Sunday, January 23, 2011

Ayah dan Ibu


Ish.. Bila dikenang-kenangkan kisah 11 tahun yang lalu serasa ingin kupejamkan mata dan kosongkan minda. Kenapa? Semuanya gara-gara komplikasi ketika ingin melahirkan anakku yang sulung. Pernah terlintas di dalam hati,bahawa kelahiran ini merupakan yang terakhir buatku.
"Puan Siti di jangka akan menyambut kehadiran orang baru sekitar bulan June 20 haribulan" Ujar seorang doktor pakar puan di Hospital Universiti Kebangsaan Bandar Tun Razak. Hospital ini letaknya berhadapan dengan Stadium Bolasepak dan Stadium Kolam Renang Bandar Tun Razak.
Di saat di beritahu tarikh kelahiran anak sulungku hati semakin tidak keruan. Aku tidak tahu mengapa aku berperasaan begitu. Mungkin ini adalah penangan anak sulung. Sementelah aku tidak berpengalaman hanya sekadar mendengar cerita dan menonton televisyen bagaimana cara atau keperitan seorang ibu melahirkan anak.
Di kala itu,bekas suami aku hanya sekadar mengangguk kepala mengiyakan apa yang baru di katakan oleh doktor wanita tersebut. Kelihatan sangat jelas pada wajah aku serta bekas suami perasaan keliru berbaur gemuruh. Manakan tidak,kami berdua akan menjadi ibubapa dalam usia yang muda, 23 tahun!
Sedangkan pada usia 22 tahun beberapa bulan selepas diijabkabulkan aku telah disahkan mengandung. Semenjak itulah aku semacam tidak percaya yang aku bakal menjadi ibu!! Dengan penampilan dan otak yang gila-gila,aku tidak tahu samada aku mampu menjadi ibu yang terbaik buat bayi yang sedang aku kandungkan ketika itu.
Bulan kian berlalu,perut semakin membusung dan dada semakin berdebar-debar tatkala bulan menginjak ke bulan June 1999. Semakin dekat ke tarikh 20 June,aku semakin tak keruan. Tekanan kian terasa sementara tidur menjadi tidak selesa. Tarikh yang di nanti telah pun tiba,namun simptom-simpton untuk melahirkan tidak terasa. Aku mula boleh menarik nafas lega.
Dua minggu telah berlalu,hati aku mula bertanya sendiri sampai bila aku nak simpan bayi ini dalam perut aku?? Ini tak boleh jadi. Kena pergi bertanya pada doktor ,kerana aku dah overdue 2 minggu dari tarikh yang sepatutnya. Aku dah mulai takut sekiranya ada perkara-perkara yang tidak diingini bakal menimpa anak sulungku. "Ya Allah,selamatkan kandungan yang telah aku kandung selama 9 bulan 14 hari ini" Getus hati yang sudah mula takut dengan kebarangkalian yang tidak mahu aku bayangkan.
Seusai mandi,aku mengesa bekas suami aku untuk sama-sama pergi ke HUKM untuk membuat pemeriksaan dan pertanyaan di atas kondisi aku yang sebenar. Jam 8.30 pagi aku dan bekas suami sudah tercongok di kaunter pertanyaan. Aku terpaksa menunggu dalam satu jam untuk mendapatkan perhatian doktor.
Seorang doktor lelaki yang agak muda yang melayan aku dan bekas suami di kala itu.
"Selamat pagi Puan Siti. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal doktor muda itu dengan ramah. Padahal aku berasa sangat takut. Ini adalah gara-gara aku memang bencikan suasana dan bau hospital itu sendiri.
"Selamat pagi,saya sebenarnya ingin membuat pertanyaan. Saya sepatutnya melahirkan kandungan saya pada 20 haribulan June mengikut jangkaan doktor yang memeriksa saya. Namun dah masik 2 minggu dari tarikh,saya tetap tidak merasa simptom-simptom untuk melahirkan? Tidak bahaya ke untuk bayi saya?" Soal ku sambil menjelaskan kerisauan hati.
Doktor tersebut aku lihat sedang membelek-belek fail yang sedia ada di hadapannya.
