Sunday, January 23, 2011

TakdirMu Sungguh Manis 2

"Liza! Kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok semua kerja yang kau buat serba-serbi tak kena..Customer mintak jam tangan,kau bagi rantai.Aku minta resit nak buka bil kau bagi repair chit..Lepas tu tadi kau nak buat air teh habis gula tumpah." Bebel Celina Senior Eksekutif di sebuah butik terkemuka di KLCC.


Liza mendengar. Tapi tangan masih leka mengelap meja.


"Kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni???"


"Aku dengar makcik oi...Ntah lah aku perasan juga dengan apa yang kau cakapkan tu..Dari tadi hati aku dok berdebar-debar la.Macam ada benda sedih nak jadi" Tutur Liza sambil memperlahankan tangannya dari mengelap cermin meja.


Liza melemparkan pandangan kosong ke arah luar kedai sambil memerhatikan orang ramai yang sibuk dengan pelbagai agenda yang memenuhi benak akal masing-masing.


"Aku paling tak suka bila kau dah mula cakap macam tu.Nanti mesti jadi! Aku cadangkan kau tarik nafas dalam-dalam and relax okey.." Ujar Celina sambil menyuakan air teh o panas kegemaran Liza.


"Na..Hati aku betul-betul tak sedap la..Semakin berdebar-debar ni.." Kegelisahan jelas terbayang di ruang mata Liza. Jari jemari digenggam dan diramas kuat. Peluh jelas kelihatan di dahinya walaupun butik nyaman dan sejuk.


"Relaks za.."


Ring! Ring!....


"Liza! Phone call for you..Sounds urgent.." Panggil Hayley yang kelihatan risau.


Dari riak wajah Hayley,Liza dapat merasakan sesuatu yang tidak di sukai bakal terdengar di corong teliganya.


"Ya Allah janganlah ada kematian.Tak sanggup rasanya nak mengharunginya lagi selepas beberapa kematian dalam masa kurang dari satu tahun!" Keluh hati Liza gelisah.


"Apa dia mak??? Ya Allah! Tak ada siapa-siapa boleh hantar ke hospital ke mak???! okey..okey.. Liza balik sekarang juga."


"Kak,saya kena balik sekarang sebab Ammirul sesak nafas.Mak saya cakap dari tadi terbaring tak bergerak-gerak and he's whizzing right now.His condition is worrying my mom.Nobody at home to send him to the hospital." Jelas Liza kelam kabut.


"Alright. You go and send him to the hospital. Do update me about his condition okey?"


My manager is one of the best manager i ever work with! Thank god she understand my situation.Bisik hati Liza. ALHAMDULILAH...


Perjalanan pulang terasa sungguh seksa! Jalan pula sesak. Hati dan fikiran di selimuti perkara-perkara yang mengundang airmata di tubir mata.Ya Allah peliharalah kesihatan anakku.. Anak-anak itulah cinta hati aku Ya Allah...


Sampai sahaja di muka pintu,keihatan Ammirul terbaring lesu seperti tiada perasaan dan tidak langsung bergerak sementelah Liza menghampirinya. Anak matanya benar-benar hilang cahaya serinya.


"Cepat bawa Ammirul ke HUKM.Mak risaulah,dari tadi langsung tak bergerak-gerak. Nafas dia berbunyi kuat" Gesa ibu Liza yang nyata sangat risau dengan keadaan cucunya yang di jaga semenjak bayi.


Terus saja Liza membalut Ammirul dengan lampin dan mengendongnya ke jalan besar untuk menahan teksi untuk ke HUKM di Bandar Tun Razak yang berhadapan dengan kolam renang awam.


Penantian untuk hampir ke nombor giliran memang satu penyeksaan! Rasa hati ingin saja Liza menjerit sekuat hatinya!


Liza mencium wajah Ammirul bertalu-talu.Sesekali Liza bercakap dengan Ammirul yang langsung tiada sebarang tindak balas.Sayu benar hati Liza melihatkan keadaan Ammiril di kala ini.


Hati ibu mana yang sanggup menghadapi keadaan anak yang selalunya ceria dengan keletah yang nakal,tiba-tiba senyap seribu bahasa!


Seraya itu,perasaan sakit sewaktu ingin melahirkan terasa semula..Terasa seperti luka menempuh pembedahan sewaktu ingin melahirkan buah hatinya bagai di toreh-toreh di perut! Itulah gambaran rasa takut Liza di kala itu.Takut akan erti kehilangan..Tak sanggup rasanya ingin tempuhi kehilangan..Satu persatu insan-insan tersayang hilang dari mata..


"Ya-Khaliq.Kuatkanlah hati ini yang hampir goyah.Aku tahu yang tiada satu pun adalah hak milik muthlak hambaMu.Tetapi aku amat menyayangi anak ini. Pinjamkanlah dia lebih lama lagi untukku." Doa hati Liza sambil mendodoikan Ammirul yang hampir memejamkan mata yang kepenatan tatkala menarik nafas yang kian laju.


Berderai airmata seorang ibu yang tidak dapat membantu apa-apa untuk meringankan kesukaran anaknya untuk bernafas seperti biasa.Aku pasti setiap ibu akan sanggup menanggung kesakitan andainya setiap sakit anak boleh di pindah milik pada si ibu!


Liza masih leka membelai dan mendodoi Ammirul dengan penuh perasaan kasih yang tidak bertepi. Sedu sedan Liza semakin berlarutan tanpa mengendahkan orang ramai di ruang menunggu.


Munajah cinta yang tidak bertepi buat buah hati pengarang jantung mami! ;p

No comments:

Post a Comment