa yang kian lapuk di mamah usia.Ibu tua itu menghapuskan airmata yang mengalir dengan tapak tangan yang jelas berkedut seiring dengan kerja keras ibu itu sebagai surirumah sepenuh masa.Wajah tua itu merenung tajam ke wajah sugul Liza.


"Mak,Liza faham apa maksud mak.Tapi perhubungan kami memang tidak mungkin dapat di selamatkan lagi dan Liza tidak mahu menyelamatkan hubungan kami.Memang Liza akan berasa bersalah seumur hidup terhadap anak-anak kami tetapi inilah jalan yang terbaik! Dan keputusan ini bukan dibuat berdasarkan nafsu tetapi hanya ini jalan keluar yang Liza nampak." Jawap Liza sambil mengendurkan emosi yang kian menghilangkan kesabaran seorang wanita yang sedang sarat mengandung 9 bulan.


Sesekali anak di dalam perut ini bergerak setiap kali Liza di selimuti emosi yang tidak tertahan.


Adakah anak ini cuba memujuk hati yang kian hari kian lara? Atau adakah anak ini memarahi aku atas keputusan yang aku ambil? Maafkan mami sayang.. Hati dan perasaan ini sudah terlalu terluka.Tidak mungkin akan berpaling semula. Mami akan bina hidup kita yang baru walaupun bukanlah yang terbaik,tetapi yang mami terdaya sempurnakan.


"Mustahil engkau tidak mahu menyelamatkan rumahtangga yang di bina atas dasar cinta ini??? Mak bukan hendak mengungkit,tapi mak pernah nasihatkan engkau supaya menangguhkan perkahwinan dan capai cita-cita,tetapi engkau yang degil! sekarang? Nak bercerai! Tau tak.bergegar tiang Arasy"


"Tau mak.Mak..pernah tak Liza bercerita perkara buruk tentang Rizal sepanjang perkahwinan kami pada mak? Tak pernahkan? Selama ini segala masalah rumahtangga Liza telan seorang.Kerana menjaga maruah seorang suami dan tidak mahu mengaibkan dia" Balas Liza dengan sedu-sedan yang membuatkan butiran ayat tersangkut-sangkut. Airmata mengalir deras tanpa mampu diseka.


"Mak faham. Mungkin sikap engkau yang menyebabkan semua ini terjadi! Engkau tu degil! keras kepala! Kalau boleh,engkau nak semua orang dengar cakap engkau je! Perangai tak ubah macam arwah abah engkau!" Dengus ibunya yang yakin bahawa Liza lah penyebab keruntuhan rumahtangga yang berusia tidak sampai 3 tahun dalam umur yang sangat muda hanya 24 tahun.


"Mak,arwah abah dah tak ada jangan ungkit. Mak sedar tak? apa pun perangai seseorang anak,ianya berdasarkan acuan ibu bapa. Jangan di ungkit perkara yang dah pun berlalu.Mak kena sedar,2 perkara dalam hidup manusia yang tak boleh di ubah adalah ajal dan jodoh! Ianya dah tertulis sebelum roh di tiup ke dalam jasad mak." Teresak-esak Liza mengenangkan ibu sendiri menyalahkan anak tanpa usul periksa yang benar.


Aduhai hati,bersabarlah dengan ujian ini.Aku berasa tidak berdaya dengan semua ini Ya Allah..Mengapa tidak Engkau tarik nyawa ini??? Biarkan aku hilang dari muka bumi yang penuh dengan ujian yang rasanya tidak terpikul dek bahu yang kian memberat!


"Habis tu? Apa masalah kamu berdua ni? Setau mak,kamu berdua bukan main lagi macam belangkas! sampai makan pun bersuap-suap.Alih-alih hari ni engkau cakap nak bercerai!"


"Mak,kami bukan nak bercerai.Tapi kami dah bercerai. Liza sekarang dalam edah perempuan mengandung.Pengesahan lafaz talak hanya boleh di putuskan selepas Liza bersalin" Terang Liza satu persatu demi memahamkan ibu tua yang kian kalut dengan masalah anaknya yang sedang sarat mengandung hampir 9 bulan ini.


"Apa????! engkau berdua sudah bercerai??? Bila? Macamana???!!!" Jerit ibunya nyaring dengan mata membulat ke arah LIza.





No comments:

Post a Comment