"mengikut laporan pemeriksaan bulanan puan,saya lihat tidak ada sebarang komplikasi pada pihak puan atau bayi di
dalam kandungan puan." Tegas doktor muda tersebut. Namun sesekali aku lihat dahinya berkerut. Aku menjadi semakin gelisah melihatkan perubahan air muka doktor tersebut.
"Namun,keadaan akan menjadi sukar jika kandungan puan tidak di keluarkan mengikut tarikh yang sepatutnya. Sementelah pula kandungan puan sudah lewat 2 minggu. Sebentar lagi saya akan pecahkan air ketuban puan untuk memudahkan proses kelahiran bayi puan." Ujar doktor tersebut dengan air muka yang semakin serius dan membuatkan perut aku semakin kecut!
Dengan tergagap-gagap aku bertanya..
"Pecahkan air ketuban?? Bukan ke air ketuban akan pecah sendiri ke doktor? Macamana doktor nak pecahkan air ketuban saya?" Bertubi-tubi aku lontarkan soalan yang berlegar-legar di kotak fikiran aku. Aku bertanya sendiri. "Bermimpikah aku?"
Tanpa sebarang jawapan,doktor mengarahkan aku ke bahagian belakang yakni satu lorong yang kelihatan masih bersepah dengan barang-barang selengaraan bangunan.
"Maaf ya puan,hospital ini masih dalam proses dibaik pulih. Sebab itu ia kelihatan bersepah" Ujar doktor yang telah pun menjawap persoalan benakku.
Bekas suami aku di kala itu benar-benar dalam keadaan yang tidak mampu untuk menenangkan kegelisahan hati aku. Dia tenggelam di dalam kekeliruan situasi. Perubahan keadaan yang cukup pantas tidak memungkinkan aku sempat untuk memberitahu ahli keluarga aku atas apa yang sedang berlaku.
"Baiklah puan,saya akan menggunakan alat ini untuk memecahkan air ketuban puan. Jangan risau,puan tidak akan merasa sakit bila saya masukkan alat ini kedalam uterus puan. Dan jangan risau alat ini tidak akan mengenai kepala bayi puan. Saya minta puan jangan bergerak ya" Terang doktor itu sambil menerangkan apa yang akan dilakukan dengan alat yang baru di buka dari pembalutnya. Rupa alat tersebut seakan-akan chopstick cuma bezanya,ianya dari besi dan meruncing di hujungnya.
Dada kian gementar. Aku mengigil ketakutan. Sehingga doktor terpaksa menenangkan aku. Setiap pergerakkan yang di lakukan oleh doktor tersebut dapat aku rasai. Di tusuk kiri dan kanan uterus aku. Ya Allah,permudahkanlah segala-galanya dan selamatkanlah bayi dalam kandungan aku ini.
Masa yang di ambil lebih kurang 2 minit sahaja. Sebaik selesai,aku dapat rasakan cecair panas mengalir di celah antara dua paha aku. Ish.. aku kencing ke? Gumal hati yang mula berasa malu dengan doktor tersebut.
"Puan jangan bergerak ye. Saya akan panggilkan nurse untuk uruskan semuanya. Puan tidak boleh berjalan,jadi puan akan di bawa ke bilik bersalin menggunakan kerusi roda." jelas doktor tersebut
Sebaik aku di dudukkan ke atas kerusi roda,nurse memberikan aku kertas yang agak besar untuk aku pegang. baju yang basah aku usap dengan hujung jari kanan. Seraya itu kelihatan darah segar pada jejari aku. Melihatkan situasi tersebut,aku semakin gemuruh dan jantung kian kuat berdebar.
Perjalanan ke wad bersalin seperti lambat. Aku mengharapkan masa pantas bergerak agar semuanya berakhir dengan kegembiraan. Acapkali aku tertanya-tanya samada aku berkesempatan untuk melihat bayi ku ini. Hanya kematian yang terbayang-bayang di minda yang kian serabut.
Nah! sampai sudah aku di muka pintu wad bersalin yang silih berganti penghuninya. Aku lihat ada lebih kurang 10 katil,1 televisyen dan suasananya agak bersih. Cuma bau hanyir darah yang membuatkan aku sedikit mual. Aku di minta menyalin baju dan memakai baju hospital. Sekarang barulah aku tahu apa fungsi kertas yang di suakan pada aku tadi. Rupa-rupanya kertas itu buat membungkus baju yang sedang aku pakai ketika itu untuk di berikan pada bekas suami aku.
Sebaik selesai menukar baju,aku di suruh baring mengiring sambil di terangkan apa yang ingin di lakukan mereka pada aku.
"Puan,saya akan memasukkan 2 tiub cecair pada dubur puan ye. Sebaik cecair ini masuk,puan kena cepat-cepat pergi ke bilik air di hujung koridor sana" Terang nurse tersebut sambil menunjukkan arah tandas. Aku hanya mengiyakan sahaja. Sesungguhnya,aku di saat itu seperti hilang arah dan tumpuan.
"Sekarang,saya minta puan tarik nafas dalam-dalam" Aku hanya mengikut arahan yang di berikan.
Sebaik sahaja cecair itu di masukkan sebanyak 2 kali,aku mula berasa perut kian sakit seperti ingin beranak. Cepat-cepat aku berjalan menuju tandas. Kesakitan membuatkan aku menekan dinding cubicle sambil menahan sakit pada perut. Aku sangkakan aku akan beranak di dalam tandas! Rupa-rupanya,aku dipaksa untuk membuang isi perut dengan cara segera!
Selesai semuanya,aku diarahkan berbaring semula diatas katil hospital. Keadan kian melalut apabila aku mendengar selang 3 katil dari katil aku menjerit sekuat anak tekak.
"Ama! Appa! Ayoooooooo! Sakitnyaaaaaaa!" Jerit seorang wanita india. Aku tidak pasti berapa linkungan umur wanita tersebut.
"Teran sikit lagi puan. Kasi teran lagi,itu kepala sudah keluar. Nurse,bagi saya gunting. kalau dia tak dapat teran nanti baby ni lemas!" Arah seorang doktor wanita. Aku tidak sanggup untuk melihat. Terus aku palingkan muka ke arah lain.
"Zrrrrrrraaaaaaap!!" bunyi vagina yang di gunting doktor. Aku seperti ingin pengsan apabila mendengarkan bunyi tersebut. Meremang seluruh bulu romaku.
Keadaan aku masih tidak berubah. Dari tadi seorang demi seorang doktor termasuk doktor pelatih memasukkan jari ke dalam vagina aku. Mula-mula dua jari,kemudian 3 jari sehinggakan aku kemamkan bibir menahan kesakitan.
"3cm doktor. tetap tidak berubah" Balas doktor pelatih tersebut bagi menjawap pertanyaan seorang doktor senior.
Kekejangan perut kian aku rasa setiap 5 saat. Aku seperti sudah bersedia untuk melahirkan kandungan aku yang semakin tidak sabar untuk melihat dunia.
"Doktor,sudah hampir 8 jam pesakit ini menahan sakit. Tapi bukaannya hanya setakat 3cm sahaja. Jadi bagaimana?"
Aku menjadi gelisah melihat dan mendengar komunikasi di antara nurse dan doktor yang bertugas tatkala itu.
"Siapa yang hantar kamu tadi?" Soal doktor tersebut.
"Suami saya doktor" Jawapku lemah.
"Baiklah,saya akan berjumpa dengan suami kamu dan bincangkan langkah seterusnya yang perlu kami ambil untuk selamatkan nyawa kamu dan bayi dalam kandungan" Jelas doktor tersebut satu persatu.
"Ya Allah..Aku takut.." Bisik hatiku sambil menyeka airmata yang mula mengalir.
Bekas suami aku melangkah lemah ke arahku. Di pegang sekeping kertas.
"Mi,i dah tandatangan surat pelepasan untuk pembedahan. Doktor cakap bayi dah hampir lemas. dan jalan untuk selamatkan kedua-duanya memerlukan pembedahan. Dan sekarang u kena turunkan tandatangan." Jelasnya dengan mata yang berkaca.
"Kalau itu yang terbaik,i setuju" Jawapku sambil menandatangani surat pelepasan tersebut.
"I nak u call emak dan pesan pada adik beradik i,yang i nak minta maaf zahir batin halalkan makan minum i. I takut i mati nanti" Pesanku pada bapa bayi yang aku kandung.
Sebaik bercakap aku telah di usung ke bilik pembedahan dengan tangan yang di cucuk glukos dan tiub dimasukkan pada vagina aku. Terasa sangat perit!
Aku takut! takut mati sebelum melihat bayi ku ini..
Sebaik sahaja aku di masukkan ke dalam bilik operasi,aku melihat beberapa orang doktor serta pembantu sudah bersedia menunggu.
Rasa gementar tidak dapat kubayangkan. Aku di minta duduk sambil diterangkan apa yang ingin di lakukan.
"Saya pakar bius tulang belakang. Puan akan di suntik di bahagian tulang belakang untuk melumpuhkan urat saraf di bahagian pinggang ke bawah. Suntikan ini sedikt sakit seperti terkena renjatan elektrik. Akan berlaku tindakkan refleks di bahagian kaki puan. Sebelum saya suntik,puan di minta memeluk bantal ini kedada kuat-kuat" Terang pakar itu dengan jelas.
Aku mengikut arahan yang telah di berikan. Yang pastinya jarum suntikkannya sangat panjang! Suntikkan tersebut benar-benar sakit! Hanya Allah sahaja yang tahu
Setelah selesai,aku di biarkan dalam beberapa minit. Pada masa yang sama aku boleh melihat keseluruhan proses pada perut aku dengan jelas berpandukan pada cermin kaca di atas muka aku. Walaupun agak tinggi,namun aku dapat melihat segala-galanya dengan jelas. Walaupun aku cuba tidak mahu melihat,namun mata tetap tertancap ke atas!
Setelah selesai membuat garisan pada perut aku,aku lihat doktor memegang sejenis pisau seperti pisau jem. Cuma saiznya sedikit kecil. Pisau tersebut mula di goreskan pada perut aku.
Serentak dengan itu,aku mula menjerit.
"Aduh! Sakitnya!" Jeritku menahan kesakitan. Melalui cermin pandang atas,aku dapat melihat darah membuak-buak mengalir dari torehan pisau tadi.
"Puan rasa sakit? Kita hentikan dulu dalam beberapa saat." Gesa doktor tersebut pada yang lain-lain. Keadaan sedikit kelam kabut. Salah seorang doktor menggesa agar bahagian kaki aku di cucuk dengan jarum untuk mengetahui tahap kekebasan setelah aku di bius pada tulang belakang.
"Puan,saya cucuk kaki puan dengan jarum ye?Kalau sakit beritahu saya" Ujar salah satu doktor sambil mencucuk kulit kaki dengan jarum"
Setelah selesai dengan mencucuk jarum pada kulit kaki selesai dan berpuashati dengan keadaan aku,barulah operasi pembedahan di teruskan semula. Operasi mengambil masa dalam 15 minit sebelum aku di suruh menarik nafas dalam-dalam.
"Puan,tarik nafas dalam-dalam ya. Saya nak tekan bahagian bawah dada puan untuk memudahkan bayi untuk keluar"
Sedalam mungkin aku tarik nafas aku.
Seraya itu aku mendengar suara bayi menangis kecil. Cepat-cepat pembantu doktor mengambil anakku untuk di bersihkan. Sewaktu keluar,aku dapat melihat kulit anakku kelihatan kebiruan.
Seusai di bersihkan,anak itu di suakan pada ku. Bayi itu terus membuka mata dan memandang tepat pada anak mataku. Seolah-olah bayi itu dapat melihat wajahku! ku cium bayi ku itu dengan penuh kasih sayang.
Apa yang berlaku seterusnya aku kurang pasti kerana aku sangat letih dengan keseluruhan proses melahirkan bayi aku yang di lahirkan pada 4th of July 1999. Bayi itu ku namakan Ammirul Luqman Shah....
Aku pernah berjanji pada diri yang Ammirul Luqman Shah adalah cahayamataku yang terakhir.. Namun sekali lagi aku melalui kelahiran yang menakutkan demi melihatkan Ammirul Daniel Shah menghirup udara dunia yang penuh dengan suka duka yang tidak berkesudahan!

No comments:

Post a Comment